Rangka 2 lelaki hilang 50 tahun ditemui dalam kereta

KOSMO
KERETA tersebut ditemui secara kebetulan  oleh seorang nelayan yang menggunakan peralatan sonar untuk mencari lubuk ikan. – AGENSI 
CHICAGO – Rangka dua lelaki Illinois yang hilang hampir 50 tahun lalu ditemui di dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari dasar sebatang sungai, kata pejabat koroner seperti laporan laman berita MailOnline kelmarin.

Pejabat Sherif County Winnebago berkata, rangka manusia yang ditemui di dalam kereta Chevrolet Impala keluaran 1966 di dalam Sungai Pecatonica itu milik Clarence Owens dan Everett Hawley.

Owens dan Hawley yang masing-masing berusia 65 serta  75 tahun, kali terakhir dilihat di sebuah lelongan ladang dekat sempadan daerah Winnebago-Ogle County pada 19 Februari 1976.

Kereta yang terlibat dalam kes itu ditemui di dalam Sungai Pecatonica pada Mac lepas. Pejabat koroner menyatakan, punca kematian mereka tidak diketahui tetapi pihak berkuasa tidak mengesyaki perbuatan jenayah.

“Penemuan ini memberi penutup kepada keluarga Clarence Owens dan Everett Hawley yang menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan jawapan mengenai kes ini,” kata Sherif Winnebago County,  Gary Caruana.

Kedua-dua lelaki itu adalah rakan kongsi perniagaan dan kali terakhir dilihat antara pukul 2.40 petang hingga 3 petang (waktu tempatan) di sebuah acara lelongan ladang.

Mereka telah menyertai perhimpunan politik untuk calon gabenor, James Thompson di Pecatonica pada hari sama sebelum itu sebelum berhenti di Rocky’s Cafe dan melawat anak lelaki Owen yang tinggal berdekatan.

Pada keesokan harinya, kedua-dua lelaki itu tidak hadir pada satu temu janji di Lembah Jerman dan dilaporkan hilang. – AGENSI 

PN keberatan terima MoU masih harap dapat tumbangkan kerajaan

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Seorang penganalisis mendakwa Perikatan Nasional (PN) mungkin keberatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang kerana masih menaruh harapan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata PN tidak lagi boleh membangkitkan soal keabsahan dan majoriti dinikmati Perdana Menteri Anwar Ibrahim jika tunduk kepada syarat ditawarkan kerajaan kepada mereka.

“Bila menyatakan sokongan, mereka tidak lagi boleh menimbulkan isu seperti keabsahan, tiada majoriti, sama ada di luar Parlimen atau perbahasan.

Itu yang menjadi beratnya kerana pembangkang ketika ini saya melihat usaha utama mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan, katanya kepada FMT, mengulas laporan PN dikatakan menolak draf MoU peruntukan pembangkang.

Menggantikan kerajaan supaya mereka dapat menjadi kerajaan. Jadi, untuk PN menunggu tiga setengah tahun itu terlampau lama bagi mereka dan mereka sanggup untuk tidak dapat peruntukan.

Kelmarin, FMT memetik sumber melaporkan Ahli Parlimen pembangkang dikatakan sebulat suara menolak dokumen disediakan kerajaan kerana tidak berpuas hati atas ‘kecacatan’ kandungan dan beberapa syarat perlu dipatuhinya.

Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor, mengesahkan ada perbincangan wakil rakyat PN Isnin lalu, namun enggan mendedahkan keputusan komponen itu sebelum pengumuman rasmi pimpinan.

Sumber itu mendakwa, pembangkang tidak berpuas hati dengan beberapa obligasi atau syarat perlu dipatuhinya terutama menjurus kepada agenda kesamarataan untuk semua kaum dan individu.

Dakwanya, satu daripada 13 syarat meminta PN mengisytiharkan prinsip semua rakyat mempunyai hak asasi dan kebebasan tanpa perbezaan bangsa, etnik atau agama mengikut Perlembagaan Persekutuan, selain hak perlindungan saksama daripada sebarang bentuk diskriminasi atau hasutan.

Turut dipersoal ketiadaan penetapan jumlah peruntukan selain syarat yang didakwa mengehadkan ‘suara’ pembangkang membangkitkan sesuatu isu.

Tak jejas Anwar

Pada 18 April lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju mempertimbangkan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang disusuli penyerahan draf kepada PN, bulan lalu.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata keengganan pembangkang menandatangani MoU dijangka tidak menjejaskan keutuhan pentadbiran Anwar, yang ketika ini memiliki 154 sokongan Ahli Parlimen.

Namun, beliau tidak menolak pembangkang akan lebih agresif memainkan peranannya untuk terus menyerang kerajaan tanpa sebarang ‘ikatan’.

PN dijangka terus melawan kerajaan, seperti tugasnya sebagai pembangkang, katanya.

Beliau juga berpandangan kerajaan wajar menyatakan secara jelas jumlah peruntukan bagi setiap Ahli Parlimen pembangkang jika benar-benar ikhlas dalam berunding.

Sepatutnya Putrajaya nyatakan jumlah peruntukan itu, katanya sambil menambah dokumen disediakan kerajaan sangat jelas namun klausa ‘sama rata’ yang ditetapkan sudah dijangka ditolak PN.

Lelaki warga asing rogol nenek 71 tahun direman 7 hari

Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Suspek warga asing kes rogol dan samun nenek berusia 71 tahun di Cyberjaya kelmarin, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi tadi,

Wan Kamarul Azran berkata, perintah reman bermula hari ini hingga 14 September dikeluarkan Mahkamah Sepang.

Katanya, perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Suspek berusia lingkungan 25 tahun bekerja sebagai pembantu kedai didapati melakukan perbuatan itu di pangsapuri di Cyberjaya," katanya.

Media semalam melaporkan, seorang nenek disamun dan dirogol oleh seorang warga asing di bawah tangga pangsapuri berkenaan.

Ketika kejadian warga emas yang tinggal bersama anaknya sedang menunggu lif di pangsapuri berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira jam12.18 tengah hari semalam bersama beberapa barangan milik suspek termasuk telefon bimbit.

Kisah penubuhan Malaysia dan kehidupan seorang askar

Zin Mahmud

Beberapa minggu selepas Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, seorang pekedai runcit di Batu Pahat menerima telegram dari Mindef menawarkan beliau kembali berkhidmat dengan Rejimen Ketujuh Askar Melayu Diraja.

Mindef bermaksud Ministry of Defence iaitu Kementerian Pertahanan yang pejabatnya terletak di Rifle Range Road, Kuala Lumpur. Pada tahun 1967, Rifle Range Road ditukar nama kepada Jalan Padang Tembak.

Orang kampungnya memanggil pekedai runcit itu Kepok. Ia merupakan panggilan mesra dan  bukannya nama sebenar. Kepok adalah nama sejenis pisang  Panggilan itu diberikan kerana bapanya menanam dan menjual pisang kepok yang sesuai dibuat pisang goreng dan pisang rebus. Di tempat lain, ia dipanggil pisang nipah dan pisang sabah. Di Filipina, mereka juga memanggilnya pisang sabah. Asal-usul nama negeri Sabah datangnya dari pisang ini.

Kedai runcit itu bukanlah milik Kepok. Beliau hanya mengambil upah. Tetapi pendapatan dari kedai itu amat kecil. Ia terletak di pinggir sebuah pekan kecil. Penduduk sekitarnya pula adalah penanam kopi dan penoreh getah kebun kecil. Pada tahun 1963, pendapatan mereka amat kecil dan kemampuan mereka hendak membeli barang amat rendah. 

Sebelum menjadi pekedai runcit itu, Kepok menjual air minuman dengan menggunakan beca tiga roda. Kehidupan amat sukar sejak beliau dan ratusan anggota tentera yang lain diberhentikan apabila Darurat berakhir pada tahun 1960.

Kepok menyertai Askar Melayu Diraja pada tahun 1955 ketika berusia 17 tahun. Pada masa itu Malaya belum merdeka dan sedang menghadapi Darurat sejak tahun 1948, iaitu tahun Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union.

Bukan mudah untuk mengalahkan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) yang disokong dan dibantu oleh Parti Komunis China (CCP) dan Republik Rakyat China (PRC). Tetapi tindakan PKM mengangkat senjata itu adalah atas arahan Parti Komunis Soviet Union (CPSU) yang memimpin pergerakan komunis sedunia. Pada masa itu, United Kingdom tidak mengiktiraf PRC. Mereka hanya mengiktiraf Republik China (ROC) yang hanya menguasai Taiwan tetapi mewakili keseluruhan Tanah Besar China.

Perang Dunia Kedua baru berakhir dan satu dunia keletihan untuk berperang. Banyak pasukan tentera British sudah dibawa pulang dan dibubarkan. British sememangnya kekurangan tentera untuk menghadapi Darurat. Langkah pertama adalah membawa semua tentera British dari Palestin ke Malaya. Bagi British, Malaya adalah lebih penting dari Palestin. Ini kerana suku pendapatan British datang dari Malaya melalui jualan getah dan bijih timah. 

Pengunduran British dari Palestin 

Dengan pengunduran tentera British dari Palestin pada tahun 1948, Zionis yang sebelum ini turut menyerang tentera mereka di sana, mengambil alih dan menubuhkan Negara Israel (State of Israel). United Kingdom yang mempunyai banyak penyokong Zionisme mengiktiraf Israel. Tetapi negara pertama yang mengiktiraf Israel ialah Kesatuan Soviet dengan harapan mereka menjadi sekutunya. Tetapi Tel Aviv memilih Washington dan Moscow pun beralih dengan menyebelahi Palestin dan negara-negara Arab.

Bilangan anggota  tentera British yang dibawa dari Palestin untuk menghadapi Darurat di Malaya masih tidak mencukupi. Pihak British memanggil tenteranya dari India dan Nepal iaitu pasukan  Gurkha. India dan Pakistan mencapai kemerdekaan pada tahun 1947 dan sebahagian besar tentera-tentera British di sana dijadikan  tentera mereka. Nepal tidak pernah dijajah British. Ia diiktiraf oleh mereka pada tahun 1923 untuk menjadi negara penampan antara India dan China seperti mana peranan Siam berdepan dengan Perancis di Indo-China dan British di Malaya dan Burma. 

British juga membawa masuk tentera Australia dan New Zealand untuk melawan  PKM. Tetapi lebih penting ialah meningkatkan kemampuan tentera Malaya khususnya Askar Melayu Diraja yang benar-benar dianggap tentera Tanah Melayu. Dengan gelaran “diraja”  itu, ia berkhidmat untuk Raja-raja Melayu yang berdaulat di sembilan negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah bekerja sebagai pemotong rumput di sebuah ladang di Paloh yang bayarannya amat rendah, Kepok pergi ke Singapura. Setelah sehari suntuk gagal mendapat pekerjaan, beliau ternampak poster mengajak anak-anak muda menyertai Askar Melayu Diraja.

Kepok pun menjadi anggota tentara yang dikerahkan masuk ke hutan untuk melawan anggota PKM yang mahu menubuhkan sebuah negara komunis bernama Republik Demokratik Rakyat Malaya. Antara medan operasi beliau ialah di Kluang dan Slim River. 

Tetapi pada tahun 1960, Darurat berakhir. PKM sudah berundur ke Thailand. Tinggal saki-baki yang ditangani oleh Pasukan Polis Hutan, kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am. Maka anggota-anggota tentera didapati berlebihan dan di luar keperluan. Lagipun negara sedang membangun balik ekonomi negara setelah terjejas akibat 12 tahun perang Darurat. 

Maka, kerajaan memberhentikan beratus-ratus anggota tentera termasuk Askar Melayu Diraja. Sebelum mereka diberhentikan, Tunku Abdul Rahman menawarkan mereka menjadi tentera pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  (PBB) di Congo selama enam bulan. Kepok pun ikut serta. Sekembalinya dari Congo, beliau pun pulang ke kampung.

Tetapi pada tahun 1960, Amerika dan British bimbang Singapura jatuh ke tangan komunis yang akan mengancam kepentingannya di pulau itu dan Malaya. Ini kerana terdapat banyak penyokong PKM di pulau itu. Cara mengatasinya ialah menggabungkan Singapura dengan Malaya. Tetapi Tunku tidak bersetuju kerana tidak mahu orang Melayu menjadi minoriti. Cara mengatasinya ialah menggabungkan kedua-dua Malaya dan Singapura dengan tanah-tanah jajahan British di pulau Borneo. Konsep Bumiputera dikemukakan dengan Melayu menjadi sebahagiannya. Dengan itu kaum Cina tetap minoriti dengan Bumiputeta adalah majoriti.

Projek Nekolim

Maka secara rasminya pada 27 Mei 1961, Tunku mencadangkan penggabungan Malaya, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara ke dalam sebuah negara bernama Malaysia. Cadangan Perdana Menteri Malaya itu mengejutkan Presiden Sukarno. Beliau menganggap Malaysia sebagai “projek Nekolim” untuk mengepung Indonesia dan selanjutnya menjatuhkan pemerintahan beliau.

Nekolim adalah kependekan daripada perkataan neo-kolonialisme dan neo-imperialisme. Ia bermaksud penjajahan dan penguasaan bentuk baharu. Maknanya kuasa-kuasa besar menguasai atau mempengaruhi semula bekas tanah-tanah jajahan mereka yang sudah merdeka.

Sukarno membantah penubuhan Malaysia dan melancarkan Konfrontasi iaitu satu dasar memusuhi Kuala Lumpur yang boleh datang dalam bentuk ketenteraan. Tentunya kekuatan tentera Malaya tidak mencukupi lebih-lebih lagi beratus-ratus orang tentera sudah diberhentikan. Tambahan pula, tentera Malaya yang akan menjadi Malaysia perlu juga mempertahankan Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei mahu terus berada di bawah perlindungan British. 

Kepok berbelah bahagi untuk kembali menjadi tentera. Pengalamannya masa Darurat membuat beliau serik untuk menjadi askar. Tetapi tanpa gaji yang tetap atau gaji yang amat rendah, berada di kampung adalah suatu yang sukar. Pada tahun 1963, anaknya berusia tiga tahun dan anak kedua sedang nenyusul. Isteri Kepok mendesak beliau supaya menerima tawaran untuk menjadi tentera. Akhirnya Kepok bersetuju dengan syarat isterinya mesti mengikut ke mana saja beliau ditempatkan. Ini kerana sebelumnya, isterinya lebih gemar tinggal di kampung, yang bermakna berpisah dengan suaminya. 

Maka Kepok ditempatkan di kem tentera Sungai Besi. Oleh kerana kuarters tidak mencukupi, banyak askar yang menyewa di rumah-rumah pekerja ladang getah di Jalan Sungei Besi. Rumah pekerja itu berbentuk panjang, berdinding papan dan berbumbung atap. Ia terletak di lereng bukit, di tengah-tengah ladang getah. Tempat itu dinamakan Kampung Malaysia Raya.

Kepok pula berbulan-bulan meninggalkan rumah kerana menjaga sempadan negara. Beliau ditempatkan di pantai Morib, Selangor dan ditugaskan meronda sepanjang pantai dan pesisir laut Selat Melaka untuk memastikan tiada pencerobohan dari tentera Indonesia.

Sukarno kehilangan kuasa pada tahun 1965 dan digantikan dengan Suharto. Pada tahun 1966, Konfrontasi ditamatkan. Kepok pulang dan bertugas di kem Sungai Besi. Beliau membawa keluarganya ke Kamping Kilang Papan yang terletak berdepan dengan pekan Sungai Besi. Kampung Malaysia Raya kemudian berpindah ke seberang jalan yang kini terletak berdekatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Walaupun Konfrontasi berakhir, terdapat saki-baki anggota Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) dan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) yang masih beroperasi di Sarawak dan hanya berakhir pada tahun 1990.

Kali ini kerajaan tidak nemberhentikan tentera-tenteranya selepas ancaman itu. Sebaliknya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilengkapkan. Maka pada tahun 1970, Kepok ditawarkan menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang pesat dibesarkan. Beliau bersara pada tahun 1986 dan meninggal dunia pada tahun 2019.

Jika tidak kerana penubuhan Malaysia dan ancaman Konfrontasi, Kepok akan terus tinggal di kampung dengan kehidupan yang susah kerana mempunyai pendapatan tidak tetap dan rendah. Perubahan geopolitik akan sentiasa mengubah keadaan negara dan menentukan nasib hidup seseorang.

Ditahan kerana telefon isteri lebih 100 kali sehari

Agensi

Tokyo: Seorang lelaki Jepun berusia 38 tahun ditahan kerana mengintip isterinya sendiri dengan cara menghubungi wanita itu lebih 100 kali sehari tanpa bersuara apa-apa.

Oddity Central melaporkan, wanita berusia 31 tahun berasal dari Amagasaki di wilayah Hyogo, mula menerima panggilan aneh itu pada 10 Julai lalu.

Gangguan itu berterusan hingga Ogos, malah panggilan dibuat daripada nombor telefon tidak dikenali dan sering bertukar-tukar, menyebabkan dia sukar untuk menyekat panggilan tersebut.

Dalam kebanyakan hari, wanita itu akan menerima puluhan panggilan tetapi ada ketika, telefonnya akan berbunyi lebih 100 kali sehari.

Bagaimanapun, tiada panggilan diterima pada waktu malam atau ketika dia sedang bermain 'games' menggunakan telefon bimbit suaminya, yang menyebabkan wanita itu curiga terhadap identiti si pemanggil misteri.

Akibat berlarutan lama, wanita itu yang terdesak mahu mendedah pemanggil misteri terbabit mula menganalisis corak panggilan yang dibuat serta mengesyaki ia perbuatan suaminya.

Ini kerana satu-satunya masa yang dia tidak menerima panggilan telefon adalah pada waktu malam ketika mereka tidur bersama dan ketika dia menggunakan telefon bimbit lelaki itu untuk main 'games'.

Wanita berkenaan membuat laporan polis untuk menyelesaikan misteri berkenaan dan hasil siasatan mengesahkan pelaku adalah suaminya yang kemudian ditahan pada 4 September lalu kerana melanggar undang-undang anti pengintip Jepun.

Ketika ditanya punca dia bertindak demikian, lelaki itu menjawab, "saya sayang isteri saya dan membuat panggilan telefon kepadanya tanpa bersuara apa-apa."

Baginya, tindakan sedemikian adalah bukti cinta agungnya kepada isteri.

Pihak berkuasa memaklumkan kes mengintip pasangan jarak jauh bukan baharu di Jepun, namun kes di Amagasaki itu adalah yang pertama membabitkan pasangan yang tinggal bersama.

Pemandu Honda City serang pengguna jalan raya guna kayu diburu

MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki memukul kereta mangsa menggunakan sebatang kayu dalam kejadian pada Isnin lalu.
JOHOR BAHRU – Polis memburu seorang lelaki yang bertindak kasar menghalang laluan sebuah kereta dan mengetuk kenderaan itu dengan menggunakan kayu dalam kejadian di Jalan Masai Lama di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas pengguna platform X, @1111 memuat naik rakaman video tersebut.

Katanya, kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam dan mangsa yang berusia 23 tahun membuat laporan polis semalam.

“Berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa mendakwa dia telah diserang lelaki yang tidak dikenali ketika melalui kawasan tersebut. Individu itu bertindak agresif memukul pintu penumpang dengan kayu.

“Pihak polis masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Video berdurasi 53 saat yang tular sejak semalam menunjukkan sebuah kereta menghalang laluan mangsa. Suspek yang menaiki kereta Honda City kemudian keluar dengan membawa kayu lalu mengetuk kenderaan suspek berkali-kali sebelum meninggalkan lokasi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Norhidy Usin Abdullah di talian 013-7735711. – KOSMO! ONLINE

Ramai dakwa restoran milik GISB terasa aneh, macam ada tak kena

SITI NUR ZAWANI

Restoran dikendalikan Global Ikhwan Services & Business Berhad (GISB) Holdings menjadi perbincangan hangat pengguna media sosial sejak tersebarnya dakwaan ia mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Beberapa pelanggan yang mendakwa pernah makan di restoran kendalian syarikat itu, mengakui persekitaran kedai terasa aneh dengan tingkah laku pelanggan yang agak pelik.

Mereka memuji standard kebersihan restoran yang sangat terjaga, namun tidak dapat mengelak dari perasaan aneh dan rasa “tidak beres” dengan persekitaran restoran.

“Saya mengaku pernah makan di kafe GISB di Seremban. Masuk kedai saya ada rasa macam pelik suasana. Rasa ada je yang tak kena, tertanya-tanya ni biar betul dekat Malaysia.

“Pada mulanya rasa bersih tempat ini standard tinggi. Selepas itu tengok gelagat pelanggan lain, macam bukan orang betul, macam disconnect dari dunia sebenar

“Bila keluar semua cerita, saya pun rasa “patutlah!”, kata seorang pengguna Facebook bernama Hazwan Hassan.

Ternyata, perkongsiannya turut dipersetujui beberapa individu yang pernah ke restoran milik GISB.

Mereka mendakwa ada yang tidak kena pada pekerja restoran, selain bersetuju bahawa pelanggan dan kakitangan juga seolah-olah berada di dunia luar.

“Bab disconnect dari dunia luar tu betul. Kami pun pernah makan, yelah konon nak support Melayu. Bukan suasana je disconnect, muka dia orang semua macam tak ada nikmat kehidupan,” kata Nur Afiqah.

“For some reason… Saya tak pernah pi makan dekat kedai depa walau selalu nampak. Dia macam satu perasaan ‘not inviting’. Ya, dia rasa mcm ada tak kena dalam tu,” kata Mohd Huzaifah.

“Ohh. Saya ingatkan saya seorang je rasa yang sama. Sebelum isu-isu panas ni timbul dan tak sangka pun hal ni jadi, memang rasa pelik bila masuk kedai dia orang. Naluri hati kita tu tak sama macam kita pi kedai biasa. Tak tahu nak cakap macam mana tapi rasa pelik sedangkan waktu tu saya tak tahu apa-apa pun isu pelik berkait diaorang,” luah pula Chedan Nasi Kukus.

GISBH muncul selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pemimpin kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selepas pengharaman Darul Arqam, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISBH pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.

Untuk rekod, polis dilaporkan telah menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan

Kanak-kanak di rumah amal tersebut didakwa telah diliwat penjaga, dan diajar untuk meliwat rakan penghuni yang lain.

GISB dalam satu kenyataan balas pula menafikan segala tohmahan bahawa syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja

Syarikat itu turut menegaskan ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang, khususnya membabitkan kanak-kanak sebagai pekerja.

Bagaimanapun awal pagi ini polis mengesahkan 13 kanak-kanak yang menjadi penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global itu disyaki telah diliwat.

Hasil itu diperoleh berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap kesemua 13 mangsa.

Wanita tawar khidmat ‘istimewa’ dalam belukar

KOSMO!
SEBUAH kawasan belukar didakwa menawarkan kegiatan pelacuran dekat MRT Kranji. - Foto Shin Min Daily News
SINGAPURA –  Khidmat pelacuran didakwa ditawarkan oleh beberapa wanita di sebuah kawasan belukar di seberang Stesen Transit Laju  Massa (MRT) Kranji, Singapura, lapor portal berita Shin Min Daily News(SMDN)  hari ini.   

Pekerja-pekerja imigran memberitahu SMDN  bahawa mereka bertemu wanita yang menawarkan ‘perkhidmatan’ di kawasan hutan tersebut.

Seorang wartawan SMDN melawat tempat itu semalam dan melihat wanita berpakaian seksi bersama solekan tebal berbual dengan lelaki yang lalu lalang sebelum membawa mereka ke kawasan dipenuhi belukar. 

Seorang lelaki dikenali sebagai Zhang yang bekerja di sebuah kilang kereta memberitahu,  ketika mengambil jalan pintas melalui kawasan itu,  dia terserempak dengan kegiatan haram tersebut.

Lelaki berusia 38 tahun itu melihat dua wanita yang memerhatikan sebelum melambai kepadanya.

Katanya, sejumlah pekerja asing berpusu-pusu di sekitar kawasan itu pada waktu malam.

Wartawan SMDN mendekati salah seorang wanita itu kira-kira pukul 10 malam dan bertanya sama ada mereka ada menawarkan perkhidmatan istimewa. 

Wanita itu mengaku menerima pelanggan tetapi turut mendakwa bahawa dia dan wanita lain sebenarnya adalah lelaki yang  berpakaian perempuan.

Terdapat lima pekerja asing ketika wartawan tersebut meninggalkan lokasi kejadian. – AGENSI

Memang lahanat pegawai penguat kuasa KLIA yang jadi pengkhianat ini

Apa dah jadi? 37 lagi pegawai penguat kuasa KLIA diberkas SPRM

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
ANTARA penguatkuasa di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2) yang ditahan reman SPRM semalam.
ANTARA penguatkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2) yang ditahan reman SPRM semalam.
Putrajaya: Penahanan mengejutkan apabila 37 lagi pegawai penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tangkapan terbaru itu adalah hasil operasi Op Pump 2.0 terhadap penguat kuasa KLIA yang disyaki bersekongkol dan menerima rasuah daripada sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu KLIA.

Suspek menggunakan modus operandi counter setting atau 'laluan kaunter khas' bagi memudahkan warga asing memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pelancong.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua suspek ditahan menerusi operasi khas dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor semalam.

Katanya, mereka yang ditahan ini membabitkan 27 lelaki dan 10 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an yang kini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Menerusi operasi ini, SPRM turut menemui wang tunai keseluruhannya berjumlah lebih RM1 juta iaitu lebih RM500,000 daripada seorang suspek di Pahang, lebih RM200,000 daripada suspek di Selangor, lebih RM170,000 daripada suspek di Johor serta lebih RM100,000 daripada suspek di Negeri Sembilan.

"Wang tunai ini dipercayai diperoleh hasil daripada rasuah yang diterima daripada sindiket yang membawa masuk warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2)," katanya tadi.

SPRM juga turut menyita barangan kemas termasuk jongkong emas dan dinar emas, pelbagai jam tangan berjenama, kereta dan motosikal selain telefon bimbit pelbagai jenama.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Putrajaya, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman sembilan pegawai penguat kuasa membabitkan lima lelaki dan empat wanita selama 5 hari sehingga 17 September 2024.

Tindakan sama turut diambil di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor apabila Majistret Nur Syuhada Abdullah membenarkan lapan pegawai penguat kuasa lelaki dan tiga pegawai penguat kuasa wanita direman selama lima hari sehingga 17 September 2024.

Sementara itu di Negeri Sembilan, seramai tujuh pegawai penguat kuasa lelaki direman selama tujuh hari sehingga 19 September 2024 selepas permohonan reman dibuat SPRM di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Seremban.

Manakala di Melaka, tiga pegawai penguat kuasa lelaki dan seorang pegawai penguat kuasa wanita direman juga selama lima hari sehingga 17 September 2024 selepas permohonan dibenarkan Majistret Nabila Nizam di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Selain itu di Kuala Lumpur, Majistret Haneefa Ariffin membenarkan empat penguat kuasa lelaki direman selama enam hari sehingga 18 September 2024.

Tiga lagi pegawai penguat kuasa membabitkan dua wanita dan seorang lelaki dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka selesai dirakamkan.

Pada 28 Ogos lalu, Azam Baki memaklumkan 46 pegawai penguat kuasa disyaki terbabit dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi modus operandi counter setting di KLIA.

Rider larikan budak ditahan polis

KOSMO
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa membonceng motosikal rider tersebut. - Instagram
JAKARTA – Polis menemukan kanak-kanak lelaki yang didakwa diculik oleh seorang penunggang teksi motosikal (ojol), manakala suspek telah diberkas, lapor laman berita Detik kelmarin.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tangerang Selatan, Asisten Komisioner Alvino Cahyadi berkata, mangsa ditemukan di sekitar kawasan Serpong, dalam wilayah Banten.

“Suspek sudah ditahan. Dia ditangkap Isnin lalu di sekitar kawasan Alam Sutera. 

“Ketika ini, polis masih menyiasat kes tersebut,” kata Alvino.

Mangsa ditemukan pada awal pagi Isnin lalu lokasi sekitar sebuah surau yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Sebelum itu, kejadian penculikan tersebut menjadi tular selepas rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa didatangi suspek ketika sedang bermain dengan dua rakannya.

Suspek yang memakai jaket rider berwarna hijau mengajak mangsa dan rakan-rakannya membantu mengangkat beg pakaian dan berjanji akan memberi upah sebanyak 20,000 rupiah (RM6).

Dua rakan mangsa diturunkan berhampiran kawasan perkuburan di Jelupang, manakala mangsa dibawa lari oleh pelaku. – AGENSI 

Lelaki warga asing dibunuh, 7 suspek ditahan

Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my

Bentong: Seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun ditemukan mati dipercayai ditikam dengan menggunakan objek tajam di sebuah kuarters kilang di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, 11 malam semalam.

"Bertindak di atas maklumat, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan enam lagi suspek warga asing, masing-masing berusia 27 hingga 39 tahun, pada 1.25 pagi hari ini di tepi jalan Taman Chegar Medang.

"Semua suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Beliau memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Lelaki asing samun, rogol warga emas ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang warga asing ditahan kerana disyaki menyamun dan merogol seorang wanita warga emas di sebuah pangsapuri di Cyberjaya.

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusuf, berkata lelaki 25 tahun itu ditahan kira-kira 12.20 tengah hari tadi di Cyberjaya susulan laporan mangsa berusia 71 tahun pada 12.18 tengah malam tadi.

Turut dirampas barang milik pengadu (mangsa). Suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Sepang, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, iaitu rogol serta samun.

Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 392 membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Seorang lelaki merekrut lebih 90 warga asing untuk rogol isteri

BHarianonline 
Dominique Pelicot. - Foto AGENSI
Dominique Pelicot. - Foto AGENSI
AVIGNON: Anak perempuan kepada seorang lelaki Perancis yang dihadapkan ke mahkamah kerana merekrut warga asing untuk merogol isterinya yang diberi dadah, menggelarkan bapanya sebagai 'penjenayah seksual terburuk'.

Dominique Pelicot, pesara berusia 71 tahun, mengaku memperalatkan isterinya untuk dirogol tanpa pengetahuannya, antara 2011 dan 2020, selepas memberikannya ubat tidur.

Dia kemudian merekrut puluhan warga asing untuk merogol isterinya di rumah mereka sendiri.

Anak perempuan Pelicot, Caroline Darian, 45 yang menggunakan nama samaran sewaktu memberi keterangan pada hari kelima perbicaraan di mahkamah di sini, menyuarakan kekecewaan terhadap perilaku bapanya.

"Bagaimana kita sepatutnya memulihkan semula diri kita apabila kita tahu apa yang (dia) telah dilakukan," katanya ketika perbicaraan yang menggemparkan Perancis itu.

Pelicot menyimpan rekod terperinci mengenai pencabulan seks dan rogol terhadap isterinya, yang hanya ditemui polis secara kebetulan selepas dia ditangkap kerana menggunakan kamera bagi merakam gambar dari bawah skirt wanita di sebuah pasar raya.

Selama bertahun-tahun, isteri Pelicot, Gisele, yang kini berusia 71 tahun dan dalam proses perceraian, berkata dia kerap dihantui ingatan yang aneh aneh sehinggalah dia dihubungi polis.

Semasa memberi keterangan di mahkamah pagi kelmarin, Darian menceritakan bagaimana dia mendapat tahu hal itu daripada ibunya pada 2 November 2020.
Caroline Darian (Kiri) bersama Gisele Pelicot (kanan) semasa perbicaraan untuk kes rogol yang mengejutkan Perancis. - Foto AGENSI
Caroline Darian (Kiri) bersama Gisele Pelicot (kanan) semasa perbicaraan untuk kes rogol yang mengejutkan Perancis. - Foto AGENSI
"Keadaan hidup saya benar-benar berubah. Ibu saya berkata, dia menghabiskan sebahagian besar waktu di balai polis. Ayah memberinya dadah sebelum membiarkan warga asing merogolnya. Saya terpaksa melihat gambar-gambarnya.

"Ini adalah apa yang anda panggil titik perubahan, permulaan untuk dihumban ke dalam neraka di mana anda tidak tahu, seberapa dalam anda akan terjerumus," katanya sambil menangis.

Darian meninggalkan kamar mahkamah dalam tangisan selepas kurang 20 minit memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan berlangsung, Selasa lalu.

Hakim turut mendedahkan terdapat dokumen dalam komputer Pelicot bertajuk 'sekitar anak perempuan saya, bogel'.

Isteri Pelicot meminta perbicaraan membabitkan suaminya diadakan secara terbuka bagi meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan dadah untuk melakukan penderaan seksual.

Kes tersebut menggegarkan Perancis apabila mengundang banyak reaksi termasuk ada yang mengambil kesempatan menyebarkan senarai suspek pelaku jenayah berkenaan dalam talian.

Menurut pasukan penyiasat, terdapat sekitar 200 kes rogol, kebanyakannya dilakukan oleh Pelicot dan selebihnya 90 kes rogol dilakukan warga asing.

Daripada 72 suspek, polis berjaya mengenalpasti 50 daripada mereka yang berusia antara 26 dan 74 tahun. Semuanya sedang dalam proses dihadapkan ke mahkamah.

Gisele pada Khamis lalu mendakwa dia hanya mengenali seorang daripada perogol yang didakwa, iaitu seorang lelaki yang pernah datang bersembang mengenai aktiviti berbasikal dengan suaminya di rumah mereka.

Perbicaraan dijadualkan berlangsung sehingga 20 Disember ini. - AGENSI

Tiga individu Geng Tongkol didakwa ceroboh, pecah masuk sekolah

Bernama

Tiga anggota Geng Tongkol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di Kuala Lumpur atas empat pertuduhan melakukan ceroboh dan memecah masuk empat kawasan sekolah, bulan lepas.

Penyelia parkir kereta Muhammad Daniel Mohd Nadzri, 20; penghantar barang Saidina Abdul Hamid, 20, dan penjual kek Muhammad Syafiq Mohd Rashid, 18, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy, Majistret Illi Marisqa Khalizan serta Majistret Amira Abd Aziz.

Mereka juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu menceroboh Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri dan memecah masuk Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri di Kepong pada 2.14 pagi 16 Ogos lepas di hadapan Arunjothy.

Bagi kesalahan menceroboh, mereka didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 447 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memecah masuk, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, untuk pertuduhan memecah masuk.

Di hadapan Majistret Illi Marisqa, mereka didakwa memecah masuk Sekolah Rendah Agama Raja Muda Musa yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta dengan niat mencuri pada 4.30 pagi 13 Ogos lepas.

Di hadapan Majistret Amira, Saidina dan Muhammad Syafiq didakwa memecah masuk dan mencuri wang tunai berjumlah RM750 milik seorang lelaki berusia 31 tahun di Sekolah Siraj Abu Dzar Ghifari pada 2.14 pagi 6 Ogos lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, Vivi’Asnita Zaina'Larifin dan Vivien Yeap Jie Xi manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Tan Wei Meng, Simret Singh serta Nicholas Cheoh.

Mahkamah membenarkan Saidina dan Muhammad Syafiq diikat jamin sebanyak RM9,300 manakala Muhammad Daniel sebanyak RM7,300 masing-masing dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Okt, 5 dan 6 Nov untuk sebutan kes.

- Bernama

'Anakku dirogol', kata lelaki yang didakwa bunuh jiran

Abdul Rahemang Taiming
bhnews@bh.com.my
Tertuduh, Yohanes Kopong Jawan, 31, dibawa ke lokap Mahkamah sebaik prosiding pendakwaan selesai dijalankan pagi ini. - Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming
Tertuduh, Yohanes Kopong Jawan, 31, dibawa ke lokap Mahkamah sebaik prosiding pendakwaan selesai dijalankan pagi ini. - Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming
TAWAU: "Anakku dirogol," kata lelaki warga Indonesia sejurus selesai dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh jiran yang juga rakan senegaranya awal bulan lalu.

Tertuduh Yohanes Kopong Jawan, 31, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum yang dijalankan secara Zoom.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kesalahan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang juga pemegang pasport Indonesia itu didakwa membunuh mangsa, Martin Sili, 33, di sebuah rumah di sini antara jam 7.30 malam pada 31 Ogos hingga 12 tengah hari 1 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan bedah siasat diperoleh.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, pada 1 September lalu media melaporkan kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPDk Tawau, berjaya menahan suspek dan menyelesaikan kes bunuh dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam kenyataannya berkata, tangkapan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang individu yang memaklumkan adik lelakinya dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya.

Dah ramai orang melayu xkisah halal/haram makanan

‘Kalau tak tegur, aku kena tanggung’

KOSMO!
Tangkap layar video perbualan yang dikongsikan penghantar terbabit di TikTok.
PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan terkejut apabila pelanggannya dengan selamba memberitahu dia sudah biasa memesan makanan dari sebuah kedai makan yang tertera status tidak halal.

Lebih mengejutkan penghantar tersebut, pelanggan terbabit adalah wanita Melayu.

“Kali pertama aku dapat pelanggan Melayu dah biasa makan dekat kedai tidak halal. Aku tegur sebab tanggungjawab sebagai orang Islam.

“Kalau tak tegur, aku yang kena tanggung,” katanya menerusi kapsyen pada video yang dimuat naik di TikTok @amir.d.luffy semalam.

Menerusi video yang dikongsikan, penghantar tersebut sempat menghubungi pelanggan Melayu terbabit untuk memaklumkan bahawa makanan yang dipesan adalah dari sebuah kedai makan berstatus tidak halal.

Bagaimanapun, pelanggan terbabit hanya menjawab dia sememangnya mengetahui status kedai tersebut disebabkan kerap membeli dari kedai terbabit selain meminta penghantar menggantungkan bungkusan makanan pada troli di hadapan rumahnya.

“Saya tahu. Nanti makanan itu awak gantung dekat dalam ada troli, ada penyangkut dekat situ. Lagipun adik saya ada dekat rumah,” balas pelanggan terbabit.

Dalam pada itu, penghantar tersebut turut menitipkan pesanan kepada orang ramai terutama yang beragama Islam untuk pastikan makanan dibeli adalah dari sumber dan kedai halal. – KOSMO! ONLINE

Penyelia restoran rasuah pegawai Imigresen didenda RM40,000

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my
Heng Siou Wei didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah merasuah pegawai Imigresen bagi mengelakkan tindakan ke atas 10 pekerja asing. - Foto NSTP/ L Manimaran
Heng Siou Wei didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah merasuah pegawai Imigresen bagi mengelakkan tindakan ke atas 10 pekerja asing. - Foto NSTP/ L Manimaran
IPOH: Seorang penyelia restoran didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merasuah pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) bagi mengelakkan tindakan ke atas 10 pekerja di bawah seliaannya.

Pekerja itu tidak mempunyai pas yang sah untuk berada di Malaysia selain melanggar syarat pas, semalam.

Heng Siou Wei, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad sejurus pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah ke atasnya dalam bahasa Mandarin, dengan hakim menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan pilihan itu, wanita berkenaan memberi suatu suapan berupa wang tunai RM15,000 kepada seorang pegawai kanan Imigresen Perak sebagai suatu balasan baginya untuk tidak mengambil tindakan perundangan terhadap beberapa pekerja di restoran yang diselia tertuduh.

Pekerja didapati tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di Malaysia di bawah kesalahan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan melanggar syarat pas atau permit di bawha Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Imigresen Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) dekat Bandar Meru Raya, di sini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor serta Pegawai Pendakwa SPRM, Sharul Azuan Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes restoran yang diselia tertuduh dimiliki bapa tertuduh dan terletak di Teluk Intan dengan 10 pekerja warga asing termasuk seorang wanita melakukan kesalahan imigresen.

Pengadu kes iaitu pegawai Imigresen sudah memberi amaran kepada tertuduh tatkala tertuduh cuba menawar memberikan wang tunai RM15,000 supaya pekerja dilepaskan.

Selain hukuman yang dijatuhkan, Ainul Shahrin turut menetapkan wang rasuah berjumlah RM15,000 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia mengikut Seksyen 40(1)(a) Akta SPRM 2009.

Dakwaan hantar senjata Israel: BDS gesa siasat, syarikat kargo nafi

Shahrin Aizat Noorshahrizam

Gerakan pro-Palestin, Boycott, Divestment, and Sanctions (BDS) telah menyeru supaya siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan penghantaran bahan letupan ke Israel walaupun syarikat kargo yang dituduh itu telah menafikan penglibatan mereka.

Effect of Covid FinalEffect of Covid Final
Selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut, Mohd Nazari Ismail daripada BDS Malaysia menuntut kerajaan mengambil tindakan segera terhadap syarikat kargo itu, yang beribu pejabat di Malaysia, jika didapati terlibat dalam penghantaran tersebut.

"Ini adalah satu perkara yang sangat mengejutkan macam mana ini boleh berlaku.

"Jadi kita minta polis untuk menyiasat dan juga kerajaan..kalau betul mereka ini bertanggungjawab atau menguruskan letupan letupan ini kerajaan kena mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut kerana ini adalah bertentangan dengan undang undang antarabangsa," kata Nazari memberitahu wakil media di hadapan ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

Syarikat tersebut, United-O7 Asia, dengan tegas menafikan dakwaan ini.

Pengarah Asia Tenggara syarikat itu, Andrew Leahy, memberitahu Malaysiakini syarikat tersebut tidak terlibat secara langsung dalam penghantaran bahan letupan ke Israel, menekankan mereka hanya bertindak sebagai ejen bagi pemilik kapal yang berpangkalan di EU.

Tegasnya, syarikat itu mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan antarabangsa, serta telah mengesahkan semua permit dan dokumen yang diperlukan sebelum bersetuju dengan penghantaran tersebut.

"MV Kathrin kini sedang dalam pelayaran antarabangsa dari Asia ke destinasi terakhirnya di Laut Adriatik, dengan berhenti di Montenegro dan Slovenia. Kapal tersebut tidak akan berlabuh di mana-mana pelabuhan di Israel.

“Tambahan pula, bagi pihak pemilik kapal, kami ingin menekankan sebagai pengendali perkapalan antarabangsa, kami mengambil tanggungjawab kami dengan sangat serius," kata Leahy.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) Tian Chua menggesa polis Malaysia untuk menyiasat perkara tersebut dan menentukan sama ada syarikat itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penghantaran itu atau tidak, walaupun telah dinafikannya.

"Itulah sebab laporan polis ini untuk maklumkan kepada polis dan polis wajib untuk siasat sama ada unsur unsur jenayah itu melibatkan syarikat ini," katanya.

Chua mencadangkan kerajaan boleh mengambil pelbagai tindakan, daripada mengeluarkan amaran sehinggalah mengenakan denda, jika syarikat itu gagal membatalkan penghantaran tersebut dan menyatakan tindakan ini selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, BDS merujuk penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari 2024, dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan, yang memutuskan Israel secara munasabah didakwa melakukan genosid.

BDS menyatakan ICJ dalam keputusan yang sama juga memerintahkan langkah sementara terhadap Israel untuk menghalang genosid di Gaza, yang bermaksud sesebuah negara boleh bertanggungjawab secara sah jika gagal mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah dan menghentikan genosid.

Ahli politik penunggang demi kuasa: Kahwin demi dapat undi?

Mohsin Abdullah

Apa disuarakan Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim boleh atau telah meletakkan parti dalam situasi ‘ridiculous’. Meletakkan PAS dalam posisi sulit.

Sehari selepas Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden PAS mengarahkan sayap Pemuda parti mendekati masyarakat bukan Islam jika mahu menang PRU16, muncul Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden dengan apa yang beliau kata ‘strategi parti’.

Afnan memberitahu perrwakilan Pemuda PAS pada muktamarnya di Temerloh beliau mahu anggotanya belajar bahasa Mandarin dan Tamil bagi membantu parti mendekati masyarakat bukan Melayu. Bagus cadangan itu.

Eloklah Pemuda PAS mendaftarkan diri untuk menyertai kelas kedua-dua bahasa itu secepat mungkin. Jangan bimbang ada banyak tempat menawarkan pengajaran Mandarin dan Tamil walaupun ada dalam kalangan orang Melayu termasuk orang PAS sendiri sebelum ini pandang serong khususnya terhadap sekolah jenis kebangsaan. ‘Chinese schools in particular’.

Lupakan itu. Bertindaklah cepat. Rasanya Pemuda PAS tahu mereka mengejar masa. Maka perlu ditanya – sempat tak mahir cakap Mandarin dan Tamil sebelum PRU16? Tetapi ingat bukan semua orang Cina selalu cakap Mandarin. Ada yang selesa cakap dialek Kantonis atau Hokkien. Ada juga Hakka. Awas. Silap cakap lain yang dapat. Yang diingin undi. Salah cakap undi tak dapat menyampah yang timbul.

Saya tidak berada di Temerloh semasa Afnan menghuraikan strateginya. Tetapi saya rasa saranan si ketua Pemuda tidak menaikkan semangat perwakilan dan ahli PAS keseluruhan seperti yang ‘berjaya’ dilakukan oleh Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim.

Aubidullah sesungguhnya menghayati istilah ‘mendekati’ masyarakat bukan Islam seperti disebut Tuan Ibrahim. Lantas beliau mahu PAS benar-benar atau ‘literally’ mendekati dengan mengahwini orang bukan Islam. Bukan sekadar dekat-dekat. Kahwin terus.

Setuju tak jika saya kata bab kahwin memang ramai yang teruja. Bandingkan mana yang lebih ‘menarik’? – belajar bahasa atau kahwin?

Kami di Selangor ada cadangan supaya pimpinan dan ahli Pemuda PAS perlu berkahwin rentas kaum atau rentas budaya. Sebab apa? Bila kahwin rentas kaum atau budaya kita bukan sekadar boleh tangkap satu undi tapi menangkap 10 malah ratusan undi daripada bukan Melayu dan Islam, kata Aubidullah dalam perbahasan muktamar Pemuda.

Pada hemat saya tentu ramai dalam kalangan Pemuda PAS yang ‘handsome dan macho’ yang mampu menggoda dan memikat. Di samping itu mereka mesti bijak berkata-kata untuk meyakinkan wanita yang mahu diambil sebagai isteri supaya mempercayai mereka. Apatah lagi mereka kahwin untuk dapat undi. Bukan kerana rasa cinta. Atau mungkin cinta akan datang selepas kahwin?

Dan wanita bukan Islam perlu dipujuk supaya menerima hakikat Pemuda PAS sebagai orang Islam boleh beristeri lebih daripada satu. Walaupun mungkin masa mahu kahwin ada Pemuda PAS yang masih bujang tetapi mereka boleh kahwin empat. Bak kata panglima perang PAS Sanusi Nor apabila bernikah isteri kedua tempoh hari – saya ada kuota dua lagi.

Cadangan Pemuda PAS Selangor dituju kepada golongan pemuda. Bagaimana pula golongan yang di luar sayap Pemuda? Yang tidak berapa muda? Malah yang tua? Tidakkah mereka termasuk dalam strategi dapatkan undi ‘non-Malay non-Muslim? Demi PAS menang PRU16?

Persoalan penting. Pemuda PAS mahu memikat. Adakah yang mahu dipikat mahu terpikat?

Saya teringat masa kecil dulu istilah kegemaran yang digunakan dalam kalangan kawan abang saya waktu itu ialah ‘playboy’. Ada yang minat majalah Playboy keluaran empayar Hugh Hefner yang terkenal dengan gambar wanita cantik tidak berpakaian. Tetapi ada abang-abang dulu yang suka melabel kawan atau diri sendiri ‘playboy’.

‘Playboy’ yang dimaksudkan ialah lelaki suka wanita, suka menakluk hati wanita, gemar menggoda. Bahasa kasar buaya darat. Ada lagi istilah yang senada dengan ‘playboy. Yakni kasanova. Dipetik daripada nama Giovanni Giacomo Casanova yang lahir pada 1725 di Itali. Dikatakan mengenali hubungan kelamin seawal usia 16 tahun.

Lalu gelaran ‘casanova’ atau ‘kasanova’ (ejaan Melayunya) diberikan kepada lelaki yang suka memikat dan memperdaya wanita. Digunakan juga untuk lelaki curang, mata keranjang, hidung belang. Kasanova seperti ‘playboy’ dikaitkan juga dengan lelaki kaki perempuan, tidak setia, ye buaya darat.

Berbalik cadangan Pemuda PAS Selangor. Menurut ketua Pemuda PAS itu hanya pandangan perwakilan yang tidak perlu diambil serius. Kata Afnan, si setiausaha Pemuda PAS Selangor berhak menyuarakan pandangannya dan ia mesti diraikan. Tetapi itu bukan keputusan parti.

Pun begitu pada hemat saya apa disuarakan Aubidullah boleh atau telah meletakkan parti dalam situasi ‘ridiculous’. Meletakkan PAS dalam posisi sulit. Lantas kepimpinan Pemuda PAS menjauhi daripada pandangan Pemuda PAS Selangor. Jelas Pemuda PAS melakukan ‘damage control’. Namun ‘damage has been done’. Itu menurut saya.

Jika setiausaha Pemuda PAS Selangor mahu mendapatkan perhatian beliau sudah berjaya. Namun, saya percaya beliau mahu menolong PAS semasa mengutarakan cadangannya itu. Akan tetapi bak kata pepatah ‘the road to hell is paved with good intentions’.

Kes GISBH: Dr Maza dakwa Jakim lambat bertindak

Malaysiakini 

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lambat bertindak terhadap isu penyelewengan akidah membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Mohd Asri mendakwa isu berkaitan GISBH telah dibentangkan kepada Jakim sebelum ini, namun mereka tidak melakukan tindakan.

"Mereka tidak mengangkat kes ini mungkin di atas sebab-sebab tertentu...sebahagiannya enggan mengambil risiko, sebahagian juga mungkin melihat tidak begitu besar.

"Mungkin sebahagian kepercayaan kumpulan (GISBH) ini ada pada individu terbabit dan mungkin juga atas sebab musabab yang lain," katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok ProMedia Tajdid.

Video terbabit merupakan siri kuliah mingguan Mufti Perlis itu yang diadakan di Masjid Alwi, Kangar.

Justeru kata Mohd Asri, disebabkan tiada tindakan daripada Jakim, kumpulan yang membuat kajian itu membentangkannya kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis.

Pada 11 Sept lalu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengesahkan polis sudah memulakan siasatan terhadap GISBH.

Razarudin berkata serbuan melalui Op Global itu dibuat di premis GISB sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan terbaru, Razarudin hari ini berkata seramai 13 penghuni rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat GISBH dipercayai menjadi mangsa liwat selepas 172 daripada 392 mangsa eksploitasi berkenaan melalui saringan kesihatan.

Ini katanya berdasarkan laporan polis dan soal siasat yang dijalankan pihaknya menerusi Op Global, bermula 2 September lalu.

‘Kecam Jakim hanya akan timbulkan fitnah’

Dalam pada itu Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) mengecam pihak yang menjadikan Jakim sebagai sasaran dalam isu GISBH.

Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin merujuk kenyataan yang dikeluarkan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abu Hafiz Salehuddin yang disifatkanya sebagai kritikan sembrono.

Sebaliknya kata Zamihan, semua pihak perlu bertenang dan menyerahkan kepada sisasatan polis serta jabatan agama Islam negeri masing-masing.

"Oleh itu, tindakan mengecam Jakim bukanlah sesuatu yang sihat bahkan ia boleh menimbulkan fitnah dan mencetuskan ketidaktenteraman dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Maka sewajarnya Abu Hafiz diperadabkan oleh UIAM selaku majikan beliau.

"Kesimpulannya, umat Islam di Malaysia perlu bertenang dengan isu ini. Serahkan kepada pihak berkuasa agama dan PDRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Pihak GISBH juga perlu diberi ruang untuk membela diri dari tuduhan yang dilontarkan.

"Jalan keluar untuk merungkai kemelut ini pasti ada sinarnya melalui perundangan sedia ada. Golongan ASWJ sentiasa berpegang kepada tradisi ilmu dan amat teliti dalam isu kefatwaan. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari fitnah, salah laku dan dosa kezaliman," katanya dalam kenyataan.

Katanya, jika ada kesalahan jenayah melibatkan hak-hak kemanusiaan maka pihak polis akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan jika melibatkan isu akidah, syariah dan akhlak Islam maka ia berada di bawah bidang kuasa agama negeri masing-masing.

Semalam Abu Hafiz mencadangkan agar Jakim dirombak susulan lewat bertindak ke atas GISBH.

Ahli akademik itu berkata ada beberapa pihak berkuasa agama tidak mahu memberi perhatian serius kepada dapatan dikumpulkan pengkaji serta aktivis yang memantau GISBH.

Ketua Polis Negara: 13 kanak-kanak disyaki mangsa liwat, 4 lelaki disiasat

Malaysiakini 

Seramai 13 penghuni rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dipercayai menjadi mangsa liwat selepas 172 daripada 392 mangsa eksploitasi berkenaan melalui saringan kesihatan, maklum Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Ini katanya berdasarkan laporan polis dan soal siasat yang dijalankan pihaknya menerusi Op Global, bermula 2 September lalu.

"Pada awalnya, laporan polis diterima di Negeri Sembilan dan Selangor, terdapat empat mangsa mendakwa diliwat.

"Dalam fasa kedua siasatan, kita menemu bual mangsa dan mendapati sembilan lagi dipercayai menjadi mangsa liwat," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.

Razarudin berkata polis telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pada 11 Sept lalu, polis melalui Op Global menyerbu premis GISBH sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Serbuan dibuat selepas polis menerima laporan pada 2 September lalu berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISBH di Negeri Sembilan dan Selangor.

Ketika itu, Razarudin berkata polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun.

Op Global melibatkan 705 pegawai dan anggota polis dan dibantu 287 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.

GISBH ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan.

Namun, syarikat itu sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan kumpulan itu.

Lelaki Sri Lanka ditahan guna pasport warga tempatan untuk keluar negara

Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bh.com.my
Lelaki warga Sri Lanka (kanan) yang ditahan ketika cuba keluar ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam menggunakan pasport milik warga tempatan. - Foto ihsan Imigresen
Lelaki warga Sri Lanka (kanan) yang ditahan ketika cuba keluar ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam menggunakan pasport milik warga tempatan. - Foto ihsan Imigresen
ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan selepas menggunakan pasport antarabangsa Malaysia milik individu lain untuk keluar dari negara ini.

Suspek, 21, ditahan di sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ketika cuba melepasi sempadan Thailand semalam menggunakan pasport milik individu lain yang tertera nama Raja Danny Denis.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata pemeriksaan mendapati pasport digunakan tidak sah.

Justeru suspek melanggar kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memasuki dan menetap di Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan sementara di Lokap Unit Penguatkuasa Imigresen Kedah untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau mengakui kes terbabit mencetus kebimbangan mengenai aktiviti sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang semakin aktif, dengan pelbagai cubaan menyamar bagi tujuan penipuan dan penyeludupan manusia.

Kes itu juga, katanya memberi amaran jelas bahawa kawalan sempadan akan terus diperketatkan bagi mengekang kegiatan penyamaran dan pemalsuan dokumen.

"Aktiviti sindiket bukan saja mengundang ancaman keselamatan di negara ini, tetapi menunjukkan betapa liciknya rangkaian jenayah antarabangsa dalam memanipulasi sistem imigresen untuk tujuan eksploitasi, penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan.

"Penahanan ini hasil kerjasama strategik antara Imigresen Kedah dan pihak Imigresen Thailand.

"Kami akan menyiasat kes ini dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terbabit," katanya hari ini.

Kelantan: Buruh dipenjara 72 tahun, 60 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak hingga bersalin

Bernama

KOTA BHARU: Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak tahun lepas.

Lelaki 46 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas enam pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Zulkifli Abllah.

Dia didakwa merogol anak kandungnya berusia 15 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Manek Urai, Kuala Krai, kira-kira 1 hingga 10 pagi antara Januari hingga Oktober 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh kerana mangsa ialah anak kandungnya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang bapa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman berjalan berasingan serta dia diperintahkan menjalani rehabilitasi dan kaunseling di penjara, selain pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.

Tular ‘lagu sesat GISB’, Abuya dianggap utusan Tuhan

Harapandaily

Satu organisasi membongkar ajaran sesat berkongsikan sebuah lagu yang dikatakan sebagai “lagu sesat GISB” (GISB Holdings Sdn Bhd).

Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) Malaysia menerusi hantaran di Facebook menyatakan lagu berdurasi 3:37 minit itu dipasang sepanjang tempoh kuarantin ahli.

“Lagu ini anda tidak akan temui dalam carian umum kerana ia merupakan lagu rahsia kumpulan mereka.

“GISBH pandai menjaga kerahsiaan mereka terutama melibatkan penyelewengan akidah.

“Bagi ahli GISBH yang “didenda” akan dikuarantinkan beberapa bulan di kawasan-kawasan tertentu.

“Antara lagu indoktrinasi GISBH yang akan dimainkan ialah lagu ini,” menurut kenyataan Pukas Malaysia hari ini.

Jelasnya, lagu itu menyatakan manusia menyerah diri kepada Abuya Asaari Muhammad kerana pengasas pertubuhan Al-Arqam itu kononnya mempunyai kunci keselamatan dunia dan akhirat antara kandungan sesat di dalam lagu tersebut.

Selain itu, lagu tersebut turut menyebut tentang Abuya Asaari yang juga pengasas GISB sebagai sahibul zaman merujuk wali Qutb serta dianggap utusan Tuhan.

Lagu dendangan penyanyi wanita itu juga menyatakan Abuya sebagai pemilik zaman, pemuda bani Tamim (PBT), bayangan nabi serta pemimpin pilihan Tuhan.

Remaja didakwa tekap sudu panas pada tangan budak

NUR SHARIEZA ISMAIL
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
SEREMBAN – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini atas empat pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia 5 dan 6 tahun di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Rasah pada sekitar bulan lepas.

Tertuduh, yang bekerja sebagai pembantu penjaga bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan ke atas kesemua pertuduhan.

Empat pertuduhan yang dihadapi tertuduh di dengar secara berasingan dengan dua pertuduhan masing-masing dihadapan Hakim, Datin Surita Budin dan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh sebagai orang pemeliharaan terhadap kanak-kanak terbabit telah menganiayai kanak-kanak dengan menekap sudu besi panas di lengan tangan kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak pada sekitar bulan lepas.

Remaja berkenaan turut berhadapan dua pertuduhan lain membabitkan dua kanak-kanak perempuan lain dimana mendatangkan kecederaan fizikal serius terhadap mangsa dan perbuatan itu dilakukan pada tarikh dan tempat yang sama.

Oleh demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 31(1) Akta yang sama.

Pendakwaan telah dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Noraziha Asmuni dan Syamimi Farhana A Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Noraziha memohon mahkamah agar tiada jaminan ditawarkan kerana dikhuatiri tertuduh berkemungkinan akan menganggu mangsa dan mengulangi kesilapan sama ke atas kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan diberikan kerana menghidap penyakit saraf, migrain dan tulang belakang.

“Saya tidak menjalani rawatan atas penyakit dihadapi. Saya juga hanya menerima elaun RM300 sebulan sejak lima bulan bekerja dan memohon mahkamah membenarkan wang jaminan diberikan”katanya.

Surita kemudiannya membenarkan wang jaminan diberikan kepada tertuduh bagi dua pertuduhan iaitu masing-masing sebanyak RM 20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri di balai berdekatan pada setiap bulan.

Sementara itu, di Mahkamah Seksyen lain, Meor tidak membenarkan wang jaminan ditawarkan kepada tertuduh da kesemua kes akan disebut semula pada 18 Oktober depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Presiden Pas pun tidak pernah lagi ditutup mulutnya

Harapandaily

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim meminta penjelasan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendakwa kerajaan pada masa ini cuba menutup mulut pembangkang.

Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan menegaskan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri tidak pernah lagi disekat bersuara walaupun pelbagai tohmahan dimuntahkan.

“Saya mohon saudara Afnan untuk nyatakan mulut siapakah yang ditutup oleh kerajaan hari ini.

“Bahkan, presiden parti saudara sendiri tanpa segan silu menggelar pimpinan kerajaan dengan pelbagai gelaran dan hinaan, tidak pernah lagi ditutup mulutnya.

“Kafir, tidak beroleh hidayah, dajal, agen zionis?” katanya menerusi platform X.

Terdahulu, Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar mendakwa Putrajaya diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil “tindakan keterlaluan” terhadap mereka yang mengkritik dasar-dasar kerajaan.

Dakwanya lagi, ada antara mereka yang mengkritik kerajaan Madani malah ditahan dan alat komunikasi dirampas oleh pihak berkuasa kerana bersuara.

Dia juga menggelar Kerajaan Madani telah menjadi lebih kuku besi selain menganggap kebebasan bersuara semakin buruk seperti digambarkan dalam kemerosotan Indeks Kebebasan Akhbar Dunia tahun ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menyifatkan kenyataan anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato’ Taib Azamudden Md Taib itu sebagai tidak lebih sekadar cubaan untuk membina persepsi bahawa kerajaan hari ini mengekang kebebasan bersuara.

“Saudara juga harus faham bahawa kebebasan bersuara itu tidak termasuk kebebasan menghina, mencerca dan memfitnah,” tegasnya sambil berkongsikan petikan ayat dua dari Surah Al-Ma’idah (Hidangan).

Terjemahan surah itu ialah, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.”

Buaya ditembak mati selepas baham pekerja ladang

FMT Reporters
Buaya sepanjang 4.6m yang ditembak mati selepas membaham pekerja ladang di Sungai Matamba, Lahad Datu. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang pekerja ladang maut dibaham buaya di Sungai Matamba, Jalan Silabukan, Lahad Datu, pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday, berkata setibanya pasukan penyelamat, reptilia itu masih kelihatan di kawasan sungai kira-kira 50m dari lokasi mangsa disambar.

Anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah melepaskan lima das tembakan ke arah buaya berkenaan. Selepas kematian buaya itu disahkan, pasukan bomba turun ke sungai untuk mengambil mangsa, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala buaya sepanjang 4.6m itu diserahkan kepada JHL.

Terdahulu, warga Indonesia berusia 45 tahun, Rusdi Tambah dikatakan sedang memancing di tepi sungai itu sebelum disambar buaya.

'Saya menyesal dengan perbuatan itu' - penganggur bunuh 3 sekeluarga

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
AZMAN dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dipenjara sembilan tahun dan denda kerana mencederakan anak saudaranya. FOTO: Alias Abd Rani
Muar: "Saya menyesal atas apa yang dilakukan," demikian kata penganggur, Azman Mohamed Nor, 48, yang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap anak saudaranya dalam tragedi bakar dan bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, bulan lalu.

Tertuduh yang kelihatan sugul mengangguk faham dan mengaku bersalah ketika pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin sebelum dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan denda RM5,000.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Nariman turut bertanyakan tertuduh sama ada dia memahami atau tidak hukuman bagi kesalahan dilakukannya itu.

"Kamu fahamkan hukuman kesalahan ini? Selain penjara, kamu mahu denda atau sebatan," soalnya sebelum tertuduh memilih penjara dan denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Norazmina Mohd Razi, 14, dengan menggunakan sebatang kayu dengan kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 3 pagi, di sebuah rumah, Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, 9 Ogos lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebatan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang sedang tidur dikejutkan adiknya, Noradriana Nor Hasyim, 11, memberitahu berlaku kebakaran menyebabkan mereka berdua keluar mencari tertuduh.

Sewaktu di belakang rumah, dua beradik itu terserempak tertuduh yang ketika itu sedang memegang sebatang kayu. Tertuduh kemudian memukul kepala adik tiri mangsa, Noradriana hingga rebah dan meninggal dunia.

Selepas itu, tertuduh memukul kepala mangsa, namun sempat ditepis menggunakan tangan. Tertuduh pada mulanya menyangka mangsa pengsan akibat pukulan itu sebelum melarikan diri dan mangsa berlari ke rumah jiran untuk meminta bantuan.

Bertindak atas maklumat, tertuduh ditahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selepas lima hari melarikan diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 20 Ogos lalu, Azman didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan membunuh bapanya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, ibunya, Ara Abd Hamid, 76, serta anak saudara Noradriana.

Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 3 pagi, di sebuah rumah, Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, 9 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.

Kejadian tragis itu menyaksikan dua mangsa Mohamed Nor dan Ara ditemui rentung manakala Noradriana meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) akibat parah.

Selepas kejadian itu, tertuduh melarikan diri sebelum ditahan ketika merayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.