"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 Sebab Najib sesuai tinggal di Mekah saja

Oleh: dewa

"Akhbar Berita Harian edisi online sebelum ini memaparkan gambar PM Datuk Seri Najib Razak diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Makkah lewat malam tadi.

Turut kelihatan anak beliau Nor Ashman Razak (belakang). Beliau sebelum itu menghadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Rumah Suci bagi membincangkan hal dua hala dalam rangka lawatan empat hari ke Arab Saudi.

Artikel ini memberi 5 sebab mengapa Najib wajar terus tinggal di Mekah dan tidak payah balik Malaysia.

1. Rosmah akan bertudung.

Kalau Najib terus tinggal di Mekah, Rosmah akan terus bertudung. NAjib dapat mengelak dosa yang perlu ditanggung kerana membiarkan isteri membuka aurat.

2. Rakyat Malaysia akan lebih gembira.

Najib seorang PM yang penuh dengann skandal. Agenda rampasan kuasa di Perak, pembunuhan Altantuya, kematian/pembunuhan Teoh, isu anak mualaf tidak boleh masuk Islam, isu SPRM, isu skandal mahkamah dan pelbagai skandal lagi membusukkan nama Malaysia. Demi 27 juta rakyat Malaysia, eloklah Najib tinggal saja di Mekah.

3. Menjaga ukhwah dengan Tun Mahathir.

Tun Mahathir pun dah kata 100 hari Najib lebih banyak buruk dari baik. Hubungan Mahathir-Najib masih boleh dijaga sekiranya Najib tinggalkan saja dunia politik.

4. Peluang untuk bertaubat

Tentang isu Altantuya, isu skandal Najib-Saiful dan sebagainya, hanya Allah saja yang tau. Tapi dalam pelbagai isu lagi seperti isu rasuah dan lain-lain, trakyat pun tahu. Apa pun, ini peluang baik untuk Najib bertaubat.

5. Kurangkan amarah rakyat.

Tindakan Najib khususnya berhubung isu-isu berkaitan Islam cukup memprovokasi umat Islam. Kita tidak harap Malaysia jadi macam Indonesia atau selatan Thailand. Sekali dah start, susah kita..

-tranungkite.net-

1 ulasan:

maw berkata...

pelbagai dosa dan kezaliman terhadap insan lain bolehkah terhakis dengan tawaf keliling kaabah?.amat mudahnya islam bagi seorang yang bergelar pemimpim [tanpa menggira bangsa].