Mayat kelima nahas helikopter ditemui
Mayat ketiga dijumpai, belum berjaya dibawa naikMayat ketiga tiba di jeti Lingga jam 1.25 tengah hari tadi - Foto bomba
SHAH ALAM: kelima mangsa nahas helikopter AS350 dilaporkan telah ditemui jam 6 petang tadi dan dibawa ke jeti Pekan Lingga kira-kira jam 6.50 petang tadi.
Memetik laporan Bernama Radio, pengesahan itu dibuat Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Lingga.
Laporan itu juga menyebut polis berkata, mayat tersebut ditemui di Tanjung Beleban, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat operasi SAR Lingga.
Sebelum ini empat mangsa sudah ditemui sejak semalam dengan tiga daripadanya sudah dikenal pasti identitinya.
Mangsa pertama, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui jam 12 tengah hari semalam dan telah selamat dikebumikan malam tadi.
Manakala mayat kedua yang ditemui disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan mayat ketiga disahkan sebagai pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.
Setakat ini, hanya seorang lagi mangsa nahas helikopter yang dilaporkan hilang Khamis lalu masih belum ditemui.
-sinarharian-
Jangan sebar gambar wanita tanpa kepala - polis
Pihak polis meminta orang ramai agar tidak menyebar gambar seorang wanita putus kepala yang didakwa sebagai mangsa bunuh di Kampung Parit Haji Wahab, Parit Puntar semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata tindakan menyebarkan gambar palsu tersebut menerusi WhatsApp dan Facebook hanya menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Pada masa yang sama beliau mengesahkan berlaku satu kes pembunuhan awal pagi semalam yang melibatkan seorang lelaki Indonesia.
"Bagaimanapun gambar yang diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu langsung tiada hubung kait dengan kes pembunuhan berkenaan," katanya dalam sidang media di Bagan Serai.
Beliau berkata dalam kejadian pada 3 pagi tersebut, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Gumbrek Wibowo, 32, dipercayai ditikam oleh rakan serumah ketika dia sedang tidur di rumah sewa mereka di Kampung Parit Haji Wahab.
"Siasatan polis percaya motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu merebut perempuan di antara si mati dengan suspek.
"Hasil bedah siasat mendapati si mati mungkin dibunuh dalam tempoh enam hingga 12 jam sehingga bedah siasat dijalankan di Hospital Parit Buntar pada Jumaat," kata Omar Bakhtiar.
Beliau berkata polis telah membuat empat tangkapan bagi membantu siasatan selain sedang mengesan suspek utama yang melarikan diri.
-Bernama
Mayat ketiga dijumpai, belum berjaya dibawa naik
SHAH ALAM: Polis Sarawak memaklumkan orang awam menemui mayat sekitar jam 10.30 pagi tadi kira-kira 1 kilometer dari penemuan mayat pertama semalam, di Sungai Batang Lupar.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, namun mayat tersebut masih belum dapat dibawa naik pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gara-gara keadaan air yang surut ketika ini.
“Di lokasi mereka (pasukan SAR) nampak satu mayat lagi tapi masalahnya sekarang ini air surut jadi bot tidak dapat nak menghampiri mayat.
“Kami cuba yang terbaik untuk mendapatkan mayat mangsa satu lagi. Buat masa ini masih berusaha merapati tempat yang dimaksudkan. Kami akan cuba cara ‘airlift’ kalau boleh. Saya masih menanti laporan dari lokasi.
“Saya hanya dapat mengesahkan satu mayat dapat dibawa naik dan satu mayat (ketiga) yang telah dimaklumkan masih belum dapat disahkan,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.
Beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada mayat tersebut merupakan mangsa nahas helikopter yang hilang ketika dalam penerbangan ke Kuching, kelmarin.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu operasi SAR yang diteruskan jam 11 malam tadi terpaksa dihentikan jam 2.30 pagi dan bersambung jam 7 pagi tadi.
“Sekarang kita sudah tambah kekuatan ke darat juga. Tentera dan polis ke darat untuk mengesan sebarang kesan (kemalangan) di sana,” katanya.
Semalam mayat pertama ditemui sekitar jam 12 tengah hari tersangkut di tebing Sungai Batang Lupar dan disahkan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.
Hari ini, kira-kira jam 8.31 pagi mayat lelaki berjaya ditemui dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pengesahan.
Namun masih tiada sebarang pengumuman dibuat pihak berkuasa mengenai identiti mayat.
-sinarharian
MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA - Dato Haji Husam Musa
Dato Haji Husam Musa
Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.
Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.
Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.
Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.
Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.
Namun, saya hanya insan kerdil.
Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.
Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.
Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.
Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.
Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.
Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya.
Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.
Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.
Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.
Sekian. Terima kasih.
Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016
Mayat Noriah Kasnon ditemui
B
Mangsa pertama wanita telah ditemui tidak jauh dari lokasi serpihan dijumpai 12 tengahari tadi. - Foto ihsan Twitter bombaJBPM
SEBUYAU: Mayat pertama nahas helikopter yang dipercayai terhempas di Batang Sadong dekat sini telah ditemui kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad mengesahkan mayat mangsa itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.
"Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi
-kosmo-
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad mengesahkan mayat mangsa itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.
"Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi
-kosmo-
-----------------
Nahas helikopter: Rohani sambut jenazah 'adik'
Nahas helikopter: Rohani sambut jenazah 'adik'Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tidak dapat menahan kesedihan ketika mayat mangsa pertama tiba dengan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di padang Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) kira-kira jam 3.25 petang tadi. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sudah menganggap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon mangsa nahas helikopter di Sarawak seperti adiknya sendiri.
Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rohani memberitahu beliau hadir ke IPK Sarawak untuk menyambut jenazah yang dipercayai Noriah.
Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak berkuasa.
“Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama kemalangan helikopter,” tulisnya.
Sekitar jam 12 tengah hari tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita tersangkut di tebing Sungai Batang Lupur sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak.
Noriah merupakan salah seorang penumpang yang menaiki pesawat jenis Eurocopter AS350 dari Betong ke Kuching yang hilang petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.
Pagi tadi, serpihan-serpihan helikopter ditemui pasukan mencari dan menyelamat.
-sinarharian-
Bank tersilap masukkan RM13.85 juta dalam akauan gadis ini
Sydney: Seorang wanita Malaysia ditahan di lapangan terbang Sydney semalam, ketika hendak meninggalkan Australia kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah menggunakan A$4.6 juta (RM13.85 juta) wang tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya.
Wang berkenaan dikatakan tersilap dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac milik Christine Jiaxin Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia, sebagai overdraf pada 2012.
Dia yang ditahan Polis Persekutuan Australia di lapangan terbang itu malam tadi (waktu tempatan), sudah membelanjakan A$3.3 (RM9.9) juta membeli beg tangan serta barangan mewah lain.
Hari ini, dia dihadapkan di Mahkamah Tempatan Waverley bagi menghadapi tuduhan dengan curang mengambil kesempatan kewangan walaupun tahu ia adalah kesalahan jenayah.
Menurut dokumen mahkamah, Christine yang beberapa kali melakukan kesalahan itu antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.
Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.
Mahkamah diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia. Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.
Ketika membenarkan Christine diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.
“Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”
Menurut majistret itu, jika itu keadaannya, Christine hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakannya tetapi tidak melanggar undang-undang.
Christine yang mendakwa memohon pasport kecemasan kerana kehilangan pasport asal, tidak dibenar memasuki sebarang lapangan terbang antarabangsa atau pelabuhan serta perlu melapor diri kepada polis dua kali sehari.
Wanita itu yang tinggal di Australia sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya di Rhodes, utara Sydney, sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah 21 Jun depan.
-kualalumpurpost-
TERKINI!! Enam orang yang menaiki helikopter yang hilang di Serawak (Gambar)
Gambar dipercayai diambil sebelum kesemua penumpang berlepas menaiki helikopter tersebut.
KUCHING: Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.
Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.
Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.
Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.
1. YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun (pengawal peribadi)....
6. Kapten Rudolf Rex Ragas, juruterbang RP-C 6828
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman - Foto Bernama
KUCHING - Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.
DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.
-Bernama-
Unit Khas Penyelamat Taktikal Sarawak bersiap sedia, tunggu pengesahan lokasi helikopter hilang - Pengarah Bomba Sarawak
Unit Khas Penyelamat Taktikal Sarawak bersiap sedia, tunggu pengesahan lokasi helikopter hilang - Pengarah Bomba Sarawak
GEMPAR!!! Helikopter bawa Ahli Parlimen dan seorang timbalan menteri hilang di Sarawak
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman - Foto Bernama
KUCHING: Sebuah helikopter yang dipercayai membawa kenamaan disahkan hilang daripada radar di Sarawak.
Dua Ahli Parlimen termasuk seorang timbalan menteri persekutuan dipercayai berada di dalam helikopter tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.
“Kes ini kami klasifikasikan sebagai hilang perhubungan. Sepatutnya helikopter berkenaan perlu menghubungi DCA sekitar pukul 5 petang apabila melalui lokasi tertentu bagi melaporkan kedudukan.
“Tapi DCA tidak menerima apa-apa panggilan. Cubaan kita menghubungi mereka juga negatif,” katanya kepada mStar Online.
Sehubungan itu Azharudin berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.26 petang Khamis.
Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira pukul 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.
-mstar-
Penganalisis ramal rakyat Sarawak tolak politik Islam PAS
Faiz Zainudin
PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangkakan PAS akan berdepan laluan sukar bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, walaupun hanya untuk mendapatkan satu kerusi.
Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata ini disebabkan rakyat Sarawak pasti akan menolak PAS yang membawa perjuangan Islam di negeri itu.
“PAS akan ditolak kerana akar umbi mereka tidak kuat dan PAS juga terpaksa bersaing dengan AMANAH. Jadi kerusi yang ditandingi PAS akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang,” katanya.
Dr Azizuddin berkata BN juga dijangka menang mudah di semua 11 kerusi yang ditandingi PAS memandangkan ‘mood’ rakyat Sarawak lebih meyakini parti tempatan berbanding parti dari Semenanjung.
“Pengundi Sarawak juga mahu parti tempatan, bukannya nasional (dari Semenanjung). Mereka juga akan menolak politik Islam PAS pada masa ini,” katanya kepada FMT.
Mengulas penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti dalam Pakatan Harapan dan PAS, Dr Azizuddin berkata blok pembangkang dari Semenanjung sukar menambat hati apatah lagi untuk mentadbir negeri bumi Kenyalang itu.
“Pakatan Harapan dan PAS sepatutnya membentuk parti tempatan di Sarawak yang boleh bergabung dengan mereka di peringkat nasional.
“Orang Sarawak selalu suspicious (curiga) dengan orang luar dan parti luar, itu sebab parti luar (dari Semenanjung) sukar mendapat tempat. UMNO sendiri pun tidak masuk ke Sarawak,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan PAS berpeluang mendapat ‘anak sulungnya’ pada PRN kali ini di kerusi DUN Beting Maro memandangkan ia kawasan majoriti kaum Melayu.
Perkara itu diakui pemerhati politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi yang menjalankan penyelidikan bersama pasukannya di Beting Maro.
Awang berkata PAS mungkin akan menang di Beting Maro susulan pelbagai rungutan pengundi terhadap calon penyandang daripada BN yang tidak mesra rakyat selepas diberi mandat sebelum ini.
7 MAKANAN INI BOLEH MENGAWAL KANDUNGAN GULA DALAM DARAH
Bagi penghidap kencing manis, makanan merupakan salah satu cara untuk mengawal kandungan gula dalam darah, mencegah kelaparan dan membuatkan anda kenyang lebih lama.
Kencing manis terjadi apabila kandungan gula dalam darah atau kandungan glukosa tinggi daripada paras normal. Makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, bijiran, pasta, buah-buahan, susu dan pencuci mulut boleh meyebabkan berlakunya peningkatan gula atau glukosa dalam darah.
Jadual pemakanan anda seharusnya lebih tertumpu kepada jumlah dan jenis karbohidrat disetiap hidangan.
Namun begitu, penting juga bagi anda untuk menikmati makanan yang anda gemari. Anda mahu makan secukupnya supaya anda rasa puas hati dan menghindari daripada terlebih makan serta membuat pilihan yang bakal anda kesali kelak. Di sini, kami kongsikan tujuh makanan yang mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah sekaligus membuatkan anda gembira dan sihat.
1. Sayur segar, dimasak atau dipanggang.
Ia mampu menambahkan warna, rasa, dan tekstur pada hidangan. Pilihlah sayuran yang enak serta rendah karbohidrat seperti cendawan, bawang, terung, tomato, kubis brussel dan labu yang rendah karbohidrat seperti timun jepun.
2. Sayuran hijau.
Bila bercerita tentang sayuran hijau, salad adalah yang pertama muncul difikiran. Tetapi tidak salah untuk anda mencuba sayuran yang lain seperti kailan atau bayam. Kedua-duanya bagus untuk kesihatan, enak dan rendah karbohidrat.
3. Minuman berperisa yang rendah kalori.
Air kosong atau air masak itu bagus untuk anda, tetapi ia akan lebih menarik jika air tersebut mempunyai elemen buah-buahan dan sayuran. Potong lemon atau timun dan masukkan ke dalam minuman, atau pun masukkan kiub ais yang berperisa ke dalam minuman anda. Jika anda suka minum teh ais, anda boleh masukkan lemon atau batang kulit kayu manis (in english its called cinnamon) ke dalam teh anda.
Bukan sekadar rendah karbohidrat, minuman ini juga mampu membantu anda untuk kekal kenyang dan tidak sentiasa kelaparan.
4. Tembikai atau buahan beri
Tahukah anda 1 cawan buah di atas hanya bersamaan dengan 15 gram karbo?
Harganya mungkin sedikit mahal, tapi ia mempunyai nutrien dan serat serta rasa yang manis.
Untuk sedikit kelainan, anda boleh campurkan kedua buah-buahan tersebut ke dalam yogurt kosong, atau jadikan ia sebagai kiub ais sebagai “perasa” dalam air kosong anda.
5. Bijiran penuh, makanan serat tinggi
Penuhkan perut anda dengan makanan sebegini untuk mengelakkan daripada terlebih makan atau memilih makanan yang mungkin membahayakan anda. Anda boleh cuba kekacang seperti kacang pea, kacang merah dan sebagainya. Karbohidrat terkandung dalam makanan sebegini tetapi ia dapat membantu anda untuk sentiasa kenyang.
6. Sedikit lemak
Lemak yang bagus boleh didapati daripada minyak zaitun, buah avokado dan lemak ikan.
7. Protein
Kami rekomen anda dapatkan keperluan protein anda daripada telur dan daging yang tidak berlemak. Tidak dilupakan juga snek lazat untuk anda. Batang saderi bersalut kacang mentega (peanut butter), boleh dijadikan sebagai snek yang sihat dan memuaskan untuk anda cuba kerana ia mengandungi gabungan lemak yang bagus dan juga protein.
Keseluruhannya, anda tidak perlu ikut plan pemakanan yang membosankan. Sebaliknya, anda boleh menikmati makanan yang anda gemari tetapi perlulah mempunyai karbohidrat yang seimbang.
Isteri Cangkul Kepala Suami Ketika Buat Seks Dengan Jiran (4 Gambar)
Tranungkite
Seorang lelaki yang berumur sekitar 40 terpaksa di larikan kehospital setelah dipercayai di pukul oleh isterinya dengan menggunakan sejenis cangkul dikepala.
Difahamkan maria saves isteri mangsa telah berlari ke gudang penyimpanan peralatan kebun mereka setelah mendapati suaminya bersetubuh di katil rumah mereka dengan seorang wanita Janda yang juga tetangga mereka.
Mangsa di hantar kehospital dengan segera selepas maria saves mengayunkan cangkul tersebut dikepala suaminya.pakar bedah menghabiskan masa selama enam jam untuk membuang cangkul yang melekat di kepala mangsa.
Lebih menghairankan,mangsa boleh bertahan dan dapat menjalani kehidupan normal selepas sembuh.
6 tahun jadi hamba seks bapa tiri
Alor Setar: Setelah hampir enam tahun dirogol dan menjadi hamba seks kepada bapa tirinya, seorang gadis berusia 14 tahun akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mohd Nashir Ya berkata mangsa nekad membuat laporan polis it setelah diugut dengan sepucuk pistol oleh bapa tirinya supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa semasa kali terakhir dia dirogol pada 28 April lepas.
Polis kemudian memberkas suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an pada 10 malam keesokannya di sebuah rumah di Taman Kulim Square, Lunas, tempat dia merogol anak tirinya itu sejak dia berusia 9 tahun, katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata susulan tangkapan itu, suspek membawa polis ke sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim pada kira-kira 2.10 pagi, 30 April lepas dan memberkas enam lelaki berusia dari 17 hingga 24 tahun.
“Polis merampas sepucuk pistol semi auto Pietro Baretta bersama-sama tiga butir peluru 9mm dan menemukan sarung pistol berwarna hitam dalam sebuah tong, yang dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa,” katanya.
Gadis itu dipercayai tinggal berdua dengan bapa tirinya di Lunas selepas ibu kandungnya melarikan diri.
Mohd Nashir berkata bapa tiri gadis itu dan enam suspek lain direman dari 30 April hingga 7 Mei ini.
Katanya bapa tiri gadis itu, yang turut mempunyai dua rekod jenayah bersabit samun dan rusuh, akan disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan bagi perbuatan rogol.
Dia dan suspek lain juga akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api, yang boleh dihukum penjara sehingga maksimum 14 tahun serta tidak kurang enam sebatan.
Mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru, yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000 jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Mohd Nashir berkata polis sedang memburu dua suspek utama kes pecah rumah dan kes bunuh, dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi balai polis berdekatan.
Suspek kes pecah rumah ialah Mohd Zakwan Zakaria,26, atau lebih dikenali dengan Pak Kuan dan beralamat di No 50, Kampung Banggol Pauh, Air Puteh, Pendang.
Suspek kes bunuh ialah V. Kogulan,32, yang beralamat di No 41, Jalan BPJ 2/5, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.
-Bernama-
Gadis 14 tahun dirogol beramai-ramai, dibunuh (Gambar)
Jakarta: Aktivis Indonesia mendesak kerajaan menggubal undang-undang dengan mengenakan hukuman lebih berat terhadap keganasan seksual selepas kejadian seorang pelajar perempuan 14 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh oleh sekumpulan 14 lelaki ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera.
Kejadian itu berlaku 2 April lalu, namun ia hanya tersebar sejak beberapa hari lalu, selepas disiarkan di media sosial.
Dalam kejadian di sebuah kampung kecil itu, mangsa dikenali sebagai Yuyun, ditarik ke dalam hutan sebelum dirogol kumpulan lelaki yang sebahagian besarnya berusia bawah 18 tahun. Mayat mangsa ditemui tiga hari kemudian dalam keadaan penuh lebam, bogel dan terikat dalam parit.
Menurut polis mereka dikatakan mabuk minuman keras ketika kejadian dan 12 orang daripada kumpulan itu sudah ditahan.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mendesak kerajaan bertindak tegas berikutan peningkatan kes kekejaman seksual dan jenayah terhadap wanita.
Presiden Joko Widodo turut memberi perhatian dengan mengutuk kejadian itu melalui Twitter menegaskan remaja dan kanak kanak perlu dilindungi daripada keganasan.
-kualalumpurpost-
Seorang lelaki dipukul penumpang wanita kerana tunjuk kemaluan dalam bas (Gambar)
Penumpang wanita bertindak menendang pelaku.
KOCAELI - TURKI. Tindakan seorang lelaki melakukan serangan seksual di dalam sebuah bas yang sesak mengundang padah selepas dia dipukul, ditampar malah di tendang oleh beberapa wanita yang turut berada di dalam bas itu.
Insiden berlaku di dalam bas yang sedang bergerak di wilayah Kocaeli barat Turki selepas seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang wanita yang berdiri berhampirannya.
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa memukul lelaki itu secara berulang kali sebelum penumpang wanita lain turut bersama-sama memukul serta menendang suspek.
Ketika dia dipukul oleh beberapa wanita, lelaki itu cuba untuk melarikan diri sebaik pintu bas dibuka dihadapan balai polis Basiskele namun berjaya dihalang oleh beberapa penumpang lain sebelum ditahan polis.
Memetik Metro.uk, saksi berkata, apabila seorang wanita sedar lelaki itu menunjukkan kemaluannya, dia menjerit dan bertindak memukul lelaki itu sebelum diikuti oleh beberapa wanita lain.
Lelaki itu kini ditahan dan siasatan berhubung insiden sedang dijalankan.
-sinarharian-
Warga emas rakam aksi seks dengan pembantu rumah
SUBANG JAYA: Pelakuan jijik seorang warga emas yang menjadikan pembantu rumahnya sebagai hamba seks berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 69 tahun di rumahnya di USJ 2, di sini, Rabu lalu.
Lebih jijik lagi, suspek tergamak merakam adegan hubungan seks dilakukan bersama mangsa yang kemudian disimpan dalam kad memori miliknya.
Difahamkan, mangsa seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun sudah bekerja dengan suspek sejak empat tahun lalu dan tinggal di rumah itu bersama isteri suspek yang lumpuh serta seorang lagi pembantu warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya menahan suspek dan seorang anak perempuannya selepas dipercayai terbabit dengan kes memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi.
Hasil siasatan seterusnya, anak perempuan suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun bapanya direman sehingga hari ini.
Seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didapati bekerja dengan suspek sejak Ogos tahun 2012 ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.
Beliau berkata, mangsa pernah menerima wang gaji sebanyak RM5,000 daripada suspek yang dihantar ke negara asalnya sekali sepanjang empat tahun bekerja.
“Mangsa dipercayai dijadikan hamba seks sejak empat tahun lalu, dia dihantar ke Kedutaan Indonesia sebelum ke rumah perlindungan saksi di Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, petang tadi.
Mohammad Azlin berkata, polis merampas cakera keras, tujuh kad memori dan dua cakera padat (CD) yang dipercayai mengandungi rakaman seks suspek bersama mangsa.
“Barang kes dihantar ke Jabatan Forensik di Cheras untuk siasatan isi kandungan dan kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat," katanya kes disiasat bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) 2007.
-sinarharian-
‘Tuhan suruh saya datang rumah kamu’
FMT Reporters
PETALING JAYA: “Tuhan suruh saya datang rumah kamu!”
Itulah alasan tidak masuk akal yang diberikan seorang lelaki, selepas dia dikesan menceroboh halaman rumah seorang hakim mahkamah tinggi di Segambut, Sabtu lalu.
Menurut laporan China Press, lelaki Melayu yang dipercayai menghidap penyakit mental itu bertindak memanjat dinding untuk masuk ke halaman rumah hakim berkenaan.
Bagaimanapun, kehadirannya berjaya dikesan isteri hakim itu kira-kira jam 4 petang, sebelum memaklumkan perkara itu kepada suaminya dan meminta suspek keluar dari rumahnya, di mana suspek segera memanjat dinding belakang untuk keluar dari rumah terbabit.
Kejadian itu bertambah pelik, apabila suspek kembali ke rumah itu dengan menaiki sebuah kenderaan Honda HRV, setengah jam kemudian.
Dia menekan loceng rumah itu dan memohon maaf kepada hakim terbabit serta memberi alasan “Tuhan” mengarahkannya pergi ke rumah berkenaan, sebelum beredar dari sana.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, kejadian itu berlaku di sebuah taman perumahan di Segambut, di mana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa berjaya merakamkan kelibat suspek yang berbaju biru dan berseluar panjang hitam itu.
Hasil siasatan polis mendapati, kenderaan yang digunakan suspek itu disenaraikan sebagai kereta hilang sejak 4 April lalu.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek terbabit dalam kes kecurian kereta, namun ia masih dalam siasatan. Polis telah meneliti CCTV dan giat mengesan suspek,” katanya sambil menambah, polis juga hairan dengan motif suspek bertindak sedemikian.
Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
The Edge dedahkan bagaimana Jho Low dan PetroSaudi menipu Malaysia untuk dapatkan AS$1.83 bilion
The Edge Financial Daily dalam laporan muka depan hari ini melaporkan bukti yang mereka kumpul menunjukkan urus niaga di antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International adalah penipuan bagi mencuri AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) dari Malaysia semata-mata.
Ia menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony, dengan dibantu beberapa lagi eksekutif tertinggi 1MDB, sebagai dalang penipuan yang bermula pada 2009 dengan pelaburan awal AS$1 bilion yang kemudian berkembang menjadi AS$1.83 bilion menjelang 2011.
Harian niaga itu melaporkan pada asalnya PetroSaudi sepatutnya melaburkan aset bukan tunai sebanyak AS$1.5 bilion bagi menjadikannya usaha sama bernilai AS$2.5 bilion.
Usahasama itu kemudiannya dibatalkan namun 1MDB tidak pernah mendapat semula wang mereka dan hanya mendapat murabahah serta nota hutang.
Menurut akhbar itu, AS$1.83 bilion yang dilaburkan 1MDB dimasukkan ke pelbagai akaun mereka yang terbabit di bank global di New York, Switzerland, London dan Singapura sementara 1MDB pula sekadar diberikan kertas maya yang tidak bernilai.
Bank berkenaan termasuk JP Morgan, RBS Coutts, Credit Suisse, HSBC dan BSI Bank.
Ini menunjukkan berlaku penipuan dan penggubahan wang haram di peringkat antarabangsa. Akhbar itu turut menyertakan carta yang menunjukkan aliran keluar wang berdasarkan penyata bank penerima dan pengirim.
Ia juga menjelaskan cara 1MDB cuba menutup lubang yang terhasil daripada usahasama dengan PetroSaudi itu dengan membayar yuran penamatan sebanyak AS$2.22 kepada Aabar Investments bagi melupuskan opsyen yang dikeluarkan kepada Aabar.
Katanya, 2 pengarah 1MDB termasuk Bakke Mohd Salleh, meletak jawatan berhubung pembayaran sebanyak AS$700 juta kepada Good Star Limited tanpa izin lembaga pengarah dan mencabuli kelulusan Bank Negara.
Dalam nota kepada pembaca, penerbit Ho Kay Tat berkata akhbar itu mempunyai tanggungjawab awam melaporkan penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion ringgit.
Katanya, laporan itu adalah yang terakhir berkenaan 1MDB dan pihaknya akan menyerahkan apa saja yang ada pada mereka kepada agensi yang menyiasat 1MDB.
"Bagaimanakah perkara yang kami lakukan ini boleh dianggap konspirasi politik?" soalnya.
Akhbar harian itu dan penerbitan The Edge Weekly diberikan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri berkenaan laporan tentang 1MDB lapor TMI
Kemalangan ngeri pelajar putus kepala di Setiu (Gambar)
Setiu – Dua pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu menyebabkan mangsa Amirul Hakimi Sabri dan rakannya Muhamad Aqil Abu Bakar yang masing-masing berusia 17 tahun maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian dua remaja yang menaiki motosikal jenis Ex-5 itu yang ditunggangi Amirul Hakimi dari arah Permaisuri menuju ke Penarik (laluan pantai).
Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi nahas, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan itu dipercayai cuba memotong sebuah motosikal lain namun hilang kawalan lalu terjatuh ke kanan jalan.
Difahamkan ekoran jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu kereta Hyundai yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan dipercayai merempuh kedua sahabat berkenaan.
Susulan kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Tepoh dan Kampung Padang Hangus itu parah di bahagian kepala dan badan serta seorang putus kepala.
Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Kamaludin Mohamad ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.
“Penunggang dan pembonceng motosikal maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan,” katanya.
-Kosmo
Jurujual lelaki dicabul pengawal keselamatan
Seremban: Seorang jurujual lelaki mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan lelaki di tempat parkir di sebuah stesen bas di Seremban, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, kejadian dipercayai berlaku jam 2.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun sedang menunggu bas untuk pulang ke Melaka.
“Mangsa dikatakan telah bertemu dengan suspek berusia 31 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di situ untuk bertanyakan suis bagi mengecas telefon bimbitnya.
“Berdasarkan laporan mangsa, mereka pada awalnya hanya berbual dan suspek telah memberitahu yang dia mempunyai kepakaran mengurut badan,” katanya.
Memetik Sinar Harian, suspek kemudiannya menawarkan untuk mengurut badan mangsa selepas mangsa memberitahu dia mengalami masalah sakit belakang.
Mangsa yang tidak selesa apabila disuruh untuk membuka baju kemudiannya telah dipaksa baring oleh suspek yang terus melakukan urutan sehingga bahagian kemaluan mangsa.
“Namun mangsa terus melarikan diri apabila suspek meminta untuk melakukan seks luar tabii dan mangsa membuat laporan polis,” kata Muhamad Zaki.
Susulan itu, suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
-kualalumpurpost-
Abu mayat rakan jadi umpan berjaya menangkap seekor ikan kap gergasi seberat 81 kilogram (Gambar)
FAIRBRASS (kiri) dan Dale bergambar dengan ikan kap gergasi yang 9602 berjaya dipancing mereka.
Bangkok: Dua kaki pancing berjaya menangkap seekor ikan kap gergasi seberat 81 kilogram menggunakan umpan yang diperbuat daripada abu mayat seorang rakan mereka sendiri.
Paul Fairbrass, 65, dan Cliff Dale, 65, memancing ikan itu menggunakan umpan dari abu mayat rakan mereka, Ron Hopper yang meninggal dunia akibat kanser.
Fairbrass berkata, mereka bertiga yang menetap di Britain merancang untuk bercuti sambil memancing di Jurassic Mountain Resort and Fishing Park di Thailand.
Bagaimanapun, Hopper, 65, disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada Disember tahun lalu.
“Ketika dirawat Hopper mahu abu mayatnya ditabur di resort berkenaan kerana dia sangat suka memancing.
“Namun, saya mencadangkan supaya abu mayatnya dijadikan umpan untuk menangkap ikan gergasi di situ.
“Hopper ketawa dan dia sangat sukakan idea saya itu,” katanya.
Menurutnya, dia dan Dale yang memancing di resort itu baru-baru ini mengambil masa selama tiga jam untuk menaikkan ikan kap gergasi berkenaan.
“Kami sangat gembira kerana berjaya menangkap ikan ini dan pada masa yang sama terharu kerana Hopper turut membantu kami,” jelasnya. - Agensi
-hmetro-
Pegawai Imigresen wanita belasah pendatang asing kerana tak tahu cakap Bahasa Melayu (video)
Kuala Lumpur: Baru-baru ini Malaysian Crime Watch (MyWatch) telah memuat naik beberapa video memaparkan aksi seorang pegawai Imigresen wanita yang bertindak membelasah seorang lelaki warga asing dalam satu serbuan yang diadakan sekitar Januari lalu.
Perilaku pegawai imigresen tersebut yang menyerang mangsa dengan menendang dan memukulnya bertubi-tubi, seperti aksi bertinju, ternyata mengejutkan ramai.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MyWatch, mangsa yang merupakan warga India mendakwa dia dibelasah oleh wanita tersebut gara-gara tidak boleh bercakap Bahasa Melayu.
Kejadian itu dilaporan berlaku dalam sebuah premis mencuci kereta di stesen minyak Petron di Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut mangsa, dia ditahan kerana tidak mempunyai permit yang sah dan telah memberi kerjasama sepenuhnya ketika serbuan diadakan.
Selain itu, mangsa yang kini berada di negara kelahirannya memberitahu, dia turut dibelasah dengan hos paip ketika berada dalam depot tahanan imigresen.
Berikutan itu, MyWatch menggesa agar kejadian ini disiasat sewajarnya dan pegawai wanita tersebut dipecat kerana melanggar SOP dan mencemarkan nama baik badan berkuasa itu.
MyWatch turut memaklumkan mereka bersedia memanggil semula mangsa untuk menyiasat hal itu.
Dalam pada itu, MyWatch juga mempersoalkan tentang jumlah wang yang dicatat dalam resit rasmi bayaran kompaun tidak sama dengan jumlah yang dibayar majikan tersebut.
Oleh itu, MyWatch berharap Ketua Pengarah Imigresen tampil segera menjawab isu ini.
Mynewshub