Isteri bongkar kelakuan jijik suami

Muar – Seorang pegawai kanan agensi kerajaan didakwa mendera secara seksual tiga anak perempuannya berusia antara dua hingga lapan tahun di rumahnya di Selangor, tahun lalu.

Isterinya yang dikenali sebagai Linda, 32, berkata, dia terpaksa tampil membongkar kelakuan pelik suaminya kerana bimbangkan keselamatan diri dan tiga anak perempuannya.

“Selepas bernikah sembilan tahun lalu, suami sering meminta kami mengadakan hubungan seks luar tabii namun saya sering menolak menyebabkannya berang.

“Bagaimanapun, dia masih seorang suami dan bapa penyayang kepada kami sekeluarga hinggalah empat tahun lalu, selepas saya melahirkan anak kedua kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sekitar daerah ini, semalam.

Menurutnya, dia hanya tahu mengenai kejadian menimpa anaknya pada 29 November lalu ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang, Selangor.
-hmetro

5 TABIAT BURUK PENGGUNA JALANRAYA YANG PERLU DIHINDARI

Tayar dan keselamatan jalanraya
Satu daripada tabiat buruk di kalangan rakyat Malaysia adalah keabaian mereka terhadap aspek-aspek keselamatan tayar, termasuk penjagaan dan penyelenggaraan. Pengguna-pengguna jalanraya sentiasa leka dan tidak menyedari bahawa tayar sebenarnya adalah salah satu bahagian yang terpenting dalam memastikan keutuhan dan keselamatan kenderaan. Tiada gunanya jika kenderaan anda mempunyai sistem-sistem pembrekan yang tercanggih sedangkan tayar-tayarnya berada dalam keadaan yang membimbangkan. Tambahan pula, tayar-tayar yang buruk atau tidak dijaga dengan baik hanya akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan sekaligus mengancam keselamatan anda.


1. Terlalu asyik dengan dunia diri sendiri
Sesetengah pemandu terlalu asyik dengan diri sendiri semasa memandu tanpa menyedari kemungkinan-kemungkinan yang tersembunyi di sekeliling. Jika anda terlalu asyik dengan penampilan diri dan sentiasa melihat ke arah cermin dalaman, anda mengundang kemalangan tanpa disedari! Tidak kisahlah mood anda baik atau tidak, kenderaan besar atau kecil, sila beri perhatian sepenuhnya semasa memandu. Dan jangan membiarkan musik lantang mengikis perhatian anda. Ingat, Semasa anda berada di jalanraya mana-mana pun, anda sedang menghadapi suatu situasi yang penuh dengan ketidaktentuan. Pelbagai kebahayaan berkemungkinan muncul dari kiri, kanan, depan atau belakang pada bila-bila masa sahaja. Jadi, tumpukan perhatian anda pada jalanraya, bukan keasyikan diri.

2. Mengabaikan keselamatan tayar
Keselamatan dan keselesaan memandu bergantung kepada kesihatan atau keberfungsian tayar-tayar kenderaan anda. Disiplinkan anda untuk memeriksa tekanan angin kesemua tayar termasuk tayar ganti, lebih-lebih lagi sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Tayar dengan angin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas semasa melalui kawasan lopak air. Tayar yang diisi dengan angin yang berlebihan akan menjejaskan kawalan cengkaman dan pengendalian kenderaan. Pastikan juga penyelarasan dan keseimbangan tayar-tayar kenderaan anda memenuhi kehendak-kehendak industri. Tayar-tayar yang sudah haus atau menunjukkan apa-apa saja tanda yang tidak menepati keperluan-keperluan keselamatan perlu diganti. Jika tidak, risiko tayar bocor, pancit atau meletup di tengah jalan adalah tinggi terutamanya ketika kenderaan anda bergerak pada kelajuan tinggi.
Daripada sejumlah 217 dan 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dalam Op Selamat 5/2014 dan Op Selamat 7/2015 masing-masing, 58 kes (26.7%) dan 106 kes (35%) daripadanya adalah disebabkan ‘kenderaan terbabas dan hilang kawalan’.

3. Memandu secara berbahaya
Salah satu tabiat yang perlu dihindari ialah memandu tanpa prihatin kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan-golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang suka berlumba atau memecut, yang tidak segan silu menyelit dan menghimpit, menukar lorong tanpa membuka signal (kebanyakannya satu amalan yang kronik), melanggar lampu isyarat merah, suka merapati kenderaan di hadapan (tindakan ini menyebabkan pemandu tidak berkesempatan untuk bertindak semasa kecemasan), dan tidak mematuhi peraturan-peraturan jalanraya secara umumnya. Kemalangan sebenarnya memang boleh dielakkan sekiranya anda memandu dengan cara-cara yang betul dan selamat. Memandu secara berbahaya bukan sahaja membahayakan diri anda, ianya juga mengancam keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

Menurut statistik yang diumumkan oleh JPJ, terdapat sejumlah 476,196 and 489,606 kes kemalangan jalanraya bagi tahun 2014 and 2015, yang melibatkan 6,674 dan 6,706 kes kematian masing-masing.

6,674
Kes kematian (2014)

6,706
Kes kematian (2015)

4. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
Populariti telefon bimbit di zaman moden ini juga membawa padah kepada pemandu-pemandu yang leka. Perhatian anda akan terpesong tidak kiralah anda sedang bercakap tanpa menggunakan alat komunikasi bebas tangan atau menyemak mesej-mesej pada skrin sesentuh. Menaip dan menghantar mesej semasa memandu adalah perkara yang paling berbahaya! Pada keseluruhannya, perbuatan menggunakan telefon bimbit semasa memandu sememangnya membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan pemandu-pemandu muda adalah yang paling berisiko kerana kegemaran mereka bermain dengan telefon bimbit semasa memandu.

Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri (10 – 25 Julai 2015) mencatatkan 20,458 kes kemalangan jalanraya dengan 330 nyawa terkorban daripada 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Dengan kata-kata lain, dalam masa 15 hari Op Selamat dijalankan, purata kes kemalangan jalanraya harian ialah 1,364 kes semasa musim perayaan yang lalu.

1,364
Kes kemalangan harian semasa Hari Raya Aidilfitri (2015)

5. Tidak proaktif menghadapi sebarang kemungkinan
Untuk berlayak digelar seorang pemandu yang bertanggunjawab and berprihatin, anda perlu melengkapi diri anda dengan persediaan-persediaan tertentu semasa memandu. Ini termasuklah persediaan fizikal (pastikan anda tidak mengantuk), tidak memecut di persimpangan, perlahankan kenderaan anda di susur-susur keluar atau masuk di mana trafik bergabung, bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning, sentiasa peka dengan kemunculan pejalan-pejalan kaki di tempat-tempat tertentu, memakai tali keledar sepanjang masa tidak kira sejauh manapun jarak perjalanan anda, tidak mengikuti terlalu rapat kenderaan di hadapan terutamanya kenderaan berat, tidak memandu dalam keadan-keadaan cuaca yang bahaya (sila tangguhkan perjalanan demi keselamatan anda), tidak menggunakan kenderaan yang sudah bermasalah mekanikal, bersabar dan menghormati pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Kebolehan dan kepekaan anda membaca tindakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain mampu mengelakkan kecelekaan!

Tip-tip keselamatan tayar:
Periksa jangka hayat tayar. Tayar-tayar yang sudah berusia melebihi 6 tahun adalah tidak sesuai untuk digunapakai.

Pastikan anda mempunyai tayar yang betul dan selamat pada kenderaan anda. Ianya mestilah serasi dengan spesifikasi-spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.

Jenama tayar, saiz dan corak bunga mestilah sama pada setiap gandar. Penggantian tayar seharusnya melibatkan sekurang-kurangnya sepasang atau keempat-empat sekali untuk pengendalian kenderaan yang konsisten.

Periksa keadaan keseluruhan tayar, termasuk dinding sisi dalaman dan luaran untuk memastikannya tiada tanda-tanda mengelupas, membuncit atau meretak.
Periksa tahap kehausan atau kedalaman bunga tayar. Kesihatan bunga tayar mempengaruhi pembrekan, pengendalian dan pemecutan kenderaan anda, terutamanya semasa memandu dalam keadaan-keadaan cuaca basah.

Periksa tekanan angin atau kandungan angin bagi semua tayar sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kandungan angin tidak boleh terlalu tinggi atau rendah kerana ini akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan keselamatan pemandu.

Periksa juga tayar ganti. Pastikan ianya masih dalam keadaan yang baik seperti angin masih mencukupi kerana ‘tayar insurans’ ini perlu digunakan dalam kecemasan.

Jalankan penyelarasan dan keseimbangan roda untuk memastikan keselesaan memandu (contohnya apabila system suspensi terpelihara sebegini) dan jangka hayat tayar masih di dalam kawalan.

Utamakan keselamatan anda semasa menukar tayar dalam kecemasan. Alihkan kenderaan anda ke tempat yang lebih selamat (jika masih boleh berbuat demikian) dan pasangkan lampu kecemasan sebelum tayar ditukar.

Jumpa wang tunai RM2.4j dalam SUV (Gambar)


Wang yang dirampas anggota‎ Aksem.
PADANG BESAR - Anggota Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) Padang Besar menahan dua lelaki selepas menemui wang tunai berjumlah RM2.4 juta dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sekatan jalan raya di Kilometer 24 Jalan Ulu-Padang Besar-Padang Besar pada jam 6.30 petang semalam.

Menurut Komander Aksem, Deputi Supritenden Syed Basri Syed Ali berkata, anggota Aksem menahan kereta tersebut sebelum melakukan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan pada kenderaan itu menemui dua kotak berlabel jenama kopi yang mengandungi 48,000 keping not 50 yang diletakkan didalam kotak tersebut.

Beliau turut mengesahkan jumlah keseluruhan wang berkenaan adalah RM2.4 juta.

Tambah Syed Basri, suspek gagal menjelaskan dari mana sumber wang itu diperoleh dan mereka akan disiasat terlebih dahulu, katanya.

Suspek yang berusia 19 dan 54 tahun berasal dari Taman Singgahsana, Padang Besar itu kemudian dibawa ke Pejabat Aksem Chuping sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perlis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFAPUAA) 2001.
-sinarharian

Lelaki ini mengaku tidak bersalah melakukan seks guna jari terhadap gadis bawah umur


Seks guna jari, penganggur mengaku tidak salah Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding.
KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan dua kali melakukan hubungan seks dengan kekasih bawah umur menggunakan jari.

Dakwaan terhadap tertuduh, Muhamad Azam Mazri, 21, dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pertama melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun empat bulan di sebuah rumah kosong tanpa nombor di alamat Desa Harapan, Machang, pada jam 8.30 pagi, 25 April lalu.

Pada tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama kepada mangsa pada jam 3.30 petang pada tarikh dan lokasi sama.

Dakwaan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh melalui peguam, Zuhaidi Akmal Hasan Basri merayu jaminan dibenarkan dengan alasan berasal dari keluarga kurang pendapatan dengan bapa OKU yang bekerja sebagai peniaga.

Rayuan mendapat bantahan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin dengan alasan mangsa masih di bawah umur dan kebarangkalian untuk berjumpa dengan tertuduh sangat tinggi walaupun mangsa tinggal di Kuala Krai.

“Daripada digunakan untuk menjamin tertuduh, lebih baik duit yang ada digunakan untuk menampung perbelanjaan adik-beradik tertuduh yang lain dan kepada perkara yang lebih baik,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan kes untuk sebutan semula pada 25 Julai depan dan tertuduh akan ditahan dipenjara sehingga tarikh itu susulan tiada jaminan dibenarkan.
-sinarharian

Penyampai TVwanita ini janji bogel jika Itali juara Euro 2016



Milan: Penyampai televisyen Itali, Francesca Cipriani mengeluarkan kenyataan di Instagram. Dia membuat kaum lelaki menunggu janjinya itu.

Menurutnya, Francesca memuat naik gambar seksi di akaun Instagram peribadinya. Di foto tersebut, dia mempamerkan belahan payudaranya yang hanya ditutupi bendera Itali.

Bukan kerana fotonya yang membuatkan dunia maya terpaku, tetapi keterangan status gambar tersebut. Francesca yang berjanji apabila Itali menjadi juara Piala Eropah, dia akan telanjang.

“Jika Itali menang di Euro 2016. Bendera yang ada di sini akan terbang jauh,”kata penyampai televisyen yang berambut perang tersebut.

Tentu saja janji Francesca membuat lelaki berharap dan kebanyakannya dari Itali. “Semoga bendera itu boleh terbang jauh,” kata pemilik akaun @ riky10.

Bagaimanapun,pasukan Itali sendiri sudah memastikan pasukan itu 16 pasukan terbaik ke pusingan kedua Piala Eropah 2016. Sebagai juara Kumpulan E, pasukan di bawah kendalian Antonio Conte itu akan melawan kunjungan juara bertahan Sepanyol pada 27 Jun ini.
-kualalumpurpost-

Polis Tahan Lelaki Gali Kubur Ibu, Cuba 'Hidupkan' Mayat


Supriyanto, 47, dari Kampung Dusun Ngrancang di Kedu, Daerah Temanggung, Jawa Tengah ketika dalam tahanan polis.
JAKARTA: Gara-gara percayakan mimpi bahawa ibunya belum mati walaupun telah dikebumikan, seorang lelaki sanggup menggali kubur dan membawa pulang mayat ibunya atas alasan untuk "menghidupkan" semula mayat itu.

Perbuatan pelik lelaki dikenali sebagai Supriyanto, 47, dari Kampung Dusun Ngrancang di Kedu, Daerah Temanggung, Jawa Tengah itu hanya disedari oleh penduduk kampung setelah sebulan kejadian itu berlaku dan kemudiannya membuat laporan polis pada Rabu.

Agensi berita Antara memetik Ketua Polis Temanggung Wahyu Wim Hardjanto sebagai berkata, polis telah menahan lelaki terbabit bersama dua lagi rakannya yang membantu menggali kubur dan membawa pulang mayat wanita bernama Parimah.

Katanya, Parimah, 70, meninggal dunia pada 14 April lepas dan setelah 40 hari dikebumikan, Supriyanto yang juga anak sulung Allahyarham meminta bantuan enam rakannya untuk menggali dan membawa pulang mayat ibunya dengan mempengaruhi mereka bahawa dia telah bermimpi ibunya boleh hidup semula dengan mengadakan upacara tertentu.

"Kami dapat maklumat dari masyarakat adanya perbuatan pembongkaran (penggalian) mayat oleh anak kandung almarhumah sendiri. Kejadian pembongkaran ternyata sudah dilakukan sejak bulan Mei 2016 dengan alasan dia boleh menghidupkan kembali ibunya," katanya.

Wahyu berkata hasil siasatan mendapati Supriyanto bersama enam rakannya itu telah menggali kubur dan membawa pulang mayat Parimah pada tengah malam 25 Mei lepas dan mayat itu disimpan dalam rumah Supriyanto.

Sementara itu, menurut laporan portal berita merdeka.com, Supriyanto memberi alasan berbuat demikian kerana dia terlalu sayangkan ibunya dan mendapat mimpi bahawa ibunya itu hanya pengsan dan boleh dihidupkan semula.

Akibat perbuatan aneh dan melanggar undang-undang itu, Supriyanto dan kawan-kawannya akan didakwa di bawah Pasal 180 undang-undang negara yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 16 bulan.
-mstar-

Buaya tembaga muncul di Sungai Klang Gambar)

Buaya tembaga muncul di Sungai Klang Kelibat buaya tembaga yang sempat dirakamkan.
PUCHONG - Kampung Seri Aman di sini menjadi tumpuan seketika petang tadi apabila muncul kelibat seekor buaya tembaga di permukaan Sungai Klang berhampiran landasan transit aliran ringan (LRT) di Jalan Jurutera.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, reptilia tersebut dikatakan timbul di celah batu di bawah landasan LRT.

Penduduk,Kamsani Kamarudin,35, berkata, dia menyedari kehadiran buaya itu ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seri Aman Hilir menuju ke sebuah kompleks beli- belah.

Katanya, dia berhenti di tepi jalan apabila melihat kenderaan penuh di tebing sungai.

Dia terkejut melihat seekor buaya sedang elok bersantai dan mendapati haiwan tersebut berada di celah permukaan batu berdekatan tapak binaan landasan.

"Memang ada buaya di kawasan sekitar situ namun ia jarang muncul dan kali terakhir dilihat berhampiran Kampung Tengah baru-baru ini.

"Saiz haiwan itu nampak lebih besar lebih kurang tiga meter panjang berbanding yang pernah diviral dan dilihat kampung berhampiran sebelum ini.

"Haiwan itu tidak membahayakan penduduk ramai yang pernah terserempak dengannya di sungai itu," katanya.

Rahsia ais dan air sejuk

Minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung?

Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Pemandu teksi wanita diserang dan dirompak penumpang, leher dirodok dengan gunting (Gambar)


Serdang – Leher dirodok dengan gunting tajam hingga cedera parah. Itu nasib malang dialami seorang pemandu teksi wanita apabila diserang penumpang secara mendadak.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mahu menggunakan perkhidmatan teksinya dari Bandar Puteri di sini, menuju ke Sri Petaling.

Sumber berkata, mangsa berusia 51 tahun menjemput suspek di sebuah hotel di Bandar Puteri dan meminta mangsa singgah ke Laman Puteri bagi menjemput seorang lagi rakan sebelum menuju ke Sri Petaling.

“Sebaik tiba di Laman Puteri, seorang suspek mengarahkan mangsa menghentikan teksi model Proton Exora dipandu.

“Suspek menikam leher mangsa menggunakan gunting sebelum mengugutnya menyerahkan wang dan kunci teksi,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan nyawa, mangsa menyerahkan kunci kenderaan kepada suspek.

“Sebaik mendapat kunci kenderaan, suspek menolak mangsa keluar dari teksi dan melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang dibantu orang ramai membuat laporan polis di Balai Polis Puchong.

“Selain teksi, barangan berharga mangsa termasuk beg sandang, telefon bimbit dan wang tunai turut dilarikan suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Mohd Megat Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
-hmetro

'Dia bimbing saya pada Islam, dia suamiku'

Ramadan kali ini membuka lebaran baru buat seorang mualaf yang masuk tahun kedua mendalami Islam.

Hilda Saran atau nama Islamnya Naura Auni Abdullah, 27, berdoa agar keluarganya lebih terbuka menerimanya.

Naura Auni, yang sebelum ini penganut Kristian, berkata beliau berminat masuk Islam ketika kecil lagi apabila melihat sepupunya dibesarkan dalam agama itu.

Pekerja pengurusan di sebuah syarikat swasta itu berkata niatnya untuk masuk Islam ketika itu bagaimanapun terpaksa dipendam kerana tiada sesiapa yang membimbingnya.

“Dari kecil saya minat Islam kerana ada keluarga Islam, ayah kepada sepupu saya masuk Islam. Ketika saya masih kecil saya lihat sepupu saya bertudung dan solat.

“Dari dulu tertarik tapi tidak ada yang mahu bimbing saya,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.

Lafaz syahadah

Wanita kelahiran Kuching itu bagaimanapun ketika melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertemu seorang lelaki yang membimbingnya ke jalan yang benar.

Setelah mendalami Islam, pada Ramadan 2014, pada jam 9 pagi beliau hadir Pejabat Agama Islam Klang bagi melafazkan syahadat dan disaksikan oleh lelaki itu yang kini merupakan suaminya.

“Saya berjumpa seorang lelaki sekarang dia kini adalah suami saya.

“Saya banyak bertanya kepada suami saya bagaimana proses ingin memeluk agama Islam dan saya mulai belajar dari dia.

“Saya memang nak dari dulu tapi tak tahu nak minta tolong dari siapa.

“Alhamdulillah, suami saya yang jadi saksi saya masuk Islam pada bulan Ramadan 2014,” katanya.

Ambil hati ibu

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui bagaimana untuk memberitahu kepada kedua ibu bapanya mengenai perkara tersebut.

Pelbagai perkara menghantui fikiran sehingga beliau begitu khuatir sekiranya dibuang oleh keluarganya.

“Agak sukar memberitahu keluarga saya tapi lama kelamaan saya kuatkan diri untuk beritahu. Saya takut mereka putuskan pertalian.

“Saya ambil masa selama tiga bulan untuk beritahu mereka. Alhamdulillah mereka agak terkejut dengan berita itu,” katanya yang menambah adiknya turut masuk Islam awal tahun ini.

Naura Auni berkata, sesudah masuk Islam, beliau berusaha untuk mengambil hati ibu dan bapanya supaya mereka boleh menerima beliau seadanya.

“Saya tahu kemarahan mereka sudah mulai reda, tapi, Ramadan kali ini mereka lebih terbuka menerima saya,” katanya.
-malaysiakini

Pembaziran Makanan Di Malaysia Sangat Tinggi

KUALA LUMPUR: Statistik menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia amatlah mengejutkan: setiap hari, kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan.

Secara keseluruhannya, semua jenis sisa makanan terbuang yang membentuk kira-kira 40 peratus atau 15,000 tan metrik, adalah sisa harian isi rumah di Malaysia..

Angka-angka ini adalah berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 2015.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Hazilah Gumri berkata kajian itu juga mendapati bahawa isi rumah yang terdiri daripada lima anggota membelanjakan secara purata RM900 sebulan untuk makanan dan bahawa satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan penggunaan.

"Ini bermakna kira-kira RM225 (benar-benar) dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan, yang jumlahnya mencapai RM2,700 setahun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "How Consumers Can Benefit From Reducing Food Waste" (Bagaimana Pengguna Boleh Mendapat Faedah Dengan Mengurangkan Sisa Makanan) di forum MYSaveFood baru-baru ini.

Forum sehari itu dianjurkan oleh sekretariat MYSaveFood di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Nogeh Gumbek.

Hazilah berkata walaupun 80 peratus daripada sisa makanan itu dianggap "sesuatu yang tidak dapat dielakkan", 20 peratus adalah "yang boleh dielakkan".

SWCorp menyelia sistem pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, kuantiti sisa makanan biasanya didapati meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan.

"Ia berlaku semasa (bulan) Ramadan, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Semasa perayaan, orang ramai cenderung memasak atau menempah banyak makanan untuk tetamu mereka. Akhirnya, satu pertiga atau satu perempat daripada makanan itu terbazir," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian forum tersebut.

KURANGKAN SISA MAKANAN

Hazilah berkata bagi mengurangkan sisa makanan, isi rumah perlu memastikan untuk hanya membeli ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit sekadar memenuhi keperluan mereka.

"Kemudian, masak makanan secukupnya setiap hari dan jika terdapat sisa, simpanlah sebaiknya supaya boleh dimakan kemudian. Sebaliknya, lebihan makanan itu boleh diberikan kepada kepada jiran. Atau boleh juga diberi makan haiwan peliharaan," katanya, dan menambah kata bahawa rakyat Malaysia juga perlu belajar membuat kompos daripada sisa makanan dan menggunakannya sebagai baja untuk tanaman mereka.

Tambah beliau, dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu untuk makanan, sekali gus pembaziran makanan dapat dikurangkan, isi rumah bukan sahaja boleh menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan kesan karbon dan melindungi alam sekitar melalui pelepasan metana yang lebih rendah daripada tapak pelupusan.

Hazilah berkata usaha itu juga boleh membantu menjimatkan tenaga dan sumber serta mencegah pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan proses pembuatan dan pengangkutan yang semakin meningkat malah, mengumpul sisa makanan dan kemudian menimbusnya.

"Isi rumah boleh membantu masyarakat dengan menderma semua makanan tidak disentuh bagi mengelakkan pembaziran dengan memberikannya kepada golongan yang memerlukan," tambah beliau.

KEHILANGAN MAKANAN MEMBIMBANGKAN

Menyentuh isu kehilangan makanan - merujuk kepada makanan khusus untuk manusia yang terbazir ketika pengeluaran, selepas penuaian, pemprosesan dan pengedaran - Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa Mardi Dr Ainu Husna MS Suhaimi, yang turut berucap di forum itu, berkata jumlah yang mengejutkan iaitu 1.3 bilion tan metrik makanan - bernilai RM4.4 trilion - hilang atau terbazir bersama-sama sistem makanan setiap tahun di seluruh dunia.

"Ia (makanan hilang) merangkumi satu pertiga daripada makanan yang dihasilkan dan cukup untuk memberi makan tiga bilion orang," katanya, sambil menambah bahawa setiap tahun, Malaysia kehilangan kira-kira 28.5 peratus daripada beras yang dituai, bernilai RM918 juta.

"Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran negara ini pula, dianggarkan 20 hingga 50 peratus hilang setiap tahun, ketika pasca penuaian."

Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Sharif Haron berkata jumlah kehilangan makanan dan sisa makanan Malaysia adalah "membimbangkan" dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan berbilion ringgit untuk tujuan pengurusan sisa.

Bercakap pada majlis perasmian forum itu, beliau berkata dengan mengambil kira magnitud dan kerumitan masalah kehilangan makanan dan bahan buangan, kerjasama dan perkongsian daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk mencapai hasil yang berkesan.

Sehubungan itu, katanya adalah penting agar semua pihak terlibat untuk meningkatkan tahap kesedaran dan mendidik masyarakat tentang betapa pentingnya mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan.
-mstar

GADIS AYU INI MASUK ISLAM KARENA LIHAT IKLAN SIRUP RAMADHAN

Ada seorang perempuan hendak mengikuti Kajian Muslimah yang diisi oleh istri dai kondang Abdullah Gymnastiar (Aa Gym), Ninih Muthmainnah atau Teh Ninih. Perempuan tersebut bukan seorang muslimah, justru kehadirannya untuk mengubah status, memantapkan niatnya memeluk Islam.

Namanya Gisella. Asal Kota Bandung. Usianya masih terbilang muda, 20 tahunan. Ia mendatangi Masjid Daarut Tauhiid (DT), Ahad (10/4) kemarin.

Teh Ninih pun memanggil Gisella ke depan setelah Kajian Muslimah. Gisella duduk di sebelah Teh Ninih. Lalu Teh Ninih menanyakan kepada Gisella perihal menjatuhkan pilihan untuk masuk Islam.

Gisella mengaku agama sebelumnya Kristen dan lahir di keluarga Kristen. "Selama ini, saya merasa hambar dengan ritual ibadah yang dilakukan di gereja. Tidak ada ketenangan yang didapat. Bahkan, acara Natal pun seperti basa-basi formalitas saja,” kata Gisella seperti dilansir laman Daarut Tauhiid..

Gisella juga kebingungan dengan konsep Trinitas (doktrin Iman Kristen yang mengakui Satu Tuhan Yang Esa, namun hadir dalam Tiga Pribadi: Allah Bapa dan Putra dan Roh Kudus, Red) yang dianut oleh agama lamanya.

“Jujur saya bingung dengan konsep Tuhan dalam Kristen. Tuhannya ada tiga. Saya sering menanyakan itu kepada orangtua, tapi mereka tidak pernah menjawab. Saya bahkan sering dimarahi bila bertanya hal itu,” aku Gisella.

Jika ditanya sejak kapan ingin memeluk Islam, Gisella sebenarnya sudah sejak lama mulai mencari tahu tentang Islam. Dan yang cukup mengejutkan adalah ia tertarik pada Islam awalnya dari iklan sirup di televisi yang kerap muncul ketika menjelang bulan Ramadhan.

“Menjelang Ramadan, iklan-iklan sirup kan sering muncul di televisi. Isi iklannya tentang kehangatan keluarga, berbuka puasa, mudik lebaran, dan itu membuat saya mulai menyukai Islam,” kisahnya.

Kehangatan suasana berbuka puasa, lanjutnya, makan sahur bahkan hari raya, tergambar dalam iklan itu. Ia suka sekali melihatnya.

"Teman-teman saya yang muslim juga orang-orangnya sangat menyenangkan. Saya juga follow akun Aa Gym dan teteh di media sosial, kata-katanya sangat menyentuh hati. Dari situ, saya mantap masuk Islam,” tutur Gisella.

Akhirnya, Gisella mengucapkan dua kalimat syahadat, dibimbing langsung oleh Teh Ninih, dan disaksikan seluruh jemaah yang hadir. Lalu Teh Ninih memanjatkan doa agar Gisella istiqamah memeluk Islam. Dan Teh Ninih memberikan al-Quran serta sebuah kotak hadiah untuk Gisella sebagai bentuk kasih sayang.

Sumber: bersamadakwah

5 Gambar Kejadian Tembak Menembak Di Batu Caves


SEORANG lelaki cedera parah selepas ditembak individu tak dikenali dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Sunway, Batu Caves menghala ke Sri Gombak.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang berjalan kaki di kawasan tersebut tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua buah kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Kejadian menyebabkan jalan di persimpangan bawah jejantas expressway Batu Caves ditutup buat sementara waktu.
Rakaman video dan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai berketurunan India, merintih kesakitan di sebelah kereta jenis Proton Satria berwarna kuning akibat ditembak.

Petugas perubatan kemudiannya dirakam mengusung mangsa untuk rawatan lanjut.
Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dan penyiasatan sedang dijalankan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkaitan insiden ini. – MYNEWSHUB.CC

Wanita campak anak dari tingkat tujuh

BEIJING – Gara-gara bergaduh dengan suaminya, seorang wanita nggup mencampak anak lelakinya yang berusia dua tahun dari tingkat tujuh di sebuah pangsapuri di sini.

Ketika kejadian, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak malang yang tidak didedahkan identiti mereka dikatakan bergaduh menerusi telefon selepas suaminya menuntut perceraian pada 14 Jun lalu.

“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan daripada jiran yang mengatakan anak saya dicampak dari pangsapuri menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

“Saya tidak sangka dia sanggup bertindak kejam ke atas anak saya yang tidak bersalah,” kata bapa mangsa.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu telah membeli sebuah pangsapuri mampu milik di daerah Hong’an, tengah wilayah Hubei.

Bagaimanapun, disebabkan mereka mengalami masalah kewangan, bapa kanak-kanak yang berusia 53 tahun sanggup bekerja di sebuah kilang di wilayah Guangdong, selatan China kerana ditawarkan gaji lumayan.

Kanak-kanak malang itu kini masih berada di unit rawatan rapi dan pihak polis telah menahan ibu mangsa untuk disoal siasat.
– AGENSI

Melayu bergurulah dengan Cina

Mohd Sayuti Omar
Kemenangan besar calon BN Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Masturi Mohd Yazid di Kuala Kangar semalam ialah kerana peralihan undi Cina daripada pembangkang (sebuat Pakatan Rakyat) sebelum ini kepada BN. Pihak MCA mendakwa mereka berjaya meraih 35% undi Cina di Sekinchan berbanding 13% pada Peraum 2013 yang lalu. Manakala pihak Gerakan pula mengatakan mereka berjaya mengalihkan 40% undi Cina kepada BN.

Perubahan undi itu memang jelas dan menjadi fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Peralihan itu memberi signifiken kepada parti DAP kerana ia dilihat kegagalan parti itu mengekalkan sokongan lalu untuk melonjakkan undi kepada rakannya Amanah. Cina di Sekinchan adalah penyokong dan ahli DAP. Dun Sekinchan satu-satu Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam Peraum lalu.
Manakala di Kuala Kangsar, undi Cina di Jerlon yang dulu dimenangi oleh pembangkang kini jadi sebaliknya.

Mungkin peralihan undi Cina itu meresahkan DAP? Ia akan menjadi lebih menakutkan kalau siptom yang ditunjukkan di Sungai Besar itu khasnya berpanjangan hingga ke pilihan raya umum akan datang. DAP sudah tentu akan bangkit dan bingkas mencari formula dan kaedah untuk membendung siptom itu agar tidak menjadi barah kepadanya.

Bagaimana pun, saya melihat peralihan undi Cina yang boleh dikira besar itu, bukan kegagalan DAP dalam berkempen dan menarik perhatian orang Cina. Ia ada hubung kait dengan masalah lain. Seperti mana kata seorang politician Cina, pengundi Cina beralih kepada BN kerana bosan dengan apa yang berlaku dalam parti pembangkang.

Perpecahan dalam parti agama (Pas) sehingga muncul parti Amanah menyebabkan pengundi Cina keliru dan mereka bingung kalau pun tidak nanar. Mereka mungkin juga jeluak memikirkan cara orang Melayu bermain politik menggunakan agama sebagai modal mengkafirkan sesama sendiri. Perpecahan dan perbalahan itu boleh menyebabkan mereka lari kepada BN sebagai memberi peringatan agar pembangkang kembali bersatu.

Dari sudut lain, perubahan pengundi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu ada kena mengena dengan cara orang Cina bermain politik. Seperti juga peralihan besar undi Cina dalam pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari. Mereka tidak bersemangat untuk kekal mengundi pembangkang, kerana mereka menyedari pilihan raya negeri Sarawak itu tidak akan membawa perubahan total, melihatkan kerajaan Persekutuan.

Jadi untuk apa mereka susah-susah sokong DAP, atau oposisi, apa lagi dengan memberi sokongan kepada DAP (pembangkang) menyebabkan mereka akan dicop sebagai pembangkang yang akan ditindas dan diskriminasi dalam Kerajaan Tempatan. Buat sementara waktu maka mereka memberi sokongan kepada parti memerintah BN, dengan cara itu mereka akan mendapat manfaat dan imbuhan semasa dan mengelakkan ditindas.

Demikian dengan perubahan undi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu. Mereka sedar pilihan raya semalam tidak menganggu dan menjejaskan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh DAP dan PKR waktu ini. Sebaliknya kalau pilihan raya semalam berlaku di peringkat DUN, di mana kalah menangnya memberi kesan kepada kerajaan negeri, peralihan undi itu mungkin tidak berlaku.

Di sinilah saya selalu katakan orang Cina bijak bermain politik. Mereka selalu bijak dan mendapat untung kiri dan kanan. Sudah pasti dengan kemenangan dianggap besar oleh BN di Sungai Besar itu, habuah akan diterima oleh Cina di Sekinchan. Najib Razak seperti mana dijanjikan dalam ucapan merai kemenangan BN semalam akan meluluskan apa sahaja projek munasabah yang dipohonkan. Apakah orang Cina tidak akan menerima tempias itu?

Orang Melayu belajarlah berpolitik dengan bangsa yang lebih awal tamadun ini dan mempunyai benua terbesar di Asia Tenggara itu. Mereka bersatu dan senada dalam mengangkat martabat mereka, tidak seperti Melayu saling hina menghina sesama sendiri sehingga lupa kepada sejarah peribadi. Gunalah sampuo dalam berpolitik.

Makanya peralihan undi Cina di Sekinchan dan juga di Kuala Kangsar itu ia tidak bersifat kekal. Ia hanya semantara sahaja dan menyerlahkan macam mana kepintran orang Cina mengeksploitasikan politik untuk kepentingan mereka. Saya yakin polisi-polisi baru diperkenalkan oleh kerajaan Najib, termasuk cukai GST, dan aksi politik penghinaan melampau kepada parti teras alternatif mereka, DAP terutama cara memburuk-burukan kerajaan Pulau Pinang menyebabkan orang Cina menyimpan dendam kepada BN dan Najib.

Saya yakin DAP sendiri tidak begitu bimbang dengan pola pengundi di kalangan orang Cina semalam. Dan kalau mereka bersungut menzahirkan kebimbangan dan kekesalan, itu hanya desah politik yang penuh makna agar ianya tidak nampak menyusun agenda lain disebalik apa yang nyata. Walhau'alam.

Abu Sayyaf marah, wang tebusan tidak sampai sepenuhnya

abu-sayyaf-1
FMT Reporters
MANILA: Militan Abu Sayyaf dilaporkan marah apabila wang yang dikumpul daripada keluarga dan rakan-rakan daripada empat tebusan Malaysia yang diculik pada April tahun ini tidak sampai kepada mereka.

Mereka dikatakan kecewa selepas mendapati daripada wang tebusan sebanyak P130 juta (RM12 juta) yang dikumpul, hanya P100 juta sampai ke tangan mereka.

Menurut laporan The Manila Times, jumlah wang yang hilang menimbulkan syak bahawa pihak pemberontak mungkin bersekongkol dengan pihak berkuasa dari Malaysia dan Filipina yang telah berkongsi wang selebihnya itu di antara mereka.

Laporan itu turut memetik ‘dua pegawai kerajaan Filipina kanan yang ditugaskan’, diikuti laporan bahawa pembayaran wang tebusan itu telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, The New Straits Times melaporkan Zahid sebagai berkata, RM12 juta yang diperoleh oleh keluarga mangsa itu telah diserahkan kepada bahagian Cawangan Khas dan disalurkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang sah (NGO) di Filipina.

Beliau juga menafikan wang itu dibayar sebagai wang tebusan dan pihak polis Malaysia juga menyatakan Malaysia tidak terlibat dalam apa-apa pembayaran wang tebusan.

Sejurus selepas urusan pembayaran dilakukan, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny, 21; dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34 telah dibebaskan.

Keempat-empat mereka diculik di perairan Sabah pada 1 April oleh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan sebuah bot laju.

Mereka dibebaskan di Jolo, Sulu, pada 7 Jun selepas rundingan tempoh panjang oleh kumpulan militan Abu Sayyaf yang diketuai oleh sub-komander Apo Mike.

“Kami mendapat maklumat kumpulan Abu Sayyaf tidak berpuas hati (marah) setelah mendapat tahu dari laporan berita bahawa wang itu sebenarnya RM12 juta, bersamaan dengan P130 juta tetapi yang diterima hanya P100 juta,” kata seorang pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan kepada The Manila Times.

“Persoalannya sekarang, di mana wang itu hilang hilang?” tanya sumber.

Laporan itu juga mendedahkan khabar angin bahawa wang yang telah melalui Cawangan Khas Polis Malaysia dan pegawai-pegawai tempatan di Sulu sebelum sampai ke kumpulan Abu Sayyaf.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media baru-baru ini menafikannya.

“Siapa kata wang bersama polis? Keluarga yang buat dakwaan itu, dan saya nafikan. Terdapat ramai individu, ejen yang berurusan dengan mereka.

“Jangan guna nama Cawangan Khas (SB) atau polis. Saya tegaskan polis tidak bayar bayar tebusan atau bekerjasama dengan urusan pembayaran kepada penculik,” kata beliau.

Petik laporan itu lagi, daripada maklumat yang dikumpul, seorang pegawai kerajaan tempatan Sulu terlibat dalam rundingan. Umumnya kerajaan Malaysia membayar P30 juta sebagai wang tebusan bagi beberapa kes culik pada masa lampau. Namun, jumlah P130 juta adalah yang paling tinggi setakat ini.

Sumber The Manila Times juga percaya dengan dakwaan Jolo Mayor Hussin Amin bahawa beberapa pegawai tempatan, kemungkinan termasuk tentera telah bersubahat dengan kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden pancung warga Kanada, Robert Hall.

Abu Sayyaf masih menyimpan beberapa tebusan asing dan tempatan, termasuk teman wanita Hall Maritess Flor dan warga Norway, Kjartan Sekkingstad.