Tayar dan keselamatan jalanraya
Satu daripada tabiat buruk di kalangan rakyat Malaysia adalah keabaian mereka terhadap aspek-aspek keselamatan tayar, termasuk penjagaan dan penyelenggaraan. Pengguna-pengguna jalanraya sentiasa leka dan tidak menyedari bahawa tayar sebenarnya adalah salah satu bahagian yang terpenting dalam memastikan keutuhan dan keselamatan kenderaan. Tiada gunanya jika kenderaan anda mempunyai sistem-sistem pembrekan yang tercanggih sedangkan tayar-tayarnya berada dalam keadaan yang membimbangkan. Tambahan pula, tayar-tayar yang buruk atau tidak dijaga dengan baik hanya akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan sekaligus mengancam keselamatan anda.
1. Terlalu asyik dengan dunia diri sendiri
Sesetengah pemandu terlalu asyik dengan diri sendiri semasa memandu tanpa menyedari kemungkinan-kemungkinan yang tersembunyi di sekeliling. Jika anda terlalu asyik dengan penampilan diri dan sentiasa melihat ke arah cermin dalaman, anda mengundang kemalangan tanpa disedari! Tidak kisahlah mood anda baik atau tidak, kenderaan besar atau kecil, sila beri perhatian sepenuhnya semasa memandu. Dan jangan membiarkan musik lantang mengikis perhatian anda. Ingat, Semasa anda berada di jalanraya mana-mana pun, anda sedang menghadapi suatu situasi yang penuh dengan ketidaktentuan. Pelbagai kebahayaan berkemungkinan muncul dari kiri, kanan, depan atau belakang pada bila-bila masa sahaja. Jadi, tumpukan perhatian anda pada jalanraya, bukan keasyikan diri.
2. Mengabaikan keselamatan tayar
Keselamatan dan keselesaan memandu bergantung kepada kesihatan atau keberfungsian tayar-tayar kenderaan anda. Disiplinkan anda untuk memeriksa tekanan angin kesemua tayar termasuk tayar ganti, lebih-lebih lagi sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Tayar dengan angin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas semasa melalui kawasan lopak air. Tayar yang diisi dengan angin yang berlebihan akan menjejaskan kawalan cengkaman dan pengendalian kenderaan. Pastikan juga penyelarasan dan keseimbangan tayar-tayar kenderaan anda memenuhi kehendak-kehendak industri. Tayar-tayar yang sudah haus atau menunjukkan apa-apa saja tanda yang tidak menepati keperluan-keperluan keselamatan perlu diganti. Jika tidak, risiko tayar bocor, pancit atau meletup di tengah jalan adalah tinggi terutamanya ketika kenderaan anda bergerak pada kelajuan tinggi.
Daripada sejumlah 217 dan 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dalam Op Selamat 5/2014 dan Op Selamat 7/2015 masing-masing, 58 kes (26.7%) dan 106 kes (35%) daripadanya adalah disebabkan ‘kenderaan terbabas dan hilang kawalan’.
3. Memandu secara berbahaya
Salah satu tabiat yang perlu dihindari ialah memandu tanpa prihatin kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan-golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang suka berlumba atau memecut, yang tidak segan silu menyelit dan menghimpit, menukar lorong tanpa membuka signal (kebanyakannya satu amalan yang kronik), melanggar lampu isyarat merah, suka merapati kenderaan di hadapan (tindakan ini menyebabkan pemandu tidak berkesempatan untuk bertindak semasa kecemasan), dan tidak mematuhi peraturan-peraturan jalanraya secara umumnya. Kemalangan sebenarnya memang boleh dielakkan sekiranya anda memandu dengan cara-cara yang betul dan selamat. Memandu secara berbahaya bukan sahaja membahayakan diri anda, ianya juga mengancam keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.
Menurut statistik yang diumumkan oleh JPJ, terdapat sejumlah 476,196 and 489,606 kes kemalangan jalanraya bagi tahun 2014 and 2015, yang melibatkan 6,674 dan 6,706 kes kematian masing-masing.
6,674
Kes kematian (2014)
6,706
Kes kematian (2015)
4. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
Populariti telefon bimbit di zaman moden ini juga membawa padah kepada pemandu-pemandu yang leka. Perhatian anda akan terpesong tidak kiralah anda sedang bercakap tanpa menggunakan alat komunikasi bebas tangan atau menyemak mesej-mesej pada skrin sesentuh. Menaip dan menghantar mesej semasa memandu adalah perkara yang paling berbahaya! Pada keseluruhannya, perbuatan menggunakan telefon bimbit semasa memandu sememangnya membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan pemandu-pemandu muda adalah yang paling berisiko kerana kegemaran mereka bermain dengan telefon bimbit semasa memandu.
Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri (10 – 25 Julai 2015) mencatatkan 20,458 kes kemalangan jalanraya dengan 330 nyawa terkorban daripada 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Dengan kata-kata lain, dalam masa 15 hari Op Selamat dijalankan, purata kes kemalangan jalanraya harian ialah 1,364 kes semasa musim perayaan yang lalu.
1,364
Kes kemalangan harian semasa Hari Raya Aidilfitri (2015)
5. Tidak proaktif menghadapi sebarang kemungkinan
Untuk berlayak digelar seorang pemandu yang bertanggunjawab and berprihatin, anda perlu melengkapi diri anda dengan persediaan-persediaan tertentu semasa memandu. Ini termasuklah persediaan fizikal (pastikan anda tidak mengantuk), tidak memecut di persimpangan, perlahankan kenderaan anda di susur-susur keluar atau masuk di mana trafik bergabung, bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning, sentiasa peka dengan kemunculan pejalan-pejalan kaki di tempat-tempat tertentu, memakai tali keledar sepanjang masa tidak kira sejauh manapun jarak perjalanan anda, tidak mengikuti terlalu rapat kenderaan di hadapan terutamanya kenderaan berat, tidak memandu dalam keadan-keadaan cuaca yang bahaya (sila tangguhkan perjalanan demi keselamatan anda), tidak menggunakan kenderaan yang sudah bermasalah mekanikal, bersabar dan menghormati pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Kebolehan dan kepekaan anda membaca tindakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain mampu mengelakkan kecelekaan!
Tip-tip keselamatan tayar:
Periksa jangka hayat tayar. Tayar-tayar yang sudah berusia melebihi 6 tahun adalah tidak sesuai untuk digunapakai.
Pastikan anda mempunyai tayar yang betul dan selamat pada kenderaan anda. Ianya mestilah serasi dengan spesifikasi-spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.
Jenama tayar, saiz dan corak bunga mestilah sama pada setiap gandar. Penggantian tayar seharusnya melibatkan sekurang-kurangnya sepasang atau keempat-empat sekali untuk pengendalian kenderaan yang konsisten.
Periksa keadaan keseluruhan tayar, termasuk dinding sisi dalaman dan luaran untuk memastikannya tiada tanda-tanda mengelupas, membuncit atau meretak.
Periksa tahap kehausan atau kedalaman bunga tayar. Kesihatan bunga tayar mempengaruhi pembrekan, pengendalian dan pemecutan kenderaan anda, terutamanya semasa memandu dalam keadaan-keadaan cuaca basah.
Periksa tekanan angin atau kandungan angin bagi semua tayar sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kandungan angin tidak boleh terlalu tinggi atau rendah kerana ini akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan keselamatan pemandu.
Periksa juga tayar ganti. Pastikan ianya masih dalam keadaan yang baik seperti angin masih mencukupi kerana ‘tayar insurans’ ini perlu digunakan dalam kecemasan.
Jalankan penyelarasan dan keseimbangan roda untuk memastikan keselesaan memandu (contohnya apabila system suspensi terpelihara sebegini) dan jangka hayat tayar masih di dalam kawalan.
Utamakan keselamatan anda semasa menukar tayar dalam kecemasan. Alihkan kenderaan anda ke tempat yang lebih selamat (jika masih boleh berbuat demikian) dan pasangkan lampu kecemasan sebelum tayar ditukar.