Netizen Indonesia terkejut ahli politik janjikan syurga kepada pengundi

SITI NUR ZAWANI

Satu klip video kontroversi dipercayai dari negara seberang mengundang reaksi warga maya selepas ahli politiknya menjanjikan syurga kepada para pengundi.

Video ucapan ahli politik itu dimuat naik netizen Indonesia yang jelas kedengaran berkempen tentang undi dan habuan syurga.

“Kita dipanggil kelak, hai orang-orang Mesuji tempoh hari yang memilih calon nombor dua ayuh ikut bersamaku, masuk syurga bersamaku, kerana program calon ini menyantuni anak yatim,”.

Ahli politik yang berdiri di atas pentas itu dikatakan calon Bupati Kabupaten Mesuji nombor dua, Elfianah Khamami

Pegawai pilihan raya Mesuji, Robby Ruyudha telah mengesahkan bahawa klip video itu asli dan sedang melakukan siasatan terperinci terkait dakwaan membeli undi, menurut laporan AFP.

“Benar bahawa wanita itu merupakan Elfianah, namun pihak kami masih melakukan siasatan berhubung lokasi dan bila kempen itu dilakukan,” katanya seperti dilapor.

Sementara itu di media sosial, klip itu telah mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata membantah pendekatan kempen calon berkenaan.

Mereka antaranya mengatakan ia seperti menjual agama untuk kepentingan diri, dan kebimbangan membawa kepada kesesatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan