Bahana kencing berdiri

kencing berdiri
Islam mementingkan kesihatan umatnya dan kencing berdiri mendatangkan banyak mudarat.PERLU difahami kita bukan bahas mengenai hukum kencing secara berdiri, kerana Imam An-Nawawi juga ada menyebut dalam penjelasannya terhadap Imam Muslim, walaupun ada hadis-hadis yang menyebutkan larangan buang air kecil sambil berdiri adalah lemah, kecuali hadis 'Aisyah RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahli sunan, bahawa beliau berkata: "Siapa yang menyampaikan kepada kalian bahawa Rasulullah SAW, namun Imam Nawawi berpendapat bahawa ia tidak membawa larangan secara umum.

Keringanan yang diberikan Islam

Ustaz Asrulnizam Abas yang juga Perunding Latihan di Inner Inspiration Training & Consultancy berkata, apa yang penting ialah sejauh mana anda menitik beratkan soal penjagaan ketika membuang air kencing tadi.

Ini kerana jika anda kencing secara berdiri, kadar percikan air kencing tersebut lebih banyak berbanding jika anda kencing secara duduk.

"Jika tidak berhati-hati pula, sisa air kencing melekat pada pakaian. Bukankah Islam sentiasa memudahkan umatnya dalam setiap urusan, tetapi anda perlu melakukan perkara yang dapat mengurangkan kekotoran najis tersebut.

"Tak dinafikan ada dalam kalangan kita yang mungkin menghadapi keuzuran tubuh badan, tidak mampu mencangkung atau mungkin yang patah kaki, sukar untuk kencing dalam keadaan duduk pada setiap masa.

Oleh kerana itulah anda perlu jelas perihal adab-adab ketika kencing dan tahu mengenai cara bagaimana untuk mengelakkan diri anda daripada menanggung najis air kencing tadi.

Sekiranya anda berhati-hati setiap kali masuk ke tandas untuk kencing, maka di sinilah keringanan diberikan terhadap percikan-percikan air kencing yang berkadar kecil dan tidak dapat dilihat tompokannya pada mata kasar," katanya.

Kencing secara berdiri jika dilihat dari perspektif kesihatan pula, menurut Pensyarah Kanan Perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Ruhi Fadzlyana Jailani, ia memberi risiko kepada masalah kencing tidak lawas yang akan membawa kepada gejala bengkak prostat.

Menurutnya, berdasarkan saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring mempunyai gejala pembengkakan prostat.

Antara tanda-tanyanya ialah pancutan air kencing tidak laju, kencing yang tersekat-sekat, air kencing yang menitis di penghujung waktu kencing dan berasa tidak puas kencing dan kerap untuk ke tandas.

Wanita kencing berdiri

ALLAH jadikan lelaki dan wanita mempunyai keistimewaan tersendiri. Keunikan tubuh badan dan fizikal kaum Adam dan Hawa adalah mengikut fungsi dan peranan mereka kepada ALLAH. ALLAH jadikan wanita mempunyai rahim untuk hamil dan menanggung bayi untuk sembilan bulan lamanya, tetapi tidak pula pada lelaki.

Kemudian ALLAH memberikan perbezaan kerangka dengan kekuatan yang berbeza untuk lelaki memandangkan peranan mereka dalam memimpin. Itu belum lagi diteliti dari aspek dalaman, kekuatan emosi wanita berbanding lelaki, dan juga kebolehan berfikir wanita dan lelaki. Itu semua menunjukkan tidak semua perlakuan lelaki boleh ditiru oleh wanita.

Ustaz Asrulnizam menambah, lebih-lebih lagi dalam konteks bersuci dan membuang air kecil, apabila dinisbahkan wanita kencing berdiri seperti lelaki ia nampak sangat tidak sopan dan berlawanan dengan kelembutan dan sifat penuh adab seorang wanita.

"Kempen yang melibatkan wanita supaya kencing berdiri ini bukanlah perkara baru di dunia Barat. Mereka telah memulakan kempen ini sejak tahun 1999 lagi dengan alasan cara buang air kecil yang diamalkan sebelum ini (cara duduk) adalah melambatkan. Ini kerana mereka beranggapan tiada salahnya jika seorang wanita juga mengamalkan cara buang air sebagaimana lelaki. Jika lelaki boleh, maka pastinya wanita juga boleh.

"Pelbagai jenama seperti Go Girl, Shewee, PiEz (Pee EZ) dan lain-lain wujud di pasaran semata-mata untuk menggalakkan wanita sedunia mengamalkan kaedah kencing berdiri.

Sehingga hari ini aktiviti kencing berdiri dalam kalangan wanita bukan lagi sesuatu yang pelik di kebanyakan negara maju. Bagi mereka segalanya mesti pantas dan mudah. Tidak perlu difikirkan sangat kesan buruk yang bakal diterima kelak," katanya.

Menurutnya, inilah yang perlu difahami oleh umat Islam khususnya wanita, jika cara buang air kecil ini menjadi satu trend pada wanita Muslim dalam satu jangka masa nanti ia menyumbang kepada terhakisnya kesopanan dan harga diri.

Kita melihat hari ini sebahagian wanita berasakan tiada masalah mereka merokok, hisap vape atau shisha kerana dilihat sebagai budaya yang 'cool'.

Padahal inilah proses yang menghakis rasa malu wanita Muslim sehingga mereka rasa selesa terikut-ikut dengan budaya Barat yang tidak sopan.

Bayangkan, jika aktiviti kencing berdiri mula menular ke dalam budaya Islam yang sememangnya menjaga maruah seorang wanita, apa lagi adab sopan yang anda boleh lihat?
-sinarharian-

Burung murai hisap rokok jadi viral (video)


Britain: Seekor burung murai di sini dirakamkan sedang menghisap sebatang rokok ketika bertenggek di atas pagar baru-baru ini.

Gambar itu dimuat naik ke Twitter oleh seorang pengguna menggunakan nama @WillMcHoebag dengan kapsyen ‘Sementara itu di Manchester.’

Gambar itu menunjukkan sebatang rokok pada muncung burung tersebut sambil haiwan itu memandang kawasan sekitarnya.
Burung
Gambar tersebut kini menjadi perbualan hangat di laman sosial dan telah dikongsi semula sebanyak 2,500 kali.

“Burung murai ini kelihatan seperti bakal mengeluarkan album indie terhangat pada tahun 2016,” tulis seorang pengguna.
-kualalumpurpost-

Padah tertinggal dompet semasa merogol

Perogol tertinggal dompet dipenjara 12 tahun
WEST BROMWICH - BRITAIN. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan merogol selepas berjaya ditangkap berdasarkan maklumat pengenalan dirinya yang tertinggal di tempat kejadian.

Menurut Dailymail, Liam McCarthy, 25 tertinggal dompetnya di Hospital Birmingham selepas merogol seorang pekerja hospital di sebuah tandas, Oktober tahun lepas.

Liam juga didakwa atas kesalahan menyerang dan berniat mencemarkan imej mangsa selepas pihak polis menemui rakaman aksi rogol berkenaan di dalam telefon bimbit.

Menurut pegawai pendakwaraya, Hugh O'Brien-Queen memberitahu mahkamah Liam telah mencekik dan menolak pekerja hospital berkenaan jatuh ke atas lantai tandas.

Hakim, Simon Drew menolak hujah peguambela, Mohammed Naser kerana Liam bertindak merakam aksi rogol yang menjijikkan tersebut.

"Kejadian ini memberikan kesan dahsyat kepada mangsa. Hidupnya berubah selepas anda rogol dia," jelas Simon.
-sinarharian-

Inilah 7 Cara Mudah dan Cepat menurunkan Kolesterol yang tinggi

Tranungkite
serang jantung
Kolesterol iaitu sebatian yang mempunyai tekstur lembut yang ada di antara lemak serta pembuluh darah serta disemua sel badan. Kolesterol sendiri terdiri jadi 2 kumpulan yakni cholesterol baik (HDL) yang sememangnya utama peranannya didalam tubuh, terlebih untuk membatu penyerapan asid lemak esensial serta menghasilkan hormon-hormon seksual.

Yang ke-2 yakni kolesterol jahat (LDL) yakni cholesterol yang harus dijauhi lantaran cholesterol ini mengakibatkan penimbunan lemak dalam saluran darah yang boleh menyebabkan munculnya penyakit jantung.

Selain 2 jenis lemak diatas ada pula Trigliserida yakni sejenis lemak. Tingginya kandungan Trigliseridasering diikuti juga dengan tingginya kandungan cholesterol keseluruhan (HDL serta LDL). Cholesterol dapat di hasilkan dari dalam tubuh serta dari luar badan.

Bicara perihal kolesterol, banyak orang yang bertanya-tanya bagaimana caranya turunkan kandungan cholesterol jahat dalam tubuh. Nahhh saat sebelum kita mengulas langkah turunkan cholesterol, kita cari info dahulu apasih sesungguhnya yang mengakibatkan kandungan cholesterol dalah tumbuh jadi tinggi.
langkah turunkan kolesterol

Pencetus kolesterol tinggi
– Gorengan serta mentega
– Gajih lembu, gajih kambing daging, lembu lemak
– Susu yang berlemak tinggi
– Sosej serta keju
– Kerang ketam, udang, belut serta siput
– Sotong
– Telur puyuh
– Otak lembu
– Kuning telur

Bila sahabat mau terlepas dari kandungan cholesterol yang tinggi sebaiknya sahabat jauhi makanan itu atau sekurang-kurangnya kuranginya, diluar itu teman dekat juga mesti melindungi pola makan teman dekat dengan pemakanan yang seimbang. Tetapi bila sahabat telah terlanjur diserang kolestero tinggi sahabat mesti lakukan beberapa perkara dibawah ini.

Langkah turunkan kandungan kolesterol dalam badan.

1. Buah serta sayur-sayuran
Buah serta sayuran mempunyai sangat banyak vitamin serta sangatlah baik untuk kesihatan badan. Vitamin dalam buah-buahan serta sayur-sayuran boleh turunkan kandungan cholesterol pada badan. Buah yang dimaksut di sini iaitu buah epal, anggur serta apricot sedangjkan sayuran yang baik iaitu kol, bawang putih, serta ubi jalar.

2. Jus lemon
Buah lemon mempunyai kandungan limonoids yang sangat baik sekali dalam turunkan kolesterol yang tinggi, diluar itu buah lemon mengangdung vitamin C yang berbentuk juga sebagai antioksida yang berguna sekali untuk melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit. Survey sudah menunjukkan dengan pengambilan juice lemon sepanjang 30 hari boleh turunkan kandungan kolesterol tinggi dengan penting.

3. Kacang-kacangan
Kacang-kacangan mempunyai kandungan banyak omega 3 yang boleh mengelak penyakit jantung, diluar itu omega 3 boleh juga turunkan kandungan cholesterol jahat didalam badan, nahh untuk hal semacam ini teman dekat mesti mula punya kebiasaan pengambilan kacang-kacangan seperti walnut serta badam untuk turunkan kandungan cholesterol pada badan anda.

4. Teh
Komponen bioaktif pada teh dapat dibuktikan daoat mengelak berlakunya pemecutan pengoksidaan cholesterol jahat pada badan. Oleh karena itu mulai saat ini teman dekat mesti pengambilan teh sehari-hari untuk megurangi penyumbatan di pembuluh darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

5. Dengan sering bersukan
Olah raga terkecuali boleh membakar lemak pada badan boleh juga tingkatkan kandungan cholesterol baik atau HDL sehingga 10%. HDL sendiri menangkap cholesterol yang tengah dalam keadaan bebas di pembuluh darah yang lalu dibawa ke organ hati untuk diproses selanjutnya.

6. Kurangkan pengambilan lemak tepu
Seperti yang sudah dijelaskan diatas pencetus kolesterol tinggi, teman dekat mesti mengelakkan ia lantaran makanan itu mempunyai kandungan lemak jemu, terkecuali yang sudah saya katakan di atas, teman dekat juga mesti menghaindari makanan yang lain yakni, organ, minyak kelapa, santan, pizza, gula serta ada banyak lagi.

7. Banyak mengambil serat
Untuk turunkan kandungan kolesterol jahat pada badan, teman dekat juga diharuskan banyak pengambilan serat, teman dekat boleh dapati serat di kacang-kacangan, bijirin, serta yang lain. Serat boleh mengikat kolesterol dala usu serta mengeluarkannya pada badan kita.

PENTING!! Jangan Sekali-kali Cairkan Daging beku di dalam Air !!

Tranungkite
Salah satu cara mengawetkan daging pasti kamu memasukannya ke dalam freezer. Ketika kamu ingin mengolahnya kamu akan mencairkan daging yang sudah beku ke dalam air. Nah, cara yang seperti ini sangat salah!

Dengan menaruh di dalam air maka titik cair pada daging tidak akan bekerja dengan maksimal, apalagi nutrisi serta kandungan gizi yang ada di dalam daging akan menghilang, terlebih larutannya akan masuk ke dalam air," Menurut Readerdigest

Akibat perbedaan suhu antara suhu dingin dengan suhu di dalam air inilah yang akan mempercepat kandungan gizi dan nutrisi yang terdapat dalam daging bisa hilang.

Hal yang perlu kamu lakukan yaitu dengan cara menyimpan daging beku tersebut ke dalam tempat tunggu hingga kandungan es batu yang ada di daging mencair dengan sendirinya. Karena kondisi yang hangat akan mempercepat proses mencairnya es yang ada di daging.

Setelah kandungan es tersebut mencair dengan sempurna, kemudian kamu bisa mencuci daging dengan air karena air bisa membuat sel-sel yang ada di dalam daging akan menyatu kembali. Dan daging siap untuk diolah berbagai jenis makanan.

sumber : palingseru

Dirogol rakan ayah berkali-kali hingga mengandung?

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki tergamak merogol anak gadis rakan baiknya sehingga mangsa mengandung dan melahirkan seorang anak, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku beberapa kali di rumah mangsa yang berusia 15 tahun, di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Menurut sumber, suspek yang berusia 55 tahun itu dipercayai sering berulang alik ke rumah tersebut dan secara kebetulan, kediaman mereka berdekatan antara satu sama lain.

“Namun, setiap kali mengetahui mangsa berseorangan, suspek dipercayai mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Dia yang layak dipanggil ‘ayah’ oleh mangsa, dipercayai mengulangi perbuatan keji itu sehingga mangsa yang masih bersekolah itu mengandung,” katanya, semalam.

Sumber berkata, sepanjang tempoh mengandung, mangsa langsung tidak mengetahuinya kerana menganggap dirinya tidak datang bulan adalah perkara biasa.

“Bagaimanapun, mangsa merasa risau setelah melihat kakinya mula membengkak sebelum menunjukkan keadaan kakinya kepada ibunya, lalu di bawa ke klinik berhampiran.

“Setibanya di klinik tersebut, doktor mengesahkan mangsa sedang mengandung dan hanya tunggu masa untuk bersalin, sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Kata sumber, terkejut dengan perkhabaran itu, ahli keluarga mangsa terus membuat laporan polis dan suspek ditahan di kediamannya, kelmarin.

Semalam, di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan suspek ditahan reman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
-sinarharian-

17 Jenazah Pejuang Palestina 3 Bulan Ditahan Israel Tapi Tak Membusuk

Tranungkite

Sudah lebih dari 3 bulan jenazah para demonstran intifadha yang meletus sejak 1 Oktober 2015 ditahan oleh pihak keamanan Israel. Pihak Israel baru hari ini mengembalikan jenazah para suhada korban bentrok intifada kepada pihak keluarga.

Namun masya Allah, dari 17 jenazah tersebut tidak ada yang mengeluarkan bau busuk. Padahal sudah lebih dari 3 bulan jenazah pejuang Palestina tersebut dibiarkan begitu saja oleh Yahudi Israel.
Pejuan Palestina 4
Pejuan Palestina 3
Pejuan Palestina 2
Pejuan Palestina 1
“Janganlah kau katakan orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup kekal disisi Allah “ (QS:2-154).

Puluhan ribu warga Kota Hebron ikut mensholatkan dan mengantar 17 jenazah syuhada Intifadhah Al-Quds. Sebuah pemandangan iring-iringan yang menggetarkan di tengah pekikan amarah menuntut balas dendam kepada Israel.

Sejumlah faksi Palestina dan kekuatan Islam dan nasionalis di Hebron ikut mengantar 17 jenazah syuhada tersebut. Bahkan sejumlah aleg Dewan Legislatif. Para pengantar mengibarkan gambar dan poster para syuhada, jargon menuntut balas dendam, dan mengobarkan semangat Intifadhah.(abnei/mi)

Hantu punya menantu (Gambar)


SEDUTAN video menunjukkan Sangeeta menjerut leher ibu mentuanya dengan sehelai kain.
Lucknow, India: Seorang wanita ditahan polis selepas rakaman video yang memaparkan dia memukul dan menjerut leher ibu mentuanya tersebar di Internet.

Sangeeta Jain ditahan polis pada Selasa lalu kerana disyaki menyerang ibu mentuanya, Raj Rani Jain yang berusia 70 tahun di daerah Bijnore di Uttar Pradesh.

Video berkenaan tersebar sejak minggu lalu selepas suami wanita itu, Sandeep memasang kamera keselamatan di kediaman mereka.

Sandeep memberitahu polis dia memasang kamera itu secara sembunyi kerana mahu mendedahkan sikap sebenar isterinya itu.

Katanya, isterinya sering menyerang ahli keluarganya sejak mereka berkahwin tujuh tahun lalu.
-hmetro-

Kronologi serangan di Indonesia (video)

Seorang anggota polis yang cedera akibat serangan bom terghadap pondok polis dibawa ke ambulans. - Foto EPA

Orang ramai melihat lokasi mayat mangsa serangan bom di Jakarta, petang tadi. Kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Jakarta: Kawasan sekitar Jalan Thamrin di sini, kecoh selama lima jam akibat serangan bom sehingga polis mengesahkan kawasan itu selamat namun sejak bom pertama diletupkan sehingga pertempuran antara polis dengan penyerang berakhir, masa kejadian itu hanya 30 minit.

Tembakan yang kedengaran selepas serangan bom itu sebenarnya hanya tembakan oleh polis manakala penyerang tidak membalas tembakan, tiada pertempuran.
Berikut kronologi ringkas kejadian.

Kira-kira jam 11:50 pagi waktu Malaysia, seorang pengebom memasuki Starbucks dan meletupkan dirinya. Hanya dia yang terbunuh. Seorang pelanggan, rakyat Kanada, berlari keluar dan dia ditembak dua penyerang yang menunggu di luar. Seorang rakyat Indonesia yang cuba membantu, cedera ditembak dan penyerang kemudian berlari ke panggung wayang berhampiran.

Tidak lama kemudian dua lelaki bermotosikal tiba dan berlari masuk ke dalam pondok polis berhampiran serta meletupkan diri mereka, membunuh kedua-duanya serta seorang rakyat Indonesia.

Tidak lama kemudian dua lelaki bersenjata di panggung wayang itu menyerang polis dan berlaku tembak menembak selama 15 minit yang berakhir dengan kedua-dua penyerang terbunuh.

Menurut saksi, dua penyerang itu bukan mati akibat tembakan polis tetapi meletupkan diri mereka. 
-AP/hmetro-



Dua orang awam antara yang dipercayai maut dalam serangan di Jakarta.

Pemikiran politik Islam PAS terlalu sukar difahami

Rasyid Mansoor
PAS menegaskan ia parti politik Islam berasaskan dasar perjuangan Islamnya.Ditegaskan juga ia terangkum dalam sebuah jaringan mata rantai perjuangan Islam yang bermula sejak munculnya dakwah Rasulullah SAW.

Namun, pendirian dan sikap PAS sejak akhir-akhir ini sukar difahami dan sulit untuk dikaitkan dengan perjuangan Islam tadi.Apakah kini, PAS sendiri berhadapan dengan krisis identiti atau objektif politiknya sendiri kabur lantaran masalah yang diwujudkannya sendiri, gagal ditangani secara sempurna?

Apakah masalah yang dicipta PAS? Saya senaraikan sebahagiannya di sini.
Bermula dengan isu kaji semula keabsahan Pakatan Rakyat (PR) menurut syara’ sehingga terzahir persepsi PAS mahu undur daripada PR dan sedia bersendirian demi keredhaan Allah.

Sehingga kini tiada sebarang kajian atau hasilnya dibentang kepada umum atau ahli-ahlinya.

PAS juga melanggani idea umpanan Umno dalam usaha untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud.

Ketika itu, Kelantan masih belum bersedia sepenuhnya, tawaran Umno penuh dengan seribu keraguan dan respon tidak senang oleh PKR dan DAP.

Sehingga secara jelas dan ketara, PAS dipermainkan Umno yang kononnya akan membantu PAS membentangkan sama ada undang-undang hudud itu sendiri atau cadangan pindaan terhadap Akta 355.

PAS sebagai parti Islam sering mendoktrin ahli dan pengikutnya yang menerima PAS bermakna menerima Islam dan menolak PAS bererti menolak Islam.

Namun, fahaman ini sukar diterima umum kerana dalam masa yang sama pimpinan tertinggi PAS acapkali menunjukkan pintu keluar kepada ahli yang meragui parti seolah-olah mereka digalakkan meninggalkan Islam, kerana bagi doktrin tersebut, menolak PAS adalah penolakan terhadap agama Islam.

Justeru bagaimana sebenarnya?

Kini, mereka mengisytiharkan DAP musuh baharu.

Apabila datang daripada mulut pimpinan yang bertaraf orang alim, maka DAP digambarkan sebagai musush Islam bagi sebahagian ahli PAS yang rendah tahap fikirnya.

Terlupa seketika usaha bersungguh PAS selama ini mempertahankan DAP yang menolak hudud dengan berhujah mereka adalah non-Muslim yang sewajarnya bersikap demikian berbanding pimpinan dan ahli Umno.

Namun kini semuanya berubah. DAP yang sama dikecam sebagai punca kegagalan hudud maka dinilai sebagai musuh sebenar PAS sedang yang menipu, mengumpan, menghalang pembentangan cadangan pindaan Akta 355 adalah parti lain, pihak lain iaitu Umno, BN dan kerajaan Malaysia.

Di mana kebestarian pemikiran politik Islam PAS? Di mana Islam PAS sebenarnya?

Tambahan untuk itu, dalam pada PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh baharu, PAS masih dengan tenang tanpa segan dan silu duduk bersama DAP dalam satu kerajaan negeri bersama musuhnya DAP.

PAS masih berurusan dengan jawatankuasa kerajaan negeri Selangor yang dipengerusikan pemimpin DAP.

PAS masih memperakui sebahagian daripada kerajaan Selangor walaupun sebahagian lain adalah musuh politiknya.

Bagaimana sebuah kerajaan negeri dapat ditadbir dengan baik sekiranya dipimpin 2 parti yang bermusuhan?

Begitukah Islam? Demi apa sebenarnya PAS kekal dalam kerajaan Selangor? Jika bukan kerusi, bukan kuasa, demi apa? Islam?

Islam sebenar atau Islam PAS?

Islam sebenar ialah mewujudkan kerjasama baik, saling menghormati dan bantu membantu dalam pentadbiran sebuah kerajaan, bukan bermusuhan, mengecam dan menimbulkan provokasi tidak berkesudahan yang akhirnya terzahirlah satu teori, Islam PAS membenarkan PAS bersama dengan Umno bagi mentadbir Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri secara bersama, walaupun keduanya bermusuhan dalam politik.

Justeru itu, seorang pemimpin PAS menyatakan PAS terbuka kepada kerjasama politik dengan Umno demi Islam dan seorang lagi menegaskan tidak akan ada kerjasama politik dengan Umno.

Ini bagi saya adalah kerana pemikiran politik Islam PAS (pada masa kini) sukar difahami, termasuk oleh pemimpin mereka sendiri.

Saya kira juga, peringatan yang dilontar Timbalan Presiden Amanah wajar diperhalusi pimpinan PAS agar tiada lagi gelombang baharu perpindahan parti oleh ahli mereka secara beramai-ramai dari PAS kepada Amanah, lantaran sikap parti sendiri.
-malaysianinsider-

Salahuddin Ayub adalah sibghah PAS

Subky Latif
ADA penyokong PAS yang setia datang bertanya, betulkah PAS sedang memujuk Salahuddin Ayub yang lari daripada PAS supaya kembali semula kepada PAS? Saya tidak tahu akan sesuatu. Yang saya tahu hanya membuat tafsiran dan analisis atas semua kemungkinan. Tafsiran dan analisis ada tepat ada tidak. Biasanya ia dibuat mengikut logik.
Orang yang bertanya itu berkata, dia dimaklumkan oleh orang kuat parti orang-orang PAS yang lari itu bahawa PAS sedang berusaha memecahkan parti itu dengan memujuk Salahuddin kembali kepada PAS.

Analisis saya ialah tiada banyak orang PAS pandai memujuk orang PAS yang keluar kembali kepadanya, bahkan menghalang jangan keluar pun kurang. Yang banyak dan pandai ialah memujuk orang PAS keluar daripada partinya. Yang saya paling tidak seronok ada yang suka orang yang keluar itu keluar kerana ia dikira sebagai pemutihan kepada PAS.

Yang saya hajati dalam mengatasi hal yang dihadapi PAS ialah jangan penyelesaian itu hingga mencicirkan barang seorang pun anggota PAS yang sejuta itu.

Apapun tentang Salahuddin itu ialah dia adalah seorang sibghah PAS. Kalimah sibghah dalam Quran itu diterjemahkan sebagai celupan atau sepuhan.

Kalau hendak diselamatkan dia bukanlah justeru disasarkan kepada mana-mana pihak tetapi orang yang dicelup PAS dari mula itu seelok-eloknya wajar diselamatkan.

Seelok saja dia baligh, tentunya sesudah berkhatan, gerakan Islam yang mula diketahuinya dan lekat padanya ialah PAS. Sengat PAS itulah yang menjalar pada nadi dan dalam darahnya.

Orang lain yang sebaya dengannya, justeru jamaah Islam selain PAS sudah mulai ada di sana sini, mereka sudah dihinggapi sibghah yang lain. Sebagai anak muda mereka dapat celupan daripada persatuan pelajar Islam atau belia Islam dan macam-macam NGO dakwah dan badan kebanjikan seperti Perkim dan lain-lain.

Setelah mereka keluar sekolah atau tidak aktif lagi dalam mana-mana badan, justeru cenderung kepada gerakan dan politik, ada yang menyertai parti-parti politik lain dulu antaranya ada yang tersesat dalam Umno. Sesudah dalam politik itu tidak kena dalam politik ini pun tidak kena, maka barulah atas sibghah-sibghah yang lain mereka dapat sibghah PAS.

Akan tetapi Salahuddin diketahui semua dari awal sudah sibghah PAS dan kalau PAS itu ada usrah dan tarbiyah, besar dan dewasanya adalah dengan usrah dan tarbiyah PAS. Dan dengan sibghah PAS itulah dia menyepuh pemuda-pemuda PAS dan lain-lain lapisan PAS dengan celupan yang sebati dengan darah dagingnya.

Yang dapat celupan daripada berbagai-bagai jamaah dan parti politik lain dulu jika antaranya lucut daripada celupan PAS apa boleh buat, tetapi jika Salahuddin terlondeh sama daripada sibghah PAS adalah suatu yang amat tdak patut. Jika yang sebati sibghahnya sepertinya lekang daripada sibghahnya, nescaya ada ruginya. PAS rugi dia pun dikira rugi juga. Kerugian itu nescaya mendatangkan sia-sia.

Sebelum semua jadi sia-sia eloklah Salahuddin diselamatkan supaya yang sibghah PAS dari mula kekal dalam sibghah PAS. Pada yang lain saya sayang juga, tapi Salahuddin adalah tersangat sayang. Tiada siapa boleh pujuk dia. Dialah yang boleh memujuk hatinya.

Nabi Isa Ternyata Tidak Pernah Disalib, Tertulis di Kitab Injil berusia 1500 tahun

Tranungkite

Perdebatan panjang mengenai Nabi Isa ‘alaihissalam, atau dalam pandangan Kristen dinamakan “Yesus Sang Juru Selamat”, tidak sempat lekang ditelan bergulirnya era. Perdebatan itu bahkan tampaknya dapat kembali menguat seiring info ditemukannya kitab Injil berumur lebih dari 1.500 th.

Dalam kitab Injil version Barnabas yg ditemukan itu terdapat opini bahwa Nabi Isa ‘alaihissalam atau Yesus, tak sempat disalib. Yg disalib ialah teman Nabi Isa yg berkhianat, yaitu Yudas Iskariot, atau dalam ajaran Islam dinamakan yang merupakan “orang yg diserupakan bersama Nabi Isa ‘alaihissalam”, layaknya tercantum dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 157.

Injil Barnabas dikenal sbg Injil diluar Injil-injil kanonik yg direstui & diresmikan Vatikan, adalah Injil-injil Matius, Markus, Lukas & Yohanes. Injil-injil yg direstui Vatikan ini tidak serupa dgn Injil Barnabas.

Searah bersama peristiwa yg dicatat Islam, Injil lanjut umur itu menyebut bahwa Yesus serta-merta diangkat ke surga, sementara Yudas dgn iradah Alloh disamarkan maka menyerupai Yesus & disalibkan dalam prosesi layaknya yg diyakini sejauh ini.
Seandainya ditelusuri lebih dalam, Injil Barnabas dinyatakan bahwa Nabi Isa (Yesus) bercerita pada Barnabas, ia dapat dibunuh. Tetapi, kata Nabi Isa, Alloh bakal membawanya naik dari bumi. Sedangkan orang yg dibunuh sebenarnya merupakan satu orang pengkhianat yg wajahnya diubah seperti Nabi Isa. & beberapa orang bakal yakin bahwa yg disalib itu yakni Nabi Isa.

”Tetapi Muhammad bakal datang… Rasul Alloh yg suci,” kata Nabi Isa. Nama Nabi Muhammad serta dinamakan kepada Bab 136, 163, & 220. Kalau dikaitkan antara mengisi Injil Barnabas bersama info yg menyatakan bahwa yg disalib yaitu Yudas, sehingga berarti ini yg disalib yaitu rekan Nabi Isa ‘alaihissalam yg sudah berkhianat.

Terhadap 28 Pebruari 2012 dulusudah diberitakan bahwa sudah ditemukan di Turki suatu Injil berumur 1.500 thyg menceritakan kehadiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Menteri Budaya & Pariwisata Turki kepadawaktu itu, Ertugul Gunay, mengemukakansearahdgn keyakinan Islam, Injil ini memperlakukan Yesus yang merupakan manusia, bukan “Tuhan”. Fakta ini, sekaligus menolak rencanaide tritunggal & penyaliban Yesus.

“Penemuan terbesar ya Injil tersebut, yg ditaksir berharga 28 juta dollar AS,” Bahkan, para ahli menegaskan bahwa Injil tersebut original. Injil itu ditulis dgn tinta emas dalam bahasa Aramaic—bahasa yang difungsikan Yesus.

Inilah 'Terrorist' utama yang berjaya dibunuh Rusia

Eileen Hassan antara 'Terrorist' utama yang berjaya dibunuh Rusia dalam serangan pengeboman di Idlib, Syria.

Kesaksian ASTRONOT Wanita Jadi MU'ALAF

Tranungkite
Sunita Williams, seorang wanita India pertama yang pergi ke bulan pada tanggal 9-07-2011. Kembalinya dari Bulan langsung masuk dan memeluk Agama Islam.

Dia berkata :
''Dari Bulan seluruh Bumi kelihatan hitam dan gelap kecuali dua tempat yang terang dan bercahaya. Ketika aku lihat dengan Teleskop, ternyata tempat itu adalah Mekkah dan Madinah. Di Bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi, Tapi aku masih mendengar suara Adzan.''

Prof Lawrence E Yoseph berkata dalam Encyclopedia Americana : "...Sungguh kita telah berhutang besar kepada umat Islam. Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun shalat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, karena rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memencarkan gelombang elektromagnetik .

Hasil penelitian dari 15 Universitas menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada !!

Beberapa astronot yang mengangkasa melihat suatu sinar yang teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata bersumber dari Bait Allah atau Ka'bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menambahkan : "...Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam yang telah shalat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu..."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi. Radiasi yang berada di sekitar ka’bah ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’,
artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi.

Sebab itu lah ketika kitìa mengelilingi Ka’Bah, maka seakan- akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Makkah juga merupakan pusat bumi.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini.

Allah berfirman :
‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (ar-
Rahman:33).

Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan.
Sekiranya Allah subhanahu wata'ala tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Dalam penelitian lainnya, mereka mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air.
Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tatasurya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam bersabda :
Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji dan Umroh. Ini adalah jawaban fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak didasari ilmu pengetahuan yaitu mengapa kaum Muslimin shalat ke arah kiblat dan bahwa umat Islam dianggap menyembah Hajar Aswad. Hanya Allah Yang Maha Kuasa dan Segala-Galanya.

Subhanallah ..

Lelaki Wales dakwa dirinya putera Sultan Perak (Gambar)

FMT Reporters
Keith-Williams
PETALING JAYA: Seorang lelaki berbangsa Wales mendakwa dirinya adalah putera sulung kepada Sultan Perak ke-33, Almarhum Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah.

Bagi mengukuhkan dakwaan itu, lelaki terbabit muncul dalam sebuah filem dokumentari bertajuk: Fy Nhad y Swltan (Ayahku Sultan), disiarkan di Wales pada 6 Januari lalu yang memaparkan kisah dirinya yang berdarah Raja Melayu itu.

Keith Williams, 64, mendakwa dia mendapati dirinya berdarah Raja-Raja Melayu Perak selepas menemui ibu kandungnya, Elizabeth Rosa.

Dia yang tinggal di sebuah kampung di Penygroes di Gwynedd, Wales, diambil sebagai anak angkat ketika berumur dua tahun.

“Ibu cakap ayah kandung saya dari Malaysia dan kemudian memberitahu bahawa ayah saya adalah seorang Sultan. Saya memang terkejut.

“Kemudian ibu beri saya lihat banyak gambar foto lama yang menunjukkan ayah dan ibu. Saya rasa kisah ini macam dalam filem Disney,” katanya yang dipetik portal South Wales Guardian, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Keith berkata, dia sukar untuk menghubungi anggota kerabat diraja Perak dan berpendapat ia mungkin disebabkan wujud kebimbangan di Istana Iskandariah bahawa dia akan menuntut takhta, istana dan harta pusaka almarhum Sultan Idris.

“Saya tidak buat program dokumentari ini untuk menyinggung kerabat Perak, saya cuma mahu mengetahui lebih lanjut mengenai diri sendiri.

“Saya sedar ia perkara sensitif untuk kerabat Perak, tapi saya mahu tahu dan saya sudah ziarah makam ayah. Memang beremosi untuk saya,” katanya.

Sultan Idris adalah Sultan Perak ke-33 yang memerintah antara tahun 1963 hingga 1984. Baginda mangkat selepas diserang sakit jantung dalam sebuah majlis di Lumut, Perak.

Sultan Idris sangat terkenal pada zaman pemerintahannya sebagai Raja Pemerintah Perak berjiwa rakyat dan sering turun padang melihat rakyat jelata dengan berpakaian celoreng tentera dan berpistol di pinggang.

Inilah Cara Mudah Dan Murah Putihkan Gigi Yang Ramai Tak TAHU !!

Tranungkite
post-feature-image
Untuk anda di luar sana yang mencari cara memutihkan gigi kuning dengan mudah dan murah, bolehlah mencuba cara ini.

Cara memutihkan gigi ini dibuktikan berkesan dan hanya dianggarkan menelan belanja RM1.50 sahaja.

Jom kita cuba cara memutihkan gigi yang berkesan dengan harga bajet ini.

Bahan-bahan:

1. Sudu soda bikarbonat
2. Lemon atau limau nipis

Cara penyediaan:

1. Ambil 1 sudu soda bikarbonat dan 1 hiris limau nipis.
2. Perah limau nipis dan sebatikan dengan soda bikarbonat.
3. Gosok pada gigi selama 2 hingga 3 minit.

Jangan lupa SHARE kan jika ianya berkesan..

Polis siasat 'flash mob' tak pakai seluar (Gambar)

Polis siasat 'flash mob' tak pakai seluar
Antara aksi flashmob 'No pants subway ride'. - Foto AFP
MOSCOW - RUSIA . Pihak berkuasa Rusia akan menyiasat gimik 'flash mob' yang tidak memakai seluar dan hanya memakai pakaian dalam pada Ahad lepas.

Menurut AFP, aksi yang digelar 'No pants subway ride' disertai berpuluh-puluh penumpang lelaki dan wanita di sebuah stesen kereta api bawah tanah.

"Pihak polis sedang membuat keputusan sama ada perbuatan mereka menghina kesopanan awam atau tidak," kata jurucakap polis kepada agensi RIA Novosti.

Syarikat kereta api bawah tanah, Moscow Metro pula menggesa orang ramai supaya menghormati sesama mereka dan tidak melanggar kesopanan di tempat awam.

Salah seorang peserta, Mark Vesely telah memuat naik foto flash mob tersebut dan mengatakan gimik tersebut berjaya.

Vesely juga menyatakan rasa tidak puas hati kerana sesetengah peserta bertindak tidak sopan dengan menggayakan aksi hubungan seks.

Sementara itu, cabang parti komunis, Communist of Russia mengecam gimik flash mob berkenaan, semalam.

Gimik flash mob tersebut yang dipercayai berasal dari Amerika Syarikat telah tersebar ke ibu kota popular dunia seperti London dan Bangkok.

Gimik tersebut menyaksikan peserta flash mob berpakaian harian yang normal tetapi tanpa memakai seluar.
-sinarharian-

Haram kerja di kedai fotostat

XIFU NASER
XIFU NASERHARAM tetap haram. Hukumnya jelas. Tetapi mindset haram kita tidak semudah itu. Ia adalah lebih tertakluk kepada satu wacana perdana agama (Mainstream Religious Discourse) yang mengawal cara seseorang berfikir tentang perkara haram yang perlu diketengahkan dan perkara haram yang perlu didiamkan.
Dr Maza telah menyindir mengapa pihak agamawan begitu taksub mengharamkan vape tetapi diam dalam isu bauksit yang lebih memudaratkan. Ini adalah kerana isu bauksit tidak termasuk dalam Mainstream Religious Discourse. Adalah religious berbincang mengenai hukum vape tetapi tidak religious untuk berbincang tentang hukum bauksit.

Soalan yang popular ialah haramkah saya kerja di tempat yang jual arak seperti 7-Eleven, Tesco dan sebagainya. Saya suka memberi respons yang membuka lebih persoalan supaya kita nampak masalah bukan secara zahir tetapi dari akarnya.

Saya tanya balik, “Adakah haram bekerja di kedai fotostat buku? Undang-undang memang membenarkan fotostat sebahagian daripada buku untuk tujuan akademik tetapi bukan seluruh buku.”

Respons yang biasa ialah, “Mengapa haram pula? Bukankah Islam galakkan kita menuntut ilmu! Bukankah membaca buku itu satu cara untuk menuntut ilmu? Takkanlah penulis begitu berkira. Pahala diberi kepadanya nanti!”

Respons di atas bukan sekadar tidak mengiktiraf keharaman fotostat buku tetapi ia adalah satu usaha penuh rela untuk merasionalisasikan perbuatan haram yang di luar Mainstream Religious Discourse sehingga perbuatan haram menjadi ‘biasa, harus, halal’. Perbuatan ini tidak perlu difikirkan, diketengahkan dan diharamkan.

Respons saya seperti berikut. Kalau kamu menulis buku dan syarikat menerbitkannya, apakah harapan penerbitan? Mungkin kamu inginkan pahala semata-mata, tidak memerlukan royalti. Tetapi jangan lupa apakah harapan syarikat?

Mungkin kamu akan kata bahawa ilmu tidak boleh dijual beli oleh syarikat swasta. Tetapi jangan pula lupa bahawa syarikat penerbitan mempunyai pekerja yang mempunyai keluarga seperti kamu.

Bagaimana periuk nasi mereka? Bila kamu fotostat sebuah buku, kamu telah merompak duit yang perlu digunakan untuk membeli susu bayi! Yang paling tragisnya ialah kamu guna buku itu untuk kegunaan diri kamu sehingga mendapatkan ijazah supaya kamu dapat hidup mewah kelak!

Bila kamu kerja di kedai yang fotostat seluruh buku, tidakkah kamu rasa berdosa setiap hari kerana begitu banyak buku kamu sudah rompak?

Saya juga akan menambah perencah dalam hujah saya. Kalau sebuah buku agama itu menggunakan hadis-hadis palsu, dan kamu fotostat buku itu dan kamu dapati ia akan disebarkan kepada orang ramai, adakah kamu tidak rasa berdosa besar? Manakah yang lebih haram di antara kerja di kedai yang jual arak dan kerja di kedai fotostat yang jual hadis palsu, berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW sehingga merosakkan aqidah dan prinsip asas agama!

Isu di sini ialah mengapa wacana pengharaman di atas disenyapkan?

Mengapa tidak pula mempersoalkan kedai makanan ‘Islam’ yang menjual rokok? Bukankah ini menghina agama?

Manakah yang lebih memudaratkan kalau dibandingkan merokok dan makan babi? Bayangkan kedai makan ‘Islam’ yang sama itu menggantikan penjualan rokok dengan penjualan daging babi? Adakah respons Religious Discourse kita akan sama? Mengapa tiada agamawan yang ketengahkan isu jual rokok di kedai makan ‘Islam’ ini? Mungkin akan ada usaha merasionalisasikan merokok sebagai makruh sahaja.

Bahkan kita boleh fikir jauh lagi. Apakah hukum kerja di NGO dan parti politik yang menggalakkan rasisme, mengelirukan masyarakat tentang Islam sehingga maruah Islam tercemar? Manakah yang lebih memudaratkan antara mencemarkan maruah Islam dan menjual arak? Mengapa Mainstream Religious Discourse kita senyap?

Apakah hukumnya bekerjasama dengan parti politik yang mengamalkan rasuah berbilion-bilion secara berleluasa, terbuka dan tidak malu jika dibandingkan mereka yang berkhalwat di hotel-hotel secara tertutup kerana malu?

Isu haram bukan sekadar hukum tetapi ia adalah isu konsistensi dalam wacana pengharaman. Konsistensi ini hanya akan tercapai jika agamawan kita tidak menjadi lalang yang mengikut arus perdana tetapi berdiri atas prinsip bercakap benar walaupun pahit.


Abdul Naser Tun Rahman, Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim

Siapa Musuh Sebenar PAS Dalam PRU 14 nanti ?

Shahbudin Husin
Pas sudah secara rasmi menolak kerjasama politik dengan UMNO dan dalam masa sama, parti itu juga tidak menganggotai Pakatan Harapan atau PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Asas penolakan Pas menolak menyertai PH ialah kerana tidak mahu sekelambu dengan DAP dan Amanah. Pas juga mahu kekal bermusuh dengan UMNO. Bagaimanapun, Pas masih menjalin kerjasama politik dengan PKR, salah satu parti komponen dalam PH.

Baru-baru ini, PH menandatangani kod etika bersama yang antaranya tidak menggunapakai lagi amalan "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kesepakatan gabungan baru itu untuk berhadapan dengan UMNO dan BN.

Dengan itu, antara lain perkara yang paling bermakna di sebalik persetujuan itu ialah pembahagian kerusi dalam PH nanti akan dilakukan secara konsensus dan persetujuan bersama secara mutlak antara ketiga-tiga partinya.

Kalau bersetuju, mesti setuju dengan sejujurnya dan jika tidak bersetuju, mesti juga tidak setuju sepenuhnya.

Tiada lagi kemungkinan berlakunya persetujuan dimungkiri atau terjadinya pertandingan sesama sendiri yang semata-mata berdasarkan andaian atau syak wasangka calon parti rakan itu tidak boleh dipercayai, disyaki berfahaman sosialis, terlibat dengan pil kuda atau sebagainya.

Melalui persefahaman yang sudah dicapai dalam PH itu, secara tidak langsung bermakna pembahagian kerusi antara PKR, DAP dan Amanah sudah boleh dilaksanakan mulai sekarang agar tempoh masa tidak sampai tiga tahun menjelang PRU 14 akan datang, gerak kerja yang lebih mantap dapat dilaksanakan ke arah mencapai kemenangan.

Secara teorinya, oleh kerana Pas tidak termasuk dalam gabungan PH, kerusi-kerusi yang yang ditandingi oleh parti itu dalam PRU 13 lalu sudah boleh diambilalih oleh Amanah untuk PRU 14 akan datang.

Jika ada pun sebahagian kerusi itu yang tidak sesuai ditandingi oleh Amanah, ia mungkin boleh diserahkan secara sukarela sama ada kepada PKR dan DAP.

Pas pula, disebabkan sudah menjadi parti sendirian berhad yang tidak mahu menyertai PH dan menolak juga kerjasama dengan BN, tentu saja boleh memilih untuk bertanding di mana-mana saja kerusi yang diminatinya.

Sehingga ini, Pas hanya bertahalul siyasi dengan PKR saja, tetapi tetap menganggap UMNO, DAP dan Amanah sebagai musuhnya.

Jadi, di kerusi manakah Pas akan bertanding dalam PRU 14 nanti?

Disebabkan adanya kerjasama dengan PKR, Pas mungkin memberi laluan untuk pertandingan satu lawan satu di kerusi-kerusi yang PKR bertanding berhadapan dengan UMNO dan BN, namun bagaimana dengan kerusi yang ditandingi oleh DAP dan Amanah?

Meskipun ada pendapat mengatakan Pas berhak bertanding di kerusi-kerusi lamanya, Amanah juga merasakan hak itu sudah berpindah kepada mereka sebagai rakan gabungan dalam PH, manakala Pas sudah bersendirian.

Adakah Pas akan berkeras mahu bertanding juga, lalu menjadikan berlakunya pertandingan tiga penjuru?

Jika ia berlaku, siapakah yang berpotensi mencapai kemenangan?

Di kerusi-kerusi yang ditandingi UMNO, apakah pula sikap dan pendirian Pas nanti?

Memandangkan Pas kekal menganggap UMNO sebagai musuhnya, adakah parti itu akan meletakkan calon-calonnya juga untuk bertanding di semua kerusi UMNO dan menjadikan berlakunya perebutan tiga penjuru?

Sekali lagi, di kerusi yang menjadi dominan UMNO, apakah lebih menguntungkan bagi Pas untuk turut bertanding atau membiarkan saja PH berhadapan satu lawan satu?

Bagaimana pula ketika kempen berlangsung, khususnya di kawasan yang berlaku pertandingan tiga penjuru, siapakah sasaran serangan dan kecaman Pas di pentas-pentas ceramahnya nanti - UMNO dan BN atau PH, DAP dan Amanah?

Di antara ketiga-tiga musuhnya itu iaitu UMNO, DAP dan Amanah, siapakah yang dianggap musuh paling besar bagi Pas sehingga tidak mungkin sama sekali untuk bertolak ansur demi matlamat yang lebih besar?