Banjir kilat di Shah Alam

Shah Alam dilanda banjir kilat

FMT Reporters


Gambar yang dikongsi warganet di media sosial menunjukkan keadaan banjir kilat di Shah Alam (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Hujan lebat selama beberapa jam sejak 4 petang tadi menyebabkan beberapa lokasi di Shah Alam dilanda banjir kilat.

Antara kawasan terjejas termasuklah Taman Sri Muda, Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 32, Seksyen 36, Bukit Naga, Alam Impian dan Bukit Jelutong.

Warganet berkongsi gambar dan video di media sosial menunjukkan kawasan dilanda banjir. Ada warganet melaporkan rumah mereka turut dinaiki air.

Pengguna Twitter, @imyuwa_ menasihati penduduk berjaga-jaga dan mengumpul barangan berharga sekiranya situasi semakin buruk.

Seorang lagi pengguna @_Zchadd berkata, “Shah Alam lumpuh” akibat banjir.

Calon Parlimen Shah Alam dari Pejuang, Rafique Rashid mengarahkan pasukannya membantu penduduk di Seksyen 17 dan 18.

“Ketika ini situasi di Seksyen 17 dan 24 masih terkawal, aras air tidak meningkat. Hujan masih lebat, semua diminta berhati-hati,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan