"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kartika hanya mahu peluang kedua

Di balik hiruk-piruk laporan di media dan perdebatan agama, Kartika Sari Dewi Shukarno hanyalah seorang wanita yang patah hati dan mahukan peluang kedua bagi menjalani kehidupan yang normal.

Julai lalu, model sambilan 33 tahun itu menjadi bahan berita di persada antarabangsa apabila menjadi wanita pertama dijatuhkan hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.

Dalam wawancara ekslusif dengan
Malaysiakini baru-baru ini, Kartika berkata, dugaan berat terhadapnya itu telah memusnahkan gerbang perkahwinannya dan menegangkan hubungan dengan ahli keluarga dan kedua-dua anaknya.

Tahun lalu, Kartika ditahan pihak berkuasa agama di Pahang ketika sedang minum arak bersama rakan-rakan bukan Islamnya di sebuah hotel di Cherating.

Setelah membayar denda RM5,000 setengah tahun kemudian, hukuman terhadapnya seolah digantung tidak bertali.

"Saya tidak tahu kenapa ia ditangguh. Peguam saya kata, pihak berkuasa tidak dapat menjalankan hukuman kerana mereka tidak mempunyai kakitangan terlatih untuk melaksanakan hukuman.

"Terdapat tekanan daripada Sultan (Pahang) yang dikatakan tidak setuju dengan hukuman tersebut," katanya dalam wawancara di sebuah resort keluarganya di Kuala Kangsar.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: