KINI di Istambul, sebahagian dari kaum 'Gay', disebut juga 'hombreng' atau 'mat lembut' dalam istilah bahasa pasar di Malaysia dikatakan telah menikmati kebebasan mereka sepenuhnya dengan berpindah ke Turki. Sebenarnya bukan kebebasan, tetapi ke'terbabas'an..
Kota Istanbul yang sekular itu sangat memberikan kelonggaran bagi anak muda Gay asal Irak ini, sehingga mereka merasa hidup aman, nyaman dan tenang selama negara itu masih sekular dan berbedajauh dengan tinggal di Irak sebelumnya, yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian. Dikatakan mereka diancaman bunuh oleh puak mujahidin, kerana selain dari mereka melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam, mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah umat Islam di Irak.
Dikisahkan.. ada seorang anak muda dari keluarga menengah ke atas Turki, hidup bersama berbahagi tempat di sebuah apartemen kecil di kota Istanbul dengan lima pria Gay asal Irak. Dia mengasingkan diri dari gelombang intoleransi dan mengatakan bahawa untuk pertama kali dalam hidupnya dia dapat mengekspresikan orientasi seksualnya secara terang-terangan di khalayak ramai. Boleh begitu kalau di Turki.
Tindakan homoseksual adalah sesuatu yang dilarang di seluruh negara-negara Timur Tengah, namun mereka dapat sedikit bernafas lega setelah AS menjajah Irak. Tetapi kebebasan kaum gay dan lesbian di Irak itu tidak berlangsung lama, setelah terjadinya kebangkitan puak mujahidin Islam memerangi pasukan AS dan sekutunya, di mana mereka kaum gay juga dikatakan menjadi target dan sasaran mujahidin.
"Saya akan dilanyak dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay.." kata Ameer. "Tapi disini, di Turki kami merasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami, Irak."
Di Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman gaynya sahaja yang tahu. Kerana di Irak dulunya tindakan homoseksual boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ameer telah tinggal di Irak setelah keluarganya melarikan diri dari kekerasan sektarian, tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk tentera Amerika di ibu kota Baghdad, yang dibentengi Zon Hijau, iaitu sebuah kawasan aman bagi orang asing disana.
Kes pembunuhan golongan Gay terjadi pada bulan Mac dan April lalu, dimana ditemukan enam orang gay terbunuh, empat diantara yang terbunuh itu didada mereka tertulis dalam bahasa Arab kata-kata 'menyimpang'. Ameer, yang telah meninggalkan Bagdad sejak Jun 2007 lalu, meminta suaka dan dipersetujui setelah tiga kali wawancara di pejabat PBB, Ankara Turki. Ia berharap suatu hari nanti ia dapat bergabung dengan pasangan gay lain di AS.
"Teman dan sepupu saya di AS kata, saya boleh menikmati kehidupan gay disana, dan saya tidak perlu malu untuk mengakui, saya seorang Gay." katanya. Namun buat masa ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di negara sekular Turki yang majoriti penduduknya Muslim, dimana dirinya merasa aman dan nyaman dengan ke 'hombreng'annya.
Untuk bertahan hidup di Turki, Ameer mendapat sedikit kiriman wang dari keluarganya di Irak sambil berkerja cuci kereta. "Kami tidak lagi risau disini," kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Irak..."
Macam juga pejudi-pejudi atau pelanggan-pelanggan pelacur yang terpaksa lari keluar dari Kelantan pergi ke Golok atau ke negeri-negeri di bawah tadbiran BN, kerana suasana Islam menjadi neraka bagi mereka. (Sumber: Era Muslim dll/AK)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan