KOSMO
Bigfoot didakwa hidup dalam dunia antara dimensi. - Getty Images
HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Dua pengkaji Bigfoot menyatakan bahawa makhluk berbulu menyerupai beruk gergasi itu hidup di alam antara dimensi dan mampu berlari pada kelajuan 160 kilometer sejam, lapor akhbar Daily Star semalam.
Perkara itu dinyatakan oleh pasangan Brian dan Terrie Seech semasa bercakap kepada Andrew Callaghan dari stesen penyiaran Channel 5 awal bulan ini.
Semasa wawancara tersebut mereka berkata, Bigfoot adalah lebih bijak daripada manusia.
“Bigfoot menjauhkan dirinya daripada manusia. Ia lebih bijak, jadi ia tahu adalah perkara yang baik untuk menjaga jarak.
“Orang ramai pernah melihat makhluk yang kelihatan seperti beruk gergasi ini. Tingginya 182 sentimeter hingga 243 sentimeter dan makhluk ini dilihat di negeri Virginia Barat, Ohio serta di merata-rata kawasan lain,” kata Brian.
Terri kemudian berkata, Bigfoot ialah makhluk antara dimensi yang menjadi punca mengapa manusia tidak dapat melihat ke mana ia pergi.
“Kita tidak dapat melihat ke mana ia pergi atau dari mana ia datang.
“Ada Bigfoot yang boleh berlari sehingga 160 kilometer sejam dan bersaing dengan kereta. Terdapat saksi yang melihatnya. Ia tidak masuk akal tetapi itulah yang mereka lihat,” tambahnya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan