Lelaki buta bawa motosikal, isterinya membonceng di belakang (Gambar)

Lelaki buta bawa motosikal, isteri bagi arahan
Lelaki buta bawa motosikal, isteri bagi arahan
Beijing: Melihat seorang suami menunggang motosikal sementara isterinya membonceng di belakang bukanlah sesuatu yang pelik.

Bagaimana jika si suami itu yang membawa motosikal berkenaan buta?

Ini yang berlaku di bandar Yichun di wilayah Jiangxi.

Seorang lelaki sempat merakam seorang suami buta membawa motosikal dengan isterinya di belakang.

Si isteri dilihat menjerit dengan kuat, memberi arahan kepada suaminya sementara si suami dengan yakin dan tanpa takut, terus memandu motosikalnya.

Apabila tiba di tempat yang dituju, pasangan itu turun dan kelihatan selesa, seolah-olah ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian.

Apabila rakaman video itu viral di media sosial minggu lalu, polis bertindak menjejaki lelaki buta itu.

Selepas disiasat, polis mengesahkan dia bekerja di sebuah rumah urut.

Untuk menjimatkan wang, dia rela menunggang motosikal bersama isterinya. Dengan demikian, mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar tambang bas atau teksi ulang alik dari tempat kerja.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada polis bertindak ke atas lelaki itu dan isterinya.
-kualalumpurpost-

Polis buru 30 lelaki disyaki terbabit merogol seorang gadis berusia 16 tahun secara beramai-ramai

Rio De Janeiro: Polis Brazil memburu lebih 30 lelaki yang disyaki terbabit merogol seorang gadis berusia 16 tahun secara beramai-ramai hujung minggu lalu.

Penyerang juga menyiarkan gambar dan video serangan terhadap remaja yang tidak sedarkan diri itu di Twitter.

Polis memberitahu, gadis itu diserang lelaki bersenjata pada Sabtu ketika melawat kawasan setinggan di barat Rio de Janeiro.

Mangsa memberitahu pihak berkuasa beliau baru sedarkan diri pada pagi Ahad.

Video serangan itu kali pertama dilihat di media sosial Brazil pada Selasa.
-kualalumpurpost-

Video wanita paksa peragut berlari bogel

Colombia: Seorang peragut mendapat malu besar apabila wanita yang cuba disamunnya telah memaksa lelaki berkenaan berbogel dan berlari di sekeliling jalan di Bogota di Colombia.

Dalam kejadian berkenaan, wanita itu telah menarik rambut di peragut selepas lelaki tersebut cuba menyamunnya dengan menggunakan pisau.

Dia kemudiannya memukul peragut itu dan memaksa lelaki tersebut berlutut sebelum mengarahkannya berbogel.


Lelaki itu telah dipaksa berlari di sekeliling jalan dalam keadaan memalukan sambil disaksikan oleh orang ramai.

Seekor anjing telah ditugaskan untuk mengejar lelaki itu dari belakang ketika dia berlari.

Sekali-sekali wanita itu memukul punggung si peragut terbabit.

Kejadian itu dirakamkan dan videonya telah dimuatnaik dalam LiveLeak. Mungkin ia menjadi pengajaran paling besar dan memalukan kepada peragut terbabit.

-kualalumpurpost-

Kantoi: Pencuri tertinggal motosikal di tempat kejadian

FMT Reporters
cuir
PETALING JAYA: Gara-gara terlalu gembira berjaya mencuri lima utas rantai dari sebuah kuil Hindu, dua perompak terlupa motosikal yang ditinggalkan di luar tempat kejadian.

Mereka akhirnya dicekup apabila kembali untuk mengambil motosikal di kuil itu sejam kemudian.
Menurut laporan China Press, kejadian itu berlaku pada jam 12.45 pagi 16 Mei lalu di sebuah kuil di Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, penjaga kuil itu dihubungi bapanya yang memaklumkan ternampak dua individu tidak dikenali keluar dari pintu belakang kuil terbabit.

“Penjaga kuil mendapati lima utas rantai emas dalam kuil itu hilang dan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000. Ia dipercayai dicuri dan mereka turut mendapati ada sebuah motosikal diletakkan berhampiran kuil,” katanya semalam.

Menurut laporan polis yang dibuat penjaga kuil terbabit, dua lelaki India pergi ke kuil itu kira-kira sejam kemudian dan mengatakan mereka hendak sembahyang di dalam kuil itu.

Penjaga kuil yang curiga dengan dakwaan kedua-dua suspek itu kononnya hendak sembahyang pada awal pagi akhirnya mendapati mereka sebenarnya hendak mengambil motosikal yang ditinggalkan di luar kuil.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat yang diberikan dua suspek berusia 16 tahun serta 22 tahun itu, polis menjumpai tiga utas rantai emas itu dalam sebuah rumah di Setapak pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Sehubungan itu, mereka turut menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang mempunyai 15 rekod jenayah lampau dan merupakan dalang kumpulan jenayah itu.

Katanya, polis masih mencari baki dua utas rantai emas itu dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Guru nyaris dirogol hanya kerana RM10

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Seorang guru nyaris dirogol kerana beliau hanya mempunyai RM10 ketika dirompak dua penjenayah bersenjatakan pisau di luar pangsapurinya.

Menurut laporan China Press, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi Sabtu lalu di sebuah tempat letak kereta terbuka di Danau Kota, Setapak ketika seorang guru berbangsa Cina yang mengajar bahasa Jepun keluar mengambil barang di keretanya.

Tiba-tiba mangsa berusia 28 tahun itu didatangi dua perompak yang bersenjatakan pisau dan mengarahkan beliau menyerahkan barang miliknya.

Difahamkan, perompak yang berang kerana mangsa ketika itu hanya mempunyai RM10 bertindak memukul mata dan muka wanita itu dengan seorang daripada penjenayah terbabit cuba merogolnya.

Menurut laporan itu, mangsa mula menjerit meminta tolong dan dua lelaki India yang tinggal berdekatan tempat kejadian tampil membantu mangsa.

Kedua-dua suspek itu bagaimanapun berjaya melarikan diri manakala mangsa yang cedera terpaksa menerima 12 jahitan di dahinya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan telah menerima laporan mangsa dan giat mengesan kedudukan dua suspek itu.

Bayi paling berat di dunia (Gambar)

Bayi perempuan paling berat di dunia lahir di India
Bayi perempuan paling berat di dunia lahir di India
Karnataka – Seorang remaja dari wilayah Hassan di sini telah melahirkan bayi perempuan seberat 6.8 kilogram (kg), menjadi yang paling berat pernah dilahirkan di dunia sehingga hari ini.

Bayi perempuan seakan berat enam bulan itu dikatakan bersaiz dua kali ganda daripada bayi normal.

Menurut laporan The Telegraph hari ini, bayi perempuan yang masih belum diberi nama itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan caesarean oleh ibunya yang berusia 19 tahun dan dikenali sebagai Nandini.

Pihak doktor mempercayai berat bayi perempuan itu sudah mengatasi pemegang rekod semasa, Carisa Rusack yang lahir dengan berat 6.5kg di Massachusetts pada tahun 2014.

Seorang pegawai kesihatan tempatan, Dr. Venkatesh Raju berkata, selama pengalamannya 25 tahun dia belum pernah melihat mana-mana bayi yang sebesar itu.

“Dia adalah satu keajaiban. Saya percaya dia bukan sahaja bayi paling berat lahir di India tetapi bayi perempuan yang paling berat pernah dilahirkan di dunia,” ujarnya.
-kualalumpurpost-

Wajah terkini bayi diselamatkan anjing

Bayi
Riyadh: Sebelum ini terdapat cerita viral ‘Anjing selamatkan bayi’ di akbar media sosial dan pada hari ni portal memuat naik gambar wajah bayi itu telah dewasa.

Anjing ini bertindak menyelamatkan bayi baru lahir dan hantar ke rumah penduduk berhampiran gambar seekor anjing ‘menggonggong’ seorang bayi yang baru lahir ini tersebar meluas di laman sosial.

Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong yang terbiar tanpa sebarang pakaian.

Bagaimanapun, mujur seekor anjing bwerwarna coklat terang ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggong keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.

Netizen di media sosial pula tidak putus-putus memuji tindakkan anjing yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu.

Menurut gambar tersebut, telah menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi beberapa bulan lalu di mana ia mungkin terjadi di dalam salah satu negara “Gulf Kingdom”. Tetapi Pada hari ini terdapat cerita tentang gambar bayi itu sudah membesar dan ini adalah gambar bayi tersebut.
-kualalumpurpost-

Lelaki nyaris maut, kemaluan digigit ular dalam tandas (Gambar)

FMT Reporters 
ular-sawa-1
PETALING JAYA: Seorang lelaki di Thailand nyaris maut apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter dalam tandas.

Kejadian ngeri itu berlaku di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira jam 6.30 pagi semalam ketika Atthaporn Boonmakchuay, 38, duduk di atas mangkuk tandas sebelum diserang reptilia itu.

Akhbar The Sun yang berpangkalan di United Kingdom memetik laporan Bangpakong News sebagai berkata, lelaki itu segera memanggil isterinya yang meminta bantuan jiran-jiran untuk menyelamatkan mangsa.
Tandas
Mereka kemudiannya berjaya mengikat kepala ular sawa itu.

Namun, mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengetahui cara reptilia itu masuk ke dalam mangkuk tandas di rumah mangsa.

Unta gigit kepala tuan hingga putus

Unta
New Delhi – Seorang lelaki maut apabila kepalanya terputus selepas seekor unta miliknya menggigit tengkuknya.

Harian Metro melaporkan, ketika kejadian haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu sedang leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan pada Sabtu sebelum dia teringat untanya ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari.

Ketika cuba membuka ikatan pada kaki, unta tersebut mejadi agresif dan menyerangnya.

Menurut saksi yang juga jiran lelaki terbabit, untuk itu mengigit tengkuk tuannya sehingga menyebabkan kepala lelaki itu terputus.

“Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus,” katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Sebelum ini, haiwan itu juga pernah menyerang pemiliknya.

Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka.
-kualalumpurpost.net-

Di mana Muhyiddin Yassin?

Fakhrurrazi Rashid
muhyiddin-yassinWarkah Datuk Seri Anwar Ibrahim menggamatkan ruang awam yang asyik meletakkan harapan kepada Deklarasi Rakyat (DR) bagi menumbangkan Datuk Seri Najib Razak.

Ramai yang membenarkan kezaliman dan kelicikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membawa gerakan ini melalui warkah Anwar. Namun, di pihak sejuta rakyat yang menandatangani DR masih mencari solusi dan keyakinan untuk meneruskan idea DR walaupun warkah Anwar seolah-olah mencabar kemampuan gerakan tersebut.

DR menerima pelbagai kritikan apabila terdapat pimpinan yang lantang mengkritik mahakuasa hari ini turut serta dalam DR. Pada kala ramai pihak mempersoalkan kredibiliti Mahathir dalam DR dan debat memilih gerakan lebih efektif untuk menjatuhkan Najib, timbul satu persoalan. Di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Tokoh totok UMNO yang kuat menentang rakan partinya kini seolah-olah terdiam daripada merancakkan bukti ketirisan bekas ketuanya dalam Jemaah Menteri. Kini, bekas timbalan perdana menteri itu masih gagal menimbulkan keyakinan rakyat untuk meletakkan kesanggupan merubah Malaysia ke arah lebih baik. Masalah utama sekali apabila Muhyiddin tidak hadir ke Parlimen.

Muhyiddin tiada di Parlimen

Persidangan Parlimen mesyuarat kedua bagi penggal keempat bermula pada 16 Mei 2016. Sesi Dewan Rakyat yang singkat selama lapan hari ini merupakan satu peluang terbaik kepada ahli Parlimen, termasuk Muhyiddin membawa isu negara dan rakyat untuk dibahaskan.

Malah desakan untuk menyemak, mengimbangi dan mempersoalkan urus tadbir kerajaan boleh dilakukan di Dewan Rakyat apabila masalah UMNO/BN semakin menggusarkan orang awam.

Malangnya, Muhyiddin masih gagal menghadirkan diri ke Parlimen untuk membahaskan masalah kerajaan di bawah Najib. Tindakan ini merupakan bukti Muhyiddin masih tidak berani mengkritik partinya dan wakil rakyat BN secara langsung di Parlimen.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak memberikan soalan lisan dan bukan lisan pada sesi Parlimen setakat ini. Bagaimana seorang ahli Parlimen dan bekas TPM gagal mengemukakan bukti skandal yang diketahui di Parlimen?

Ketidakhadiran Muhyiddin di Parlimen jelas memperlihatkan pemimpin UMNO ini tidak mempunyai perbezaan dengan Najib yang enggan hadir ke Parlimen bagi menjawab soalan ahli Parlimen pembangkang.

Malah, Muhyiddin pula gagal mengemukakan bukti penyelewengan dan skandal 1MDB yang semakin merunsingkan rakyat di Parlimen. Dia tidak boleh memberi alasan pemecatannya sebagai TPM membolehkan dirinya tidak hadir ke Parlimen untuk bangkit mempersoalkan kelemahan kerajaan.

Berbeza pula dengan Tony Abbott, bekas perdana menteri Australia yang hadir ke Parlimen walaupun dipecat partinya dan jawatannya digantikan dengan Malcolm Turnbull pada September 2015. Tindakan Tony itu bukti betapa penting seorang ahli Parlimen hadir bagi menjalankan tugasnya walaupun dipecat daripada kerajaan.

Sikap tidak hadir di Parlimen ini memberi kesan negatif kepada integriti dan amanah Muhyiddin yang perlu hadir untuk mewakili kawasan Pagoh membahaskan isu rakyat. Di sini terlihat kelemahan Muhyiddin yang tidak mempunyai pengaruh di dalam Dewan Rakyat, terutamanya BNBBC.

Muhyiddin perlu belajar daripada 150 ahli Parlimen backbenchers parti Konservatif Britain yang memberi tekanan hebat di House of Commons kepada David Cameron melalui undi tidak percaya sekiranya Britain keluar (Brexit) daripada Kesatuan Eropah (EU). David dikritik hebat oleh ahli partinya yang melihat kempen ini tidak mendatangkan keuntungan kepada Britain.

Bagaimanapun, sokongan ahli Parlimen BN dilihat tidak berganjak untuk menyokong Najib walaupun pelbagai pendedahan dilakukan. Wakil rakyat BN dingin dengan tindakan Muhyiddin dan akhirnya tujuan menjatuhkan Najib bertambah sukar tanpa sokongan ahli Parlimen UMNO/BN.

Apa yang boleh dilakukan Muhyiddin dalam Parlimen?

Sistem Parlimen Malaysia masih di tahap semi-autoritarian di mana semua urusan Parlimen berpihak kepada parti pemerintah tanpa laluan yang mudah untuk parti pembangkang. Amalan ini boleh diperbaharui sekiranya Muhyiddin mempunyai ‘political willing’ bagi memberi tekanan kepada perdana menteri.

Muhyiddin perlu membawa usul undi tidak percaya kepada perdana menteri di Parlimen. Perkara ini bersesuaian dengan hujah yang dibawa Dr Azmi Sharom yang menegaskan ahli Parlimen mempunyai kuasa untuk menyingkirkan perdana menteri.

Namun, perkara ini mungkin bercanggah dengan amalan parti UMNO/BN. Tindakan ini berperlembagaan dan tidak bercanggah dengan amalan sistem demokrasi berparlimen.

Usul undi tidak percaya yang dibawa pihak pembangkang tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat walaupun usul tersebut diterima speaker Dewan Rakyat. Mungkin, usul ini boleh dibahaskan sekiranya dibawa seorang ahli Parlimen UMNO seperti Muhyiddin dengan sokongan beberapa ahli Parlimen BN. Jika perkara ini berjaya dibawa Muhyiddin, maka terdapat momentum perubahan yang cukup signifikan kepada sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

Tidak bermanfaat sekiranya DR hanya menumpukan objektif menjatuhkan Najib di ruang awam tanpa usaha melawan dan membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat. Muhyiddin perlu tahu dia mempunyai sokongan daripada pihak pembangkang dan sejuta tandatangan sebagai sokongan rakyat untuk menjayakan usul undi tidak percaya.

Apa seterusnya?

Muhyiddin wajib hadir pada sidang Parlimen akan datang ketika belanjawan negara dibentangkan. Peluang ini perlu digunakan oleh Muhyiddin untuk meneliti belanjawan negara yang dilihat semakin menyusahkan rakyat selepas Bajet 2016 dibentangkan.

Saya fikir, Muhyiddin tidak akan hadir persidangan singkat Dewan Rakyat kali ini. Jika dia masih tidak hadir untuk persidangan parlimen akan datang, maka dia tidak layak menjadi ahli Parlimen lagi dan saya fikir lebih baik UMNO memecatnya daripada parti.

Malah, saya tidak fikir Muhyiddin akan menjadi calon BN di Pagoh pada PRU14 selepas pengkhianatan yang dibuat kepada parti. Persoalannya, mampukah Muhyiddin membawa usul undi tidak percaya perdana menteri di Parlimen?

Oleh Fakhrurrazi Rashid ialah pembaca FMT

Penyanyi pop ditikam lebih 20 kali

Mayu Tomita
Tokyo – Gara-gara memulangkan semula hadiah jam pemberian peminat fanatik, seorang bintang pop Jepun kini koma selepas parah akibat ditikam lebih 20 kali.

Mayu Tomita, 20, dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan parah di leher dan dada akibat ditikam puluhan kali apabila diserang suspek, Tomohiro Iwazaki ketika penyanyi itu menuju ke pentas bagi satu konsert di Koganei.

Suspek yang juga berusia 20 tahun itu memberitahu polis, dia marah apabila penyanyi pujaannya itu memulangkan semula jam yang dihadiahkannya.

Iwazaki ditahan selepas ditemui di tempat kejadian dengan memegang pisau berlumuran darah, manakala Mayu dikejarkan ke hospital dan menurut media Jepun, penyanyi itu masih belum sedarkan diri.

Mayu bintang terkenal dalam siri televisyen kanak-kanak dan artis JPop popular.

Dia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatannya termasuk memaklumkan polis beberapa minggu lalu selepas diganggu lelaki itu di atas talian.

Iwazaki dikatakan menulis kata-kata ancaman di Twitternya dan juga di blog, termasuk mengugut menyakitinya.

Sumber polis memberitahu, lelaki itu naik berang apabila penyanyi itu tidak memberi jawapan yang dikehendakinya.

“Saya bersemuka dengannya dan bertanya mengenai hadiah itu. Namun, dia tidak memberi jawapan yang jelas menyebabkan saya marah dan menikamnya berulang kali,” katanya dipetik Japan Times.

Dia yang sebelum ini ditangkap atas tuduhan menyerang Mayu difahamkan akan ditahan semula bagi kesalahan cuba membunuh mangsa. – Agensi
-kualalumpurpost-

Wanita bertudung jual nasi babi

FMT Reporters 
nasi-babi
PETALING JAYA: Gambar seorang wanita bertudung tetapi berniaga makanan nasi daging babi membawa pelbagai respon dalam kalangan penduduk tempatan di Jakarta Barat.

Gambar yang diviralkan secara meluas oleh seorang pengguna Facebook Hanny Kristianto itu juga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang turut mengklasifikasikan ia sebagai gambar palsu.

Namun, menurut Hanny Kristianto wanita itu sememangnya berniaga pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat dan merupakan seorang Islam.

“Dia bekerja di kedai makan milik peniaga bernama Oey Cecilia dan Tommy. Dia hanya bekerja di sana kerana terdesak selepas sukar mendapat kerja di tempat lain dan terpaksa menjaga keluarganya,” katanya yang meminta orang ramai supaya tidak mencemuh tindakan wanita itu.

Gerai tersebut dibuka pada setiap hari dan sering dikunjungi oleh jemaah dua gereja di Mal Lippo Puri yang berlokasi berdekatan pasar raya gerai itu ditempatkan.

“Sudah jelas tertulis makanan di gerai itu mengandungi babi dan bukan untuk pelanggan Muslim,” tambahnya lagi, lapor akhbar tempatan Indonesia.

PM beli kereta terpakai berharga RM8,838 untuk isteri (Gambar)



LONDON: Sebagai Perdana Menteri Britain, David Cameron boleh berbelanja mewah tanpa perlu bimbang tentang duit, namun beliau memilih untuk berjimat apabila membelikan iste­rinya, Samantha kereta terpakai jenama Nissan Micra yang berharga 1,495 pound (RM8,838).

Menurut laporan laman web telegraph.co.uk, Cameron pergi sendiri ke pusat jualan kereta Witney di Minster Lovell, Oxfordshire dan memilih kereta Mark 3 Micra keluaran antara 2002 sehingga 2010 dengan enjin 1.2 liter serta kotak gear dengan pemanduan manual lima kelajuan.

Kata pemilik pusat jualan itu, Ian Harris, dia menerima panggilan telefon yang memberitahunya Cameron akan ke kedainya untuk membeli kereta, namun dia menyifatkannya sebagai gurauan oleh rakan.
-utusan.com-
Kalau PM Malaysia mungkin berlaku gempa bumi seluruh malaysia

10 barang paling mahal di dunia yang anda tidak pernah sangka


LONDON: Ada bahan yang lebih mahal daripada emas dan berlian walau galian berharga ini sudah terlalu bernilai bagi diri kita.

Portal The Telegraph di sini kelmarin menyenaraikan 19 bahan berharga dalam nilai setiap gram wang yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Pasti sebahagian bahan ini anda tidak pernah menduga dan belum mengetahuinya. Berikut kami senaraikan 10 bahan tersebut berdasarkan nilainya bagi setiap gram:

1 Bunga safron: £10 (RM59)

Rempah paling mahal di dunia, bunga safron atau za’faron, dijual di pasaran antara £5 (RM29.58) dan £10 (RM59.15) satu gram.

Secubit makanan ini sangat bernilai kerana bunganya mengeluarkan beberapa stigma yang hanya boleh dipetik menggunakan tangan dan kemudian dikeringkan. Selain menyedapkan makanan dan dikatakan berkhasiat, kira-kira 150 bunga diperlukan bagi menghasilkan satu gram safron.

2 Telur ikan beluga dari Iran: £20 (RM118.31)

Telur dari ikan jenis sturgeon yang sukar diperolehi ini diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai makanan paling mahal di dunia.

3 Tanduk badak sumbu: £69 (RM408.16)

Tanduk badak sumbu boleh mencecah harga lebih RM400. Kecurian tanduk meningkat semula sejak 2008 selepas muncul khabar serbuknya merawat barah seorang ahli politik di Vietnam.

4 Daun emas: £200 (RM1,183)

Daun emas, yang digunakan untuk perhiasan dan pengalir elektrik, dikatakan antara logam berharga yang boleh dimakan.

Empingan emas 24 karat berharga sekitar £68 (RM402) walau satu gram serbuk emas yang lebih tulen boleh berharga semahal £200 (RM1,183) setiap gram.

5 Bisa labah-labah: £935 (RM5,530)

Bisa haiwan ada nilai perubatan, digunakan untuk merawat kesakitan dan barah, selain sebagai penawar racun gigitan binatang berbisa.

Harga satu gram bisa ular boleh sampai £263 (RM1,555.73), manakala bisa kala jengking £415 (RM2,454.86). Bisa labah-labah paling mahal berharga £935 (RM5,530) satu gram.

6 Poskad tua: £5,293 (RM31,309.79)

Poskad paling mahal di dunia dihantar oleh penulis bernama Theodore Hook darii Fulham kepada dirinya sendiri pada 1840. Ia dijual dengan harga £31,758.75 (RM187,863.15) pada 2002.

Berdasarkan berat, pengumpul barangan dari Latvia, Eugene Gomberg, membayar lebih £5,000 (RM29,576.60) untuk poskad tertua di dunia.

7 Dadah soliris: £10,500 (RM62,110.85)

Dipercayai dadah termahal di dunia, soliris boleh merawat penyakit ganjil pengancam nyawa, atypical Haemolytic Uraemic Syndrome (aHUS), yang menjejaskan buah pinggang dan organ penting.

Setiap 300mg bebuli soliris berharga £3,150 (RM18,633.26) atau bersamaan £10,500 (RM62,110.85) bagi setiap gram.

8 Berlian ‘bintang merah jambu’: £45,000 (RM266,189.37)

‘Bintang merah jambu’ dari Afrika Selatan muncul sebagai berlian paling mahal di dunia apabila dijual £51.7 juta (RM305.82 juta) pada 2013.

Bernilai 59 karat, berlian berbentuk bujur itu berukuran 2.69cm kali 2.06cm dengan berat hampir 12 gram.

9 Californium: £18.7 juta (RM110.62 juta)

Californium, sejenis unsur logam berlabel Cf, boleh digunakan untuk menghidupkan reaktor nuklear dan merawat barah. Ia juga didapati dalam alat pengesan logam.

Bahan radioaktif ini pertama kali dihasilkan di makmal Universiti California, Amerika Syarikat pada 1950. Maka nama kimia ini diabadikan sempena nama universiti dan negeri tersebut.

10 Bahan antibenda: £17 bilion (RM100.56 bilion)

Pada 1999, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) mengatakan US$62.5 trilion (RM254.81 trilion) diperlukan untuk menghasilkan satu gram antihidrogen.

Tujuh tahun kemudian, dianggarkan pembuatan setiap gram positron (antipartikel elektron) bernilai US$25 bilion (RM101.92 bilion).

Antibenda, atau antimatter, sejenis benda yang bersifat antipartikel, yang mempunyai berat seperti partikel sesuatu benda tetapi casnya berlawanan.
-detikdaily.net-

Suami kejam ke tali gantung akibat bakar isteri

Predeep Nambiar 
Chiam-Nguang-Huat
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didakwa membunuh isterinya di Bukit Mertajam tiga tahun lalu.

Chiam Nguang Huat, 42, didapati bersalah membakar dan membunuh Lai Siew Fong, 37.

Nguang Huat tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan membacakan hukuman itu.

Tertuduh juga bersikap acuh tak acuh ketika penterjemah mahkamah memaklumkan dia akan digantung sampai mati dalam dialek Hokkien.

Penganggur itu didakwa membunuh isterinya di sebuah rumah bernombor 59 di Jalan Bayu Mutiara, Bukit Mertajam pada jam 4 petang 24 Jun 2013.

Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu Nguang Huat dan isterinya bergaduh sebelum tertuduh membakar mangsa.

Tertuduh yang bertindak menyembunyikan diri di Lembah Klang, akhirnya ditahan sembilan bulan selepas kejadian itu.

Mangsa yang dirawat di unit kebakaran Hospital Pulau Pinang pula meninggal dunia tiga bulan kemudian.

Nordin dalam penghakimannya berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu kerana tindakan tertuduh membeli satu botol plastik untuk mengisi petrol membuktikan dia berniat membunuh mangsa.

Jelasnya, keterangan yang diberikan dua anak mangsa di mahkamah turut mendedahkan tertuduh mencurah petrol ke badan mangsa, sebelum membuang rokok yang masih bernyala ke atas lantai.

Sehubungan itu, beliau menolak hujah Nguang Huat kononnya dia mahu membunuh diri tetapi terbakar isterinya secara tidak sengaja.

“Jika dia mahu bunuh diri, dia tidak akan selamatkan dirinya semasa bahan api dinyalakan,” kata Nordin sambil menambah mahkamah turut mengambil kira lelaki itu pernah memukul isterinya.
-fmt-

Seorang pelajar Tahfiz trauma, jadi mangsa ustaz bernafsu songsang

Alif Hakim, 15, trauma selepas menjadi mangsa kepada seorang ustaz bernafsu songsang. - The Malaysian Mirror, 24 Mei, 2016.
Alif Hakim, 15, trauma selepas menjadi mangsa kepada seorang ustaz bernafsu songsang. – The Malaysian Mirror, 24 Mei, 2016.
Harapan seorang ibu, Norhafiza Zabiri, 39, untuk melihat anaknya menjadi seorang Tahfiz hafaz Al-Quran berkecai gara-gara seorang ustaz yang mempunyai nafsu songsang bertindak mencabul anak lelakinya, Alif Hakim sehingga terpaksa melarikan diri dari sekolah.

Lebih mengecewakan ibu kepada 8 orang anak itu, pihak sekolah Madrasah Tahfiz Darul Riyadh Rantau Panjang tersebut tidak mengambil tindakan terhadap ustaz yang tidak bertanggungjawab tersebut sebaliknya mendakwa anaknya berbohong mengenai insiden tersebut.

Menceritakan kisah hitam dialami anaknya itu, Norhafiza yang berang dengan pihak pengurusan tersebut sudah membuat laporan polis namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Sebaliknya, pengetua madrasah tersebut menyuruh Norhafiza supaya menarik semula laporan polis dibuatnya atas alasan ia akan menjejaskan dana yang diterima oleh sekolah tersebut.

Anak lelakinya itu memulakan persekolahan di madrasah tersebut pada 9 Januari 2015 sehinggalah melarikan diri pada 29 Januari 2016.

Difahamkan, madrasah tersebut mendapat dana dan sumbangan daripada kerajaan negeri.

Diraba dan dicium ustaz bernama Wan Mat

Alif, ketika insiden itu berlaku berusia 14 tahun berkongsi pengalaman kisah hitamnya diraba dan dicium oleh ustaz tersebut yang berusia sekitar 40 tahun.

Pada permulaan, ustaz tersebut mula merapatkan diri dengan Alif dan mengambil berat tentang persekolahan remaja tersebut, kemudiaan ustaz tersebut mula mengajak Alif ke biliknya dan daripada situ bermula episod hitam dalam hidup remaja tersebut.

“Pada mulanya, dia ambil berat pada saya dan banyak bertanya tentang keluarga serta bertanya sama ada terdapat pelajar senior yang mengganggu saya atau tidak.

“Ustaz mula ajak minum bersama dan bawa saya naik motor bersama,” kata Alif menceritakan pengalamannya.

Alif tidak mempunyai prasangka buruk terhadap ustaz tersebut sehinggalah sebulan selepas ustaz itu mula menunjukkan dirinya yang sebenar.

“Semasa dalam bilik, ustaz mula menunjukkan sifat buruknya itu.

“Dia mula meraba-raba dan mencium saya. Berkali-kali dia cium dileher dan banyak tempat lain lagi,” kata Alif yang jijik dengan perbuatan terkutuk ustaz tersebut.

Alif menjauhkan diri daripada ustaz

Selepas insiden jijik dalam bilik ustaz tersebut, Alif berasa marah dan kecewa dengan tindakan terkutuk tersebut dan mula menjauhkan diri sehingga mula ponteng sekolah kerana tidak mahu melihat wajah ustaz tersebut.

“Selepas itu saya mula ponteng sekolah dan tidak ke kelas,” katanya.

Alif juga menceritakan ustaz tersebut tidak berpuas hati dengan tindakannya menjauhkan diri dan membuat tuduhan mengatakan terlibat mencuri barang pelajar serta menghukumnya dengan merotan.

Ramai pelajar berpindah kerana insiden sama

Menurut Alif, ramai pelajar lain yang senasib dengan beliau dan ibu bapa terpaksa mengambil keputusan memindahkan anak mereka ke sekolah lain.

“Ramai pelajar lain yang mengalami insiden sama dan berpindah ke sekolah lain,” katanya.

Menurut Norhafiza, ibu bapa pelajar yang mendapati anak mereka menjadi mangsa perbuatan terkutuk enggan mengambil tindakan kerana malu anak mereka diperlakukan sedemikian dan tidak mahu memperbesarkan isu.

“Ramai ibu bapa di sekolah itu anak mereka mengalami insiden sama, tapi mungkin mereka malu dan tidak mahu memperbesarkan isu,” kata beliau.

Alif trauma, 2 kali berjumpa pakar dapatkan rawatan

Insiden tersebut nyata memberi kesan psikologi kepada Alif, menurut Norhafiza, anaknya itu sudah berjumpa dua kali dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut untuk menstabilkan semula emosinya yang terganggu.

“Setakat ini, Alif sudah dua kali menjalani rawatan psikiatri di Puaat Rawatan UiTM, Selayang,” kata beliau.

Selepas menjalani dua kali rawatan, Norhafiza berkata anaknya sudah nampak ada perubahan dan tidak murung sentiasa seperti sebelumnya sejak melarikan diri daripada sekolah pada Januari lalu.

Ibu kecewa dan berhasrat untuk menyaman pengurusan madrasah

Norhafiza nyata marah dan tidak berpuas hati dengan pengurusan madrasah tersebut, menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil.

Norhafiza menuntut keadilan bagi anaknya yang tertekan tidak dapat menerima tindakan ustaz bernama Wan Mat.

“Saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas madrasah anak saya tapi saya menyedari kos yang tinggi perlu ditanggung,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan pihak sukarelawan guaman untuk membantunya mengambil tindakan undang-undang terhadap madrasah itu. – 24 Mei, 2016.

AWAS!!! Hati-hati jangan termakan mi kari babi di Kuala Kangsar

FMT Reporters
Samsudin-Abu_perak_kuala-kangsar_NEW
KUALA KANGSAR: EXCO Perak mengingatkan pekerja kempen dan penyokong parti yang berkempen untuk PRK Kuala Kangsar berhati-hati ketika memilih kedai makan untuk menjamu selera.

Ini kerana, sebuah premis menjual mi kari di Kuala Kangsar disiasat susulan dakwaan mengatakan ada penggunaan sup babi sebagai ramuannya.

Premis yang beroperasi sejak beberapa puluh tahun lalu dan turut dikunjungi pelanggan Islam itu diserbu penguatkuasa kelmarin, lapor akhbar Sinar Harian.

Hasil serbuan Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dua hari lalu itu mendapati kedai itu tidak mempunyai sijil halal dan pengusaha premis bukan orang Islam.

EXCO Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Samsudin Abu Hassan berkata kerajaan negeri sedang melakukan siasatan terperinci tentang dakwaan itu dan jika terbukti, premis itu boleh dikenakan tindakan.

“Bukan saja berkaitan sup babi tetapi ada tiga pekerja Melayu yang bekerja di situ dan ia nampak hendak mengaburi mata orang ramai yang datang ke premis tersebut,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama beragama Islam yang berkunjung ke Kuala Kangsar sempena PRK pada 18 Jun depan dinasihatkan berhati-hati dengan premis yang tidak ada logo halal.

“Kalau boleh carilah premis makanan yang diusahakan orang Islam Kalau rasa was-was dengan kedai makanan tersebut, tinggalkan, cari yang lain dan terbukti halal dan bersih,” katanya.

Pelajar lakukan seks dengan 25 lelaki dalam tandas

Florida: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun disyaki mengadakan hubungan seks dengan 25 pelajar lelaki di sebuah tandas lelaki di Sekolah Tinggi Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

sehubungan itu, pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian tersebut.

Menerusi rakaman CCTV sekolah yang diambil, seramai 25 pelajar lelaki didapati bertukar ganti memasuki tandas yang sama, dipercayai mengikut giliran dilayan oleh pelajar perempuan terbabit.

Khabar angin mengenai ‘perlakuan jijik’ pelajar-pelajar tersebut mula diketahui selepas sebuah video yang dirakam sendiri pelajar wanita itu, dikatakan tersebar di kalangan pelajar sekolah terbabit selepas ia dimuat naik di laman sosial Snapchat.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum menemui video Snapchat berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

Menurut jurucakap sekolah, setakat ini tiada mana-mana pelajar ditahan dan siasatan secara dalaman sedang dilakukan pihak sekolah dan polis.
-kualalumpurpost-

Rupanya pemain Denmark 'berguru' dengan Misbun (Gambar)

Nursyabiha Sukri
Di sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat pertama kali semalam, pasti tidak ramai yang tahu adanya 'sentuhan' bekas jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.

Sebaik Denmark muncul juara Piala Thomas, media sosial menyiarkan gambar pemain negara itu termasuk wira yang menyumbang mata kemenangan, Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen bersama Misbun dan adiknya, Datuk Jalani Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Bagi Jalani yang juga bekas pemain beregu negara, kehadiran pemain Denmark bukan satu perkara yang baharu kerana mereka sering bertemu dengan bekas jurulatih Datuk Lee Chong Wei itu untuk menimba ilmu.

Jalani berkata gambar yang tersebar di media sosial berhubung kehadiran pemain Denmark 'berguru' dengan Misbun itu sebenarnya adalah sebelum berlangsungnya Kejohanan Terbuka Malaysia lagi, bulan lepas.

"Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi... memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik.

"Sebenarnya sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara yang sama yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China, dan ketika itu memang sasaran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas.

"Ini adalah persiapan yang dilakukan oleh Denmark, seharusnya kita pun begitu," katanya ketika dihubungi Bernama.
BAM hang pi mana...hang pi mana...hang pi mana ???.. terbaik lejen dato' Misbun Sidek & Dato Sri Jszk Jack... respect and salute.. ni la player2 yg julang thomas cup tadi.
Jalani berkata Misbun tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mana-mana pemain yang mahukan pengalaman serta tunjuk ajar.

"Pemain Denmark adalah pemain kelab, segala perbelanjaan untuk menjalani latihan itu ditanggung sendiri dan tidak melibatkan persatuan negara berkenaan. Jadi, pemain mereka bebas untuk ke mana sahaja menjalani latihan.

"Mereka berjumpa Misbun kerana ingin mengetahui bagaimana Chong Wei masih kompetif sehingga kini.

"Misbun juga mengenali mereka ketika bersama-sama Chong Wei dahulu dan mempunyai pengetahuan tentang pemain Denmark," katanya.

Mengulas mengenai prestasi skuad negara, Jalani berkata pemilihan pemain adalah tanggungjawab Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan badan induk itu sendiri lebih mengetahui tentang kelebihan pemain negara.

"Saya hanya berkongsi pendapat apabila ditanya mengenai pasukan Piala Thomas 1992 dan yang sekarang, pemilihan pemain itu adalah keputusan BAM.

"Sekiranya BAM kata layak ke separuh akhir itu satu bonus, jadi itu tidak salah... pada 1992 dulu, sasaran kami adalah menjulang Piala Thomas.

"Jika dulu kami mendapat pendedahan daripada tiga jurulatih China untuk menewaskan pasukan China, sekarang pemain mempunyai Morten Frost Hansen (Pengarah Teknikal BAM) yang pasti mempunyai kepakaran tentang pemain Denmark," katanya.

Pasukan Denmark mengalahkan Malaysia 3-2 di separuh akhir seterusnya mengekalkan rentak kemenangan untuk bergelar juara buat julung kalinya apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan sama pada final Piala Thomas, semalam.
-Bernama

Remaja jadi hamba seks gara-gara ‘pil noda’?

FMT Reporters
polis-tahanPETALING JAYA: Disyaki gara-gara terminum segelas air yang dicampur ‘pil noda’, seorang gadis berusia 17 tahun diugut menjadi hamba seks sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada mangsa yang disyaki meneguk minuman dicampur ‘pil noda’ ketika menemui rakan-rakannya di sebuah jeti pada Mac lalu.

Dalam keadaan mamai, mangsa mendakwa dia dirogol beramai-ramai dalam sebuah rumah dan gambar serta video bogelnya turut dirakamkan.

Menurut laporan China Press, mangsa mendakwa terpaksa mengikut telunjuk suspek kerana tidak mahu perkara itu terdedah, selepas mereka dikatakan mengugut mangsa dengan gambar dan video bogelnya.

Perkara itu terdedah selepas pihak sekolah mendapat tahu kejadian itu dan memaklumkan bapa mangsa pada Khamis lalu.

Bapanya kemudiannya membuat laporan polis dan membawa anaknya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Mangsa mengakui terpaksa hidup dalam ketakutan setiap hari dan tidak berani memberitahu bapanya kerana bimbang akan dimarahi dan gambar bogelnya tersebar di laman media sosial.

Difahamkan mangsa yang datang daripada keluarga tunggal mengikut bapanya menetap di Pulau Tioman pada April 2014 dan kemudiannya berkenalan dengan sekumpulan pekerja jeti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, enam suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan.

Lelaki bogel nyaris maut dibaham singa ( video & Gambar)

FMT Reporters 
singa
PETALING JAYA: Seorang lelaki nyaris maut ketika cuba membunuh diri dalam keadaan bogel selepas dibaham singa dalam sebuah zoo di Chile pagi kelmarin.

Kejadian itu berlaku Sabtu lalu apabila seorang pemuda bertindak melompat ke dalam kurungan singa di Zoo Metropolitan, Santiago.

Dia kemudiannya menanggalkan pakaian dan melompat ke bahagian tengah kurungan itu sebelum diserang dua ekor singa.

Penjaga zoo terpaksa menembak mati masing-masing seekor singa jantan dan betina itu bagi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Kejadian ngeri itu disaksikan ramai pengunjung, termasuk kanak-kanak yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit.

Luis Ferrada, 20, dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Pengarah Taman Metropolitan, Mauricio Fabry yang dipetik portal berita rt.com berkata, surat yang dipercayai nota bunuh diri dijumpai dalam pakaian lelaki itu.

Menurut saksi, lelaki terbabit melaungkan slogan keagamaan ketika dia diserang raja rimba itu.

Tambah mereka, singa-singa itu pada mulanya tidak memberi perhatian kepada lelaki terbabit dan ia hanya menyerang pemuda berkenaan selepas dia mula bermain dengan haiwan-haiwan itu.

“Zoo ini mempunyai protokol kerana nyawa manusia sangat penting kepada kami,” kata pengarah zoo terbabit, Alejandra Montalba yang dipetik agensi berita AP.

Tambahnya, zoo itu tidak mempunyai ubat penenang bertindak cepat yang boleh menenangkan haiwan-haiwan itu dengan segera.