Rancak berpesta liar ketika PKP, 11 individu ditahan polis

Bernama

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat dengan parti liar untuk berpesta dadah serta mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP), dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Machang Bubok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Shafee Abd Samad berkata dalam serbuan 2.20 pagi itu, polis menahan kesemua mereka berumur 20 hingga 40 tahun yang sedang leka menghisap dadah dan berhibur di dalam dua bilik hotel di situ, berdasarkan hasil maklumat awam serta risikan dijalankan pihaknya.

“Dalam serbuan bilik pertama, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita serta merampas sejumlah dadah jenis ketamin dan pil ecstasy manakala enam lagi ditahan di dalam bilik kedua di hotel itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan mendapati mereka dipercayai menyewa dua bilik hotel di situ untuk berhibur dan menghisap dadah ketika pelaksanaan PKP bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, namun taktik mereka berjaya dibongkar polis.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati 10 daripada yang ditahan itu positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut selain kesemuanya turut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar arahan PKP.

MySejahtera dirancang untuk singkirkan SELangkah

DR DZULKEFLY AHMAD

Tulisan saya ini adalah respon kepada artikel yang ditulis oleh Fazreen Kamal bertajuk “Di Sebalik aplikas SELangkah, kes harian Covid-19 Selangor terus meningkat” yang telah diterbitkan pada 3 Februari 2021 jam 8 pagi di laman sesawang MalaysiaNow.

Di saat saat getir Negara berdepan dengan pandemik COVID-19, wujud pula sesetengah pihak yang cuba menakut-nakutkan khalayak umum dengan menyebarkan maklumat yang tidak benar, sekaligus membantutkan usaha kerajaan negeri Selangor untuk membendung keluk Gelombang ke-3 Pandemik COVID-19.

Sejak diperkenalkan pada 4 Mei 2020, SELangkah terbukti efisien. Dengan kepintaran jejak kontak rapat berasaskan kod QR, aplikasi ini mampu mengumpul data maklum balas daripada rakyat, meninjau situasi terkini, dan menyediakan informasi semasa kepada penggunanya. SELangkah maju sebagai aplikasi digital yang memanfaatkan sains data (Data Science) dan teknologi mesin (Machine Learning) bagi mengawal COVID-19.

MySejahtera pula, yang dilancarkan pada 20 April 2020 untuk kegunaan rakyat Malaysia, sekadar mengikuti jejak kontak rapat yang dipelopori oleh SELangkah.

Walaubagaimanapun, pertikaian siapa yang berjaya buat sesuatu terlebih dahulu bukan persoalan utamanya. Sebaliknya, kita mahu memastikan kebolehhantaran kedua-dua sistem ini.

Aplikasi SELangkah direka khas untuk membenarkan sebanyak mungkin data dianalisis. Aplikasi ini bukan sahaja bertindak sebagai platform pendaftaran selepas mengesan kod QR di telefon bimbit, bahkan ia memaklumkan penggunanya mengenai kawasan berisiko tinggi dan mengemaskini pangkalan data (berdasarkan data yang dihantar oleh individu) berkenaan kemungkinan peletusan kluster baru dan lokasi yang mungkin terbabit.

Aplikasi SELangkah ini dibangunkan dengan begitu mapan sehinggakan jejak kontak rapat hanya memerlukan tenaga kerja yang minimum dan membenarkan pengecaman inidividu yang terdedah dengan pantas supaya langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Kesemua data ini disimpan di Malaysia dan terjaga rapi di mana hanya data-data nama pengguna, nombor telefon dan lokasi pendafataran sahaja yang direkodkan.

Data-data ini dijamin keselamatannya dan hanya boleh diakses oleh pegawai kesihatan awam dan ejen STFC. Pengguna juga boleh menarik balik data tersebut sekiranya perlu.

SELangkah telah menerima sambutan yang memberansangkan oleh golongan peniaga. Mereka memuat naik kod QR SELangkah di premis perniagaan masing-masing. Pasukan SELangkah pula sentiasa bersedia untuk membantu mereka.

Bukan itu sahaja, SELangkah juga telah memanjangkan fungsi kod QR ini kepada pengguna yang berada di rumah supaya jejak kontak dapat dilaksanakan terutamanya pada musim perayaan.

MySejahtera pula merupakan pangkalan data yang dibangunkan oleh MKN dan pernah dilihat sebagai saingan kepada SELangkah.

Dalam usahanya untuk melaksanakan jejak kontak rapat, sistem MySejahtera tidak bergerak secara automatik sepenuhnya bahkan ia masih memerlukan penaikan taraf untuk menandingi SELangkah.

Sehingga hari ini, lokasi penyimpanan data MySejahtera masih tidak dapat dikenal pasti. Bukan itu sahaja, pihak yang mempunyai akses terhadap data MySejahtera juga masih menjadi satu misteri.

Perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Terdapat dakwaan bahawa berlaku penyalahgunaan data dengan penggunaan aplikasi MySejahtera. Selain itu, kita juga risau sekiranya data-data ini dijual kepada pihak ketiga dengan tujuan keuntungan. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Malaysia masih sambil lewa menangani isu kebocoran data ini.

Memandangkan terdapat 2 aplikasi yang wujud – di mana salah satu dilihat sebagai lebih baik daripada lagi satu lagi, amat malang sekali apabila kedua-dua aplikasi ini tidak diintegrasi untuk melahirkan potensi sebenar, sebaliknya pada 3 Ogos 2020, Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri Yaacob telah mengumumkan di kaca televisyen nasional bahawa setiap premis perniagaan wajib mempunyai kod QR MySejahtera.

Walaupun setelah beberapa lama diumumkan juga bahawa mana-mana aplikasi untuk jejak kontak rapat berasaskan QR boleh digunakan, nasi sudah menjadi bubur. Ramai pengguna yang pada awalnya telah selesa dengan SELangkah diarahkan untuk beralih ke MySejahtera.

Malang sekali apabila terdapat banyak pihak yang disaman oleh penguatkuasa kerana tidak menggunakan MySejahtera. Arahan MKN ini, yang jelas sengaja dirancang untuk meminggirkan SELangkah, telah menyusahkan orang ramai.

Dalam pada itu pengesanan aktif oleh SELangkah telah memudahkan STFC untuk memanfaatkan data yang ada bagi menyasarkan dan memberi amaran berkenaan lokasi-lokasi berbahaya supaya rakyat lebih bersedia untuk memerangi wabak ini bersama.

Dua minggu selepas pengumuman daripada Menteri Kanan, ramai yang terpaksa menggunakan aplikasi MySejahtera kerana takut disaman oleh penguatkuasa kalau melakukan sebaliknya.

Situasi ini menyebabkan usaha memerangi COVID-19 terbantut kerana STFC terpaksa bekerja keras untuk memulihkan epidemik di Selangor tanpa sebarang bantuan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Selangor bergantung sepenuhnya pada data luas SELangkah. Walaupun terdapat aral yang melintang, kerajaan Selangor kekal efisien bagi mengawal situasi di Selangor dengan baik semasa gelombang kedua.

Untuk rakaman sejarah, seperti yang ditunjukkan oleh graf yang disertakan ini, SELangkah secara aktif telah digunakan di Selangor pada minggu 3 Mei 2020 hingga pertengahan Ogos 2020. Kami berjaya mengekalkan kes positif (garis merah) pada paras yang rendah, bukan sifar (O) tetapi rendah.

Dengan perkongsian data, STFC berjaya mengenalpasti (Tracing) dan mencari (Finding) daerah-daerah yang berisiko tinggi (high risk districts) dengan segera melalukan TTIS (Test, Trace, Isolate & Support) semasa dalam tahap Isolasi.

Namun, usia kejayaan SELangkah tidak panjang kerana pada 18 Ogos dan kemudian 2hb September, MySejahtera telah diwajibkan untuk digunakan olih semua pihak, sekaligus menamatkan segala perkongsian data dengan Kerajaan Negeri Selangor. Amat malang!

Keengganan Kerajaan Malaysia untuk berkongsi data dengan kerajaan negeri Selangor menyebabkan kerja kami menjadi sukar, seperti teraba-raba di dalam bilik yang gelap atau bertinju dengan mata kami ditutup.

Kebergantungan Kerajaan Selangor kepada data yang sudah lapuk ini menyukarkan sebarang usaha untuk merangka strategi pengawalan wabak mengikut situasi semasa.

Laporan STFC adalah benar mengikut bekalan dan sumber data. Namun demikian, pendirian ini tidak boleh disamakan dengan situasi baru-baru ini di mana pasukan STFC telah menyiasat dan mengenal pasti punca utama di sebalik lonjakan mengejut kes di Selangor.

Kes-kes ini merupakan kes pada tahun 2020 dan juga Januari 2021 yang baru sahaja dilaporkan dan tidak mewakili nombor semasa sepertimana yang diakui oleh Pengarah Kesihatan sendiri.

Tunggakan ini adalah disebabkan kelemahan sistem jejak kontak rapat MySejahtera yang mengambil masa terlalu lama untuk mewajibkan pegawai Kesihatan Awam untuk melaksanakan jejak kontak sehingga mengakibatkan tunggakan kes yang berbulan-bulan lamanya.

Ramai professional kesihatan dan staf kesihatan awam yang mengakui lebih cenderung untuk menggunakan aplikasi SELangkah untuk membantu sistem pengawalan wabak yang sedia ada, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain selain dengan daripada menggunakam data mentah sebagai rujukan kepada usaha jejak kontak.

Apa yang berlaku kepada data Selangor pada beberapa hari lepas ialah situasi tepat bagi menggambarkan pengalaman hitam STFC semasa 3 Ogos 2020.

Data-data yang diperoleh sudahpun bercampur aduk sehingga menyebabkan data-data ini tidak lagi berguna untuk mencegah penularan wabak.p

Kami menyeru kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pengarah Kesihatan untuk berlaku jujur dalam isu ini. Laporan mestilah dilaporkan dengan telus, bukan sahaja mengenai status tunggakan kes yang lepas dan semasa, bahkan rakyat juga berhak dimaklumkan berkenaan status semasa kes di Malaysia.

Kerajaan Malaysia boleh mengambil contoh pengumuman kes harian mengikut sistem laporan di UK yang mampu melaporkan situasi Covid-19 di setiap wilayah, majlis bandaraya dan daerah di UK dengan tepat. Hal ini hanya boleh direalisasikan dengan ukuran insiden kes pada setiap 100,000 bilangan populasi, BUKAN berasaskan bilangan yang mutlak atau kumulatif (absolute or cumulative numbers).

Dengan ukuran yang digunapakai secara ‘benchmark’ dalam disiplin epidemiologi ini, anda akan dapati negeri Selangor didahului oleh WP Labuan, WP Kuala Lumpur dan Sabah.

Pun begitu ketika kedudukan ‘Ranking’ yang sama diperhatikan dalam ukuran kadar kematian per 100,000 penduduk. Selangor tetap di posisi ke-4.

Sementara kami amat insaf menangani cabaran melandaikan keluk epidemic di negeri Selangor, izinkan saya menegur supaya anda berpada-padalah untuk membuat kesimpulan atau kecaman terhadap prestasi di negeri Selangor.

STFC kini mempunyai sebuah entity untuk Operasi dan Implementasi yang dinamakan STFO atau Selangor Task Force Operation, yang terlibat langsung dalam pengopersian program dan kerja seperti Saringan Komuniti Bersasar.

STFO dibantu olih badan-badan NGO dan buat masa ini IMARET memainkan peranan yang agak menonjol. STFC menggunakan sumber dan kepakaran serta pengalaman yang ada pada ahli-ahli lMARET dengan mereka tidak dibayar imbuhan yang sepatutnya, bahkan sebahagian kerja dilakukan secara pro bono atau sukarela.

Pun demikian, kami selaku Task Force Covid-19 di negeri Selangor, akan terus melipatkan-gandakan usaha-usaha kami untuk membendung perebakan Gelombang ke-3 ini di negeri Selangor khsususnya dan bersedia berkongsi pengalaman dan sedikit kepakaran yang ada pada STFC, untuk kepimpinan di negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia ini.


Dr Dzukefly Ahmad adalah Pengerusi Strategik Selangor Task Force COVID-19 (STFC)

Pensyarah universiti disyaki edar ganja ditahan polis

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pensyarah sebuah universiti di Selangor ditahan polis selepas didapati mengedar ganja dalam Operasi Khas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Brickfields semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, pihaknya turut menahan remaja berusia 19 tahun di tepi jalan Kuchai Maju, yang membawa kepada penangkapan pensyarah berusia 31 tahun itu, yang disyaki pembekal dadah.

Hasil siasatan, remaja tersebut mengaku mendapat bekalan dadah MDMA melalui laman ‘dark web’ dan ganja diperolehi daripada seorang lelaki.

“Polis merampas satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki ecstasy seberat 16.65 gram.

“Siasatan lanjut kemudian menahan pensyarah berusia 31 tahun itu dan merampas ganja seberat 1,380 gram, serbuk ecstasy (3.3 gram), 10 biji kapsul ecstasy (3.17 gram) dan 19 keping dadah LSD,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif ganja dan dia direman seminggu bermula hari ini.

Nilai rampasan dadah adalah RM7,480, selain sitaan wang tunai RM2,000 dengan nilai keseluruhan rampasan RM9,480.

Katanya, suspek disyaki melakukan kegiatan pengedaran selama tujuh bulan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sindiket yang terbabit dan sumber bekalan diperolehi.

“Hasil tangkapan itu, polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan,” katanya.

Difahamkan, dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 500 pengguna dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Pas cuba cemarkan minda rakyat bawa erti baru rasuah

MALAYSIA DATELINE

Pas dikatakan cuba untuk mencemarkan minda rakyat dengan membawa erti baru rasuah melalui Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Senator Raja Kamarul Bahrin berkata, ketika rakyat berdepan dengan isu rasuah yang kritikal tiada seorang pun dalam kalangan orang agama dalam kerajaan, termasuk yang bergelar ulama bertindak menegur atau memperbaiki keadaan, apatah lagi menghukum penjenayah.

Tambahnya, bukan hanya para ulama dalam kerajaan enggan bersuara menegur pelaku rasuah, tetapi cuba untuk mencipta satu definisi baharu kata rasuah.

“Seolah-olah rasuah yang selama ini kita faham adalah salah dan bukan pun satu isu dalam negara.

“Di saat negara kita dijarah kekayaannya, ketika negara kita dirompak sakan, golongan ulama kerajaan yang berstatus menteri dan diplomat ini cuba mencemar minda rakyat dengan membawa erti baru rasuah.

Kamarul berkata, cadangan Abdul Hadi adalah kononnya baru memulakan kempen kesedaran berkenaan rasuah tanpa menekankan kesan dan kerosakan kronik yang telah dan boleh dibawa kepada negara ekoran kesan amalan rasuah selama ini.

“Apatah lagi untuk membicarakan soal akhlak baik, kejujuran, pentadbiran yang baik, dan ketelusan mengikut ajaran Islam sebenarnya.

“Tindakan ini samalah seperti pepatah inggeris, “lock the gate when all the cows had bolted free” (tutup pagar setelah lembu telah terlepas bebas lari keluar kandang).

“Iaitu sudah terhantuk baru terngadah, bila sudah berlaku kerosakan begitu lama barulah mahu dikesalkan,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan apakah tidak cukup kerosakan kesan dari rasuah untuk diambil tindakan segera bagi mencegah masalah ini terus berleluasa?

“Cukup ironi kerana mereka ini begitu lantang mahu melaksanakan hukum hudud sewaktu menjadi pembangkang tetapi kini bisu isu tersebut dan baru mula mahu bincang konsep rasuah apabila negara di ambang keruntuhan kerana rasuah yang berleluasa,” katanya.

Kamarul yang juga Pengerusi Amanah Negeri Terengganu berkata Malaysia sudah hampir terlambat kerana rasuah adalah pendemik yang lebih lama mengancam negara berbanding Covid-19.

“Merosakkan negara untuk satu tempoh yang panjang yang mungkin padah akibatnya,” katanya.

Beliau tidak menolak pelantikan ‘imbuhan’ menteri dan pengerusi GLC adalah satu langkah terdesak Tan Sri Muhyiddin untuk mendapat sokongan politik.

“Tiada rasa malu oleh kerajaan Perikatan Nasional untuk salah guna kuasa bahkan ia menjadi strategi ampuh mereka kekal berkuasa.

“Kenapa apabila pegawai kanan Petronas seperti Tan Sri Hassan Merican dan Dato Wan Zilkifly mengambil keputusan untuk berhijrah kerajaan langsung tidak berusaha untuk memastikan mereka kekal bersama?

“Melayu serta Islam seperti mana lagi yang kerajaan Melayu Islam PN hari ini idamkan untuk tadbir urus negara dengan baik dan telus?” soalnya.

Jsuteru tegasnya, selagi mana para pemimpin negara dan ulama kerajaan tidak amal apa yang mereka laungkan selama ini soal integriti dan moral, negara ini kekal menjadi kerajaan yang gagal (failed state).

“Selagi mana budaya rasuah tidak dihapuskan, Malaysia akan terus merudum dalam perlumbaan kemajuan ekonomi di Asia, tewas kepada negara jiran, dan ditinggalkan oleh rakyat kita sendiri yang berhijrah kerana pandemik rompakan dan kerakusan kuasa terlalu berleluasa di Malaysia,” tambahnya.

Baru-baru ini, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri, mahu takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang sebenar.

Abdul Hadi berkata sumbangan kepada pihak yang memerlukan dan bukan atas tujuan peribadi sama ada individu atau masyarakat umum, tidak harus dimasukkan dalam makna rasuah.

Dusun Musang King terbesar dunia di Kedah?

Dusun Musang King terbesar dunia di Kedah? Kami akan siasat, kata MB Kedah

Predeep Nambiar

Seorang individu mendakwa dalam video bahawa lereng bukit akan dibersihkan untuk menanam pokok durian dalam dusun terbesar di dunia.

ALOR SETAR: Kedah akan menyiasat dakwaan bahawa sekurang-kurangnya 30,000 ekar (12,140ha) tanah bukit antara Kulim dan Baling akan dijadikan “dusun Musang King terbesar dunia”, seperti didakwa seorang lelaki dalam video yang tidak bertarikh.

Kawasan dilaporkan terlibat adalah sekitar dua setengah kali ganda lebih besar dari Putrajaya.

Dalam klip video itu, seorang lelaki dilihat mendakwa bahawa kawasan Gunung Inas akan menjadi “dusun durian terbesar”, dengan 500 anak pokok Musang King sudah ditanam.

Gunung Inas terletak di tenggara Kedah, antara Baling di utaranya dan Kulim di selatan, manakala sempadan Perak tidak jauh dari situ di timurnya.

Bercakap kepada FMT, Menteri Besar (MB) Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu isu lama yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu, dengan menambah ia telah ditangani tahun lalu.

Menurutnya, selepas mengambil alih sebagai MB Mei tahun lalu, beliau telah mengarahkan kerja-kerja menanam durian di Gunung Inas dihentikan selepas mengakibatkan banjir lumpur di kawasan lembah, dua bulan kemudian.

Sanusi berkata, pembersihan tanah itu juga disyaki menjejaskan sungai yang memanfaatkan 3,000 penduduk kampung.

“Saya telah mengarahkan agensi yang relevan untuk kembali dengan laporan status serta-merta,” katanya ketika dihubungi.

Julai lalu, laporan mengatakan Sanusi telah mengarahkan satu syarikat yang menanam durian di lokasi seluas 600ha berhampiran Gunung Inas supaya menanam tanaman penutup bumi dan pokok balak di situ, selepas kawasan Kupang di Baling mengalami banjir lumpur dibawa dari bukit berkenaan.

Pada Disember 2019, pengerusi jawatankuasa alam sekitar Kedah ketika itu, Simon Ooi Tze Min mendedahkan pemilik lokasi itu telah memperoleh kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) pada 2013, termasuk daripada Jabatan Perhutanan.

Ini susulan banjir yang melanda Kupang pada 2019. Ooi ketika itu berkata, pihak berkuasa akan menyiasat sama ada pembersihan lereng bukit menjadi punca banjir berkenaan.

Sementara itu, presiden Sahabat Alam Malaysia Meenakshi Raman berkata, dusun durian tidak patut dibenarkan di kawasan hutan kerana akan menjejaskan keaslian hutan hujan.

“Negara sudahpun berdepan kontroversi berhubung kelapa sawit dan kemusnahan hutan, dan kini perlu berdepan pula isu durian.

“Hutan adalah kawasan tadahan karbon semulajadi dan kita perlu lakukan apa saja yang termampu untuk mengurangkan perubahan iklim dengan menghalang pembersihan hutan. Dakwaan dalam video itu mesti disiasat,” katanya.

Aktivis alam sekitar Shariffa Sabrina Syed Akil berkata individu utama yang mempunyai kuasa menghentikan pembersihan hutan seperti itu adalah menteri besar.

Katanya, kerajaan negeri perlu menjelaskan sama ada kelulusan EIA diberikan, dan sekiranya ada, siapa yang meluluskannya.

Gantung tugas ‘hakim pemberi maklumat’ tamparan untuk banteras rasuah, kata C4

FMT Reporters

Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer digantung tugas enam bulan kerana afidavitnya yang mendakwa terdapat salah laku kehakiman. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, penggantungan tugas “hakim pemberi maklumat” adalah tamparan besar terhadap usaha negara melindungi mereka yang bersedia tampil membongkar aktiviti rasuah dan salah laku.

Katanya, nasib Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer yang digantung tugas sehingga persaraannya berikutan afidavitnya yang mendakwa berlaku salah laku kehakiman akan menyebabkan bakal pemberi maklumat kurang cenderung untuk tampil kerana takut dihukum.

Hamid digantung tugas enam bulan oleh Jawatankuasa Etika Hakim (JEC), selepas prosiding inkuiri yang enggan dihadirinya kerana beliau mencabar komposisi dan keperlembagaan jawatankuasa itu.

Penggantungannya berkuat kuasa semalam hingga 27 Ogos ini apabila beliau bersara daripada jawatannya. Tiga tahun lalu, beliau mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam beberapa kes berprofil tinggi.

C4 berkata, sangat membimbangkan apabila JEC meneruskan prosiding tanpa kehadiran Hamid, walaupun peguamnya meminta penangguhan akibat keadaannya yang tidak sihat dan pendengaran kesnya di Mahkamah Rayuan semalam.

“Menurut prinsip keadilan semula jadi, setiap litigan mesti diberi hak untuk didengar. Hak ini tidak diendahkan JEC dan tidak diberikan kepada Hamid,” katanya dalam kenyataan.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah kita, hakim yang masih bersidang secara terbuka menyatakan kemungkinan berlaku salah laku dalam badan kehakiman.

“Hamid pasti tahu akan ada reaksi balas, tetapi kekurangan sokongan atau perlindungan terhadap tindakan pemberian maklumat ini sangat mengejutkan.”

Sebaliknya, pusat itu berkata, keberanian Hamid digunakan untuk menghukumnya bagi “menimbulkan rasa takut kepada orang lain yang mungkin mengambil tindakan sama”.

Katanya, tindakan itu membuktikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 pada dasarnya tidak berkesan kerana tidak meliputi situasi ini.

“Dengan keputusan ini, kami menuntut jawapan apa yang akan berlaku susulan pendedahan serius Hamid. Ketika pentadbiran Pakatan Harapan, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dijanjikan akan menyiasat tuduhan tersebut.

“Tetapi, langsung tiada tindakan daripada kerajaan semasa terhadap perkara ini. C4 menuntut tiada lagi penundaan dalam penyiasatan terhadap dakwaan salah laku tersebut.

“Tidak dapat dibayangkan tuduhan seserius itu boleh dilupakan dan akhirnya diabaikan.”

Menurut C4, badan kehakiman adalah tonggak asas demokrasi negara dan ia memerlukan semua usaha untuk mempertahankan integriti serta kebebasannya.

Oleh itu, katanya, Hamid harus diberikan haknya untuk didengar dan tindakan punitif hanya patut dilaksanakan selepas siasatan membuktikan adanya mala fide atau niat buruk.

Kebencian mulai dirasai Muhyiddin, perlahan tetapi pasti

BORHAN AHMAD

Ketika peringkat awal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN), panggilan Abah telah diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai lambang kebapaan beliau kepada rakyat negara ini.

Beliau dianggap penyelamat kepada negara selepas serangan ke atas kerajaan Pakatan Harapan berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh laskar jihad Umno dan Pas.

Ketika itu, majoriti rakyat negara ini menerima Muhyiddin adalah penyelamat. Apabila pakar komunikasi dalam kerajaan Muhyiddin memberikan beliau gelarah ‘Abah’, ia diterima baik oleh rakyat negara ini.

Ia ditunjukkan dengan jelas dalam sosial media samada facebook yang banyak digunakan oleh orang ramai, twitter (golongan kelas menengah) maupun instagram (remaja).

Namun ia bertahan hanya beberapa bulan sahaja.

Seawal November 2020, kebencian terhadap Muhyiddin mulai dirasai apabila kajian yang dibuat oleh twitter mendapati, 75.56% pengguna media sosial itu membenci beliau.

Muhyiddin berada 15 peratus di belakang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang khianat, yang didapati oleh twitter sebagai orang yang paling dibenci di Malaysia. 

Azmin mendapat skor tertinggi iaitu 90.63 peratus posting yang dibuat dalam twitter membenci beliau.

Selepas tiga bulan berlalu, apa yang dirasai oleh Muhyiddin dalam twitter mulai dirasai dalam media sosial facebook pula. Ini bermakna, media orang awam juga mulai merasai kebencian ini.

Perkara ini dinyatakan oleh peguam yang juga aktivis politik DAP.

“Arus deras kini menghala kepada Abah dalam FB. Perlahan tetapi pasti,” tulis Syahredzan Johan, Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, veteran DAP yang berkicau melalui twitter beliau.

Kenyataan Syahredzan disokong banyak pihak.

Syed Amirul Syed Edros menulis, “Konsep dia mudah je tuan. Kebodohan lama-lama dihadapkan kepada orang ramai, pasti orang ramai muak juga. Mapuh ko PN”. 

Muhyiddin yang sudah 39 kali keluar menerusi TV memberikan hanya perutusan kepada rakyat juga diserang apabila beliau tidak sedia berdepan dengan wartawan.

Banyak pihak mula menulis di facebook tentang perkara ini termasuk tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin yang menulis tentang perkara ini semalam.

Rata-rata orang ramai mengecam Muhyiddin Yassin susulan perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu.

Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Lebih menyakitkan hati orang ramai apabila tiada tambahan bantuan yang sewajarnya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua sejak 13 Januari lalu.

Kadir memetik penulis pojok Sinar Harian, Awang Paku Serpih yang menulis:

“Menurut kawan-kawan dalam media, sejak Abah jadi Perdana Menteri pada bulan Februari (ralat) tahun ini, dia tak pernah adakan sidang media terbuka.

“Maksudnya dia tak pernah terima soalan daripada wartawan. Dah tujuh bulan dia jadi Perdana Menteri tapi tak pernah sekali buat sidang media dengan wartawan.”

Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu, dalam era media interaktif hari ini, nampak janggal apabila ketua kerajaan tidak berasa perlu atau tidak berkeyakinan berinteraksi dengan wartawan.

“Apatah lagi bagi seorang yang membahasakan dirinya “Abah”. Kalau Abah, kenalah mesra dan kerap berinteraksi dengan anak-anak.

“Satu lagi, perutusan ini sudah jadi seakan-akan “proof of life” kepada kewujudan beliau sebagai Perdana Menteri,” tulis Kadir.

'Culik' lori untuk kahwin lagi

Agensi

Jakarta: Seorang lelaki dari Pekalongan Kota, Jawa Tengah nekad mencuri lori milik bekas majikannya dengan niat mendapatkan wang tebusan untuk berkahwin lagi.

Portal Kompas melaporkan, lelaki berusia 27 tahun itu meminta wang tebusan sebanyak 200 juta rupiah (kira-kira RM57,952) jika mahu lori berkenaan dikembalikan.

Lebih menakutkan apabila lelaki berkenaan mengancam membunuh semua ahli keluarga bekas majikannya jika tidak menurut permintaan nya. 

"Saya perlukan wang untuk berkahwin lagi dan ketika ini tidak mempunyai pekerjaan.

"Jadi saya terpaksa minta wang tebusan," katanya ketika memberi keterangan di Balai Polis Pekalongan Kota.

Timbalan Ketua Polis Bandar Pekalongan, Gangsar Subagyo memaklumkan suspek memanjat pagar bagi memecah masuk kawasan bangunan yang menempatkan lori berkenaan.

"Suspek kemudian masuk ke dalam garaj untuk melarikan kenderaan itu dan mengugut pekerja yang menyaksikannya.

"Dia kemudian membuka pintu garaj dan melarikan kenderaan milik bekas majikannya," katanya.

Pekerja terbabit berusaha mencari suspek dan sebelum menemuinya bersama dua individu di Pasar Grosir Setono.

"Susulan insiden itu, pekerja yang menjadi saksi tampil membuat laporan kepada anggota polis yang mengawal di laluan tol kemudian menahannya.

"Jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara," katanya.

Nabi sokong PAS? Ini jawapan Nik Abduh

Malaysiakini 

Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz percaya perjuangan parti itu berteraskan perjuangan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

Menulis di Facebooknya, Nik Abduh berkata PAS menyokong Rasulullah sepenuhnya, justeru perjuangan parti itu selari perjuangan baginda.

"Adakah nabi Muhammad menyokong PAS?

"Jawapannya PAS menyokong baginda SAW sepenuhnya. Justeru perjuangan PAS adalah perjuangan baginda di dalam menegakkan agama demi cinta dan ikutan kepada baginda," kata Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

PAS merupakan parti berteraskan Islam yang ditubuhkan sejak sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan kerajaan British pada tahun 1948.

Sejak peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat cuba menyaingi Umno yang merupakan sebuah parti nasionalis Melayu terbesar di Malaysia.

Parti Islam ini mendukung penubuhan negara dan undang-undang Islam serta pernah mencipta kontroversi melalui "amanat Haji Hadi" yang dikeluarkan pemimpinnya, Abdul Hadi Awang pada 1981.

Antara amanat itu berbunyi PAS menentang Umno kerana parti itu menggekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah.

Sepanjang pembabitannya dalam arus politik negara, PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan beberapa parti politik, termasuklah DAP dan PKR menerusi Pakatan Rakyat pada 2008.

Namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila PAS membuat keputusan meninggalkan gabungan berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2018, Umno dan BN mengalami kekalahan yang pertama apabila tewas kepada gabungan Pakatan Harapan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun krisis politik yang berlaku pada 2019 menyaksikan kerajaan PH tumbang. Ini selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan Bersatu yang merupakan sebahagian daripada PH keluar daripada gabungan itu.

PAS kemudian menyertai Umno dan Bersatu dalam gabungan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Sogok polis? Itu bukan cerita baharu, kata NGO Bangladesh

FMT Reporters

Sebuah NGO yang berpusat di Dhaka berkata warga Bangladesh sering diasingkan dan disoal siasat sebaik tiba di KLIA selain dianiaya di pusat tahanan.

PETALING JAYA: Sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang berpusat di Dhaka, Bangladesh, menyifatkan dakwaan seorang polis memaksa seorang pekerja asing membayar wang suapan walaupun mempunyai dokumen perjalanan yang sah sebagai ‘malang dan bukan perkara baharu’.

Building Resources Across Communities (BRAC) mendakwa apa yang berlaku bukanlah perkara baharu malah organisasi itu menerima banyak laporan seumpamanya dari pekerja Bangladesh.

NGO itu mendesak polis Malaysia membantu menghentikan pemerasan terhadap pekerja Bangladesh, sambil menambah pihaknya akan menghantar aduan rasmi kepada Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur.

Ketua program migrasi BRAC, Shariful Hasan, berkata polis harus menyiasat dakwaan tersebut tanpa rasa takut mahupun pilih kasih.

“Seorang warga Bangladesh yang memiliki semua dokumen sah untuk kembali ke tanah airnya, termasuk sijil negatif Covid-19, terpaksa membayar suapan atau akan terlepas penerbangan pulang,” katanya dalam maklum balas e-mel susulan laporan FMT mengenai kejadian hari ini.

Terdahulu FMT melaporkan polis sedang menyiasat rakaman video oleh seorang pemandu teksi yang mendakwa berlaku rasuah di KLIA yang menjadi tular di WhatsApp.

Video itu, yang mula tersebar Rabu lalu, dirakam seorang pemandu teksi (yang enggan dikenali), dalam bahasa Tamil mengenai anggota polis yang meminta rasuah dari seorang penumpang warga Bangladesh dalam perjalanan ke negara asalnya setelah berbulan-bulan menganggur di sini.

Pemandu teksi itu mendakwa polis memberhentikan kenderaannya di satu sekatan jalan raya dan penumpang tersebut menunjukkan semua dokumennya yang teratur dan sah. 

Pegawai itu bagaimanapun memberitahu penumpang, dia perlu membayar denda RM1,000 kerana merentas sempadan Kuala Lumpur-Selangor. Pemandu itu dilepaskan. Pemandu teksi itu mendakwa penumpang tersebut dibawa jauh sedikit dan terpaksa membayar RM100.

Shariful mendakwa BRAC telah menerima banyak laporan mengenai warga Bangladesh diperas dan dipaksa untuk memberi rasuah, dengan atau tanpa alasan. Katanya polis di Malaysia merasakan warga Bangladesh mudah dieksploitasi.

“Saya juga pernah mendengar, apabila permit kerja warga Bangladesh tamat tempoh, mereka terpaksa memberi rasuah setiap kali ditahan polis. Polis juga mempunyai sikap yang negatif terhadap warga Bangladesh. ”

Dakwa Shariful lagi, warga Bangladesh sering diasingkan dan disoal siasat sebaik tiba di KLIA dan juga sering dianiaya di pusat tahanan.

Beliau mendesak pihak berkuasa untuk menghentikan amalan ini kerana kebanyakan warga Bangladesh di negara ini bekerja keras untuk mengirim wang kepada keluarga mereka yang miskin.

Ejek isu kemurungan dan bunuh diri, Siti Zailah perlu mohon maaf

SITI NUR ZAWANI MISCON

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mengkritik sikap Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Siti Zailah Mohd Yusoff yang seolah-olah memperlekeh isu kesihatan mental dalam satu program media partunya baru-baru ini.

Menerusi siaran langsung rancangan berkenaan, Moderator, Badzli Bakar dilihat berkali kali menggunakan perkataan ‘gila’ dan ‘bunuh diri’ yang kemudian disusuli gelak dari mereka.

Lim berkata, Siti Zailah perlu memohon maaf atas perbuatan tersebut lebih-lebih lagi apabila portfolio kementeriannya mengendalikan kes-kes yang mendorong kepada masalah kemurungan.

“Siti Zailah yang menjadi panel dalam forum tersebut tidak menegur perbuatan moderator itu, sebaliknya bersama-sama mentertawakan isu yang dibicarakan.

“Permohonan maaf wajar diberikan oleh mereka yang melakukan perbuatan ini.

“Sudah tiba masanya untuk kita hentikan stigma terhadap isu bunuh diri dan kemurungan. Janganlah berbicara tentang sesuatu perkara yang kita tidak mempunyai kearifan di dalamnya.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Siti Zailah telah menyertai program yang bertajuk “Kemurungan dan Bunuh Diri semasa PKP: Apa Solusi Islam?”.

Ketika sesi menjawab soalan orang ramai, moderator telah melabel mereka yang membuat komen kritikal sebagai pembenci (haters) yang mengalami kemurungan dan berpotensi mati bunuh diri jika komen mereka tidak dibacakan.

Perkara tersebut mengundang kecaman orang ramai setelah Siti Zailah juga dilihat tertawa dengan label tersebut.

Berikutan itu, Lim mengingatkan bahawa pakar-pakar perubatan sebenarnya sangat berhati-hati apabila mengulas tentang isu tersebut.

Beliau kemudian mempersoalkan apa usaha Siti Zailah untuk menghapuskan stigma masyarakat berkaitan masalah kemurungan

“Isu kesihatan mental merupakan subjek yang sangat-sangat sensitif, lebih-lebih lagi berkaitan isu bunuh diri dan kemurungan.

“Apakah tindakan saintifik yang dilakukan oleh Timbalan KPWKM untuk menggalakkan mereka tampil dan mendapatkan bantuan?,” soalnya.

Kisah Sonia buat ramai menitiskan air mata

Yun Mikail

Keningau: Kepetahan Soniacallysta Nel Blasius, 7, bercakap dalam video bagi program transisi murid Tahun Satu yang tular baru-baru ini bukan sahaja mencuri perhatian malah turut menyebabkan ramai warganet menitiskan air mata apabila kanak-kanak itu mula bercerita tentang bapanya.

Dalam video berdurasi kira-kira tiga minit itu, Soniacallysta atau panggilan manjanya Sonia, bercerita mengenai keluarganya yang terdiri daripada ibu, ayah, abang, adik lelaki, datuk dan nenek.

Bagaimanapun, Sonia yang berbaju seragam sekolah tiba-tiba menangis teresak-esak apabila mula bercakap tentang bapanya, Blasius Madili, 36, yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu akibat menghidap sakit buah pinggang tahap kronik.

Kesedihan yang tidak dapat disembunyikan Sonia dalam video itu menyebabkan penonton turut sedih dan menitiskan air mata, malah ramai meninggalkan komen supaya Sonia terus kuat dan membesar menjadi seorang anak yang berguna kepada keluarga serta masyarakat.

Menurut ibunya, Susanna Angon, 38, dia memuat naik video anak keduanya itu di laman Facebook pada 25 Januari lalu dan terkejut apabila ia menjadi tular dengan lebih 284,00 tontonan, menerima 11,000 tanda suka, 8,000 perkongsian dan 1,600 komen.

"Video berkenaan adalah salah satu tugasan yang diberikan pihak sekolah kepada Sonia kerana dia ketika itu berada dalam minggu orientasi.

"Kemudiannya, saya memuat naik video berkenaan di Facebook dengan tujuan hanya untuk kenangan peribadi serta keluarga. Saya sendiri terkejut melihat video itu tular pada keesokan harinya.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang memberikan semangat dan motivasi kepada keluarga kami khususnya Sonia.

"Selepas video itu tular, ada beberapa individu menyatakan hasrat memberikan hadiah seperti peralatan sekolah malahan ada juga yang membuat panggilan video untuk bercakap dengan Sonia," kata ibu kepada tiga cahaya berumur antara empat sehingga 16 tahun itu.

Mengulas lanjut, Susanna memaklumkan anak perempuan tunggalnya itu memang seorang yang aktif, ceria, suka bercakap dan manja dengan mendiang ayahnya.

Menurut Susanna, dia sendiri tidak menyangka Sonia akan menangis sewaktu bercakap mengenai bapa sambil menyatakan mahu mendiang ada dekat bersamanya.

"Saya terpaksa berhenti beberapa minit untuk memujuknya selain membiarkan dia bertenang sebelum menyambung semula rakaman.

"Walaupun Sonia sedikit terkejut dengan video dia menangis tular tetapi kegembiraan jelas terpancar di wajahnya apabila semakin ramai orang mahu bertemu dan memberikan hadiah," katanya yang menetap di Kampung Bandukan Lama Bingkor.

Paling menyentuh perasaan apabila Sonia berdoa supaya roh bapanya tenang serta diterima di sisi tuhan.

Ebit Lew terharu TMJ sumbang RM200,000 bantu misinya

Malaysiakini 

Pendakwah bebas Ebit Lew terharu dengan sumbangan dana RM200,000 dari Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim untuk misi bantuannya.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Ebit berkata antara perbincangan pada pertemuan tersebut adalah bagaimana untuk membantu orang susah, memelihara agama Islam, mendidik anak muda dan meningkatkan institusi pendidikan.

“Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya.

“Tuanku juga ingin taja semua team saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama tuanku dalam Kembara Johor.

“Ya Allah, TMJ (Tunku Ismail) sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Ebit berkata dia terpaksa menghentikan segala bentuk bantuan kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna, Sabah selepas didakwa dihalang ke pulau tersebut.

Ia selepas dia dilaporkan membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam.

“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ.

“Bayangkan dilayan macam kawan saja, sedangkan saya cuma orang biasa,” katanya.

Katanya, Tunku Ismail yang turut dikenali sebagai TMJ menawarkan untuk membantu segala misi bantuannya pada masa akan datang.

“Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka.

“Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ,” katanya.

Warga maya ‘serang’ Muhyiddin di FB Istana Negara

Malaysiakini 

Seolah-olah tidak tahan dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, warga maya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.

Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, rata-rata warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.

Tidak terkecuali juga, ada yang meninggalkan komen-komen nakal mengenai jumlah majoriti yang menyokong pentadbiran Muhyiddin.

Salah seorang pengguna dengan nama Hazriq Zamali berkata; “Kami perlukan seorang pemimpin yang baik, serta bijak laksana untuk membantu kami di kala negara dilambung musibah.

“Bukan seorang pemimpin sekampit beras.. Daulat Tuanku moga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik pada seluruh kaum kerabat Sultan Pahang.”

Salman Khair pula berkata; “PM tiada majoriti pertama di Malaysia. Pelik bin ajaib. Daulat tuanku. Mohon tuanku sentiasa memberikan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia,” katanya.

Mohd Farhan yang turut menyokong pendapat Salman itu membalas; “Betul tu. Sampai bilalah kita nak duduk di bawah kerajaan tak ada majoriti ni. YDPA sahaja harapan rakyat.”

Terdapat pengguna lain yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu kestabilan ekonomi negara dan tindakan pelabur yang berpindah ke negara-negara jiran.

Antaranya warga maya dengan nama Wan Jitraa yang mengadu; “Mohon tuanku faham kehendak rakyat. Rakyat dah cukup terseksa dan menderita di bawah kerajaan PN.

“Pelabur dah ramai lari, rakyat dah ramai yang tak ada kerja, hilang punca pendapatan, ekonomi negara makin teruk tuanku, kes rasuah makin meningkat. Harap tuanku dengarlah suara majoriti rakyat Malaysia.”

Pengguna Zainol Azhar turut menyuarakan kebimbangan yang serupa; Zainol Azhar “Tuanku, negara dan rakyat tidak akan berada di dalam keadaan yang baik jika income negara tidak berkembang.

“Pelabur asing hilang kepercayaan jika kerajaan itu rapuh. Kini pun terdapat banyak sektor-sektor awam telah mulai tutup sedikit demi sedikit. Ada di antara para pelabur asing pun sudah mulai berpindah arah ke negara-negara lain.”

Untuk rekod, sebelum ini beberapa pemimpin politik dari Umno mahupun pembangkang membangkitkan isu yang sama.

Antaranya Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh pula menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara serta merangka pelan untuk memanfaatkan pelaburan untuk rakyat dan ekonomi negara.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut menuntut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali menjelaskan tindakan segera kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara.

Dia turut memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan 24 Jan, FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus - jauh teruk berbanding negara negara lain Asean yang disebut dalam laporan itu.

Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion - jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion - jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion - jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion - jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion - naik 29 peratus).

Selepas berkuasa, mana pergi BMF, tanya Asri Janggut kepada Pas dan Umno

BORHAN AHMAD

Sikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya.

Perkara ini turut diungkatkan oleh seorang penyokong Pas, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut, yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pemimpinnya.

“Sebelum mereka dapat gaji puluhan ribu, sebelum mereka dapat driver free, sebelum mereka berkuasa, sebelum mereka bermewah.

“Kami sokong BMF, dah sampai masa kita orang Islam bersatu, ekonomi Islam wajib diperkukuhkan bla bla bla…” tulis beliau melalui facebooknya hari ini mengenang kembali bagaimana kempen dibuat Pas dan Umno untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan.

Namun, katanya, selepas menjadi kerajaan, ketika mereka sibuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir dan sebagainya, BMF atau Buy Muslim First (utamakan barangan Muslim) sudah hilang.

“Waktu diaorang sibuk dan kalut hantar bantuan ke mangsa banjir ada ke pergi beli di kedai BMF ??

“Berapa tan beras beli kat BMF? Berapa tan gula, tepung order dari BMF?

“Berapa ribu paket biskut BMF dia orang order? Berapa ribu botol air mineral BMF? Berapa ribu pek sabun basuh BMF?

“Rupanya bila dah berkuasa.. BMF lah yang paling teruk terkesan, perkataan BMF pun diorang tak berani nak sebut atau tulis, terkapai-kapailah gang-gang BMF kat bawah…

“Ribuan gang2 BMF lingkup, ada dia orang datang?” kata Asri marah.

Bagi beliau, Pas dan Umno sama sahaja perangai mereka.

“Hijau atau merah,bulan atau keris sama aje.. kedua nya perlu diingatkan…” katanya yang menulis dengan #tegursebabsayang itu.

Tulisan Asri disahkan oleh rakan-rakan beliau dalam facebooknya.

Anuar Abdul Rahman misalnya menulis, “Tu la hakikat sikap dan perangai sebenar olamak pas..Asri janggut baru sedar barangkali..”

Raja Kamarulzaidi pula menulis: “Baru kau tau kena kencing dengan puak2 penunggang agama dan bangsa..semua sentimen tu hanya demi kuasa politik semata..contoh mudah, kununnya ‘ulamak’ tapi sanggup bersekongkol dengan penyamun dan pengkhianat…”

Abu Nizar pula menulis, “Lama dah kami sedar dengan puak2 tuu…tuan baru sedar yaa…Alhamdullillah.”

Mohenjaro Aditya juga mempunyai pendapat yang sama apabila beliau menulis: “Dah naik meluat dengan orang politik. Kecuali yang ada Taqwa dan Amanah. Lainnya..Doonia belaka.”

Siapa pilihan rakyat dalam PRU 15

MUHAMMAD AZHA SALAHUDIN

Setelah tumbangnya kerajaan PH semasa Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 yang lalu,timbul rasa ketidakpuasan hati rakyat kerana mandat yang diberikan kepada PH untuk memerintah telah dirampas oleh sekumpulan yang dikatakan sebagai pengkhianat.

Sekumpulan pengkhianat itu terdiri daripada kumpulan parti Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin dan sekumpulan ahli parti PKR yang dipimpin oleh Azmin Ali. Maka,terbentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu, Pas, Umno, kumpulan Azmin dan beberapa parti yang lain.

Setelah hampir setahun kerajaan PN menjadi kerajaan,PN sering menunjukkan kegagalannya dalam urusan pentadbiran walaupun mempunyai ahli kabinet terbesar dalam sejarah pemerintahan negara. Masalah kesihatan,pendidikan,ekonomi dan pendapatan rakyat masih tidak berjaya diperbaiki oleh PN.

Timbul pula desakan oleh beberapa individu seperti Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang bercadang untuk mengadakan PRU15 secepat mungkin dan disokong oleh beberapa orang pimpinan Umno yang lain. Sebelum itu, timbul desas-desus yang mengatakan PRU15 akan diadakan pada hujung tahun 2020.

Namun, atas faktor kesihatan dan keselamatan rakyat,Pakatan Harapan telah mendesak supaya PRU15 tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat atas faktor kesihatan dan keselamatan rakyat daripada ancaman jangkitan Covid19. Kita perlu mengambil iktibar daripada PRN Sabah yang menjadi punca kes jangkitan meningkat secara mendadak.

Rakyat juga membantah cadangan Zahid Hamidi yang dilihat lebih mementingkan politik daripada kesihatan rakyat. PRU15 menjadi topik hangat yang sering dibincangkan oleh orang ramai bagi menentukan kerajaan yang dipilih mampu untuk melaksanakan perubahan kearah yang lebih baik serta menjaga kebajikan rakyat sepenuhnya.

Kelemahan dan kegagalan kerajaan PN dalam mentadbir negara sekarang telah memberi kredit kepada Pakatan Harapan yang dilihat lebih mementingkan soal kehidupan rakyat. Walaupun parlimen tidak dapat untuk bersidang,Pakatan Harapan telah menggunakan media sosial bagi menyuarakan kesusahan dan keresahan rakyat dalam mendepani hidup pasca Covid19.

Rakyat juga melihat pengisytiharaan darurat yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin lebih kearah bermotifkan politik berbanding soal kesihatan awam. 

Darurat yang dilaksanakan sehingga bulan ogos ini adalah bertujuan untuk mengelak berlakunya Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya Umum bak kata Muhyiddin Yassin.

Secara jujurnya, darurat ini bertujuan untuk mengelak Dewan Rakyat daripada terus bersidang agar Pakatan Harapan tidak berjaya untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin Yassin yang terbukti telah hilang sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri setelah beberapa ahli parlimen Umno menarik sokongan kepada Muhyiddin Yassin.

Dalam Perikatan Nasional sendiri,berlaku keretakan yang menanti belah antara parti gabungan tersebut. Pas yang telah bertahaluf siayasi bersama Umno telah membentuk Muafakat Nasional pada bulan September 2019. Namun, setelah Bersatu dilihat menguasai kerajaan, Pas mula mengambil hati Bersatu dan mula menyertai gabungan PN.

Umno pula dilihat tidak sehaluan dengan Bersatu akibat daripada sebahagian ahli Umno lompat ke Bersatu dan menjadi sebahagian daripada kerajaan semasa PH memerintah. Umno juga melihat Bersatu sebagai ancaman terbesar dalam memperjuangkan orang melayu.

Hubungan Pas dan Umno dalam Muafakat Nasional juga mengalami permasalahan yang sama iaitu isu kepercayaan dan kesetiaan. Terdapat ahli Umno yang mengecam Pas yang dikatakan lebih mesra dengan Bersatu. Pas cuba menafikan.

Pakatan Harapan pula masih konsisten dalam agenda perjuangan mereka untuk melaksanakan reformasi pentadbiran serta terus memperjuangkan nasib rakyat dan memperbaiki ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berjaya mengembalikan semula kepercayaan parti gabungan iaitu DAP dan AMANAH untuk memperbaiki serta memperkukuhkan semula Pakatan Harapan untuk menjatuhkan PN pada PRU15 akan datang.

Susulan daripada pengumuman Muhyiddin Yassin petang semalam, beliau dikatakan akan membubarkan parlimen dan PRU15 mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Adakah rakyat sudah bersedia untuk memilih kerajaan baharu atau sebaliknya? Dan siapakah yang akan menjadi pilihan rakyat?

PRU-15: Umno, Pas dan Bersatu bergelut tapi mampukah PH bangkit semula?

FAKHRURRZAI RASHID

Pengisytiharaan darurat masih menjadi kontroversi dalam kalangan rakyat. Alasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk tidak membubarkan Parlimen kerana Covid-19 telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Sama ada Muhyiddin cuba mengelak ujian keabsahan di Parlimen atau bukan, darurat ini dilihat orang awam sebagai persiapan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan pilihan raya umum selepas ia berakhir.

Pergelutan di antara Umno dan PN semakin kritikal. Situasi ini juga memberi gambaran awal akan berlakunya pertindihan kerusi antara Umno, Pas dan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, khususnya di kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia.

Persoalannya, adakah Umno akan memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di kerusi Parlimen parti itu yang ‘dibawa lari’ oleh bekas ahli mereka pada PRU ke-14?

Parti mana yang akan mendapat kelebihan sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru antara Bersatu, Umno dan Pas?

Ketiga-tiga parti yang membolehkan PN ini berdiri sekarang pernah bertembung pada PRU lalu. Terdapat 47 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung menyaksikan pertembungan di antara Bersatu, Pas dan Umno.

Hanya dua kerusi Parlimen menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Umno dan Bersatu, iaitu Kota Tinggi dan Pengerang di Johor.

Daripada 47 kerusi tersebut, Umno menang 30 kerusi, Bersatu 10 kerusi dan selebihnya Pas. Untuk kerusi Parlimen dengan 80 peratus pengundi Melayu, Umno menang sebanyak 23 kerusi, Pas 7 kerusi dan Bersatu tiga kerusi.

Persaingan sengit

Bagi kerusi Parlimen dengan pengundi Melayu antara 60 hingga 79 peratus, Umno dan Bersatu masing-masing mendapat tujuh kerusi dan Pas gagal meraih walaupun satu kerusi.

Ini menunjukkan persaingan sengit Umno dan Bersatu berlaku di kerusi majoriti Melayu bawah 80 peratus.

Terdapat dua kerusi Parlimen yang mempunyai pertembungan di antara Umno dan Bersatu pada PRU ke-14, iaitu Parlimen Kota Tinggi dan Pengerang di Johor yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Umno berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi itu dengan perbezaan margin 38.2 peratus di Kota Tinggi dan 35.4 peratus di Pengerang. 

Ini jelas menunjukkan Pas tidak mempunyai pengaruh besar di kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi Melayu bawah 70 peratus. Begitu juga Bersatu yang sukar menandingi kekuatan Umno di kerusi Parlimen majoriti Melayu meskipun berjaya merampas kerusi tradisi Umno.

Pengaruh Umno masih lagi kuat bertanding tiga penjuru antara Bersatu dan Pas. Maklumat ini menjadi penunjuk awal mengapa Umno tidak akan memberi laluan kepada Bersatu bertanding di kerusi-kerusi mereka, termasuk 11 kerusi Parlimen Umno yang telah ‘dipindahkan’ ke Bersatu seperti Larut, Hulu Terengganu dan Jeli.

Umno akan menjadikan data ini sebagai alasan untuk mereka bertanding sendiri pada PRU akan datang. Justeru, di manakah Bersatu akan bertanding untuk nanti?

Umno akan menjadi penghalang terbesar buat Bersatu di setiap kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu. Formula Bersatu untuk bertanding lebih 50 kerusi Parlimen seperti PRU lalu tidak lagi relevan.

Untuk mengelak pertembungan tiga penjuru, Umno, Bersatu dan Pas tidak boleh bertanding lebih 50 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Ada kemungkinan besar kerusi-kerusi tradisi milik MCA, MIC dan Gerakan akan diambil Bersatu sebagai alternatif untuk menambah jumlah kerusi berbanding Umno.

Mengintai peluang

Pada PRU ke-14, MCA bertanding 39 kerusi Parlimen di Semenanjung, MIC sembilan kerusi, Gerakan 11 kerusi, dan MyPPP satu kerusi. Maka, Bersatu akan mengintai peluang bertanding di 60 kerusi Parlimen ini pada PRU ke-15.

Perkara ini tidak mustahil memandangkan blok Azmin Ali akan menggunakan formula PH dan PKR dengan meletakkan calon Bersatu di Parlimen campuran di kawasan bandar dan separa bandar.

Prestasi buruk MCA dan MIC pada PRU ke-14 akan menjadi faktor utama Bersatu untuk mereka meletakkan calon mereka di 60 kerusi BN tadi. Namun, sejauh manakah MCA dan MIC akan memberi laluan kepada Bersatu? Adakah Umno juga akan cuba mendapatkan kerusi tradisi MCA dan MIC?

Bersatu akan menempuh laluan yang sukar dan mungkin tidak boleh mengelak pertembungan dengan BN (Umno, MCA dan MIC) di semua kerusi Parlimen Semenanjung. Maka memang Bersatu tidak ada peluang cerah untuk bertanding secara selesa lagi seperti yang dialami mereka pada PRU ke-14.

Situasi Bersatu akan menjadi lebih rumit apabila pertembungan tiga penjuru berkemungkinan besar memberi kelebihan pula kepada PH.

Daripada 47 kerusi Parlimen yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Umno, Pas dan Bersatu dulu, terdapat 24 kerusi Parlimen yang dimenangi dengan perbezaan margin di bawah 10 peratus: Umno menang 14 kerusi Parlimen, dan Pas serta Bersatu masing-masing lima kerusi.

Kesemua 24 kerusi marginal itu juga boleh menjadi sasaran untuk PH yang mahu melengkapkan kemenangan sekurang-kurangya 112 kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU akan datang.

Faktanya, persaingan di kerusi-kerusi Melayu akan hampir sama dengan kerusi campuran dan bukan Melayu pada PRU ke-15. Tidak ada satu parti yang akan mendapat undi penuh daripada pemilih Melayu. 

Undi bukan Melayu pula akan menjadi penting untuk menjamin kemenangan di kerusi majoriti Melayu di Semenanjung meskipun jumlahnya kurang daripada 10 peratus.

Persoalannya, bolehkah parti-parti yang berjuang berlandaskan platform perpaduan Melayu semata-mata mengecapi kemenangan apabila PRU ke-15 diadakan nanti?

Besar kemungkinan gabungan parti politik yang berjaya meyakinkan rakyat Malaysia merentasi kaum ialah formula terbaik untuk menang.

Formula gabungan parti politik yang cuba membawa sentimen eksklusif untuk sesuatu kaum akan berhadapan dengan masalah kerana persaingan terbuka ini memerlukan undian setiap kaum untuk menjamin kemenangan.

Malah, gabungan politik yang tidak mempunyai perwakilan daripada pelbagai kaum sukar mencari keseimbangan dan kestabilan politik apabila memerintah.

Situasi ini memberi peluang kepada PH untuk menang dan membentuk kerajaan sekali lagi pada PRU ke-15.

Acuan PH yang mementingkan prinsip integriti, reformasi dan kepelbagaian kaum dilihat mampu memberi tawaran terbaik buat rakyat Malaysia untuk keluar daripada krisis politik, ekonomi dan kesihatan seperti dialami di bawah pemerintahan kerajaan minoriti PN.

Namun, sejauh manakah PH mampu bangkit semula untuk membentuk perpaduan pihak pembangkang menjelang PRU ke-15?


FAKHRURRZAI RASHID ialah penyelaras penyelidik Research For Social Advancement (Refsa)

Pergeseran Umno-Bersatu: Siapa penggerak langkah seterusnya?

BAHA M. ISA 

Sentimen penolakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam kalangan segelintir pemimpin Umno adalah sesuatu yang nyata.

Ia diterjemahkan melalui kenyataan beberapa wakil rakyatnya yang menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan PN.

Mereka antaranya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Masing-masing menarik sokongan mereka terhadap kerajaan yang diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini ditambah dengan wujudnya usul dari bahagian Umno untuk menolak kerjasama parti itu dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang kini akan diabsahkan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) akan datang.

Sebelum ini juga berlaku beberapa pergeseran dalam kalangan kepimpinan kedua-dua parti yang menyaksikan mereka saling berbalas kenyataan sekali gus menggambarkan hubungan Umno-Bersatu yang kian merosot.

Namun begitu, adakah pemimpin-pemimpin Umno dapat melakukan apa-apa ketika ini terutama apabila negara sedang berada dalam darurat?

Dapatkah usul itu diabsahkan pada PAU akan datang? Apakah langkah seterusnya bagi kedua-dua parti?

Bagi pemerhati politik, Prof. James Chin, beliau melihat Umno tidak dapat melakukan apa-apa ketika tempoh darurat sehingga paling lewat 1 Ogos depan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat situasi semasa masih perlu ‘tunggu dan lihat’.

“Menjelang Julai atau Ogos, sentimen terhadap Abah (Muhyiddin) akan berubah. Semua bergantung kepada (keadaan) Covid-19 dan ekonomi.

“Jika ia menjadi lebih teruk, maka Abah akan menghadapi masalah,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

James berpendapat, Muhyiddin akan cuba mempengaruhi kumpulan-kumpulan dalam Umno untuk menyokongnya dalam beberapa bulan akan datang.

“Jangan terkejut semua pilihan ada di atas meja, termasuk penggabungan jika syaratnya betul,” tambahnya lagi.

Sangka anak tidur, rupanya mati dibunuh

Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: "Saya terdengar dia meraung selepas mengetahui anaknya sudah mati," kata jiran kepada kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang dipercayai dibunuh bapa kandung di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Damansara Utama, di sini, Selasa lalu.

Marsiah Sadili, 36, berkata, dia baru saja selesai menunaikan solat Asar sebelum terdengar jeritan itu jam 6.30 petang,

"Saya terus bergegas ke rumah jiran dan dimaklumkan bahawa anak perempuan berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia di sebuah bilik.

"Saya melihat mangsa dalam keadaan terbaring di katil serta berpakaian penuh tanpa ada kesan-kesan kecederaan fizikal yang jelas.

"Saya terus meminta suami supaya menghubungi talian kecemasan sebelum polis tiba beberapa minit kemudian," katanya ketika ditemui di rumahnya di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Marsiah berkata, menurut ibu kanak-kanak itu, dia menyedari ada sesuatu berlaku pada anaknya selepas mangsa tidak menyahut panggilannya.

"Dia kemudian mengejutkan anaknya yang disangka tidur, namun kanak-kanak itu didapati sudah tidak bernyawa.

"Jiran (ibu kanak-kanak itu) juga ada memaklumkan bahawa suaminya keluar dari rumah sejurus dia tiba. Tidak lama kemudian, kami dimaklumkan pengawal keselamatan bahawa mereka menemui mayat suami di kawasan letak motosikal," katanya.

Dia berkata, jirannya itu sudah menyewa di rumah berkenaan sejak dua tahun lalu.

"Terdapat lapan individu membabitkan tiga keluarga menyewa di rumah berkenaan termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

"Tiga bulan lalu, saya pernah mendengar pasangan suami isteri itu bergaduh, namun hanya beberapa minit.

"Saya mengenali kanak-kanak itu kerana kerap melihatnya bermain basikal di halaman rumah di tingkat ini, namun tidak pernah berbual dengannya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh bapa kandungnya di sebuah rumah di Damansara Utama, di sini, kelmarin.

Bapa kanak-kanak berkenaan berusia 30-an yang juga warga Indonesia dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan kediaman terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal memaklumkan pihaknya menahan tiga individu warga Indonesia termasuk ibu kandung kanak-kanak berkenaan berusia 30-an serta 50-an bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak perempuan disyaki dibunuh bapa kandung

Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Kanak-kanak perempuan ditemukan meninggal dunia disyaki dibunuh bapa kandungnya di sebuah rumah di Damansara Utama di sini, kelmarin.

Bapa kandung kanak-kanak berkenaan berusia 30-an yang juga warga Indonesia kemudiannya dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan kediaman terbabit.

Kejadian pada 6.30 petang itu disedari oleh jiran mangsa selepas mendengar jeritan ibu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam bilik di rumah terbabit, manakala mayat bapanya pula ditemui di kawasan parkir motosikal di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menahan tiga individu warga Indonesia termasuk ibu kandung kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kami menahan tiga individu iaitu ibu kandung mangsa berusia 30-an serta dua penyewa lain di rumah berkenaan membabitkan sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50-an untuk siasatan lanjut.

"Mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nik Ezanee berkata, mayat kedua-dua individu berkenaan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

"Siasatan akan dilakukan secara menyeluruh bagi mengenal pasti motif kejadian itu termasuk dakwaan bapa kandung merogol kanak-kanak terbabit.

"Pada masa sama, kami masih menunggu keputusan bedah siasat kedua-dua individu terbabit," katanya.

Tukang cuci mengaku lakukan amang seksual dalam stor masjid


Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Tukang cuci mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Tertuduh, Abu Saman Mohd Zin, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dalam sebuah bilik stor di sebuah masjid di daerah ini pada 10.30 pagi, 16 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 11 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian itu, perbuatan tertuduh disedari pengawal keselamatan yang keselamatan yang bertugas sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan masjid.

Mangsa dikatakan ke masjid berkenaan bersama bapa saudaranya yang juga rakan sekerja tertuduh.

Bagan Datuk paling mundur di Perak, enam penggal Ahmad Zahid buat apa?

FAZLI RADZI

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikecam apabila mendakwa Parlimen Bagan Datuk yang diwakilinya sejak tahun 1995 itu sebagai kawasan paling mundur di Perak.

Rata-rata warganet mempersoal apa yang Presiden Umno berkenaan lakukan sejak enam penggal menjadi Ahli Parlimen di kawasan hilir Sungai Perak itu.

Ada juga berpendapat sudah tiba masanya pengundi menukar kepada wakil rakyat lain pada pilihan raya umum akan datang.

“Enam penggal pegang Bagan Datuk. Kenapa masih mundur katanya? Kena tukar ni,” kata Tengku Saiffuddin Tengku Abdullah.

Bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut juga dipersoal memandangkan tempoh 25 tahun menjadi wakil rakyat di Bagan Datuk bukan masa yang singkat.

“Bukankah DS (Datuk Seri) wakil YB kawasan itu? Apa DS buat bertahun-tahun? Baru sekarang perasan?” tempelak Jaafar Abdullah.

Untuk rekod, Ahmad Zahid, 68, juga pernah menjadi Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri sepanjang pentadbiran kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Ahmad Zahid mendakwa peruntukan diterima tidak sama jumlahnya dengan ahli Parlimen lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini saya menerima peruntukan sebanyak RM100,000 setahun untuk tahun 2021.

“Ahli-ahli Parlimen yang lain mendapat RM3.7 juta. Alhamdulillah, saya dapat RM100,000.

“Cukuplah untuk Bagan Datuk kawasan yang paling mundur di Perak dapat RM100,000 setahun. Saya ucapkan terima kasih atas peruntukan diberi,” sinisnya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam wawancara di NR Channel TV, semalam.

Ayah kepada Datuk Nurulhidayah itu juga mendakwa peruntukan RM100,000 setahun juga diperoleh Ahli Parlimen Pontian, Pekan, Padang Rengas dan Machang. 

“Mudah-mudahan terbukalah hati sesiapa yang buat keputusan untuk memberi peruntukan sama dengan mana-mana Ahli Parlimen yang telah mengundi Belanjawan 2021 diluluskan.

“Tiga kali kami sokong iaitu di peringkat dasar, jawatankuasa dan bacaan kali ketiga

“Tetapi hadiah yang kita dapat, Alhamdulillah peruntukan RM100,000 setahun kepada kami,” katanya lagi dalam nada sarkastik.

Pertuduhan rasuah

Turut berdepan 40 pertuduhan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid bakal bermula 12 April nanti di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ahmad Zahid juga sebelum ini berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit, dana milik Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Ogos tahun lalu atas 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana yayasan itu. 

Warkah buat pensyarah yang memaki hamun selepas buat pusingan U

NABIEH RAHMAT

Warkah buat pensyarah yang memaki hamun selepas buat pusingan U

Tular video maki hamun di jalan raya oleh seorang wanita dengan kerjaya sebagai pakar perunding (consultant specialist) merangkap seorang ketua jabatan di sebuah fakulti perubatan universiti awam.

Pensyarah dengan gelaran akademik ‘Prof Madya’ berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Sayangnya, tindakan spontan beliau yang mengamuk akibat dihon terlalu mengaibkan untuk ditonton apatah lagi beliau adalah seorang wanita muslimah yang bertudung. Siap tunjuk stetoskop sambil doakan orang lain kena Covid-19.

Prof, memandu di jalan raya ni memang ‘stressful.’ Dengan gaji bulanan yang berpuluh ribu itu, lebih baik Prof ambil pemandu peribadi saja. Anggaplah sebagai membantu marhaen mendapatkan pekerjaan ketika zaman pancaroba ni.

Prof pun akan lebih tenang menghadapi bunyi hon dan tidak perlu pening kepala sewaktu membuat ‘pusingan U.’ Jalan raya di kawasan hospital itu memang sesak sebab kurang tempat parkir.

Oh ya, anak-anak buah Prof memaklumkan bahawa Prof memang garang. Tidak tahulah ‘malignant’ atau tidak. Tapi kalau ada masalah mengawal amarah, sebaiknya Prof mendapatkan rawatan daripada doktor psikiatri.

Terutama dalam waktu pandemik Covid-19, tekanan makin besar. Risau juga kalau pesakit, pelajar dan keluarga Prof menjadi mangsa amukan.

Sebenarnya, Prof tentu lebih mahir mengenai reaksi tubuh dan hormon ketika marah. Neurotransmitter katekolamin seperti adrenalin dan noradrenalin akan memuncak-muncak untuk suatu reaksi ‘fight or flight’, lawan atau lari. 

Kalau Prof melawan dengan orang yang lemah, mungkin akan mencederakannya dan berdepan tindakan undang-undang. Prof boleh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Hukumannya adalah penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebaliknya, jika orang tersebut adalah samseng jalan raya atau kaki pukul, mungkin Prof pula yang jadi mangsa.

Ia boleh menimbulkan kesan traumatik yang berat kepada Prof sendiri. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah pemarah, dapat pula post-traumatic stress disorder (PTSD) atau gangguan stres pasca trauma.

Tentu kita tidak mahu orang bijak pandai mengalami tekanan perasaan, dipenjarakan atau menjadi mangsa kekerasan fizikal. Pandemik Covid-19 memang memberi kesan yang berat pada kebanyakan orang.

Ada yang mengalami depresi kerana terlalu banyak kerja. Ramai pula yang mengalami tekanan kerana hilang pekerjaan. Sebaiknya dapatkanlah bantuan jika kita perlukan sokongan. Sama-samalah #kitajagakita.

Bung Bih,

Lama tinggal di Jakarta mengajarkan erti sabar di jalan raya. Tenang Is Better.


*Tulisan dipetik dari Facebook NABIEH RAHMAT

Tetak kekasih sampai mati di tepi jalan, pemandu bas ke tali gantung

Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya di Taman Scientex dekat Pasir Gudang lima tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Shahnaz Sulaiman menjatuhkan hukuman itu ke atas M Siva Sangker, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, Shahnaz berkata hujah pihak pembelaan yang mengatakan tertuduh tidak berada di tempat kejadian sebaliknya berada di Masai serta menafikan mempunyai motif untuk membunuh mangsa kerana beliau dan mangsa adalah kawan baik, bersifat penafian semata-mata.

Pembelaan itu juga bersifat suatu yang difikirkan kemudian, kata beliau.

Shahnaz berkata, tiada saksi yang melihat tertuduh berada di Masai seperti dakwaannya dan pembelaan itu juga tidak ditimbulkan semasa kes pendakwaan.

Menurutnya lagi, keterangan isteri dan pakcik tertuduh juga tidak menyokong keterangan yang dikemukakan dan kedua-dua saksi itu tidak dapat mengesahkan keberadaan tertuduh semasa kejadian pembunuhan berlaku.

Siva Sangker yang kelihatan tenang sejurus keputusan disampaikan didakwa membunuh V Durga Devi, yang ketika itu berusia 23 tahun di Jalan Kancil 1, Taman Scientex, Pasir Gudang pada 12.15 tengah hari, 21 Nov 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan timbalan pendakwa raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Suriani Ujang mengemukakan 23 saksi sepanjang perbicaraan manakala tertuduh diwakili peguam, GK Sritharan mengemukakan tiga saksi.

Mangsa, pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, ditemui mati di tempat kejadian akibat parah di kepala, leher dan kedua-dua belah tangan akibat ditetak di tepi jalan.

111 dapat datuk satu lagi cara beli kesetiaan, dakwa bekas menteri Wilayah

BORHAN AHMAD

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad menyifatkan tindakan bekas kementerian beliau memberikan 111 gelaran ‘datuk’ sempena Hari Wilayah Persekutuan tahun ini sebagai usaha membeli kesetiaan.

“Itulah pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Berikan lantikan jawatan menteri, timbalan menteri, GLC dan kini berikan anugerah…. semua ini bagi saya untuk beli kesetiaan,” kata Khalid dalam sessi wawancara dengan beliau menerusi TV internet Jom Channel malam tadi.

Khalid mengulas berita seramai 111 menerima gelaran datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini berbanding hanya 28 sahaja mendapat gelaran itu pada tahun lepas ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara.

Dari 111 itu, enam orang diberikan gelaran Datuk Seri Utama, 24 Datuk Seri dan 81 Datuk.

“Bagi saya ini kerosakan yang terhasil dari budaya ini.

“Kita beri anugerah dan pingat kepada orang yang lama dan betul-betul berkhidmat bukan selepas setahun atau enam bulan, terus dapat anugerah, pingat dan sebagainya,” kata beliau.

Namun begitu, Pengarah Komunikasi AMANAH itu berkata, ia tetap hak Menteri Wilayah Persekutuan sekarang untuk memberikan anugerah itu.

“Tetapi itu hak masing-masing, tetapi ia akan mendatangkan kesan yang kurang baik bagi saya,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Namun Khalid mengucapkan tahniah kepada yang benar-benar berjasa dan mendapat pengiktirafan dari Kementerian Wilayah Persekutuan itu.

Menurut beliau, ada pengarah-pengarah di DBKL misalnya yang sememangnya bekerja sejak sekian lama.

“Alhamdulillah mereka memberikan khidmat dalam tempoh yang lama dan diberikan anugerah kerana khidmat mereka,” kata beliau.

Bagi Khalid, untuk mereka yang hanya baru berkhidmat dan mendapat anugerah ini, mungkin kerana khidmat mereka tidak kelihatan.

“Mungkin kerana banyak yang memberikan perkhidmatan sepanjang tahun 2020 walaupun masa itu musim Covid-19 sebab mereka bekerja dari rumah.

“Tetapi yang peliknya, baru je muncul, sebelum ni tak beri apa-apa sumbangan tiba-tiba dapat anugerah.

“Kita khuatir adanya budaya berpolitik dan anugerah ini menjadikan pingat dan anugerah hilang nilainya.

“Ramai sangat, mudah sangat…. tetapi mungkin ianya tindakan dilakukan menteri WP untuk mengekalkan kesetiaan dengan memberikan pingat itu dan mereka merasa terhutang budi dan sebagainya,” kata beliau

10 keadaan kritikal yang wujud kenapa PKP ditolak

ANAS BANAS

Apabila anda berkerja, ada gaji sedap, boleh kerja dari rumah tanpa potong gaji, jagalah mulut apabila bercakap dengan orang susah yang “taknak PKP”

Bukan orang tidak mahu PKP sebab nak melancong, tamak duit atau tidak kasihan barisan hadapan.

Tahukah anda purata garis kemiskinan Malaysia tidak rendah mana pun iaitu RM2,208.

Terdapat 10 peratus isi rumah di Malaysia ini purata pendapatannya mendekati had garis itu.

Tahukah anda di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini, dalam keadaan PKP:

1. Pakcik teksi ada yang dapat RM10 hingga 20 sehari.

2. Bas sekolah dan makcik kantin hilang pendapatan selama enam bulan pada 2020 dan sambung lagi sampai entah bila.

3. Beratus ribu rakyat telah kehilangan pekerjaan. Tiada gaji tetapi hutang terus kena bayar. 

4. Beribu-ribu telah bankrap dan gulung tikar.

5. 37 peratus murid tiada peranti pintar untuk mengikuti kelas online. Kalau satu Malaysia, itu hampir 1.8 juta pelajar yang tercicir dengan online learning.

6. KWSP kata 5 juta pencarumnya hanya ada bawah RM10,000 dalam akaun 1. Boleh bayangkan berapa gaji mereka?

Untuk perbandingan, eksekutif yang berkerja dengan gaji purata RM5,300 sebulan selama enam tahun sahaja pun sudah ada RM80,000 dalam akaun KWSP.

Sekali lagi. Bayangkan betapa teruk gaji rakyat.

7. Kedai kedai makan menghadapi penurunan 90 peratus pendapatan sebab orang tidak boleh makan luar, dilarang meniaga waktu makan malam, larangan travel lebih 10 kilometer dan lain-lain.

8. Orang yang kerja di kedai banyak golongan B20, tidak lagi boleh berkerja sebab masalah kedai.

9. Ada dalam kalangan penuntut universiti yang kami bantu; harus berhenti belajar sebab kena cari kerja menyara keluarga. Jaga kedai runcit dan lain-lain.

10. Ada satu keluarga empat beradik belajar, semua berkongsi satu komputer second hand dengan data internet sedut dari telefon yang sama.

“Datuk” Mara Inc terima rasuah RM33.45 juta diheret ke mahkamah lusa

MALAYSIA DATELINE

Bekas pengerusi Pengerusi Mara Incorporated (Mara Inc) bergelar “Datuk” akan didakwa dengan 22 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Suspek disyaki menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah oleh MARA Incorporated (MARA Inc) di Dudley International House, Melbourne, Australia .

Lelaki berusia 65 tahun itu sudah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya tengah hari tadi.

“Datuk” itu dijangka dituduh di Mahkamah Jenayah Rasuah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

SPRM memulakan siasatan termasuk berkerjasama dengan agensi penguatkuasaan di Australia susulan pendedahan Portal The Sydney Morning Herald.

Portal itu melaporkan seorang individu warganegara Malaysia bermastautin di Australia didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada Mara Inc.

Baru-baru ini, mahkamah di Australia membuat dakwaan terhadap seorang warganegara mereka yang terbabit dalam salah laku rasuah penjualan hartanah itu kepada MARA Inc pada 2013.

Pada 2015, akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik, didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah itu.

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Dudley International House ialah bangunan lima tingkat seluas 30,279 kaki persegi yang menempatkan 112 bilik termasuk asrama pelajar, dibeli oleh MARA untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya di Australia.

Mahathir jawab dakwaan Tommy Thomas

DR MAHATHIR MOHAMAD

Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness. Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya. Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai Peguam Negara.

Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan Peguam Negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik Peguam Negara bukan Melayu.

Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan suka. Tetapi Peguam Negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong LTTE ini. Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak.

Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara.

Sebabnya saya letak jawatan ialah kerana parti saya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menolak nasihat saya untuk tidak keluar dari Pakatan Harapan kerana pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kesemua ahli telah bersetuju untuk serah kepada budi bicara saya tarikh sesuai untuk letak jawatan. Jelas mereka tidak hendak saya letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Anwar dan Wan Azizah hadir dalam mesyuarat itu.

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada hari Ahad rayuan saya untuk diberi masa sebelum buat keputusan keluar dari PH ditolak. Saya tahu apabila Bersatu bersama kumpulan PKR Azmin keluar dari PH, Kerajaan PH akan jatuh kerana hilang majoriti.

Walaupun saya merayu untuk diberi masa seminggu untuk buat keputusan, malam itu Bersatu, kumpulan Azmin dari PKR, Umno dan Pas hadir makan malam di Sheraton Petaling Jaya. Saya enggan hadir, kerana saya tidak dimaklum apa-apa sebelum itu. Jelas sekali Bersatu, dipimpin Muhyiddin bersetuju bentuk pakatan bersama Umno, Pas termasuk kumpulan Azmin. PH tidak lagi jadi Kerajaan. Mereka tidak boleh tunggu seminggu untuk saya buat keputusan. 

Saya terfikir tentang penolakan nasihat saya oleh MPT Bersatu dan penyertaan Bersatu di Sheraton. Nyata bahawa saya telah hilang keyakinan dari Bersatu dan oleh sebab itu saya harus letak jawatan sebagai Pengerusi parti. Jika saya letak jawatan sebagai Pengerusi, saya juga tidak lagi mewakili Parti dalam PH. Jadi saya perlu juga letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Setelah diberitahu kepada pemimpin PH, saya menjangka akan menghadap Agong di sebelah tengah hari. Saya percaya YDPA telah terima surat peletakan jawatan saya semasa pertemuan itu. Pada awalnya YPDA menolak peletakan jawatan saya. Saya kekal dengan pendirian saya dan kemudian YDPA terima keputusan itu. Tetapi YDPA minta saya jadi Perdana Menteri sementara.

YDPA tidak cadangkan nama lain, pastinya bukan Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri (TPM). Saya tidak tawar diri tetapi tidak kena jika saya menolak cadangan Agong.

Pada masa itu Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh rentetan pengumuman Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari PH di sebelah tengahari. Wan Azizah sebagai TPM tidak boleh ambil alih jawatan kerana PH bukan lagi Kerajaan. Juga tidak ada satu pun ahli PH boleh ambil alih daripada saya.

Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. YDPA mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan Akuan Bersumpah di hadapannya.

Ini mengambil masa selama 2 hari dengan YDPA menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut.

Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya YB Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh Akuan Bersumpah dari semua ahli Parlimen Umno dan Pas untuk sokong saya sebagai Perdana Menteri.

Saya fikir kedudukan saya telah diperkuat memandangkan kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang menyokong saya. Tetapi rancangan Hamzah ialah menjadikan saya Ketua kepada pakatan baru yang dianggotai Umno, Pas dan Bersatu. Saya masih lagi akan jadi Perdana Menteri dan ini akan pengaruhi saya untuk tinggalkan PH.

Tetapi ahli Parlimen PH tidak namakan saya sebagai calon mereka semasa tandatangan akuan bersumpah di hadapan Agong. Anwar yakinkan mereka yang dia mendapat sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dan bersama ahli parlimen PH, memperoleh majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Dengan itu mereka namakan Anwar sebagai calon PH.

Hakikatnya dia hanya disokong DAP, AMANAH dan kumpulannya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah.

Semasa Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti.

Semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara, hubungan kami baik. Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia.

Pas tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.

Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan.

Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi Perdana Menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator.

Saya tidak ingin bosankan dengan berjawatan terlalu lama. Pada 2020 saya letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi Kerajaan. Saya juga letak jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan Kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM.

Berkenaan Kabinet pula, apabila PH hilang majoriti, Kabinet juga tidak dapat kekal. Perkara 43 (4) Perlembagaan menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ini berbeza dengan 1969, apabila Perikatan punyai majoriti. Ia tidak ditumbangkan seperti PH. Tunku dijangka akan jadi PM. Tetapi darurat diisytihar, MAGERAN ditubuh dan dipimpin oleh Tun Razak. Kemudian Tunku letak jawatan dan Tun Razak dilantik sebagai PM. Dia masih punyai majoriti kerana Perikatan telah menang dalam pilihanraya.

Begitu juga Barisan Nasional (BN) masih punyai majoriti apabila Hussein putuskan untuk tidak mahu bertanding dan saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti dan Agong tidak boleh terus lantik Wan Azizah, TPM sebagai Perdana Menteri. Agong juga tidak meminta Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Interim.

Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk Perdana Menteri Interim. Saya terima jawatan itu kerana proses pemilihan oleh 222 Ahli Parlimen mengambil masa yang lama. Negara perlukan Ketua Kerajaan sementara. Setelah ahli parlimen pilih Perdana Menteri baru, pelantikan saya terhenti. Tetapi ahli parlimen tidak berikan majoriti jelas, Anwar peroleh 92 manakala saya 62 undi.

Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk Kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan.

Saya hairan bagaimana seorang peguam tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai Pemangku PM. Sama seperti saya, dia juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kumpulan Azmin dari PKR atau Parti Keadilan. Samalah juga dengan Kabinet.

Sebagai Perdana Menteri Interim tugas saya ialah untuk menubuh Kerajaan. Ahli politik sibuk bercakap tentang kepentingan parti mereka, bukan tentang negara.

Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua Ketua Parti kita perlu ada Kerajaan Perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam Kerajaan.

Saya masih ingat dengan jelas Tun Razak, Pengerusi MAGERAN, cuba untuk bawa kesemua parti pembangkang ke dalam Kerajaan. Dia berjaya bawa bersama Gerakan, Pas dan SUPP. Tetapi DAP tolak. Masih dia rasa berhak untuk namakan perikatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional.

Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama.

Mati dicekik suami

Metro

Agensi

Beirut: Model Lubnan, Zeina Kanjo meninggal dunia dipercayai akibat dicekik oleh suaminya, Ibrahim Ghazal di kediaman mereka di sini.

Gulf News melaporkan, perkara itu disahkan keluarga mangsa yang memaklumkan mayat Zeina ditemui di dalam rumah.

Rakaman panggilan telefon dihantar adik Zeina ke saluran televisyen tempatan menunjukkan suami mangsa mengaku cuba mendiamkan isterinya dengan menutup mulut mangsa.

Lelaki berkenaan turut bertanya kepada adik iparnya itu, apa harus dilakukannya, selepas mendapati mangsa bersama individu lain di dalam rumahnya.

Beberapa sumber melaporkan suami Zeina cuba melarikan diri dari negara itu selepas melakukan pembunuhan itu, tetapi gagal.

Ia selepas seorang individu dihubunginya untuk bertanya mengenai pilihannya yang ada, kemudian melaporkan lelaki itu kepada polis.

Laporan juga mendakwa pasangan itu tidak bahagia dengan perkahwinan mereka.

Ia meskipun ada hantaran di media sosial yang menunjukkan hubungan Zeina dan suaminya sebagai pasangan ideal.

Di sebaliknya, Zeina dikatakan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan sudah menuntut cerai.

Kematian Zeina menimbulkan kemarahan warganet yang menuduh undang-undang negara itu tidak adil terhadap wanita.

Selain itu, pihak berkuasa didakwa berulang kali gagal melindungi golongan itu sekiranya berlaku keganasan rumah tangga.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Lubnan melaporkan kenaikan 112 peratus dalam aduan keganasan rumah tangga oleh wanita antara Januari dan Ogos tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2019.

Masalah itu dikaitkan dengan keadaan ekonomi di negara yang semakin buruk sejak sebelum wabak Covid-19 melanda negara itu.

NGO mahu polis didakwa lepas pemuda maut akibat hentakan benda tumpul

Faisal Asyraf


Pada 28 Jan, pasangan suami isteri warga emas menerima berita mengejutkan daripada pihak polis apabila anak mereka dikhabarkan meninggal dunia di hospital.

Pasangan itu hanya mengetahui sehari sebelum itu bahawa anak mereka, Mohd Afis Ahmad, 31 ditahan pihak polis dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Yan di Kedah.

Ahmad Daud memberitahu media bahawa pada hari berkenaan, telefonnya berdering dan nombor di skrin memaparkan nombor telefon anaknya Mohd Afis Ahmad.

Bagaimanapun ketika dia menjawab panggilan itu, suara di talian adalah suara  orang lain.

"Polis memperkenalkan diri sebagai inspektor Amri dari IPD Yan. Dia ada beritahu untuk mengecam mayat (di hospital Alor Setar)," katanya dalam sidang media yang dianjurkan oleh NGO hak asasi manusia Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict).

Kata Ahmad Daud, dia tidak tahu bahawa Afis yang berusia 31 tahun ditahan oleh pihak polis.

Tambahnya, polis memberitahu Afis dibawa ke hospital selepas mengalami kekejangan dan kelihatan seperti seorang penagih dadah.

Keluarganya kemudian dimaklumkan bahawa Afis disiasat kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis.

Menurut pengarah Edict, M Visvanathan, kematian Afis berpunca daripada hentakan benda tumpul di kepala.

 "Mengikut pengesahan doktor, punca kematian disahkan blunt force trauma to the head," katanya yang juga seorang peguam.

Justeru itu Visvanathan menggesa agar pihak polis yang mengendalikan penahanan terhadap Afis agar didakwa.

"Perkara ni tak seharusnya berlaku dalam mana-mana tahanan. Tahanan seharusnya selamat di dalam tahanan.

"Kalau terdapat unsur-unsur yang jelas yang tunjukkan si mati ini telah dipukul dan mati akibat dipukul, kita tak perlu tunggu satu inkues diadakan.

"AGC tak perlu tunggu sehingga inkues diadakan, tapi terus mendakwa anggota-anggota yang mungkin terlibat dalam kes ini kerana menyebabkan kematian," katanya.

Tulis surat kepada IGP, AG

Visvanathan berkata dia akan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berhubung perkara itu.

Tambahnya, inkues hanya perlu diadakan sekiranya kematian mangsa diragui.

Sementara itu, ibu Afis, Asnah Ahmad meluahkan rasa sedih dengan kematian anaknya dan terkilan dengan cara polis mengendalikan kes itu.

"Saya merasa terkilan juga. Depa tiga beradik, dua perempuan dan satu lelaki Jadi saya berasa sedih sangat, tu anak bongsu saya. 

"Saya minta keadilan (kepada Afis)," katanya yang menetap di Gurun, Kedah.

Pada tahun 2014, Afis menyertai polis bantuan selama dua tahun sebelum membantu penternakan ayam yang diusahakan ayahnya.

Ini bukan kali pertama Afis ditangkap.

Menurut pasangan itu, dia juga ditahan pada Ogos tahun lalu selepas disyaki melakukan rompakan.

"Kita tak tahu dia ditahan di mana.

"Anggota polis yang datang ke rumah semuanya tak berpakaian uniform. Lebih kurang enam orang.

"Mereka datang selama setengah jam dan tidak beritahu kita apa yang mereka cari," kata Asnah.

Ketika ditanya apakah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) boleh membantu siasatan, Visvanathan berkata buat masa ini dia tidak pasti di mana Afis sebenarnya ditahan.

Bagaimanapun Visvanathan berkata dia akan membangkitkan insiden itu kepada AGC dan IGP dengan menghantar surat kepada mereka minggu ini.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi ketua polis Kedah, Hasanuddin Hassan untuk mendapatkan komen.

Menteri pakai jam hampir sejuta ringgit ketika KL ada lebih 30,000 keluarga miskin?

MALAYSIA DATELINE

Menteri pakai jam hampir sejuta ringgit ketika KL ada lebih 30,000 keluarga miskin?

Tular di media sosial padanan jam tangan dipakai Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam sidang medianya sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan kelmarin.

Imej jam mewah di tangan kiri pemimpin Umno berusia 65 tahun berkenaan dikatakan berharga RM953,024.

Gambar itu turut dikongsikan oleh Facebook rasmi Penerangan Keadilan Rakyat Cabang Simpang Renggam.

“Apa ertinya jam mewah jika tidak tepati masa. Apa makna jam mahal jika malas solat awal waktu.

“Apa guna jam premium jika tidak tolong orang miskin,” kata pentadbir laman itu.

Penampilan Annuar berbaju batik biru tua dan berjam tangan mewah itu dikesan warganet ketika Ahli Parlimen Ketereh berkenaan mengumumkan senarai 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini.

Jumlah penerima gelaran dan pingat itu dianggap paling ramai bukan sahaja berbanding era PH bahkan kerajaan BN sebelum ini.

Dalam sidang media sama juga, Annuar berkata, dianggarkan lebih 30,000 keluarga daripada 1.8 juta penduduk di ibu negara memiliki pendapatan di bawah RM2,200. 

Menurutnya, golongan yang berada di bawah garis kemiskinan itu dikenal pasti di 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, terutama membabitkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Di bandar (Kuala Lumpur) golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

“Kami anggap mereka perlu dibantu dengan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan selain harus ada perancangan khusus agar mereka tidak ketinggalan,” lapor Bernama.

Annuar turut memberitahu anggaran lebih 30,000 keluarga miskin itu mengikut jumlah ketua isi rumah di 63,000 unit PPR di sekitar ibu negara.

Separuh daripadanya, kata bekas Setiausaha Agung BN berkenaan tergolong di bawah garis kemiskinan.

Sehubungan itu, dia berkata pihaknya akan mengagihkan lebih 5,000 kampit beras seminggu menerusi Program MyBeras@Wilayah berbanding sasaran awal hanya 3,000 kampit beras dalam tempoh sama kepada golongan memerlukan.

Bagi tujuan itu, jelasnya, dia menjangkakan 20,000 ke 30,000 kampit beras dalam tempoh sebulan dapat disampaikan secara sistematik kepada kumpulan sasar.