"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengusaha tapak pelupusan sampah haram makin besar kepala

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
TAPAK pelupusan sampah haram terus beroperasi walaupun beberapa kali diserbu MBSJ.
TAPAK pelupusan sampah haram terus beroperasi walaupun beberapa kali diserbu MBSJ.
Subang Jaya: Pengusaha tapak pelupusan sampah haram sekitar Puchong Perdana di sini, semakin besar kepala apabila terus beroperasi walaupun beberapa kali dikenakan tindakan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Timbalan Pengarah Korporat MBSJ, Azfarizal Abd Rashid berkata, pengusaha berkenaan dipercayai menceroboh tanah lapang milik sebuah syarikat pemaju hartanah yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan itu.

"MBSJ sudah beberapa kali ambil tindakan terhadap aktiviti pelupusan sampah haram yang dijalankan oleh pihak ketiga. Mereka berhenti apabila diambil tindakan tetapi tidak lama kemudian beroperasi semula.

"Tanah ini diceroboh (pihak ketiga) untuk menjalankan aktiviti pelupusan sampah tanpa kebenaran," katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.

Menurutnya, pemilik tanah sudah mendapat perintah mahkamah supaya penceroboh berkenaan mengosongkan premis terbabit dalam tempoh dua bulan namun tidak diendahkan.

Katanya, September lalu tapak sama diserbu pihak MBSJ dan tindakan kompaun, sita dan penutupan laluan masuk ke premis sudah diambil namun penceroboh terbabit didapati mengalihkan halangan batu konkrit yang diletakkan dan kembali beroperasi.

"Kita sudah kenal pasti penceroboh sebab itu kita ambil tindakan ini kerana berlaku sekian lama walaupun banyak kali tindakan diambil.

"MBSJ juga sudah ambil tindakan kompaun berjumlah RM25,000 kepada pemilik tanah kerana mereka bertanggungjawab untuk pastikan tanah ini dalam keadaan baik dan tidak berlaku aktiviti tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Azfarizal berkata, tindakan diambil berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada MBSJ mengikut Seksyen 70A(9) Akta, Jalan, Parit, dan Bangunan 1974.

Katanya, tindakan lebih tegas seperti sitaan tanah boleh diambil oleh Pejabat Tanah dan Galian sekiranya aktiviti pelupusan sampah secara haram itu berterusan.

Tiada ulasan: