‘Seseorang’ jadikan P Pinang harta bapa

Predeep Nambiar
M Satees mendakwa beliau dan lima penyandang digugurkan sebagai calon kerana lantang menyokong Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. (Gambar Facebook)
BUTTERWORTH: Seorang bekas Adun DAP di Pulau Pinang yang digugurkan daripada PRN bulan depan mendakwa “seseorang” menjadikan negeri itu seperti harta persendirian mereka.

Bekas Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy menyamakan “seseorang” itu dengan maharaja dan mendakwa individu itu diberikan hak penuh untuk menentukan senarai calon DAP bagi PRN Pulau Pinang.

“Mereka kata (alasan beberapa bekas Adun digugurkan demi) pembaharuan, darah baharu dan lain-lain. Alasan sebenar ialah seorang individu mahu mengawal Pulau Pinang.

“Malah, DAP negeri tiada kata putus langsung. Semua rakyat Pulau Pinang tahu ia keputusan seorang individu. Ada orang jadikan Pulau Pinang seperti harta bapanya,” katanya dalam sidang media di sini.

Semalam, DAP mengumumkan 19 calon bagi PRN Pulau Pinang, dengan tujuh bekas Adun digugurkan dan lima daripadanya adalah exco negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan