Dalam wawancara ekslusif denganMalaysiakini baru-baru ini, Kartika berkata, dugaan berat terhadapnya itu telah memusnahkan gerbang perkahwinannya dan menegangkan hubungan dengan ahli keluarga dan kedua-dua anaknya.
Tahun lalu, Kartika ditahan pihak berkuasa agama di Pahang ketika sedang minum arak bersama rakan-rakan bukan Islamnya di sebuah hotel di Cherating.
Setelah membayar denda RM5,000 setengah tahun kemudian, hukuman terhadapnya seolah digantung tidak bertali.
"Saya tidak tahu kenapa ia ditangguh. Peguam saya kata, pihak berkuasa tidak dapat menjalankan hukuman kerana mereka tidak mempunyai kakitangan terlatih untuk melaksanakan hukuman.
"Terdapat tekanan daripada Sultan (Pahang) yang dikatakan tidak setuju dengan hukuman tersebut," katanya dalam wawancara di sebuah resort keluarganya di Kuala Kangsar.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan