Pawang ular mati dipatuk ular tedung

Agensi
FOTO tular menunjukkan aksi Bah Kobra bersama ular tedung selar.
FOTO tular menunjukkan aksi Bah Kobra bersama ular tedung selar.
FOTO tul
FOTO tular menunjukkan aksi Bah Kobra bersama ular tedung selar.
Jakarta: Malang nasib pawang ular di daerah Cisarua, Sumedang, Indonesia, apabila dia meninggal dunia selepas dipatuk ular tedung selar ketika melakukan pertunjukan di khalayak ramai, baru-baru ini.

Tribun Jabar melaporkan, mangsa adalah Rosandi Maulana, 65, atau dikenali Bah Kobra.

Rosandi Maulana meninggal dunia di Hospital Sumedang beberapa jam selepas dipatuk ular itu, pada lengan kirinya.

Ketua Masyarakat Cisarua, Andrian Saputra, 29, berkata, insiden berlaku kira-kira 10 malam, Jumaat lalu.

"Bah Kobra dibawa ke Hospital Sumedang sebelum disahkan meninggal dunia sebelum tengah malam," katanya.

Menurut Andrian, ular yang mematuk Bah Kobra dipercayai belum jinak kerana baru ditangkap dari satu kawasan.

"Ularnya baru ditangkap. Beratnya lapan kilogram (kg) dengan panjang 3.5 meter.

"Selepas insiden itu, dia dibawa pusat kesihatan masyarakat," katanya.

Selain itu, ada acara lain berlangsung pada masa.

"Jadi tidak banyak yang beri tumpuan kepada apa yang berlaku kepada Bah Kobra," kata Adrian.

Dalam video yang tular, Bah Kobra terbaring di lantai sambil kelihatan mengalami sesak nafas.

Difahamkan, lokasi lelaki itu dilihat terbaring seperti dalam video berkenaan adalah di pusat kesihatan masyarakat berkenaan.

Jenazah Bah Kobra dikebumikan pada Sabtu lalu.
-hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan