KOSMO!
Tangkap layar gambar sepanduk Netanyahu yang didakwa telah dirampas pada Perhimpunan ‘Freedom For Palestine’, pagi tadi.
PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila penganjur Perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini didakwa melarang pesertanya daripada melaungkan Allahuakbar.
Menurut hantaran wanita tersebut di laman Facebook, penganjur dikatakan turut merampas sepanduk yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai syaitan.
“Kami berulang kali diminta untuk tidak melaungkan Allahuakbar. Alasannya, himpunan ini adalah himpunan kemanusiaan yang melibatkan orang bukan Islam.
“Sekiranya benar, bukankah tanggungjawab (penganjur) untuk mendidik orang bukan Muslim untuk tidak takut dengan kalimah tersebut?,” ujarnya dalam hantaran sama.
Malah, wanita tersebut mendakwa pihak penganjur turut menggelar peserta yang membawa sepanduk Nentanyahu itu sebagai Zionis.
“Saya kecewa dengan penganjur. Bukankah Islam merupakan agama rasmi negara? Tak bolehkah kita sebut Allahuakbar dengan kuat?,” katanya.
Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata komen pada hantaran tersebut menggesa pihak penganjur agar membuat penjelasan mengenai isu tersebut.
“Minta penganjur buat penjelasan, lebih-lebih lagi dalam isu memanggil saudara Muslim lain sebagai Zionis dalam khalayak ramai,” kata Amirah.
“Duduk dekat tepi baru rasa demontrasi. Bila duduk atas padang rasa macam dengar ceramah. Orang ramai pula asyik ulang “From the river to the sea, Palestine will be free” sahaja sampai habis majlis,” kata Mirza.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 224 tanda suka dan 164 komen. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan