Surendran keluar PKR

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas naib presiden PKR, N Surendran meletak jawatan dalam parti itu atas alasan ia gagal melaksanakan pembaharuan dijanjikan.

Isnin lalu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap berdiam diri “memalukan” Pakatan Harapan atas siasatan hasutan terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.

Ketika diminta mengulas perkara itu hari ini, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil mengingatkan Surendran untuk mengamalkan disiplin parti ketika menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu sedemikian.

“Fahmi, tak kisahlah disiplin parti. Saya sudah lama tidak menjadi ahli parti yang aktif,” tulis Surendran dalam catatan X.

“Saya tanya tentang pembaharuan yang dijanjikan PKR. Tiada jawapan diberikan.

“Tiada gunanya menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan