Pesakit terjaga sebelum doktor mahu keluarkan organ

Agensi

Washington: Seorang lelaki yang mengalami serangan jantung dan diisytiharkan mati otak 'bangun semula' ketika pakar bedah di Kentucky mahu mengambil organnya untuk didermakan.

The Guardian melaporkan, kes Anthony Thomas "TJ" Hoover II sedang disiasat oleh pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

Kejadian dipercayai pada 2001, namun hanya diketahui oleh ahli keluarga pada Januari tahun ini dan dilaporkan media, baru-baru ini.

Kakak kepada Hoover, Donna Rhorer, menceritakan bagaimana Hoover dibawa ke hospital kesihatan Baptist di Richmond, Kentucky, pada Oktober 2021 kerana terlebih dos dadah.

Doktor memberitahu Rhorer dan saudara-maranya bahawa Hoover tidak mempunyai sebarang refleks dan mereka akhirnya memutuskan untuk mengeluarkannya daripada alat bantuan sokongan hidup.

Kakitangan di Baptist kemudian dilaporkan memberitahu Rhorer dan keluarganya bahawa Hoover memberi kebenaran untuk organnya didermakan sekiranya berlaku kematiannya.

Untuk memenuhi hasratnya, hospital menguji organ mana yang boleh didermakan, malah hospital itu mengadakan upacara penghormatan kepadanya.

Rhorer berkata, dia perasan mata Hoover terbuka dan terdapat pergerakan orang yang disayanginya."

"Kami diberitahu ia hanya refleks, hanya perkara biasa, siapa kami untuk mempersoalkan sistem perubatan?," katanya.

Kira-kira sejam selepas Hoover dibawa ke dalam bilik bedah untuk mengeluarkan organnya, seorang doktor keluar dan menjelaskan bahawa Hoover "belum bersedia".

"Dia bangun," kata Rhorer.

Rhorer teringat mendapat arahan untuk membawa abangnya pulang dan membuatnya selesa, walaupun dia mungkin tidak akan hidup lebih lama lagi. S

Dia menjaga Hoover selama tiga tahun yang lalu semasa dia bergelut dengan masalah berjalan, mengingat dan bercakap.

Rhorer hanya mengetahui butiran penuh pembedahan abangnya di tangan Baptist dan Kentucky Organ Donor Affiliates (Koda) pada Januari lalu.
-hmetro 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan