Ancaman bom gedung beli-belah di JB, ratusan dipindahkan

Alyaa Alhadjri

Beratus-ratus pengunjung telah dipindahkan dari sebuah pusat membeli-belah di Johor Baru petang ini berikutan ancaman bom yang datang melalui panggilan telefon kepada pihak pengurusannya.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan operasi sedang dijalankan di Mid Valley Southkey membabitkan kira-kira 100 pegawai termasuk pasukan pemusnah bom.

"Polis masih tengah buat sweeping. Kawasan ground floor, tempat parking semua telah diperiksa dan tidak ditemui apa-apa.

"Dalam bangunan, kedai-kedai kita cuma boleh periksa kawasan yang belum tutup,” kata Kamarul Zaman kepada Malaysiakini.

"Setakat ini tak ada lagi ditemui. Tak ada letupan apa-apa.

"Jangka akan selesai operasi malam ini.,” katanya kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kamarul Zaman berkata ketua polis daerah Johor Bahru Selatan akan mendedahkan lebih banyak maklumat selepas operasi selesai.

Pusat beli-belah di Mid Valley Southkey mengandungi 2.5 juta kaki persegi kawasan runcit, dengan 260 kedai runcit di enam tingkat.

Sementara itu, pihak pengurusan sebuah pasar raya di Johor Bahru mengesahkan menerima laporan ancaman keselamatan melalui panggilan telefon tanpa nama.

"Pihak berkuasa berkaitan, termasuk Polis Diraja Malaysia dan Bomba segera dimaklumkan.

“Kami boleh mengesahkan bahawa siasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sedang berjalan dan kami membantu mereka.

"Kami telah diarahkan oleh pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan yang terjejas sebagai langkah proaktif. Pihak pengurusan pusat membeli-belah membantu dalam kelancaran pemindahan Pusat Beli-belah dan Hotel.

"Keselamatan tetamu, pembeli, penyewa, pekerja dan komuniti kami tetap menjadi keutamaan kami," kata pengurusan The Mall, Mid Valley Southkey (the Mall) dan St. Giles Hotel Southkey (Hotel) pada satu hantaran di media sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru memaklumkan pihaknya menyedari laporan bahawa pengunjung ke Mid Valley Southkey Mall dan Hotel St Giles di Johor Bahru telah diminta berpindah buat sementara waktu berikutan dakwaan keselamatan dan keselamatan.

"Rakyat Singapura di kawasan sekitar dinasihatkan supaya berhati-hati, memantau berita tempatan, dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Singapura juga amat digalakkan untuk mendaftar secara elektronik dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg jika mereka belum berbuat demikian.

"Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Konsulat Jeneral di +60 19 791 1166 atau Pejabat Tugas MFA 24 jam di +65 6379 8800 / 8855," katanya pada hantaran di Facebook.

Situasi tegang di Kota Lama Baitulmaqdis

AFP
PASUKAN keselamatan Israel berkawal berhampiran umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di jalan berhampiran dengan perkarangan Masjid al-Aqsa. FOTO AFP
PASUKAN keselamatan Israel berkawal berhampiran umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di jalan berhampiran dengan perkarangan Masjid al-Aqsa. FOTO AFP
Baitulmaqdis: Ketegangan di Kota Lama Baitulmaqdis terus memuncak termasuk pada waktu solat Jumaat, semalam.

Ia berlaku ketika perang antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin Hamas di dalam dan sekitar Gaza berlanjutan hampir seminggu.

Lorong yang biasanya sibuk di kawasan kuaters Muslim di kota lama itu hampir lengang.

Apa yang kelihatan hanya anak muda Palestin yang tidak berjaya menembusi pusat pemeriksaan Israel sekali gus menghalang mereka daripada memasuki perkarangan masjid Al-Aqsa.

Serangan rejim zionis di Gaza kini mengorbankan sekurang-kurangnya 1,900 individu.

Daripada jumlah itu, 614 mangsa adalah kanak-kanak, dan ia menyebabkan pemindahan besar-besaran.

Pihak berkuasa Israel sejak itu menafikan kemasukan mereka yang berumur bawah 55 tahun ke Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci untuk umat Islam.

Sekumpulan gadis muda kemudian menjerit kepada pegawai polis yang cuba menghalang mereka.

Lelaki di bawah had umur yang ditetapkan oleh Israel untuk masuk ke perkarangan masjid itu, kemudian berkumpul di jalan utama menuju dari Pintu Damsyik.

Polis menengking lelaki itu, sehingga seorang pegawai yang bercakap dalam Bahasa Arab dengan tegas mengarahkan mereka supaya bersurai.

"Mereka boleh pergi solat di Gaza jika mereka mahu," kata seorang lagi, ketika penghadang logam tinggi didirikan dalam beberapa saat, menghalang sepenuhnya akses ke tapak suci itu.

Pasukan keselamatan Israel dilihat berkawal di jalan raya dengan jari mereka pada senjata api, dan menuntut orang yang lalu-lalang menunjukkan kad pengenalan mereka.

Di kejiranan Palestin di Wadi Joz, beberapa kilometer ke timur kota lama itu, polis menyuraikan kumpulan penduduk dengan meriam air dan gas pemedih mata selepas mereka cuba menunaikan solat di jalan.

Tanpa laporan polis, bagaimana dakwaan MP Kuala Kangsar diugut boleh dipercayai?

Shahbudin Husin

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin mendakwa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah diugut untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Katanya, Iskandar Dzulkarnanin telah diugut sama ada memberi sokongan kepada Anwar atau menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Adalah dipercayai intimidasi dan ugutan inilah yang digunakan ke atas Ahli Parlimen Kuala Kangsar bagi mendapat sokongan agar kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

“Pada 1 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnan telah dibawa untuk bertemu dengan seorang pegawai tertinggi SPRM di sebuah lokasi hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang telah pun disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu daripada itu, pada 26 September, Hamzah mendakwa, Islandar Dzulkarnan telah didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri yang didakwanya mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.

“Beliau telah ditekan dan didesak untuk menyokong Perdana Menteri serta dijanjikan habuan wang ringgit dan kedudukan dalam beberapa syarikat,” tambahnya lagi.

Menurut Hamzah, Iskandar Dzulkarnain dilihat dalam keadaan tertekan akibat intimidasi yang dikenakan terhadapnya ketika bertemu Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini.

“PN pada masa yang sama kesal di atas kenyataan media yang dibuat secara terburu-buru oleh Iskandar Dzulkarnan dengan menggunakan hujah peruntukan pembangunan sebagai alasan dan ini amat berbeza dengan penjelasan yang diberikan kepada beberapa pemimpin parti sebelumnya,” kata Hamzah.

Dia juga mendakwa kerajaan pimpinan Anwar berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi serta ugutan terhadap pemimpin pembangkang.

Sebelum bergelar Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja.

Difahamkan, kes yang cuba dikaitkan untuk menekan Iskandar Dzulkarnan adalah berkaitan beberapa urusan semasa beliau memegang jawatan tersebut.

Melihat kepada segala dakwaan yang dibuat Hamzah ini, serta senarai nama beberapa individu yang didakwanya telah melakukan ugutan terhadap Iskandar Dzulkarnain, kononnya mereka itu dipergunakan oleh Perdana Menteri, persoalan utamanya di sini – sudahkah beliau membuat laporan polis sebelum mengeluarkan kenyataan medianya itu?

Tidakkah sepatutnya PN membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat segala dakwaan tersebut?

Diugut melalui media sosial pun biasanya seseorang itu akan buat laporan polis, takkan dakwaan ugutan sebegini cukup dengan kenyataan media saja?

Jika tiada laporan polis dibuat, bagaimana segala dakwaan itu ternampak ada kebenaran dan boleh dipercayai?

Penduduk Gaza kongsi wasiat di internet

PENDUDUK Gaza menaiki kereta yang mengalami kerosakan dalam usaha melarikan diri ke Semenanjung Gaza. FOTO AFP
PENDUDUK Gaza menaiki kereta yang mengalami kerosakan dalam usaha melarikan diri ke Semenanjung Gaza. FOTO AFP
Baitulmaqdis: Penduduk Gaza, pada Jumaat, mula berkongsi wasiat mereka dalam talian, selepas media Israel mendakwa operasi darat akan dilancarkan terhadap Semenanjung Gaza.

Agensi Anadolu melaporkan, dalam wasiat itu, mereka memohon ampun atas kesalahan sekiranya sesuatu berlaku.

"Sesiapa yang mempunyai hak atau tuntutan terhadap saya, maafkan saya. Saya sudah memaafkan kamu, jadi tolong maafkan saya," tulis Ihab R Sulaiman, dalam hantaran di Facebook (FB).

Sementara itu, Pasukan keselamatan Israel sedang bersiap untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui darat, tetapi menunggu kelulusan di peringkat politik, menurut laporan televisyen Channel 14 Israel.

"Jika operasi darat diluluskan, tentera Israel bersedia untuk tinggal di sana (di Gaza) selama beberapa bulan lagi.

"Matlamat jelas tentera pada peringkat ini adalah untuk melumpuhkan pensenjataan di Semenanjung Gaza," katanya.

Pihak berkuasa Israel masih belum membuat kenyataan berhubung laporan itu, namun tentera Israel menyatakan tentera udara menjatuhkan 6,000 bom di kawasan yang digunakan oleh Hamas dan gerakan Jihad Islam dan melakukan serangan udara berskala besar di Gaza.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam, melancarkan serangan menyeluruh ke atas Israel pada awal 7 Oktober, yang dipanggil Operasi Banjir Al-Aqsa.

Ketika ribuan roket dilepaskan dari Gaza ke arah Israel, kumpulan bersenjata Palestin menyerbu dan merampas pintu sempadan Beit Hanun-Erez di sempadan Gaza-Israel.

Kumpulan bersenjata kemudian memasuki penempatan dalam Israel dan susulan itu, tentera Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan puluhan pesawat perang.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 1,300 warga Israel terbunuh dan 3,300 cedera dalam serangan yang dilakukan dari Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 1,537 penduduk, termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita, terbunuh dan 6,612 cedera di Gaza semasa serangan Israel.

Seramai 31 rakyat Palestin maut dan 180 individu cedera dalam serangan tentera Israel dan peneroka haram Yahudi di Tebing Barat.
-hmetro

Budak dua tahun maut dengan kesan lebam, melecur ketika dijaga anak jiran

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my

Bagan Serai: Suami isteri dan anak lelakinya ditahan polis berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, penahanan itu susulan laporan dibuat Klinik Kesihatan (KK) Bagan Seri berhubung seorang kanak-kanak dihantar pasangan berusia 62 dan 57 tahun itu, 7 petang semalam.

Katanya, pasangan berkenaan menghantar kanak-kanak itu ke KK Bagan Serai selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri pada 6 petang.

"Kanak-kanak itu adalah anak jiran pasangan terbabit dan diambil oleh anak lelakinya yang berusia 26 tahun sejak Selasa lalu untuk bermain.

"Suspek pernah berkahwin dan kini seorang duda.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan terdapat kesan lebam dan luka melecur di badannya," katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati kematian berpunca daripada pendarahan teruk di kepala akibat kesan hentakan benda tumpul dan luka melecur seluruh badan akibat benda panas serta terdapat kecederaan pada lubang dubur mangsa.

"Susulan itu, pasangan terbabit serta anaknya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 05-7212222 atau pegawai penyiasat Asisten Superintendan Amri Mat Nayan di talian 011-1309 2525," katanya.

Sindiran ‘salam SST 8 peratus’: Ini perkara sebenarnya wajib tahu

HARAPAN DAILY

NAZRI HAMDAN

Ramai orang bagi salam SST 8 peratus hari ni.

Pada saya, mengkritik tak ada masalah. Cuma mesti kena ada fahaman yang betul.

Masalah orang kita, dia pun tak faham apa yang naik 8 peratus tu, tapi melompat bising lebih-lebih.

Di Malaysia, cukai kita adalah SST (Sales and Service Tax). Kadar cukai sales dan service adalah berbeza.

Cukai jualan (sales tax) dikenakan pada kadar 10 peratus (ada sesetengah barangan kena 5 peratus) tapi cukai perkhidmatan (service tax) sebelum ini ialah 6 peratus.

Yang kerajaan nak naikkan itu ialah service tax dari 6 peratus kepada 8 peratus. Sementara itu, tiada perubahan kepada sales tax.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen semalam.

Salah jika kita cakap SST naik 8 peratus. Betul jika kita cakap service tax naik 8 peratus.

Akan tetapi, kenaikan dalam service tax ni pun ada pengecualian. Makanan, minuman dan telekomunikasi akan kekal pada 6 peratus.

Contohnya, kau pegi restoran yang sebelum ni caj kau service tax dia akan masih kenakan kau caj 6 peratus service tax. Rate ni tak berubah.

Tapi kalau kau check in hotel, rate dia akan naik dari 6 peratus kepada 8 peratus.
Kau check in hotel hari-hari ke?

Soalnya, adakah akan wujud tekanan pada harga? Ya, jika yang dinaikkan itu adalah sales tax. Tapi yang naik ini ialah service tax.

Kenaikan mungkin ada tapi minimum sebab yang naik ni ialah service tax terhadap perkhidmatan bukan makanan dan minuman.

'Alhamdulillah keluarga restui hubungan kami' - Sabri Yunus

Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus selamat bergelar suami kepada Angeline Tan dalam sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis jam 10.30 pagi ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan disaksikan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Sabri ketika dihubungi Harian Metro meluahkan rasa syukur apabila hubungan serius yang dibina sejak tiga tahun lalu mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Walaupun saya pernah merasai detik ini, tapi suasana kali ini cukup berbeza. Saya akan bermula daripada titik baru sebab perkahwinan pertama dulu masing-masing bujang.

"Tapi hari ini masing-masing sudah mempunyai keluarga. Banyak perkara baru yang perlu kami berdua belajar, terutama Angeline yang baru memeluk Islam pada 26 September lalu.

"Alhamdulillah anak-anak dan ahli keluarga merestui hubungan kami berdua dan mereka menjadi saksi ikatan pernikahan ini," katanya.

Menurut Sabri, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 beberapa tahun lalu menghubungkan kembali ikatan persahabatan mereka sekali gus membawa hubungan ke fasa yang lebih serius.

"Kami sudah kenal lama, sejak 1992 lagi. Hubungan kami memang rapat sebagai kawan, malah kami membahasakan diri pun abang dan adik. Selepas agak lama tidak berhubung, PKP merapatkan hubungan kami.

"Lama-kelamaan hubungan kami menjadi semakin serius dan saya pun terus bertanya kepadanya, tetapi saya memberi dia ruang dan masa untuk membuat keputusan memandangkan dia bukan wanita beragama Islam ketika itu.

"Saya beri dia masa yang panjang sebab keputusan memeluk agama Islam ini tidak boleh dipaksa. Dia perlu belajar dulu mengenai keindahannya dan tunggu sehingga dia benar-benar bersedia.

"Alhamdulillah tanggal 26 September lalu saya membantu Angeline mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan ibu dan adik-beradik saya. Kemudian kami membuat pengesahan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan," katanya.

Dalam masa sama, Sabri mengaku terkejut apabila lakonan mereka dalam sitkom popular era 90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menampilkan aksi kemesraan akhirnya menjadi kenyataan sekali gus bergelar pasangan suami isteri.

"Selepas saya melihat semula video babak lakonan saya bersama Angeline dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang dihantar oleh beberapa kenalan hari ini, rupanya banyak babak kami bermesraan selain saya cuba mendekatinya.

"Tetapi ketika itu kami memang tiada apa-apa hubungan, sebaliknya hanya menjayakan watak yang diberikan sahaja. Saya pun tak pernah terbayang hubungan kami akan sejauh ini.

"Saya langsung tak terfikir yang Angeline akan memeluk Islam, tapi PKP menyatukan kami selepas hampir empat tahun kami tidak berhubung. Kami jarang berkomunikasi, sesekali saja dia akan bertanya khabar dan memberikan ucapan hari lahir.

"Malah sepanjang kami terbabit dalam sitkom itu pun kami tak pernah keluar berjalan bersama-sama. Kami berjumpa sebelum ini pun atas urusan kerja saja," katanya.

Ditanya sama ada majlis resepsi akan diadakan, bapa kepada tiga orang anak itu menjawab ; "Tidaklah. Hanya sekadar majlis pernikahan," katanya.

Untuk rekod, Sabri sudah hampir 16 tahun bergelar duda selepas kematian isterinya Norraya Mohd Yusof akibat penyakit kanser. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Hampir 40,000 belia bunuh diri di Korea Selatan dalam 3 tahun

Bernama

SEOUL: Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun lalu, dengan 39,453 belia maut akibat membunuh diri, menurut data Kementerian Kesihatan serta Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Data menunjukkan jumlah itu meningkat berbanding 32,156 kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam tempoh sama.

Secara keseluruhan, kadar bunuh diri menurun sedikit dalam tempoh lima tahun lalu, iaitu 25.2 orang bagi setiap 100,000 pada 2022, tetapi kadar bunuh diri dalam kalangan remaja dan individu berumur 20-an menunjukkan trend peningkatan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kadar bunuh diri dalam kalangan remaja meningkat daripada 5.8 setiap 100,000 individu pada 2018 kepada 7.2 pada 2022, manakala kadar bagi individu berumur 20-an meningkat daripada 17.6 kepada 21.4 dalam tempoh sama.

Jumlah kes cubaan bunuh diri juga meningkat.

Tahun lalu, 36,754 orang menerima rawatan kecemasan di hospital selepas mencederakan diri sendiri atau cuba membunuh diri, meningkat sebanyak 68% daripada 21,875 orang pada 2012.

Rejim Zionis perhebat serangan udara di utara Gaza

Bernama

Pesawat perang Israel memperhebat serangan udara di utara Gaza pada Sabtu, yang menyasarkan rumah dan kemudahan di kem pelarian Jabalia, serta kawasan perumahan Al-Mashrooh di Beit Lahia, lapor Agensi Anadolu.

Berpuluh-puluh rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.

Kementerian Kesihatan Palestin masih belum mengesahkan jumlah kematian.

Sementara itu, lebih 400,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal, kata pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.

“Kebanyakan penduduk tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih selepas bekalan melalui rangkaian air dan operasi loji penyahgaraman/penulenan air terhenti.

"Sebagai usaha terakhir, orang ramai menggunakan air payau dari telaga pertanian, mencetuskan kebimbangan serius mengenai penularan penyakit bawaan air,” menurut kenyataan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Pertempuran terkini di Palestin sejak 7 Okt lepas, telah mengorbankan ratusan nyawa.

- Bernama

Bagaimana pegawai

Malaysiakini

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng meminta pihak polis memberikan penjelasan bagaimana seorang pegawainya mampu memiliki jam tangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit.

Ini selepas seorang isteri pegawai polis didakwa di mahkamah majistret di Ipoh baru-baru ini atas tuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

"Anggaran harga bagi dua buah jam yang telah dicuri adalah RM207,000 bagi Sky Dweller manakala RM198,000 bagi GMT Master-II 9.

"Sekiranya kita lihat kes ini dengan lebih dekat, terdapat beberapa perkara yang menjadi tanda tanya. Antara persoalannya adalah, apakah seorang pegawai polis mampu membeli barangan mewah yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit?

"Tambahan pula, baru-baru ini juga kita didedahkan tentang pendapatan polis yang masih berada di takuk lama,” kata Lim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bergelar Datuk didakwa mencuri jam tangan Rolex Sky-Dweller (Model 326135) dan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada bulan Januari 2021.

Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengulas lanjut, Lim berkata menjadi tanggungjawab pihak PDRM untuk menjelaskan kepada masyarakat ramai bagaimanakah pegawai polis berkenaan dapat memperolehi dua buah jam tangan Rolex tersebut.

"Orang ramai perlu tahu dari manakah pegawai terbabit mampu memiliki dua jam tangan tersebut, apakah jam itu dibeli dengan gaji yang diterimanya sebagai anggota polis atau melalui kaedah lain?

"Sekiranya pihak PDRM hanya berdiam diri di dalam kes ini, ia hanya akan membawa nama buruk kepada PDRM," kata Lim.

Pasangan kekasih disaman berpelukan atas motosikal

KOSMO!
Pasangan itu disaman kerana melanggar peraturan jalan raya. - X
NEW DELHI – Sepasang kekasih di negeri Uttar Pradesh, India disaman selepas menunggang motosikal sambil berpelukan di jalan raya, lapor portal berita India Today kelmarin.

Rakaman kejadian memaparkan seorang wanita duduk menghadap pasangannya dan memeluk lelaki itu ketika motosikal itu meluncur di jalan raya.

Pasangan itu juga  melanggar peraturan keselamatan jalan raya kerana tidak memakai topi keledar. Video itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menggesa polis mengambil tindakan.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Kebangsaan 9 di bawah bidang kuasa balai polis Simbhaoli, baru-baru ini.

Sebagai tindak balas kepada video itu, polis mengenakan denda tinggi ke atas mereka.

Penunggang motosikal itu didenda 8,000 rupee (RM454) di bawah Akta Kenderaan Bermotor, manakala prosiding undang-undang dimulakan terhadap kes tersebut. – Agensi

'Bersatu sukar bentuk kerajaan pusat, Selagi jadi pak turut PAS'

Malaysiakini

Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman menyifatkan Bersatu hanya menjadi pak turut PAS dan sebagai pelengkap agenda politik jumud parti Islam itu.

Dia berkata demikian ketika mengulas coretan seorang ahli Bersatu yang mencadangkan agar kepimpinan parti itu dirombak.

Katanya, sekiranya Bersatu menjadi semakin ekstrem di bawah Perikatan Nasional, adalah sukar untuk parti itu membentuk kerajaan pusat memandangkan perkara itu hanya dapat dicapai melalui kerjasama dengan kaum-kaum lain.

"Sebab itu parti Bersatu kini sekadar jadi pak turut dan pelengkap kepada agenda politik jumud main sentimen 2R dari pihak PAS dan serpihan GTA (Gerakan Tanah Air) saja.

"Kita kalau jadi makin ekstrem sukar untuk bentuk kerajaan pusat kerana ia memerlukan kerjasama semua kaum termasuk blok Borneo yang ramai pribumi bukan Islam serta Muslim yang moderat.

"Kalau setakat nak mempertahan atau menawan negeri-negeri tradisional majoriti besar Melayu konservatif seperti Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu itu bolehlah, PAS yang untung akhirnya pun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod PAS merupakan parti yang paling banyak memengani kerusi Parlimen dalam kalangan parti PN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) PAS berjaya memenangi 49 daripada 79 kerusi Parlimen yang dimenangi PN.

PAS juga menguasai empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Muhammad Faiz mengingatkan Bersatu bahawa negara ini ditunjangi oleh Raja-raja Melayu yang mahu negara diuruskan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

"Ingatlah, negara kita ada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sebagai faktor penentu teratas keabsahan sesuatu kerajaan pusat tersebut.

"Dan baginda-baginda sekalian majoritinya jika bukan semua pun, seringkali menyeru agar negara kita ini ditadbir urus oleh kerajaan yang mewakili kepentingan semua pihak, seimbang dan moderat agar perpaduan dapat dikekalkan serta kemajuan dapat diteruskan," katanya lagi.

Pekerja kedutaan Israel di Bejing diserang dengan pisau

AFP
LOKASI kejadian seorang pekerja kedutaan Israel di ibu negara China diserang dengan pisau. FOTO AFP
LOKASI kejadian seorang pekerja kedutaan Israel di ibu negara China diserang dengan pisau. FOTO AFP
Beijing: Seorang pekerja kedutaan Israel di ibu negara China diserang dengan pisau oleh seorang lagi warga asing, dan dimasukkan ke hospital pada Jumaat, dengan suspek kemudian ditahan, kata pegawai.

Video geolokasi oleh AFP menunjukkan lelaki itu ditikam dengan pisau di jalan di ibu negara China.

"Seorang pekerja Israel di kedutaan Israel di Beijing diserang hari ini," kata kementerian luar Israel dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa serangan itu tidak berlaku di perkarangan kedutaan.

"Pekerja itu sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil," kata kenyataan itu. "Motif serangan sedang disiasat."

Dalam satu kenyataan, polis di Daerah Chaoyang di Beijing berkata "seorang saudara lelaki berusia 50 tahun diplomat Israel ditikam oleh seorang lagi warga asing di luar pintu masuk pasar raya."

Siasatan awal menunjukkan warga asing itu adalah "lelaki berusia 53 tahun yang terbabit dalam perdagangan barangan kecil di Beijing," kata kenyataan itu.

Suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan, menurut polis.

Serangan itu di tengah-tengah serangan Israel ke atas sasaran Hamas di Semenanjung Gaza selepas pejuang Palestin menyerbu merentasi sempadannya pada hujung minggu, membunuh lebih 1,300 orang.

Pengeboman Israel sudah meragut hampir 1,800 nyawa di Gaza.

Sokongan Iskandar kepada Anwar buka ruang kepada MP PN lain buat keputusan sama

Shahbudin Husin

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam menerajui negara, tetapi dalam masa yang sama kekal setia bersama Bersatu, adalah suatu tindakan yang berani serta terpuji.

Dengan itu, Anwar kini kembali mendapat sokongan dua pertiga Ahli-Ahli Parlimen.
Penarikan sokongan oleh Syed Saddiq sudah diganti dengan sokongan yang didatangkan oleh Iskandar Dzulkarnian.

Kenapa keputusan Iskandar Dzulkarnain ini terpuji?

Pertama, senario politik yang kini jelas memperlihatkan Anwar dan Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga habis penggal, keputusan yang dibuat oleh Iskandar Dzulkarnian ini memang amatlah tepat sekali.

Dalam erti kata lain, bagi Ahli Parlimen yang ingin berkhidmat kepada rakyat seperti Iskandar Dzulkarnian ini, adalah membuang masa saja jika beliau terus jumud bersama blok pembangkang.

Untuk itu, beliau harus memikirkan sesuatu agar dapat bertungsi dengan berkesan kepada pengundi-pengundi Kuala Kangsar serta tidak meninggalkan partinya.

Takkan nak bagi hidangam makan ceramah saja kepada pengundi-pengundi di kawasannya?

Kedua, sesuai dengan Anwar tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga PRU16 akan datang, fokusnya dalam memberi sokongan itu hanyalah untuk mendapatkan peruntukan.

Ini kerana, PN yang menaungi beliau nampaknya masih kekal dengan sikap degil dan keras kepala untuk datang kepada wakil kerajaan iaitu Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof bagi membincangkan soal peruntukan tersebut.

Dengan mengumumkan sokongan kepada Anwar serta berharap diberi peruntukan untuknya, tindakan Iskandar Dzulkarnain ini menunjukkan beliau bersedia secara individu untuk menandatangani perjanjian keyakinan dan perbekalan atau CSA dengan pihak kerajaan.

Jika PH sebelum ini menandatangai CSA dengan Ismail Sabri Yaakob dan diberi peruntukan sebagai balasannya, bermakna tiada salah daripada tindakan Iskandar Dzulkarnain ini.

Beliau sekadar membuat keputusan demi manfaat rakyat dan pengundi di kawasannya.

Begitu pun, sebagai Ahli Parlimen blok pembangkang, Iskandar Dzulkarnanin masih boleh memainkan peranan semak dan imbang sebagaimana biasa dengan mengambil suaranya mestilah untuk manfaat rakyat dan bukan lagi untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketiga, bersama kedegilan dan keras hati PN untuk datang berbincang dengan kerajaan, keputusan Iskandar Dzulkarnain ini harus membuka pintu hati lain-lain Ahli Parlimen PN untuk berbuat perkara yang sama.

Untuk itu, sebagai respon segera, Anwar dan Fadillah harus mengalu-ngalukan serta menyambut baik keputusan Iskandar Dzulkarnain itu.

Jemputlah beliau untuk menandatangani perjanjian CSA dengan kadar segera dan seterusnya luluskanlah peruntukan yang sewajarnya kelada beliau.

Kemudian, kita lihat berapa ramai lagi Ahli Parlimen PN akan datang untuk menandatangani CSA dengan kerajaan?

Keempat, tindakan yang diambil oleh Iskandar Dzulkarnain ini tidak melanggggar undang-undang anti lompat parti kerana beliau tidak keluar parti dan tidak juga menyertai lain-lain parti.

Beliau hanya menyokong kepimpinan Anwar untuk terus menerajui negara, khususnya bagi memulihkan ekonomi sehinggalah PRU yang seterusnya.

“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

“Oleh yang demikian, saya menyokong Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataannya berkaitan keputusan yang diambilnya.

Tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Iskandar Dzulkarnain, tetapi jika kepimpinan PN dan Bersatu terasa koyak, mereka bolehlah mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.

Namun, jika dipecat daripada Bersatu, Iskandar Dzulkarnain tidak perlu mengosongkan kerusinya dan beliau selepas itu, bebas menyertai mana-mana parti.

Mungkinkah dengan ini, beliau bakal digantung keahliannya daripada Bersatu?

Hizbullah 'sedia beraksi' tentang Israel bila tiba masanya

Bharianonline

BEIRUT: Gerakan Hizbullah berpusat di Lubnan yang disokong Iran hari ini menyatakan pihaknya 'bersedia sepenuhnya' untuk menyertai sekutunya Hamas dalam perang menentang Israel apabila tiba masanya.

Timbalan ketua Hizbullah, Naim Qassem, menyatakan pendirian itu ketika Hamas dan Israel saling berbalas tembakan, yang kini memasuki hari ketujuh selepas Hamas menyerang Israel pada Sabtu lalu.

Susulan serangan itu, Israel bertindak balas dengan menghujani serangan udara dan artileri ke atas sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

"Kami sebagai Hizbullah, menyumbang kepada konfrontasi dan akan (terus) menyumbang kepadanya dalam visi dan rancangan kami.

"Kami bersedia sepenuhnya dan apabila tiba masa untuk bertindak, kami akan memulakannya," katanya dalam perhimpunan proPalestin di pinggir selatan Beirut.

Ucapan Qassem itu bertepatan dengan lawatan Menteri Luar Iran ke Beirut, yang menggesa supaya Hizbullah tidak menyertai perang.

"Seruan oleh negara besar, negara Arab dan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara langsung dan tidak langsung, meminta kami tidak campur tangan dalam pertempuran, jangan menjejaskannya, tetapi Hizbullah tahu peranannya," katanya.

Israel berperang dengan Hizbullah dan puak sekutu Palestin di Lubnan sejak kebelakangan ini, walaupun serangan balas dendam masih terhad.

Isnin lalu, Hizbullah berkata serangan Israel membunuh tiga anggotanya, manakala pejuang Palestin mendakwa cubaan menyusup masuk berjaya dipatahkan.

Israel berkata, ia merempuh pos pemerhatian Hizbullah pada Selasa, manakala sayap bersenjata Hamas mendakwa tembakan roket.

Pada Rabu, Hizbullah berkata ia menyasarkan kedudukan Israel berhampiran perkampungan Dhayra.

Tembakan balas Israel sejurus selepas mencederakan tiga orang dan menjadikan Dhayra lengang. -AFP

'Kemenangan pejuang Palestin semakin hampir'

Amir Abd Hamid
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Perkembangan terkini perang Israel-Palestin sebenarnya juga akan menaikkan semangat umat Islam di seluruh dunia menentang kekejaman rejim Zionis.

Pengarah Pusat Pengajian Palestin Hashim Sani Universiti Malaya (UM), Prof Dr Nazari Ismail, berkata konflik yang sudah mengorbankan banyak nyawa itu menyatukan dunia untuk membantu perjuangan pembebasan Palestin daripada cengkaman zalim penjajah Israel di bumi anbia sejak sekian lama.

"Ia juga akan menghancurkan rancangan jahat Zionis dan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai pelan supaya berlaku normalisasi hubungan antara negara Islam dan Israel.

"Sudah pastinya umat Islam akan begitu menyekat sebarang usaha normalisasi hubungan dengan Israel," katanya.

Beliau berpendapat, memandangkan sokongan kepada perjuangan Palestin semakin kuat dan semangat rakyat Israel semakin lemah, kemenangan pejuang Palestin adalah semakin hampir.

"Insya-Allah, kemenangan tentu di pihak perjuangan pembebasan Palestin. Bila ia akan berlaku hanya dalam pengetahuan Allah SWT Yang Maha Mengetahui," katanya.

Beliau berkata, dunia patut campur tangan kerana Israel secara jelas melakukan jenayah perang dan jenayah apartheid terhadap warga Palestin.

"Paling baik negara Islam bekalkan senjata kepada pejuang Palestin, paling minima negara Islam kena seru seluruh masyarakat dunia memboikot Israel dan memboikot semua syarikat yang membantu kezaliman Israel.

"Apa pun, serangan berani oleh pejuang Hamas terhadap Israel disifatkan sebagai satu `game changer' yakni kejadian yang akan merubah situasi di Palestin, khususnya Gaza.

"Serangan itu akan menaikkan semangat juang seluruh warga Palestin, menyatukan mereka menentang rejim Zionis Israel laknatullah," katanya.

Israel dihujani serangan roket yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari Semenanjung Gaza pada pagi Sabtu lalu.

Tentera Israel mendakwa Hamas melancarkan lebih 3,000 roket.

Tentera rejim Zionis Israel memperhebatkan serangannya di Semenanjung Gaza dengan keganasan tidak menunjukkan petanda reda di wilayah selatan didudukinya secara haram, manakala ketegangan terus meningkat di kawasan sempadan dengan Lubnan.

Jumlah pelarian di Gaza melebihi 330,000 orang awam pada hari keenam pertempuran.

Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini

Awani

PUTRAJAYA: Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini, selepas gagal dalam rayuan terakhir mengenepikan sabitan ke atas kesalahan pemerdagangan seorang wanita Indonesia dan mengekpoitasi wanita itu untuk bekerja secara paksa.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M.Komathy, menolak rayuan Zaimatulhakma Abdul Hamid terhadap sabitan dan hukuman penjara yang telah dikenakan ke atasnya.

Ketika membuat keputusan itu, Hakim Hadhariah berkata telah dibuktikan bahawa Zaidatulhakma telah mengeksploitasi Supiyah untuk bekerja secara paksa dan dalam erti kata lain, ia merupakan satu bentuk penghambaan zaman moden.

Beliau berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas Zaimatulhakma dan menolak permohonan pendakwaan untuk meningkatkan tempoh hukuman penjara.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengeluaran waran komital ke atas Zaimatulhakma, 49, untuk mula dipenjara hari ini. Ibu kepada dua orang anak itu, sebelum ini telah dijamin RM16,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan rayuannya.

Pada 3 Jun 2020, Mahkamah Sesyen telah mendapati Zaimatulhakma bersalah atas melakukan kesalahan di sebuah rumah di Taman Meru Mulia, Daerah Klang, Selangor antara bulan Mac 2009 dan 27 April 2019.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan diarahkan untuk membayar pampasan RM50,000 kepada mangsa.

Rayuan wanita itu di Mahkamah Tinggi telah ditolak pada 21 Okt 2021, sebelum mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hakim Hadhariah berkata seseorang itu, perlu melayan pembantu rumah mereka sebagai manusia. Dalam kes ini, mangsa mempunyai niat baik untuk menjaga anak perayu, tetapi sebaliknya dia telah dipukul dan disimbah air panas.

Beliau berkata mangsa juga telah tidak dibenarkan untuk pulang dan sepanjang 10 tahun mangsa berada di Malaysia, dia hanya dibayar sejumlah RM6,000.

Semasa perbicaraan mangsa memberikan keterangan bahawa Zaimatulhakma mengajinya sebagai seorang pembantu rumah. Mangsa menyatakan dia menjaga anak majikannya yang tidak boleh bercakap atau berjalan, dan juga membuat kerja-kerja rumah.

Terdahulu, Peguam K.A.Ramu dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan berkata tiada bukti bahawa anak guamnya memperdagangkan mangsa untuk tujuan eksploitasi, dengan melakukan kerja secara paksa dan bentuk paksaan lain.

Beliau berkata Supiyah telah dibawa masuk ke negara ini oleh ejen dikenali sebagai Pak Nawawi dan dia (Supiyah) bekerja dengan seorang majikan berbangsa Cina, sebelum melarikan diri.

Ramu berkata Pak Nawawi yang melakukan pemerdagangan dan bukan Zaimatulhakma, dan menambah bahawa anak guamnya tidak sepatutnya dikenakan pertuduhan di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Timbalan Pendakwa Raya Khushairy Ibrahim sebaliknya menyatakan bahawa, maksud pemerdagangan di bawah undang-undang itu adalah luas, dan menambah bahawa mengugut, menggunakan kekerasan dan bentuk paksaan lain, juga termasuk dalam mengeksploitasi.

"Mangsa telah dipemerdagangkan menerusi kerja paksa. Fakta kes mendedahkan bahawa perayu telah memperdagangkan mangsa selama 10 tahun, dan menambah mangsa juga telah dipukul dan melecur akibat air panas.

-- BERNAMA

Hamas seru penduduk Gaza kekal berada di rumah

Faida Rahim

GAZA: Kumpulan Hamas menyeru rakyat Palestin supaya kekal berada di rumah serta tidak tunduk kepada arahan Israel untuk mengosongkan kawasan penempatan mereka dan berpindah ke bahagian selatan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.

Memetik Al-Jazeera, kepimpinan Hamas bahagian Hal Ehwal Pelarian memaklumkan penduduk di utara agar berdiri teguh dalam menghadapi 'perang psikologi' yang disifatkannya sebagai menjijikkan.

Terdahulu, Israel memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penduduk di utara Wadi Gaza diarah mengosongkan kawasan penempatan mereka dalam tempoh 24 jam.

Pemakluman itu dibuat oleh Kementerian Pertahanan dan Tentera Pertahanan Israel (IDF) kepada jurucakap PBB Stephane Dujjaric pada tengah malam Khamis waktu tempatan.

Susulan itu, PBB menyeru sekeras-kerasnya agar arahan pengosongan tersebut dibatalkan bagi mengelak situasi semasa menjadi lebih buruk.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,537 rakyat Palestin terbunuh dan 6,612 cedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza, manakala jumlah orang yang terbunuh di Israel mencecah 1,300 orang.

Mekanik anak 5 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana peluk remaja

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
Tertuduh, Mohd Rizuan Abd Razak mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal dengan memeluk remaja perempuan Isnin, lalu. FOTO Meor Riduwan
Tertuduh, Mohd Rizuan Abd Razak mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal dengan memeluk remaja perempuan Isnin, lalu. FOTO Meor Riduwan
Melaka: Seorang mekanik berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Rizuan Abd Razak, 43, membuat pengakuan itu selepas dibacakan dan diterangkan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk remaja perempuan berusia 17 tahun sembilan bulan dalam keadaan tidak berbaju, di sebuah rumah di Taman Jati, Batu Berendam, di sini, pada 9 Oktober lalu, kira-kira jam 1.20 pagi.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mengikut Seksyen 14(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan.

Hakim Darmafikri Abu Adam bagaimanapun menangguhkan keputusan fakta dan hukuman pada 28 Oktober ini bagi membolehkan pendakwaan menyediakan fakta kes.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh yang juga bapa kepada lima anak.

Difahamkan, siasatan polis mendapati, tertuduh baru beberapa hari berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi MiChat.

Sumbangan Tunai Rahmah naik sehingga RM3,700

HarapanDaily.com

Kerajaan MADANI akan meningkatkan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM3,100 kepada RM3,700 bermula tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar minimum STR bagi golongan belia dan isi rumah juga akan meningkat daripada RM300 kepada RM500.

“Insya-ALLAH, bayaran ini akan disalurkan sebelum Ramadan dan dapat dimanfaatkan oleh sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

“Peruntukan ini akan meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa sama, Menteri Kewangan berkenaan juga mengumumkan, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Jelasnya, setelah mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

“Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan MyKad.

“STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini,” kata beliau lagi.

Belanjawan 2024: Kerajaan tawar rebat sehingga RM2,400 beli motosikal elektrik

FMT Reporters

PETALING JAYA: Individu berpendapatan bawah RM120,000 setahun akan menikmati rebat sehingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata inisiatif terkandung di bawah Belanjawan 2024 itu termasuk dalam Skim Galakkan Penggunaan Motosikal Elektrik untuk kelompok terbabit.

“Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV), Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun.

Menurutnya, selain itu inisiatif potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh dua tahun lagi.

“Untuk menyokong keperluan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta,”

Serpihan dron jatuh timpa rumah, 3 termasuk budak maut

Bharianonline

MOSCOW: Serpihan dron yang ditembak jatuh di wilayah Belgorod, Russia, yang terletak bersempadan dengan Ukraine, telah menimpa kediaman sehingga mengorbankan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak.

Gabenor wilayah itu, Vyacheslav Gladkov, berkata sistem pertahanan udara menembak jatuh pesawat jenis UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) menghampiri bandar terbabit, dan serpihannya jatuh memusnahkan beberapa rumah.

"Tiga orang terbunuh dan seorang daripadanya adalah kanak-kanak. Pagi yang sukar untuk kita semua. Kami semua sedang meratapinya," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, hari ini.

Dalam hantaran dimuat naik melalui Telegram itu, beliau turut menyertakan gambar sebuah rumah yang runtuh di belakang pita penghadang polis.

Terdahulu, beliau berkata, mayat masing-masing seorang lelaki dan wanita ditemui dalam runtuhan, manakala masing-masing seorang lagi lelaki dan wanita yang mengalami kecederaan sudah dibawa ke hospital.

Katanya, lelaki terbabit koma dan mengalami luka melecur yang serius, manakala wanita berkenaan pula mengalami gegaran otak dan patah kaki. Doktor mengesahkan keadaan wanita itu sebagai serius.

Beliau berkata, akibat serpihan dron yang jatuh itu, dua bangunan kediaman musnah dan beberapa bangunan lain serta kereta rosak.

Awal pagi tadi Kementerian Pertahanan Russia dalam hantaran melalui Telegram berkata, cubaan serangan dron Ukraine di wilayah Belgorod berjaya 'digagalkan' sekitar jam 11:50 malam kelmarin. Bagaimanapun, ia tidak menyebut mengenai kematian. - AFP

MOHAMMAD DEIF, ARKITEK YANG MEMPORAK PERANDAKAN ÎŞRÂEL.

SIAPAKAH MOHAMMAD DEIF, ARKITEK YANG MEMPORAK PERANDAKAN ÎŞRÂEL.

Mohammed Deif, ketua Briged ÃŽzzûddîn al-Qâşşâm, sayap tentera Hâmâş, yang menganjurkan serangan yang mengejutkan ÃŽÅŸrâel serta mengalami kerugian besar.  

Seorang tokoh yang kurang dikenali yang berjaya melarikan diri daripada pemantauan agensi perisikan Îşrâel selama lebih 30 tahun.

 Mohammed Deif telah berada dalam senarai paling dikehendaki ÃŽÅŸrâel selama hampir tiga dekad.

 Deif berada di belakang operasi ketenteraan yang dilancarkan dari Semenanjung Gâzâ pada hari Sabtu, 7 Oktober. Akibat dari serangan hebat yanh dilancarkan,  Benjamin Netanyahu mengisytiharkan perang ke atas Hâmâş. 

 Apabila kemasyhuran Deif meningkat, bintangnya di Gâzâ dijangka meningkat juga.  "Prestij"nya sudah kukuh, kata Omri Brinner, penganalisis ÃŽÅŸrâel dan Timur Tengah di Pasukan Antarabangsa Verona untuk Kajian Keselamatan (ITSS).  “Tetapi dengan operasi ini yang paling berjaya dalam sejarah penentangan PâleÅŸtîn, warisannya akan kekal selama-lamanya.  Dia boleh gagal sekarang, ‘ÃŽÅŸrâel’ boleh membunuhnya sekarang tetapi warisannya akan bertahan lebih lama,”. 

SEMBILAN NYAWA. 

 Sebagai seseorang yang telah terselamat daripada pelbagai cubaan pembunuhan.  Keupayaannya untuk mengelak perkhidmatan perisikan ÃŽÅŸrâel telah memberikannya jolokan "lelaki dengan sembilan nyawa."

 Dianggap sebagai pengganas antarabangsa oleh Amerika Syarikat sejak 2015, Deif telah menimbulkan ancaman langsung dan berterusan terhadap keselamatan dalam negeri ÃŽÅŸrâel selama lebih 30 tahun.  “Militansi terhadap ÃŽÅŸrâel adalah kawasan yang mempunyai kadar survival yang rendah.  Agak luar biasa dia mampu bertahan sekian lama.  Dia adalah noda kekal pada reputasi ÃŽÅŸrâel untuk menghapuskan sasaran yang ditetapkan," kata Jacob Eriksson, pakar dalam konflik ÃŽÅŸrâel-PâleÅŸtîn di Universiti York.

 Cara untuk terus hidup adalah dengan bersembunyi.  Satu-satunya foto rasmi Deif dalam edaran berusia lebih daripada dua puluh tahun.  Bagaimanapun, dia jauh dari selamat.  Deif dikatakan kehilangan penglihatan, sebelah tangan dan sebelah kakinya selepas serangan ÃŽÅŸrâel pada 2006.

 Nama sebenar beliau juga tidak diketahui, walaupun beberapa media mengatakan bahawa nama sebenarnya ialah Mohammed al-Masri.  "Deif" sebenarnya adalah nama panggilan dalam bahasa Arab yang secara harfiah bermaksud "tetamu".  "Ini merujuk kepada fakta bahawa dia tidak tinggal lebih daripada satu malam di tempat yang sama untuk mengelak ditangkap oleh ÃŽÅŸrâel," jelas Eriksson.

 Butiran lain tentang kehidupan Deif adalah kurang.  Deif dilahirkan di kem pelarian Khan Younis di selatan Gâzâ pada 1960-an, menurut seorang pegawai perisikan ÃŽÅŸrâel. 

 Pada 2014, Washington Post melaporkan bahawa Deif belajar di Universiti Islam Gâzâ, di mana dia sering melawat ahli Ikhwanul Muslimin Mesir, yang kemudiannya menjadi cabang Hâmâş.

 Selepas mendalangi serangan bom Negara Islam pada 1990-an, Deif menjadi semakin penting dalam Hâmâş berikutan pembunuhan Ayyash oleh perkhidmatan perisikan ÃŽÅŸrâel pada 1996. Beliau dilantik sebagai ketua Briged ÃŽzzûddîn  al-Qâşşâm pada 2002.

 Salah satu pencapaian awal beliau sebagai pemimpin adalah menerapkan pengajaran ÃŽntîfâdâ kedua pada awal tahun 2000-an.  Dia mendalangi pembinaan terowong bawah tanah yang membolehkan pejuang Hâmâş melancarkan serangan ke atas wilayah ÃŽÅŸrâel dari GÂZÂ.  Beliau juga menekankan penggunaan roket seluas-luasnya.

 "Sebagai tindak balas kepada ÃŽÅŸrâel yang mengukuhkan sempadan dengan tembok, dia membangunkan 'strategi bawah dan atas' Hâmâş, yang bermaksud menggali terowong untuk pejuang Hâmâş masuk ke ÃŽÅŸrâel dan menghantar roket," jelas Brinner.

 Modus operandinya adalah "sentiasa menyerang wilayah ÃŽÅŸrâel secara langsung dalam apa jua cara yang mungkin untuk menjadikannya membayar harga tertinggi untuk layanannya terhadap penduduk di Gâzâ," kata Eriksson.

Ideologi Deif adalah tentang membuat penyelesaian politik semata-mata kepada konflik ÃŽÅŸrâel-PâleÅŸtîn adalah mustahil, kata Brinner.  "Falsafahnya adalah mengenai penyelesaian ketenteraan kepada konflik."  Brinner menambah bahawa bukan kebetulan bahawa Deif menganjurkan kempen bom istishad besar pada pertengahan 1990-an, sejurus selepas menandatangani Perjanjian Oslo.

PRESTIJ

 Reputasi kerana menggunakan cara ketenteraan semata-mata ini juga sebahagiannya menjelaskan "mengapa dia menikmati populariti yang tiada tandingan di kalangan penduduk Gâzâ," kata Brinner.  Pada tahun 2014, dalam tinjauan pendapat yang dijalankan oleh laman berita PâleÅŸtîn, "Deif telah diundi sebagai lebih popular daripada Khaled Meshal, ketua keseluruhan Hâmâş, dan Ismail Haniyeh, pemimpin politik tertinggi kumpulan itu di Gâzâ. Kedua-duanya tokoh yang sangat popular. terkenal dan dikenali semua rakyat PâleÅŸtîn,” lapor Washington Post.

 “Dia seorang pemimpin tentera, jadi dia kebal terhadap kritikan tentang cara Hâmâş mengendalikan aspek kemanusiaan dan sosial tadbir urus Gâzâ,” kata Eriksson.

 "Dia juga satu-satunya orang yang tinggal di Gâzâ dan mendidik anak-anaknya di sana," tambah Brinner.  Ini amat penting dari perspektif penduduk Gâzâ, yang menuduh Haniyeh mengetuai Hâmâş dari "hotel mewah di Qatar".

 Keperibadian Deif dan penghormatan yang diberikannya di Gâzâ juga mungkin menjelaskan bagaimana serangan itu berjaya walaupun agensi perisikan ÃŽÅŸrâel secara meluas mengakui keberkesanannya.  "Hakikat Hâmâş merancang operasi ini selama setahun tanpa sebarang maklumat dibocorkan menunjukkan kesetiaan beberapa orang terpilih yang terlibat dalam merancang operasi ini kepada Deif," kata Brinner.

FB Peduli Ummah 

Bebas lelaki direman, SPRM tahan anggota penguat kuasa

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan kerana disyaki menerima rasuah RM2,000.

Harian Metro memetik Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain mengesahkan tangkapan itu untuk disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Anggota itu disyaki menerima rasuah sebagai balasan bagi membantu melepaskan seorang lelaki direman atas kesalahan memiliki air ketum.

Sumber berkata, anggota berusia 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan pada 11 malam.

Perintah reman empat hari mulai hari ini dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid susulan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

14 PATI bersama 9 kg syabu ditahan

Bernama

Maritim Malaysia tahan 14 PATI, rampas 9 kg syabu

Kesemua mereka ditahan pada kedudukan sekitar 0.91 batu nautika barat daya pantai tersebut. - Gambar/ Sinar Harian

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia () Selangor merampas lapan bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 9 kilogram (kg) dan menahan 14 pendatang asing tanpa izin yang cuba menyeludup keluar dari Malaysia, di Pantai Kelanang, Banting, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata kesemua mereka ditahan pada kedudukan sekitar 0.91 batu nautika barat daya pantai tersebut.

Katanya satu vesel dalam keadaan mencurigakan telah dikesan di Perairan Tanjung Tongkah dan pihaknya kemudian mengatur gerak sebuah bot ronda bagi memintas vesel tersebut.

"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit cuba meloloskan diri dan berlaku adegan mengejar hampir 20 minit. Semasa adegan tersebut terdapat beberapa individu bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke hutan bakau Pantai Kelanang sebelum bot berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sharenliza berkata hasil pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut tiada nombor pendaftaran dan terdapat sembilan penumpang wanita Indonesia, tiga lelaki Pakistan dan dua lelaki Indonesia dalam lingkungan umur 27 hingga 50 tahun tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Bot dan kesemua pendatang asing itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut dan telah menemukan dua beg di dalam bot mengandungi lapan bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat lebih kurang 9 kg," katanya.

Mohd Sharenliza berkata bungkusan tersebut diserahkan kepada pengawai penyiasat untuk tindakan lanjut dan difahamkan bayaran yang dikenakan untuk menyeludup pendatang asing melalui cara tersebut sekitar RM1,700 seorang dan warga asing berkenaan dipercayai hendak menuju ke Medan dan Dumai, Indonesia.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan, Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana membawa masuk atau keluar pendatang asing dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

PN: SPRM ugut MP Kuala Kangsar sokong kerajaan

Malaysiakini

Perikatan Nasional mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi serta ugutan terhadap pemimpin pembangkang.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mendakwa SPRM mengugut Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid supaya menyokong Anwar atau menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

“Adalah dipercayai bahawa intimidasi dan ugutan inilah yang digunakan ke atas ahli Parlimen Kuala Kangsar bagi mendapat sokongan agar kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

“Pada 1 Oktober lalu, ahli Parlimen Kuala Kangsar dibawa untuk bertemu dengan seorang pegawai tertinggi SPRM di sebuah lokasi hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang telah pun disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan,” katanya.

Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid

Pemimpin Bersatu itu juga mendakwa kerajaan pada mulanya cuba merasuah Iskandar Dzulkarnain semasa satu perjumpaan di sebuah lokasi di Damansara pada 26 September.

Dakwa Hamzah, ahli parlimen berkenaan telah didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri.

“Beliau telah ditekan dan didesak untuk menyokong perdana menteri serta dijanjikan habuan wang ringgit dan kedudukan dalam beberapa syarikat,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi SPRM dan Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan maklum balas mereka terhadap dakwaan itu.

Menurut Hamzah, Iskandar Dzulkarnain dilihat dalam keadaan tertekan akibat intimidasi yang dikenakan ketika bertemu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Perikatan Nasional pada masa yang sama kesal di atas kenyataan media yang dibuat secara terburu-buru oleh ahli Parlimen Kuala Kangsar.

“Kenyataan beliau dengan menggunakan hujah peruntukan pembangunan sebagai alasan amat berbeda dengan penjelasan yang diberikan kepada beberapa pemimpin parti,” kata Hamzah.

Semalam, Iskandar Dzulkarnain menyuarakan sokongan kepada Anwar, dengan memetik kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasannya.

Dia dilaporkan berkata, keputusannya itu juga bertujuan untuk menilai sama ada perdana menteri ikhlas dan mengotakan janji memberi peruntukan untuk ahli parlimen yang menyokong dasar kerajaan.

Artis tak bayar sewa: 'Saya masih tinggal di rumah itu' - To'ki

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my
To’ki
Kuala Lumpur: "Saya tak nak komen buat masa ini," ini jawapan ringkas penyanyi popular era 90-an, To'ki mengenai dakwaan dia enggan membayar tunggakan sewa rumah mencecah RM3,600 hingga diberikan notis keluar. 

To'ki, 58, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur turut didakwa mengganggu jiran kerana bertukang di tengah malam selain membiarkan kawasan persekitaran rumah itu kotor. 

Harian Metro sebelum ini mendedahkan dakwaan pemilik rumah, Liza Mohamad, 46, yang membuat laporan polis terhadap penyanyi lagu Seni Berzaman itu.

To'ki ketika dihubungi berkata, dia masih tinggal di rumah itu.

Menurutnya, dia masih menunggu makluman daripada pihak Baitulmal selepas pihak berkenaan memberi jaminan akan mendapatkan tempat tinggal baharu untuk dirinya sekeluarga dengan segera.

"Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan To'ki sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan kini tertunggak dari Jun sehingga September.

Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini mencecah RM7,000.

Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri To'ki, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.

Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To'ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.

Pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu. 

Jurucakap PBB dimaklum penduduk Gaza harus pindah ke selatan dalam tempoh 24 jam

Agensi

Gaza: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata, ia diberitahu oleh tentera Israel bahawa kira-kira 1.1 juta rakyat Palestin di Gaza harus berpindah ke selatan enklaf itu dalam tempoh 24 jam akan datang, lapor portal The National News.

"PBB menganggap mustahil untuk gerakan sebegitu berlaku tanpa kesan kemanusiaan yang memusnahkan," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PBB merayu sekeras-kerasnya supaya sebarang perintah sedemikian, jika disahkan, untuk dibatalkan.

"... ia bagi mengelak apa yang boleh mengubah apa yang sudah menjadi tragedi kepada situasi yang membawa bencana," katanya.

Dujarric berkata, arahan tentera Israel itu juga dikenakan kepada semua kakitangan PBB dan mereka yang bernaung di kemudahan PBB, termasuk sekolah, pusat kesihatan dan klinik.

Menyingkap konteks serangan mengejut dari Gaza

Haggai Matar

Ini suatu hari yang dahsyat. Selepas terjaga oleh bunyi siren susulan ratusan roket dilepaskan ke arah bandar-bandar di Israel, kita mendengar banyak lagi berita tentang serangan kumpulan bersenjata Palestin yang tidak pernah berlaku di Semenanjung Gaza ke atas bandar-bandar Israel di sempadan semenanjung itu.

Berita tersebar mengenai sekurang-kurangnya 1,200 orang Israel terbunuh dan ribuan cedera, serta beberapa lagi dilaporkan diculik dan dibawa ke Gaza. 

Sementara itu, tentera Israel sudah memulakan serangan balas ke atas Gaza, Israel bergerak di sepanjang sempadan dan serangan udara membunuh serta mencederakan ramai penduduk Palestin.

Sukar untuk membayangkan ketakutan orang awam apabila melihat tentera bersenjata di jalan raya dan di dalam rumah mereka, atau apabila melihat jet pejuang dan kereta kebal. 

Serangan terhadap orang awam adalah jenayah perang dan hati saya sedih memikirkan nasib malang mangsa dan keluarga mereka.

Bertentangan dengan apa yang dikatakan ramai orang Israel, dan sementara tentera Israel jelas tidak menjangkakan serangan balas pejuang Palestin, apa yang berlaku bukanlah serangan “sepihak” atau “tanpa provokasi”. 

Ketakutan yang sedang dirasai rakyat Israel sekarang, termasuk saya sendiri, hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang dialami rakyat Palestin bawah rejim tentera Israel sejak beberapa dekad lalu di Tebing Barat serta serangan berulang ke atas Gaza. 

Reaksi yang kita dengar daripada orang Israel pada hari ini — misalnya menyeru untuk “meratakan Gaza”, bahawa “mereka ganas, bukan orang yang boleh dibawa berunding”, “mereka membunuh seluruh keluarga”, “tiada ruang untuk berunding dengan orang seperti ini” — sama sahaja dengan apa yang saya dengar penduduk Palestin katakan tentang orang Israel sejak dahulu.

Serangan pagi itu juga mempunyai konteks yang lebih terkini. Salah satu ialah berkaitan perjanjian normalisasi antara Arab Saudi dan Israel. 

Selama bertahun-tahun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhujah kononnya  perdamaian boleh dicapai tanpa perlu berunding dengan rakyat Palestin atau tanpa bertolak ansur.

Perjanjian Abraham telah melucutkan rakyat Palestin satu peluang mendapatkan sokongan: solidariti kerajaan Arab, walaupun solidariti itu sudah lama dipersoalkan. 

Mungkin sahaja kebimbangan bakal kehilangan sokongan negara-negara Arab membuatkan pejuang Hamas benar-benar terdesak untuk melakukan serangan.

Sementara itu, sejak beberapa minggu lalu, pemerhati memberi amaran bahawa perkembangan terkini di Tebing Barat bakal membawa kepada kesan lebih berbahaya. 

Sepanjang tahun lalu, lebih ramai rakyat Palestin dan Israel terbunuh berbanding tahun-tahun lain sejak Intifadah Kedua pada awal 2000-an. Tentera Israel secara berkala menyerang bandar dan kem pelarian Palestin. 

Kerajaan berhaluan kanan memberi kebebasan sepenuhnya kepada peneroka untuk membina penempatan haram baharu dan melakukan pembunuhan di bandar dan kampung Palestin, dengan tentera Israel mengiringi peneroka dan membunuh atau mencederakan rakyat Palestin yang cuba mempertahankan rumah mereka. 

Pelampau Yahudi juga terang-terangan mencabar "status quo" di sekitar Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis hasil sokongan ahli politik yang berkongsi ideologi mereka.

Sementara itu di Gaza pula, serangan berterusan memusnahkan kehidupan lebih dua juta rakyat Palestin yang sudah sedia hidup dalam situasi kemiskinan tegar dengan sedikit akses kepada air bersih dan hanya sekitar empat jam elektrik sehari. 

Pengepungan ini tidak mempunyai sebarang kesudahan rasmi; malah laporan Pengawal Negara Israel mendapati kerajaan tidak pernah membincangkan penyelesaian jangka panjang untuk menamatkan sekatan ataupun secara serius mempertimbangkan sebarang alternatif kepada perang dan kematian yang berterusan. 

Sesungguhnya, itu sahaja pilihan yang kini dimiliki kerajaan semasa atau kerajaan akan datang.

Satu-satunya jawapan yang ditawarkan kerajaan Israel kepada masalah serangan Palestin dari Gaza adalah dalam bentuk bantuan sementara: jika serangan datang dari atas tanah, kita bina tembok; jika serangan datang melalui terowong, kita bina penghalang bawah tanah;  jika mereka lepaskan roket, kita sediakan pemintas; jika mereka membunuh sebahagian daripada kita, kita bunuh lebih ramai daripada mereka. 

Dan begitulah seterusnya.

Semua ini tidak mewajarkan pembunuhan orang awam — kerana ia sama sekali salah. 

Sebaliknya, ia bertujuan mengingatkan kita bahawa ada sebab mengapa semua ini berlaku hari ini, dan bahawa - seperti dalam semua pusingan sebelum ini - tidak ada penyelesaian ketenteraan bagi masalah Israel dengan Gaza, mahupun tentang penentangan yang secara semula jadi muncul sebagai tindak balas keganasan berciri apartheid.

Sejak beberapa bulan belakangan ini, ratusan ribu rakyat Israel berarak demi menuntut “demokrasi dan kesaksamaan” di seluruh negara. Malah ramai yang enggan menyertai pasukan tentera kerana tidak bersetuju dengan trend autoritarian kerajaan Israel. 

Apa yang perlu difahami penunjuk perasaan dan tentera simpanan ini - terutamanya hari ini, kerana ramai daripada mereka sudah mengumumkan akan menghentikan protes dan menyertai perang dengan Gaza - adalah bahawa rakyat Palestin telah berjuang demi tuntutan yang sama selama beberapa dekad, selain berdepan dengan pihak Israel yang sentiasa bersikap autoritarian.

Sewaktu menulis catatan ini, saya sedang duduk di rumah saya di Tel Aviv, sambil cuba memikirkan cara melindungi keluarga saya di rumah yang tiada bilik perlindungan khas serta mengikuti dengan teliti laporan dan khabar angin tentang peristiwa penuh ngeri yang berlaku di bandar-bandar Israel berhampiran Gaza yang sedang diserang. 

Saya melihat orang ramai, termasuk rakan-rakan saya, menyeru di media sosial supaya Israel menyerang Gaza dengan lebih ganas. Beberapa orang Israel mengatakan bahawa sudah tiba masa untuk menghapuskan Gaza sepenuhnya – dengan kata lain, menyeru pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin. 

Di tengah-tengah segala letupan, ketakutan dan pertumpahan darah, bercakap tentang rundingan damai pasti dianggap sebagai suatu cadangan gila oleh mereka ini.

Namun saya sedar bahawa semua yang saya alami sekarang, dan tentu turut dirasai setiap orang Israel pada saat ini, sebenarnya menjadi pengalaman hidup harian bagi berjuta-juta rakyat Palestin sejak sekian lama. 

Satu-satunya penyelesaian adalah dengan menamatkan amalan apartheid, penjajahan, dan pengepungan, serta mempromosi masa depan berdasarkan konsep keadilan dan kesaksamaan untuk semua orang. 

Langkah ini bukan semata-mata di tengah-tengah pengalaman seram yang kita sedang alami – sebaliknya, langkah ini adalah adalah kerana pengalaman seram itu. - +972 magazine

HAGGAI MATAR seorang wartawan dan aktivis politik Israel. Dia merupakan pengarah eksekutif +972 magazine.

Kesedihan berganda: Gembira dinanti, duka bertandang

Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my
SUAMI Nor Ezaty memeluk jenazah isterinya buat kali terakhir.  FOTO Facebook Mr Wan Cai Official
SUAMI Nor Ezaty memeluk jenazah isterinya buat kali terakhir. FOTO Facebook Mr Wan Cai Official
Kuala Lumpur: Penantian empat tahun lelaki ini untuk mendapatkan zuriat sulung bertukar episod duka apabila isteri yang sarat hamil lapan bulan dijemput Ilahi terlebih dahulu, membawa bersama buah hati mereka, Selasa lalu.

Difahamkan, Nor Ezaty Abdul Latif, 26, meninggal dunia kerana sesak nafas dan dijangka melahirkan anak sulung pada November ini.

Video kisah duka berkenaan dikongsikan di akaun TikTok dan Facebook Mr Wancai Official yang memaklumkan jenazah Nor Ezaty diuruskan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) HQ, kelmarin.

Difahamkan, Nor Ezaty meninggal dunia kerana sesak nafas dan dijangka melahirkan anak sulung pada bulan depan.

Terdahulu, Wan Cai berkongsi video mengenai Allahyarhamah Nor Ezaty yang sarat hamil lapan bulan meninggal dunia pada 3 pagi Selasa dan turut 'membawa' bersama buah hatinya.

Video berkenaan meruntun hati netizen yang meraih jutaan tontonan dan kiriman doa netizen yang memaparkan suami Nor Ezaty, Muhammad Hafizul Mazlan, 30, yang sedang dalam kesedihan ditenangkan ahli keluarganya.

Menerusi rakaman video di Facebook turut memaparkan pengurusan jenazah arwah dan bayinya serta suami arwah mendukung serta mengucup bayinya buat kali terakhir yang membuatkan netizen sebak dan merasai kesedihan lelaki itu yang kehilangan dua insan tersayang secara serentak.
SUAMI Nor Ezaty mendukung jenazah anak mereka untuk dikebumikan.
SUAMI Nor Ezaty mendukung jenazah anak mereka untuk dikebumikan.
Berkongsi cerita, Wan Cai berkata, sepanjang pengurusan jenazah dilakukan pasukannya perasaan hiba menyelebungi suasana di bilik wakaf pihaknya yang turut merasai kesedihan ahli keluarga Nor Ezaty.

Menurutnya, pihaknya dihubungi sepupu wanita berkenaan dan semua urusan pengurusan dan pengebumian jenazah dua beranak terbabit di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor pada Selasa diuruskan mereka sepenuhnya.

"Kami termasuk jurumandi jenazah turut merasai kesedihan itu dan paling menyedihkan apabila suami arwah seperti tidak tahu mahu melihat jenazah yang mana satu dahulu. Melihat situasi itu tanpa sedar air mata jatuh.

"Saya juga turut merasai kesedihan mereka terutama suami arwah yang sudah menanti cahaya mata bersama isteri selama empat tahun, malah ketika menyunting video itu juga saya beberapa kali menitiskan air mata," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, ketika mengangkat jenazah dua beranak itu ke liang lahad kira-kira 20 hingga 30 meter, tiba-tiba hujan renyai-renyai turun di tanah perkuburan.

"Apabila jenazah bayi dimasukkan ke dalam liang lahad, hujan renyai-renyai tadi turun agak kuat (lebat) dan ketika kami mengambus tanah hujan terus hilang. Situasi ini seperti menangisi pemergian mereka dan seperti dimaklumkan rakan arwah, Nor Ezaty seorang wanita yang baik," katanya.
JENAZAH ibu bersama anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. FOTO Facebook Unit Khas Van Jenazah
JENAZAH ibu bersama anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. FOTO Facebook Unit Khas Van Jenazah
Bercerita lanjut, Wan Cai berkata, Nor Ezaty bekerja sebagai kerani manakala suaminya bekerja di sebuah syarikat di Pelabuhan Klang dan mereka menyewa rumah di kawasan berhampiran.

"Saya dimaklumkan arwah ada mengadu kepada suaminya dia tidak sihat dan ketika di rumah sewa mereka arwah baring sebelum tiba-tiba sesak nafas. Suaminya menghubungi jiran dan sepupunya sebelum sepupunya menghubungi ambulans yang kemudiannya mengesahkan Nor Ezaty sudah tiada.

"Mereka kemudian membawa arwah ke hospital (Hospital Klang) untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi perempuan itu (namun bayi tidak dapat diselamatkan)," katanya.

Peneroka haram Yahudi bunuh empat rakyat Palestin

AFP
PENDUDUK Palestin meratapi kematian saudara mereka susulan pertempuran dengan peneroka haram Yahudi di Qusra di utara Tebing Barat. FOTO AFP
PENDUDUK Palestin meratapi kematian saudara mereka susulan pertempuran dengan peneroka haram Yahudi di Qusra di utara Tebing Barat. FOTO AFP
Baitulmaqdis: Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh pada Rabu ketika peneroka haram Israel yang bersenjata menyerang sebuah bandar di selatan Nablus di Tebing Barat yang diduduki Zionis, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki Palestin terbunuh oleh tembakan tentera Israel berhampiran Bethlehem dan seorang remaja terbunuh berhampiran Hebron, kata kementerian itu.

Kematian terbaharu menjadikan 29 kematian rakyat Palestin di Tebing Barat dalam keganasan berkaitan konflik sejak pejuang Hamas melancarkan serangan pada Sabtu lalu, ke atas selatan tanah haram Israel dari Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan dalam satu kenyataan awal, tiga mati syahid akibat serangan peneroka Israel ke atas Qusra di utara Tebing Barat, kemudian jumlah kematian itu meningkat kepada empat orang.

Kumpulan hak asasi manusia Israel B'Tselem berkongsi rakaman media sosial mengenai apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan tentera Israel dan peneroka Israel ke Qusra.

Ketika dihubungi AFP, tentera berkata, askar yang beroperasi di pinggir bandar Qusra melaporkan mendengar tembakan dilepaskan di kawasan itu, sambil menambah ia meneliti laporan mangsa Palestin.

B'Tselem berkata di X, sebelum ini Twitter, bahawa sejak Sabtu, peneroka pelampau Israel menyerang penduduk Palestin di banyak bahagian di Tebing Barat.

"Di tengah-tengah peperangan antara Israel dan pejuang Islam Palestin di Gaza yang menyebabkan ribuan terkorban di kedua-dua belah pihak, peneroka Israel menggunakan fakta bahawa perhatian awam tertumpu di tempat lain untuk menambah ketegangan kepada api keganasan", kata kumpulan hak asasi manusia itu.

Sekurang-kurangnya 1,200 orang terbunuh di Israel, manakala serangan Israel ke atas Gaza membunuh lebih daripada 1,000 rakyat Palestin, menurut angka rasmi.

Lonjakan keganasan melanda Tebing Barat yang diduduki Israel sejak perang Arab-Israel 1967, sejak awal tahun lalu.
-hmetro 

Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB, kata saksi

Bernama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Najib Razak menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta, iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB Global Investment Limited ke akaun baharunya.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Foo Wei Min, 47, berkata wang dari akaun berakhir nombor 694 itu dipindahkan ke akaun berakhir dengan nombor 880 di bank sama melalui dua transaksi RM150,000,000 dan RM12,436,711.87 pada 27 serta 30 Ogos 2013.

“Baki terakhir selepas transaksi ini adalah RM0.00. Akaun lamanya (694) ditutup pada tarikh sama, iaitu 30 Ogos.”

Saksi pendakwaan ke-48 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB yang dihadapi Najib.

Foo berkata, hasil siasatannya mendapati RM2,034,350,000 dikembalikan semula kepada Tanore Finance Corporation di Singapura menerusi lima transaksi antara 2 dan 23 Ogos 2013.

“Merujuk kepada hasil siasatan, FIFO dan dokumen sokongan, terdapat pemindahan keluar wang haram hasil daripada 1MDB peringkat Tanore yang diterima oleh Najib ke luar negara (akaun Tanore di Falcon Private Bank Limited) menerusi lima transaksi.

“Pemindahan itu susulan surat arahan Najib bertarikh 30 Julai 2013 dan 21 Ogos 2013 dan pihak Ambank melaksanakan pemindahan dana sebanyak RM2,034,350,000 daripada akaun 694 kepada Tanore bersamaan dengan USD620,000,000.”

Katanya, tujuan surat itu untuk memberi arahan kepada Ambank supaya meneruskan transaksi pertukaran wang asing untuk kadar yang dipersetujui bagi nilai USD620,000,000.

“Semua lima transaksi dimasukkan ke JP Morgan Chase Bank untuk dikreditkan ke akaun Tanore di Falcon Private Bank Limited, Singapura.”

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 18 Okt ini.

Wanita mengaku tak salah curi 2 jam Rolex suami Peguam

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan mencuri dua jam tangan mewah milik suaminya dua tahun lalu.

Mou Ei Leen @Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Wanita dalam proses perceraian dengan suaminya dituduh mencuri seutas Rolex Sky Dweller dan seutas Rolex GMT Master-II 9 di rumah di Laluan Rapat Ria 3, Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan, menurut Harian Metro.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam menawarkan jaminan RM7,000, tetapi peguam Gurbachan Singh merayu jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira suri rumah itu perlu menjaga dua anak masih bersekolah.

Beliau berkata, anak guamnya kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga seorang pegawai polis dan mereka tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

Katanya, suami isteri itu masih tinggal bersama ketika kejadian berlaku.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 Nov ini.

Lori jatuh gaung, pemandu maut

FMT Reporters
Sepasukan anggota bersama dua jentera bomba bergegas ke tempat kejadian di KM28.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh ke gaung di KM28.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata sepasukan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.24 petang tadi.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan kemalangan itu membabitkan sebuah lori tangki minyak yang jatuh gaung sedalam kira-kira 6m,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa berusia 50-an tercampak keluar dari lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ahli Parlimen PN isytihar sokong Anwar

HarapanDaily.com
Ahli Parlimen PN isytihar sokong Anwar
K PRAGALATH

Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengisytiharkan bahawa beliau akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat untuk penduduk kawasannya.

Iskandar dari Bersatu berkata sokongan beliau berkuatkuasa hari ini bertujuan untuk melihat samada Anwar akan mengotakan janjinya berkenaan dana peruntukan kawasan untuk ahli parlimen.

“Saya percaya ekonomi akan dipulihkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu saya akan menyokong usaha Perdana Menteri mengukuhkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada akhbar Star.

Walau bagaimanapun beliau menegaskan akan kekal di dalam parti Bersatu.

“Saya sama sekali tidak akan mengkhianati parti saya, Bersatu dalam apa jua keadaan. Saya menjunjung prinsip kesetiaan.”

Meskipun berdepan dengan risiko tindakan disiplin oleh partinya, Iskandar tidak sanggup melihat penduduk kawasannya terbiar dan ketinggalan kerana perbezaan politik.

“Oleh itu saya mengambil keputusan menyokong usaha kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum seterusnya,” katanya.

Untuk rekod Anwar menegaskan bahawa peruntukan dana kawasan parlimen untuk ahli parlimen pembangkang akan disalurkan sekiranya blok PN berunding dengan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah mengesahkan tiada usaha rundingan untuk peruntukan dana kawasan diterima dari blok PN.

PM tak tolak PAS sertai kerajaan jika syarat dasar diterima

Malaysiakini

Ketika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sebuah kerajaan perpaduan tahun lalu, dia telah memberikan tawaran untuk PAS menyertai kerajaan.

Walaupun PAS menolak tawaran itu ketika itu, Anwar berkata dia tidak akan menghalang kerjasama itu pada masa hadapan.

Dalam temu bual Time Magazine yang disiarkan dalam talian semalam, Anwar mengesahkan bahawa memang ada tawaran kepada PAS untuk menyertai pentadbirannya.

"Tentang sama ada kita bersedia untuk melibatkan diri dengan mereka, sudah tentu kita lakukan. Kita mesti.

"Dan saya telah menghantar [jemputan] kepada mereka ... Ya, saya telah terbuka dengan idea itu sejak awal.

“Lagipun ini adalah kerajaan perpaduan dan kita melakukan yang terbaik untuk negara kita,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, syarat dasar utama ialah, agar PAS menerima bahawa walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama, dan setiap rakyat mempunyai tempat.

Ditanya apakah jawapan PAS, Anwar mendakwa tidak ada penolakan yang jelas mahupun respons positif.

“Iklim politik masih agak panas, jadi kami akan biarkan ia sejuk untuk beberapa waktu,” tambahnya.

Bagaimanapun, Anwar memberi gambaran bahawa pintu untuk PAS menyertai pentadbirannya masih terbuka.

"Saya tidak mahu menghalang (PAS menyertai kerajaan). Sudah tentu, bergantung kepada syarat dasar utama ini diterima," katanya.

Pada awal Mei lalu, wakil Anwar mendakwa perdana menteri mahu menghidupkan semula hubungannya dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ini dilihat sebagai usaha perdana menteri untuk 'memikat' PAS.

Bagaimanapun, PAS sebagai sebahagian daripada PN, tetap memusuhi Anwar dan kerajaannya - sering menggunakan kata-kata perkauman dalam kempen mereka.

Ditanya bagaimana dia merancang untuk memerangi kebangkitan "retorik ketuanan Melayu-Islam", Anwar menggariskan tiga pendekatan.

“Pertama, pembangunan ekonomi. Sistem yang lebih adil dan saksama supaya tiada masyarakat atau sebahagian negara dilihat diabaikan atau dipinggirkan.

“Kedua, sudah tentu, pendidikan, kerana ekstremisme, perkauman, ketaksuban agama, membiak dengan mudah di kalangan segmen penduduk yang lebih jahil.

"Apabila saya katakan jahil, saya tidak bermaksud anda tidak layak, anda tidak pergi ke universiti. Maksud saya kurangnya pemahaman tentang mesej keseluruhan agama yang bergantung kepada sebahagian daripada mullah dan syeikh, dengan tafsiran yang sempit dan kabur," katanya.

Pendekatan ketiga, katanya, adalah untuk menyedarkan golongan berkenaan bahawa walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, ia masih sebuah negara berbilang kaum.

"Kita telah bertahan beratus-ratus tahun dengan kehadiran penganut Buddha, Hindu dan Kristian. Tidak ada sebab mengapa anda perlu mengganggu ini dan menimbulkan permusuhan," katanya.

Secara berasingan, mengenai subjek sama ada Najib Abdul Razak akan mendapat pengampunan, Anwar berulang kali mengulangi bahawa dia akan menyerahkan keputusan itu kepada Agong, yang menurutnya tidak memerlukan nasihatnya mengenai perkara itu.

Didesak mengenai apa yang akan dilakukannya jika pengampunan Najib dibawa kepadanya, Anwar menjawab: "Saya akan mempertimbangkannya".

Bakar isteri hingga mati, pesakit dialisis dipenjara 35 tahun

V Anbalagan

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengalami kegagalan buah pinggang dijatuhi hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh isterinya dengan menyimbah petrol dan membakarnya.

Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menyifatkan perbuatan V Mathiyalagan terhadap pasangannya sebagai jenayah sangat kejam.

“Awak ambil nyawa isteri awak. Tetapi, kami turut mempertimbangkan awak kini menjalani dialisis,” kata Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Azman Abdullah dan Azizul Azmi Adnan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bekas pemungut besi buruk berusia 53 tahun itu bermula dari tarikh tangkapan, tetapi dia tidak dikenakan 12 sebatan yang ditetapkan undang-undang susulan pemansuhan hukuman mati mandatori berkuat kuasa 4 Julai lalu.

Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah mengecualikan lelaki 50 tahun ke atas daripada disebat.

Pada 2019, Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman mati kepada Mathiyalagan selepas mendapati dia bersalah membunuh R Ratna di rumah mereka di Sungai Petani, Kedah, pada 26 Mei 2017.

Mathiyalagan memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Rayuan, tetapi menarik balik rayuannya terhadap sabitan.

Terdahulu, peguam T Jayaraj meminta mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk menjatuhkan hukuman penjara menggantikan hukuman mati.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Jaafar tidak membantah, tetapi mencadangkan hukuman penjara maksimum 40 tahun.

Fakta kes mendedahkan Ratna berlari keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas dibakar, tetapi meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, pada 6 Jun 2017.

Bukti dikemukakan semasa perbicaraan menunjukkan Mathiyalagan membawa polis kepada penemuan pemetik api dan botol air plastik untuk mengisi petrol.

Dalam kes berasingan, mahkamah sama menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan terhadap kontraktor Hafiz Mohamad atas kesalahan membunuh bakal abang iparnya, Shukri Husin, di luar Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu tujuh tahun lalu.

“Sebatan perlu dilaksanakan secepat mungkin,” kata Hadhariah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abdul Karim meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum 40 tahun kerana satu nyawa diambil tanpa belas kasihan.

Katanya, Hafiz berulang kali menyerang Shukri dengan pisau yang meninggalkan luka tikaman sedalam 9cm di dadanya.

Mazlan mencadangkan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh tangkapan untuk membolehkan Hafiz memulakan lembaran baharu selepas dibebaskan dari penjara.