Lubang benam ‘telan’ jemaah solat Jumaat

KOSMO!
Tangkap layar menunjukkan lubang benam di sebuah masjid di Medan, Indonesia. - Instagram
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan lantai sebuah masjid roboh secara tiba-tiba ketika orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat, lapor portal berita Detik News semalam. 

Kejadian berlaku di Kompleks J City Medan, wilayah Sumatera Utara. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ceritamedancom menunjukkan lubang benam sedalam 2 meter berhampiran dengan barisan jemaah. 

Ketua Polis Deli Tua, Asisten Komisioner Polis Maruli Tua Siregar berkata, kira-kira sembilan orang ‘ditelan’ lubang benam itu, namun lima mengalami kecederaan ringan. 

“Mangsa yang cedera segera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. 

“Lantai tersebut roboh pada rakaat kedua,” tambahnya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 65,900 tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen. 

“Ini sangat mengerikan,” komen seorang netizen. 

“Macam mana boleh ada lubang dekat situ?” komen netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan