"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau tak viral dah pasti warga tempatan terzalim oleh penguatkuasa

MPPD beri lesen sementara untuk 'Pakcik Petai' terus berniaga

Mohd Khidir Zakaria

PORT DICKSON: Isu viral membabitkan 'Pakcik Petai' dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang tercetus berhampiran sebuah pasar raya di sini, sudah diselesaikan dengan baik

Malah MPPD turut bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada 'Pakcik Petai' bagi membolehkan lelaki itu menjalankan perniagaannya secara sah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr G Rajasekaran bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abd Hamid sudah bertemu penjaja petai, Mohd Noor Saad, di rumahnya di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang di sini malam tadi.

Dalam pertemuan itu, Rajasekaran turut menyampaikan sumbangan mewakili Menteri Besar merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat jual semalam.

Beliau berkata, MPPD juga bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada 'Pak Cik Petai' bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah.

Pegawai penguat kuasa MPPD yang turut bersama dalam pertemuan itu bersalaman dengan Mohd Noor sebagai tanda penyelesaian isu terbabit.

Rajasekaran berkata, beliau berharap isu berkenaan sudah selesai selepas kedua-dua pihak saling bermaafan.

"Pertemuan ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak dan pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan mesra.

"Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya yang turut berkongsi pertemuan itu di Facebook malam tadi.

Aduhhh!!! tular pula lebai tampar ‘guard’


Selepas heboh pemuda ‘tak puasa’ kena tampar, tular pula lebai tampar ‘guard’

Harapandaily

Tular klip rakaman CCTV memaparkan seorang guard yang sedang bekerja kena tampar dengan lelaki berkopiah hitam yang juga pemandu sebuah kereta.

Sebelum itu, rakannya yang berkopiah putih dan berbaju biru dilihat ‘bertekak’ dengan pengawal keselamatan berkenaan.

Perbuatan menampar itu dipercayai berlaku kerana berang dengan pengawal keselamatan berkenaan yang tidak membuka palang untuk membenarkan mereka memasuki lokasi tersebut.

Rata-rata mengecam tindakan melampau itu dan menyifatkan perselisihan faham yang berlaku boleh ditangani tanpa perlu melakukan kekasaran fizikal.

“Lebai samseng hanya berani dengan OKU, budak budak kecik, pak guard kurus je. Suka sangat tampar orang. Takpa, balasan Tuhan tetap adil.

“Tak tau lah apa masalah-masalah lebai di Malaysia ni. Langgar budak depan sekolah, tampar budak sampai berdarah, tampar orang Cina tak puasa, sekarang ni tampar guard pulak.

“Dengan pak guard, budak sekolah, budak autistic terus jadi gangster,” demikian antara komentar warganet.

Tahniah YB lakonan terbaik moga menang lagi pilihanraya akan datang

Nahas 2 pelajar maut: Exco Johor berang, arah baiki jalan segera

Sinar Harian
Mohd Jafni tidak dapat menahan kemarahan setelah melihat keadaan jalan yang berlubang ketika meninjau lokasi kejadian. -Sinar Harian
KULAI: Kerajaan negeri mengarahkan syarikat konsesi penyelenggaraan jalan mengambil tindakan segera susulan nahas yang meragut nyawa dua pelajar di laluan Kulai-Felda Inas-Bandar Tenggara pada Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor tidak dapat menahan kemarahan ketika meninjau lokasi kejadian selepas melihat sendiri keadaan jalan yang berlubang teruk.

“Kenapa jalan masih dalam keadaan begini? Tampal ala kadar sahaja, papan tanda keselamatan pun tiada!

“Saya mahu pihak konsesi turun hari ini juga, jangan hanya harapkan subkontraktor buat kerja asal boleh. Bila kemalangan berlaku lagi, siapa yang mahu bertanggungjawab?” katanya.

Beliau turut mengarahkan ketua jabatan syarikat konsesi turun ke lokasi bagi menilai keadaan jalan dan memastikan kerja penyelenggaraan dilakukan dengan sempurna.

“Pergi lihat sendiri dari Felda Inas ke Bukit Kulai, banyak jalan berlubang. Rakyat menyalahkan wakil rakyat, tetapi kontraktor yang tidak menjalankan kerja dengan betul,” tegasnya.

Terdahulu, rakaman video lawatan Mohd Jafni tular di media sosial yang memaparkan sebuah lubang besar yang dipenuhi air hujan dengan hanya kon diletakkan di sekelilingnya.

Pada Jumaat, media melaporkan dua beradik maut dalam perjalanan ke sekolah selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang, Bandar Tenggara mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -Sinar Harian

Tular video penuntut berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan

Polis siasat penuntut berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan

Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Subang Jaya: Polis menyiasat lelaki dipercayai penuntut yang berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan sebuah universiti swasta, di sini, dengan video mengenainya turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung dua video tular berkaitan kejadian itu, semalam.

Katanya, satu rakaman menunjukkan rakaman lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan universiti itu secara terbuka, sambil menonton video di komputer riba.

"Video kedua memaparkan pelajar berkenaan diarak masuk ke dalam kawasan kampus oleh pelajar lain.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Kecil," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan merakam keterangan suspek minggu depan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan lucah atau kelakuan mengaibkan di tempat awam.

Katanya, sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalur kepada Inspektor TB Vanitha di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222.

Suri rumah ditahan simbah anak air panas

Bernama

MELAKA: Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya berusia 10 tahun pada Khamis lepas, gara-gara bermain alat soleknya.

Kejadian terbongkar selepas guru sekolah yang juga pengadu melihat kanak-kanak tersebut memakai pakaian biasa dan bukannya pakaian sukan ketika hadir ke sekolah semalam.

Menurut sumber, mangsa memberitahu dia sedang sakit dan hasil pemeriksaan terdapat kesan lebam di tangannya sebelum murid tersebut di bawa ke bilik guru untuk pemeriksaan lanjut dan menceritakan kejadian tersebut semasa dia bermain alat solek milik ibunya tanpa pengetahuannya.

“Apabila wanita itu menyedari perbuatan anak kedua daripada tiga beradik itu, dia bertindak memarahi mangsa dan memukulnya menggunakan objek serta menyimbah dengan beberapa cawan air panas,” kata sumber.

Ketika kejadian, dua adik-beradik mangsa yang lain sedang tidur dan kanak-kanak itu telah memberitahu bapanya yang dia dipukul oleh ibu mereka yang berusia 36 tahun.

“Guru sekolah terus membawa murid tersebut ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selepas gagal menghubungi telefon bapa murid tersebut. Atas maklumat itu, wanita tersebut ditahan polis semalam dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar dalam satu kenyataan mengesahkan laporan kes berkenaan.

“Suspek direman selama sehari bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Ramai pengasas produk, pempengaruh di Kelantan terbabit pengedaran dadah, cuci duit

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Polis Kelantan mendedahkan ramai pengasas produk dan pempengaruh di Kelantan terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata ia berdasarkan beberapa tangkapan yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, kebanyakan mereka menggunakan modus operandi sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah.

"Kes pertama membabitkan tangkapan pengasas produk bersama dadah bernilai RM5 juta pada 2020.

"Perniagaan nampak berjaya, namun sebenarnya menjadi topeng kepada kegiatan haram.

"Kes kedua pula pada 2021 membabitkan tangkapan usahawan kosmetik bergelar Datin atas kesalahan mengedar dadah.

"Mereka menggunakan modus operandi sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan jenayah.

"Kes ketiga pula berkaitan sindiket dadah dikuasai ahli perniagaan di Kelantan sebagaimana dilaporkan pihak media pada tahun lalu.

"Polis mengesan ahli perniagaan yang menjadi dalang sindiket dadah di negeri ini, mereka cuci duit haram melalui perniagaan dan guna individu lain untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya menerusi TikTok.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak berkenaan tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka terbabit dalam kegiatan dadah.

"Undang-undang tidak mengenal pangkat atau gelaran, jika terbabit, tindakan tegas akan diambil.

"Ini amaran kami di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan anak muda dan pempengaruh yang terbabit dengan jualan dadah," katanya.

Wanita berdepan detik cemas rumah disamun empat lelaki bersenjatakan pisau

Bernama

KUANTAN: Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila rumahnya di Felda Chini Timur, Pekan, dimasuki empat lelaki berpelitup muka hitam dan bersenjatakan pisau, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian pada pukul 11.50 malam itu berlaku ketika wanita berusia 26 tahun terbabit sedang tidur di dalam bilik sebelum tersedar akibat bunyi barang jatuh.

Beliau berkata sejurus keluar dari bilik, mangsa terkejut melihat empat lelaki berkenaan dan menjerit sehingga salah seorang suspek bertindak mengacukan pisau di leher anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun dan sedang tidur di ruang tamu.

"Suspek kemudiannya mengarahkan wanita itu supaya diam dan menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil seutas rantai leher dan gelang tangan daripada ibu mertua mangsa yang berada di dalam bilik secara paksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain barang kemas berkenaan, suspek turut mengambil dua telefon bimbit sebelum melarikan diri melalui pintu dapur rumah dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM12,000.

Mohd Zaidi berkata mangsa memaklumkan bahawa semasa kejadian, suami dan bapa mertuanya tiada di rumah dan kediaman mereka tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

"Kesemua penghuni rumah berkenaan ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil memaklumkan bahawa usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA

33 tan syabu dirampas dalam rampasan dadah terbesar negara

FMT Reporters

Dadah jenis syabu itu dipercayai berasal dari Iran dan dalam perjalanan ke Australia.
Operasi bersama antara Bukit Aman dan polis Australia membawa kepada rampasan 166 tong drum berisi dadah jenis syabu di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Polis merekodkan kejayaan terbesar dalam menggagalkan cubaan penyeludupan dadah antarabangsa apabila merampas 33.2 tan dadah jenis syabu di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 25 Jan lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mat Zani @ Mohd Sallahuddin Che Ali berkata syabu itu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion.

Katanya, dadah itu dirampas selepas pihaknya menyerbu sebuah gudang di pelabuhan berkenaan, dan menemukan 166 tong drum berisi bahan larangan itu di dalam dua kontena.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua kontena masing-masing menemukan 83 tong dram berwarna biru bertulisan Paraffin Wax 3-5% mengandungi pepejal mampat berwarna putih kekuningan disyaki dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di Balai Polis Port Klang, lapor Bernama.

Mat Zani berkata kontena itu didaftarkan sebagai bahan-bahan memproses barangan kosmetik dan juga lilin. Ia dipercayai dari Iran sedang dalam perjalanan ke Sydney, Australia.

Beliau berkata operasi itu adalah hasil perkongsian maklumat polis Australia dengan Bukit Aman, dan ia kejayaan terbesar polis dalam menggagalkan cubaan penyeludupan dadah antarabangsa.

“Kami percaya dadah yang boleh digunakan oleh 166 juta penagih ini juga adalah untuk pasaran Australia,” katanya.

Menurutnya, Bukit Aman meneruskan kerjasama dengan polis Australia bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi yang terlibat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Isu kuil : Firdaus Wong dakwa terima ugutan bunuh

Malaysiakini 

Pendakwah bebas Firdaus Wong mendakwa dia menerima ugutan bunuh susulan beberapa hantaran di laman sosialnya yang mempersoalkan kewujudan kuil Hindu di tapak milik pihak swasta.

Firdaus Wong berkata dia akan membuat laporan polis berkenaan ugutan itu selepas solat Jumaat hari ini.

“Saya bercakap soal undang-undang tentang pembinaan kuil haram sebagaimana dilaporkan media dan kajian tetapi mereka pula beremosi tanpa fakta sehingga membuat ugutan bunuh,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu sebuah kuil Hindu dilaporkan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid. 

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu dilaporkan berusia 130 tahun.

Ia menjadi isu hangat dan hari ini, PSM mencadangkan agar masjid dibina bersebelahan dengan kuil tersebut.

Mengulas lanjut, Firdaus menegaskan dia tidak gentar dengan ugutan yang diterimanya dan menasihatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang.

Dia juga menekankan sebagai orang Islam, adalah lebih baik jika perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Apa jua yang berlaku, sahabat teruskan menyokong usaha dakwah,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Firdaus untuk maklumat lanjut mengenai laporan polisnya dan sedang menunggu maklum balas.

Enam jemaah umrah maut kemalangan di Arab Saudi

BERNAMA

Jakarta: Enam jemaah umrah dari Indonesia maut, manakala 14 lagi cedera dalam kemalangan bas di jalan Madinah-Mekah, Arab Saudi pada Khamis, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Pengarah Perlindungan Warganegara kementerian itu, Judha Nugraha berkata bahawa kejadian berlaku pada 1.30 petang waktu tempatan (5.30 petang waktu Indonesia barat) di Wadi Qudeid, kira-kira 150 kilometer dari Jeddah.

"Berdasarkan laporan awal, bas itu terlibat dalam perlanggaran, kemudian terbalik lalu terbakar," katanya dalam satu kenyataan.

Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah segera dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan menghantar pasukan dari Unit Perlindungan Warganegara Indonesia ke lokasi kejadian.

Pegawai kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi, hospital, pengendali pelancongan, Kementerian Haji, Muassasah dan syarikat bas bagi menilai situasi serta memberikan bantuan sewajarnya.

"Kementerian Luar turut bekerjasama dengan Kementerian Agama dan agensi umrah bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai jemaah Indonesia yang terlibat serta keluarga mereka di tanah air," kata Judha.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Arab Saudi untuk menerima rawatan, manakala keluarga mereka telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Kerajaan Indonesia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga enam mangsa yang terkorban serta memberi jaminan bahawa sokongan akan terus diberikan kepada mereka yang sedang menerima rawatan," katanya.

Doktor didakwa rogol pembantu klinik

Bernama

Seorang doktor di sebuah klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap pembantu klinik, Sabtu lepas.

Dr Mohd Rafi'uddin Hamidon, 35, didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu di dalam bilik stor di sebuah klinik di Pantai Dalam di Kuala Lumpur, antara 4 pagi hingga 5 pagi, pada 15 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama pada tempat, masa dan tarikh serupa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan itu adalah serius dan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Dr Mohd Rafi'uddin memohon supaya jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung isteri serta tiga anak termasuk seorang bayi yang baru lahir.

"Pihak kami juga tidak membantah sekiranya syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh," kata peguam itu.

Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh membenarkan lelaki itu diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri sebulan dua kali di balai polis berhampiran dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

- Bernama

Warga emas didakwa amang seksual fizikal 9 murid perempuan

FMT Reporters

Lan Sairan didakwa melakukan perbuatan itu ketika mengendalikan bengkel jet kawalan jauh di sebuah sekolah.

PETALING JAYA: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas 10 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sembilan murid perempuan ketika mengendalikan bengkel jet kawalan jauh di sebuah sekolah pada bulan lepas.

Tertuduh, Lan Sairan, 65, mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap sembilan murid berusia sembilan hingga 12 tahun di bengkel reka bentuk teknologi dan kemahiran hidup sebuah sekolah di Kluang, Johor antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari, 26 hingga 27 Feb lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Faruzi, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Fadly Abu Bakar.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM48,000 dan perlu melapor diri balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh 24 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.

Untuk bertahan dan terus hidup: Terpaksa bohongi diri sendiri

Mohsin Abdullah

Untuk bertahan dan terus hidup di Gaza, Qassim Waleed terpaksa membohongi diri sendiri.

Qassim Waleed ialah seorang doktor rakyat Palestin berpangkalan di Gaza. Beliau juga seorang penulis. Dua hari lalu rencana yang ditulis Qassem disiar Al Jazeera, bertajuk “To survive in Gaza you have to lie to yourself”. Untuk bertahan dan terus hidup di Gaza, Qassim terpaksa membohongi diri sendiri.

“The more I lied to myself the more I sustained my fragile existence,” kata beliau. Menurut Qassim, pembohongan pertama beliau ialah selepas pencerobohan Israel ke atas Gaza pada 2008-2009 apabila beliau beritahu diri sendiri dia tidak akan lihat lagi perang seperti itu.

Itu katanya bohong kecil yang naif. “Saya lihat lagi perang pada 2012, lihat lagi pada 2014, dan lagi pada 2021 dan sekali lagi pada Mei 2023.”

Pada petang 7 Oktober 2023 “saya peluk ibu saya yang sedang menangis apabila jet pejuang Israel mengebom seluruh Gaza dan beritahu ibu dan diri saya perkara yang benar — kami akan mati.”

Tetapi resmi manusia mahu hidup lalu berkata Qassim, “saya membohongi diri sekali lagi. Apabila Hospital Baptist dibom pada 17 Oktober membunuh ratusan orang saya berbohong. Saya beritahu diri saya dunia akan bangkit untuk Gaza dan matahari tidak akan lagi menyinari jet pejuang Israel mengebom Gaza.”

Sebaliknya apa yang berlaku pengeboman bertambah sengit ke tahap berlakunya genocide. Banyak lagi pembohongan yang beliau lafazkan pada diri sendiri. Bohong paling besar katanya apabila gencatan senjata dikuatkuasakan.

“Genocide ketenteraan sudah tamat. Apa lagi Israel boleh lakukan kepada kami yang tidak pernah mereka lakukan?” kata Qassem. Rupanya banyak lagi yang Israel boleh lakukan malah sedang lakukan.

Beberapa hari lalu tentera Israel mengganas semula di Gaza. Ratusan terutama kanak kanak terbunuh. Kata Benjamin Netanyahu, “ini hanya permulaan”. Adakah sesiapa yang terperanjat dengan tindakan Israel ini? Tidak.

Umum tahu Israel tidak pernah berminat berdamai walaupun semasa bersetuju dengan pelan gencatan senjata yang diusahakan Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat. Fasa pertama gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu dan berjalan selama 42 hari.

Israel tidak tunjuk kesediaan untuk menyertai fasa kedua. Dua minggu lalu Israel menghalang bekalan makanan, perubatan, dan semua jenis bantuan ke Gaza. Bekalan elektrik dan air sememangnya sedia terjejas. Menurut pemerhati Israel mahu lihat rakyat Gaza kebuluran.

Serangan tentera melalui udara dan darat sedang berlangsung. Serangan dilakukan ke atas penempatan rakyat Palestin dan sering pada lewat malam dan awal pagi semasa penghuni tidur. Jelaslah tujuan serangan seperti itu.

Semalam selepas satu lagi serangan yang dilancar menjelang subuh, Netanyahu mengeluarkan ancaman akan berlaku ‘fierce war’. Kata seorang pemerhati melalui Al Jazeera, perdana menteri Israel itu sedang buat sesuka hati kerana tiada siapa yang menghalang, meskipun PBB sudah beberapa kali menegaskan Israel mencabuli hak asasi kemanusiaan. Mahkamah jenayah antarabangsa sudah keluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan bekas menteri pertahanan, Yoav Gallant, bersabit kesalahan jenayah perang namun mereka tetap bebas.

Netanyahu begitu galak khususnya dengan kemunculan Donald Trump, presiden AS yang paling pro Israel dalam kalangan semua presiden sebelum ini. Tindakan ganas yang dilakukan sekarang pada saya seolah-olah mahu merealisasikan hasrat Trump yang mahu dua juta rakyat Palestin ditempatkan di kawasan lain supaya AS boleh memiliki dan membangunkan Gaza.

Pun begitu memang ada aktivis kedamaian dalam kalangan rakyat Israel melancarkan beberapa protes terhadap Netanyahu dan Perang Gaza. Terbaharu di depan kediaman perdana menteri Israel itu di Barat Baitulmaqdis. Seorang ketua demonstrasi membandingkan Netanyahu dengan Adolf Hitler, si pemimpin Nazi. Menteri keselamatan yang baru dilantik, Itamar Ben-Gvir, menuduh kumpulan aktivis berkenaan ‘penentang Israel’.

Pentadbiran Trump awal bulan ini membatalkan geran dan kontrak untuk Universiti Columbia bernilai USD400 juta. Universiti itu tempat bermulanya protes anti kekejaman Israel dan demonstrasi pelajar merebak ke beberapa universiti lain di seluruh AS lewat tahun lalu. Minggu lalu seorang graduan pro Palestin, Mahmoud Khalil, ditangkap dan AS mahu mengusirnya. Ke mana? Mahmoud ialah pemegang kad hijau lantas penduduk tetap AS. Beliau sedang cuba menghalang tindakan pengusirannya melalui mahkamah.

Perkembangan di AS dan tingkah laku Trump menaikkan nafsu Netanyahu memerangi rakyat Palestin. Keganasan Israel tidak akan dihentikan sehingga rakyat Palestin dihapuskan.

Berbalik kepada Qassem Waleed, doktor di Gaza yang penulisannya saya petik untuk permulaan artikel ini. Kata beliau: “I fear there is no limit to how far Israel can go in its genocide on Gaza.”

Kali ini Qassim tidak berbohong kepada diri sendiri. Ini kebimbangan tulen.
-fmt 

Kelantan: Amukan gajah liar, dua mangsa cedera parah

Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
KAKITANGAN Perhilitan diserang gajah liar ketika melakukan siasatan di lokasi kejadian serangan gajah di Laloh, Kuala Krai.
KAKITANGAN Perhilitan diserang gajah liar ketika melakukan siasatan di lokasi kejadian serangan gajah di Laloh, Kuala Krai.
Kuala Lumpur: Seorang penduduk wanita dan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) cedera parah akibat diserang gajah liar dalam dua kejadian berasingan semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serangan gajah liar itu berlaku pagi kelmarin di kawasan penempatan Laloh, Kuala Krai, Kelantan.

Menurutnya, pihak Perhilitan Daerah Kuala Krai terlebih dahulu menerima aduan berhubung kejadian serangan gajah liar yang mencederakan seorang penduduk di kawasan belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai.

"Kejadian serangan terhadap mangsa wanita itu berlaku berhampiran rumahnya.

"Susulan itu kakitangan dan pegawai Perhilitan Daerah Kuala Krai hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, semasa siasatan dilakukan, gajah liar itu dikatakan bertindak agresif dengan menyerang kakitangan Perhilitan.

"Akibatnya kakitangan Perhilitan itu mengalami kecederaan pada lutut kaki kanan akibat di tusuk gading gajah liar itu.

"Susulan itu mangsa berusia 40 tahun dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Ismail Petra, Kuala Krai untuk menerima rawatan.

Sementara itu sumber memaklumkan, mangsa wanita dikenali sebagai Zainab turut mengalami kecederaan parah susulan serangan yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu.

Kali terakhir serangan gajah mengorbankan nyawa dilaporkan berlaku pada Oktober tahun lalu apabila seorang warga emas, Musa Ahmad, 65, ditemui maut akibat diserang dan dipijak sekumpulan gajah liar di Kampung Basung, Kuala Berang, Terengganu.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera di kepala, dada dan tangan akibat tekanan objek berat, dipercayai akibat dipijak gajah.

2 beranak maut dirempuh ketika mahu ke masjid

Bernama

Motosikal mereka dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak, Jertih.
Penunggang motosikal, Mohd Nazri Mohd Nor, 59, dan anaknya, Muhammad Hamas, 25, meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.30 malam, kata polis.
JERTIH: Dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak, di sini malam tadi.

Ketua Polis Besut, Azamuddin Ahmad@Abu, berkata dalam kejadian kira-kira 8.20 malam itu, penunggang motosikal Honda EX5 terbabit Mohd Nazri Mohd Nor, 59, dan anak lelakinya Muhammad Hamas, 25, meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.30 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dari arah Jerteh ke Kampung Padang Landak telah terlanggar motosikal dinaiki mangsa dari arah belakang selepas motosikal itu membuat pusingan U dan mengubah laluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa di kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal dikejarkan ke Hospital Besut dan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala pemandu Toyota Hilux yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azamuddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan polis

Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun Selasa lepas.

Beliau berkata lelaki itu bersama dua lagi pengguna disyaki memuat naik komen yang menghina Nabi Muhammad SAW pada hantaran berita berkaitan Malaysia mengutuk keras kezaliman terhadap lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang maut dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas.

Razarudin berkata lelaki berumur 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai farmasi itu kini direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial.

Aaron berkata tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

Pukul murid perempuan berusia 10 tahun guna buku, seorang guru lelaki ditahan

Bernama

MELAKA: Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya ketika berada di dalam kelas sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa.

Menurut sumber, keadaan itu menyebabkan murid berusia 10 tahun yang bersekolah di Alor Gajah itu dikatakan takut untuk datang ke sekolah pada 14 Mac lepas akibat perbuatan guru lelaki bahasa Inggeris berumur 44 tahun itu.

"Ibu mangsa berusia 34 tahun kemudian membuat laporan polis pada Selasa lepas (18 Mac) kerana anaknya telah dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Melaka.

"Mangsa telah dirujuk di Hospital Melaka untuk rawatan susulan memandangkan emosi murid itu yang semakin tidak dapat dikawal dan keputusan laporan pegawai perubatan ialah alleged physical abuse by known person," menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Muktar mengesahkan menerima laporan bagi kes terbabit dan tangkapan dibuat pada 4 petang semalam di Pejabat D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sewaktu dipanggil untuk memberi keterangan.

"Permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

5 gengster kampung dijatuhi hukuman mati Agensi

Agensi
LIMA gengster kampung, Gang Pantai Rongkang yang dijatuhi hukuman mati. FOTO detik.com
LIMA gengster kampung, Gang Pantai Rongkang yang dijatuhi hukuman mati. FOTO detik.com
Jakarta: Lima lelaki yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan dan rogol pasangan kekasih di Bukit Rongkang, Kampung Kwanyar, Surabaya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Negeri Bangkalan.

Portal detik.com melaporkan, kelima-lima tertuduh iaitu Jeppar, Hajir, Muhammad@Hasan, Hayat dan Sohib, yang semuanya berasal dari Kampung Kwanyar, Bangkalan, dikenal pasti sebagai gengster kampung dikenali dengan nama Gang Pantai Rongkang.

Sepanjang perbicaraan, fakta kes mendedahkan bahawa mereka sering mengganggu pengunjung pantai, terutama pasangan kekasih yang sedang berdating atau berjanji temu.

Mereka bertindak ganas terhadap pasangan yang akhirnya membawa kepada tragedi pembunuhan kejam.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Adi (bukan nama sebenar) dan teman wanitanya.

Teman wanita Adi dirogol sebelum dibunuh. Kejadian berlaku pada Rabu, 17 Mei 2017 ketika pasangan itu sedang menikmati masa bersama di Pantai Rongkang menggunakan motosikal.

Hayat dan Sohib, yang kebetulan melihat pasangan itu, merancang untuk mengganggu mereka dan menghubungi Jeppar untuk memberitahu ada 'mangsa' di Pantai Rongkang.

Jeppar kemudian menghubungi Hasan untuk bersama-sama pergi ke lokasi kejadian.

Hasan yang sedang mencari rumput bersetuju dan dijemput oleh Jeppar menaiki motosikal Suzuki Shogun bernombor pendaftaran W 5012 XB.

Kedua-duanya membeli pita pelekat di pasar mini dan menjemput Hajir yang sedang duduk di pos kampung. Mereka bertiga kemudiannya bersama-sama ke Pantai Rongkang.

Setibanya di sana, mereka bertemu dengan Hayat dan Sohib sebelum terus menyerbu pasangan kekasih itu.

Jeppar dengan pantas mengarahkan pisau ke arah pasangan itu dan membawa mereka ke sebuah gua di tepi tebing.

Jeppar turut menyumbat tudung mangsa perempuan ke dalam mulut Adi yang sudah menyerah.

Hasan pula mengayunkan celoret (senjata) bentuk melengkung seperti sabit, digunakan sebagai senjata melibas dan mengelar) ke arah Adi.

Sohib memberi arahan supaya Adi dibunuh untuk memudahkan mereka merogol teman wanita mangsa.

Selepas itu, Adi ditikam hingga mati, manakala teman wanitanya dirogol dengan kejam hingga mati.
-hmetro 

Pengkhianat: Pegawai imigresen didakwa 22 tuduhan terima suapan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas 22 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM47,600 antara 2018 dan 2021.

Tertuduh, Kamarul Amilin Zainal Ariffin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie, lapor Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga 10, tertuduh yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Risikan Temerloh, ibu pejabat Imigresen Pahang, didakwa menerima suapan antara RM900 dan RM3,000 daripada dua individu.

Semua suapan berjumlah RM15,800 itu sebagai dorongan mendedahkan maklumat operasi serbuan Imigresen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Temerloh antara 28 Mac 2018 dan 30 September 2021.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan 11 hingga 22, Kamarul Amilin menerima sesuatu benda berharga iaitu wang antara RM1,000 dan RM5,000 yang dipindahkan secara dalam talian di bank sama tanpa balasan daripada dua individu yang diketahui mempunyai hubungan kerja rasmi dengan tertuduh bermula 2 Januari 2018 sehingga 8 November 2021, berjumlah RM31,800.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Pahang Kamariah Seman yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan berjumlah RM20,000.

Bagaimanapun, peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar memohon jumlah itu dikurangkan.

Sazlina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan 29 April untuk sebutan semula kes.

Syed Saddiq didakwa berniat jahat dalam pengeluaran RM1 juta

Astro Awani

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan manfaat politik bagi mengarahkan pengeluaran RM1 juta daripada akaun Armada.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam hujahannya berkata, niat jahat Syed Saddiq boleh dilihat melalui tindakanya yang bermula daripada episod pertama iaitu sebelum pengeluaran wang itu pada 6 Mac 2020 sehingga episod terakhir iaitu selepas 28 Mei 2020, apabila beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam Bersatu atau Armada.

Menurutnya, berdasarkan cadangan peguam bela kepada saksi pendakwaan, adalah jelas pengeluaran wang berkenaan berlaku selepas 'Langkah Sheraton' pada hujung Febuari 2020.

Beliau menegaskan, keterangan saksi pendakwaan ke-13 (SP13) iaitu bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali tidak tercabar di mana adanya perjumpaan dan perbincangan di rumah Syed Saddiq membabitkan Ahli Parlimen itu, SP13 dan saksi pendakwaan ke-11, bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi selepas Langkah Sheraton.

Wan Shaharuddin yang juga merupakan Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata keterangan Rafiq Hakim bahawa Syed Saddiq memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan wang itu, selain ia adalah bagi manfaat politik tidak dicabar.

“Kami berpendapat bahawa arahan perayu (Syed Saddiq) berkait rapat dengan Langkah Sheraton. Keterangan SP11 dan SP13 adalah jelas bahawa perayu khuatir pertukaran pucuk pimpinan di dalam Bersatu atau Armada sebelum pengeluaran wang tersebut.

“Kami menyatakan alasan (manfaat politik) ini menunjukkan niat jahat perayu apabila mengeluarkan wang itu. Perayu seolah-olah menjadikan wang di dalam akaun Armada seperti miliknya sendiri yang boleh beliau gunakan sewenang-wenangnya tanpa membuat sebarang kertas kerja.

“Perayu juga tidak memaklumkan kepada SP13 sama ada beliau sudah mendapat kelulusan daripada sesiapa untuk mengeluarkan wang terbabit.

“Rafiq Hakim sebenarnya menjadi alat kepada perayu. Sama juga ahli-ahli kumpulan WhatsApp VALUE ADD yang dijadikan alat untuk perayu untuk membersihkan imej sehingga sanggup mengheret ibu bapanya yang tidak bersalah di dalam masalah yang dia sendiri menjadi puncanya,” katanya.

Wan Shaharuddin berkata, persoalan yang perlu dijawab oleh Syed Saddiq adalah mengapa arahan beliau untuk mengeluarkan wang tersebut tidak dibuat sebelum Langkah Sheraton.

Beliau berkata, Syed Saddiq tidak boleh membantah atau menafikan tentang Langkah Sheraton kerana fakta itu dibangkitkan oleh pembelaan sendiri semasa pemeriksaan balas mereka ke atas saksi-saksi pendakwan.

“Keterangan SP13 berkenaan pengeluaran RM1 juta bagi manfaat politik perayu juga tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Menurut SP13, kaitan antara Langkah Sheraton dan pengeluaran wang pada 6 Mac 2020 dengan perayu adalah usaha untuk menyelamatkan perayu untuk mendapatkan manfaat politik perayu," ujarnya.

Sementara itu, Wan Shaharuddin berhujah, hakim bicara Mahkamah Tinggi mempunyai alasan kukuh untuk memanggil Syed Saddiq untuk menjelaskan kepada mahkamah dan rakyat Malaysia mengapa beliau menggunakan alasan wang dalam akaun Armada adalah hasil titik peluhnya dan berhak menggunakannya.

Beliau berkata, bekas Presiden MUDA itu juga mempunyai beban di bawah Seksyen 9 Akta Keterangan 1950 untuk memberikan penjelasan mengapa beliau menggunakan alasan pertukaran pucuk pimpinan dalaman Bersatu atau Armada sebagai salah satu alasan untuk mengeluarkan arahan kepada Rafiq Hakim untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi Armada.

“Adalah hujahan kami, sebagai salah seorang pemegang amanah kepada akaun Armada ini dan sebagai seorang pemimpin yang selalu menunjukkan kepada masyarakat umum imej bersih beliau, perayu patut lebih tahu beliau tidak patut menggunakan dua alasan itu untuk mengarahkan SP13 melakukan suatu kesalahan,” katanya lagi.

Perbicaraan seterusnya akan bersambung pada 17 April 2025.

PAS ‘U-turn’: Dulu Pas sedia bukan Melayu jadi MB, sekarang sudah ‘U-turn’

Harapandaily

Kerajaan Pas Kelantan pada 2009 sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Namun, hari ini Pas pula mahu Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dengan menetapkan jawatan Perdana Menteri mesti terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam terlebih dahulu.

Pindaan itu bagi Pas perlu dilakukan sebelum had dua penggal Perdana Menteri diluluskan dengan alasan demi menjamin kestabilan dan mengelak konflik pada masa akan datang.

Mengulas sikap Pas, pemerhati politik, Liyana Marzuki menegaskan politik bersifat cair iaitu boleh berubah-ubah mengikut nafsu untuk berkuasa.

“Itu fitrahnya. Parti Islam atau tidak, lebih kurang sama.

“Tahun 2009, Pas begitu terbuka. Bersedia nak pinda Perlembagaan negeri untuk buatkan bukan Melayu sebagai Menteri Besar.

“Pas tahun 2025, lain pula. Nak pinda Perlembagaan Malaysia, hanya nak PM Melayu Islam sahaja,” bidasnya menerusi ciapan di platform X.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua rakyat tanpa prejudis perlu bersetuju bahawa jawatan Perdana Menteri ini harus dipikul oleh mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Penetapan ini perlu diberi keutamaan sebelum mencadangkan had tempoh bagi jawatan Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan.

Lanjut mengulas, Liyana menegaskan parti dilarang dijadikan sebagai suatu agama serta dalam masa sama tidak mentaksub mengkhinzir buta.

“Dulu lain, sekarang lain. Akan datang boleh bertukar lagi.

“Dalil tersedia, pewala akan ya kan sahaja,” ujar Liyana lagi.

Dua polis antara 4 individu didakwa miliki 240,000 mercun bola

Aizat Sharif
Tertuduh dua anggota polis, Lans Korporal E Lohindran (berkemeja T hitam, belakang sekali) dan Korporal Mohd Hisyamuddin Ahmad Mispha (berkemeja T biru muda dan di hadapan) di bawa masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar. - Foto NSTP/AIZAT SHARIF
Tertuduh dua anggota polis, Lans Korporal E Lohindran (berkemeja T hitam, belakang sekali) dan Korporal Mohd Hisyamuddin Ahmad Mispha (berkemeja T biru muda dan di hadapan) di bawa masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar. - Foto NSTP/AIZAT SHARIF
KANGAR: Empat lelaki termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki 240,000 biji mercun bola bernilai RM35,000 di sebuah rumah, minggu lalu.

Lans Korporal E Lohindran, 32, Koperal Mohd Hisyamuddin Ahmad Mispha, 37, Nurrul Azizol Mohamad, 40, dan Fairul Izwan Abdul Aziz, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan pertuduhan, semua tertuduh bersama suspek yang masih bebas didakwa memiliki bahan letupan iaitu 80 bungkusan plastik hitam mengandungi 240,000 biji mercun bola tanpa kebenaran di Taman Kemajuan, jam 4.30 petang pada 15 Mac lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 (Akta 207) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor S Mageswaran, manakala Lohindran dan Mohd Hisyamuddin diwakili peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.

Peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim mewakili Nurrul Azizol dan Fairul Izwan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula.

PAS bantah menghadkan tempoh jawatan PM?: Bantahan yang pelik dan memualkan

Mohsin Abdullah

Adakah PAS bantah mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri semata-mata kerana cadangan dikemukakan DAP?

Terus terang saya katakan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri adalah sesuatu yang baik. Bagus untuk negara bagus untuk rakyat selaras amalan demokrasi. Kesimpulannya ia menghalang wujud keinginan untuk overstay his or her welcome.

Langkah itu menghalang keinginan terus kekal dalam jawatan walaupun sudah tidak cekap dan tidak mampu bertugas dengan sempurna. Paling bagus ia menghalang wujudnya diktator. Ini antara kebaikannya.

Jadi mengapa PAS tidak setuju? Ini memelikkan. Bantah perkara yang bagus dan guna pula sentimen agama dan bangsa sebagai alasan. Ini memualkan.

Adakah semata-mata kerana cadangan dikemukakan oleh DAP, lalu PAS terus melihatnya menerusi kaca mata perkauman dan keagamaan?

Dalam ucapan dasar pada Kongres Kebangsaan DAP baru-baru ini Setiausaha Agung Anthony Loke menyuarakan harapan dalam tempoh dua tahun mendatang kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun. Ertinya dua penggal.

Sebenarnya cadangan ini bukan sesuatu yang baru. Ia pernah diangkat sebagai antara agenda reformasi Pakatan Harapan. Anwar Ibrahim yang hadir semasa Loke berucap menjelaskan kemudian (menerusi taklimat harian PMO oleh setiausaha akhbar kanan) cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri adalah seiring visi dan kerangka dasar yang ditekankan beliau dalam gagasan ‘Membangun Negara Madani’.

Langkah tersebut antaranya bagi mengelak berlakunya pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa. Banyak negara sudah lama mengambil pendekatan begitu. Dalam aspek ini Malaysia ketinggalan.

Tetapi Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden memilih untuk menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri sebagai percubaan golongan minoriti menentukan nasib golongan majoriti. Jelas mesej Afnan ialah orang bukan Melayu yang minoriti mahu menentukan nasib orang Melayu yang majoriti.

Mungkin beliau tidak sedar cadangan itu bukan diilhamkan hanya oleh DAP lalu beliau kata apa yang beliau kata. Bagi saya kalau benar pun cadangan asal DAP apa salahnya? Siapa yang mencadang bukan masalah asalkan cadangan bagus.

PAS semakin minat main sentimen keagamaan dan perkauman. Parti itu bantah cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan kerana kononnya orang bukan Melayu (baca: Cina) akan menguasainya lantas membelakangi orang Melayu. Ia bantah cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar kerana mendakwa ia cara halus mengusir orang Melayu miskin (kali ini dirangkul masyarakat India supaya tidak kelihatan Malay-centric dan untuk tunjuk sifat kepelbagaian) dari kawasan bandar.

Penolong Setiausaha Agung PAS Syahir Sulaiman cuba melembutkan pendirian partinya berhubung isu tempoh jawatan perdana menteri dengan beri isyarat PAS boleh berbincang. Menerusi catatan ringkas di media sosial, beliau berkata: “Hadkan (tempoh) perdana menteri dua penggal boleh dibincangkan. Tetapkan (syarat) perdana menteri mestilah beragama Islam, boleh kita turut bincangkan.”

Tiada siapa sama ada DAP atau pihak lain yang mahu tempoh jawatan perdana menteri dihadkan bercakap mengenai soal agama ataupun bangsa seseorang perdana menteri. Bak kata Anwar roh dan sifat jawatan perdana menteri itu sendiri sudah terang lagikan bersuluh, seperti mana termaktub dalam Perlembagaan. Maka bagi saya syarat yang ditetapkan Syahir itu bukan suatu isu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga tersalah tembak. Beliau menolak ‘cadangan DAP’ mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kerana ia ‘membelakangi ketetapan Allah’. Jelas beliau juga melihat cadangan itu berasal daripada DAP.

Beliau menyelar pihak yang berlumba-lumba memberi sambutan positif terhadap ‘pendirian DAP’ seolah-olah “lupa, jahil atau tidak mempedulikan dasar lebih penting iaitu mencapai wawasan dunia dan akhirat yang mengikut ketetapan Allah yang Islam memimpin negara”.

Saya rasa Hadi lari daripada topik. Isunya lain tapi reaksi beliau pula mengenai perkara lain. Isunya seorang perdana menteri tidak boleh duduk dalam jawatan lebih 10 tahun. Hadi bercakap soal Islam memimpin negara. Saya ulangi penjelasan PMX “roh dan sifat jawatan perdana menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan”. Jelas dan nyata penjelasan itu.

Sebenarnya mengehadkan tempoh jawatan tertinggi dalam sesebuah pertubuhan termasuk parti politik sudah lama dan banyak dikuatkuasakan untuk kebaikan parti dan untuk elak wujud pemimpin kuku besi. Maklumlah apabila seseorang sudah menikmati kuasa untuk sekian lama pemimpin baik pun boleh berubah jadi tidak baik. Kita sering dengar “power corrupts, absolute power corrupts absolutely“.

PKR dan Amanah ada peruntukan dalam perlembagaan parti yang mengehadkan tempoh jawatan presiden masing-masing kepada tiga penggal. DAP mengehadkan tempoh jawatan nombor satu mereka iaitu setiausaha agung juga kepada tiga penggal.

Umno antara parti tidak ada had tempoh jawatan presiden. Begitu juga PAS. Presiden tidak terikat dengan jangka waktu. Boleh jadi presiden selagi rasa boleh dan selagi mahu.

2 beranak cedera kereta dihempap pokok tumbang

Juwan Riduan
Anggota APM membantu memotong pokok tumbang yang menghempap kereta dan menghalang laluan. (Foto kecil) Dua beranak yang cedera dibantu. - Foto ihsan APM
Anggota APM membantu memotong pokok tumbang yang menghempap kereta dan menghalang laluan. (Foto kecil) Dua beranak yang cedera dibantu. - Foto ihsan APM
KOTA KINABALU: Dua beranak cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Tuaran, Likas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, wanita berusia 44 tahun cedera pada lutut, manakala anak lelakinya berusia lima tahun cedera pada dahi.

Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, pokok yang tumbang itu menghalang jalan raya dan menghempap dua kereta.

"Dua mangsa membabitkan wanita dan anak lelakinya cedera ringan dan diberi rawatan awal oleh anggota APM," katanya.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk rawatan lanjut dan pasukan APM membantu kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang.

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bagi bantu siasatan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurup wang bagi membantu siasatan kes melibatkan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki, berkata suspek direman dua hari namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung.

“Kami segera merujuknya kepada doktor yang mengesahkan dia mengalami masalah jantung tersumbat,” katanya kepada New Straits Times.

Dalam pada itu, Azam memaklumkan proses merakam keterangan Ismail mungkin memerlukan beberapa sesi lagi.

“Saya tidak dapat meramalkan bila proses ini akan selesai, tetapi saya boleh katakan ia akan mengambil beberapa sesi lagi.

“Proses merakam keterangan masih berjalan dan ramai lagi individu yang akan diambil keterangan,” katanya.

Ismail dijangka dipanggil untuk soal siasat bagi kali keenam esok.

SPRM sedang menyiasat penemuan kira-kira wang tunai RM170 juta dan jongkong emas 16kg yang bernilai jutaan ringgit, yang mana dirampas hasil serbuan di beberapa kediaman dan pejabat, selain premis dijadikan “safe house”.

Selain bekas perdana menteri, agensi itu menyiasat empat bekas pegawai kanannya.

Lelaki kelar leher selepas gaduh dengan isteri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki dalam keadaan kritikal selepas mengelar leher sendiri dengan pisau pemotong daging di depan sebuah restoran di Danga Bay, Johor Bahru, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan selepas berlaku perselisihan faham dengan isteri.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.25 tengah malam selepas dimaklumkan oleh anggota polis bantuan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa bertindak sedemikian akibat tekanan perasaan selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya.

“Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, tular video di X memaparkan seorang lelaki mengacukan pisau dan mengelar leher sendiri di depan sebuah restoran.

5 pelajar IPTS sasar samun lelaki gay, pindah wang RM67,000

FMT Reporters

PETALING JAYA: Lima pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan disyaki menggunakan modus operandi menjerat lelaki gay untuk disamun.

Ketua Polis Serdang, A A Anbalagan, berkata mangsa terbaharu melibatkan lelaki bekerja pendandan rambut yang disamun RM67,000 menerusi pindahan wang.

Katanya, lelaki berusia 41 tahun itu telah berkenalan dengan suspek menerusi satu aplikasi janji temu dan bersetuju bertemu di rumah sewa, di Seri Kembangan, pada 16 Mac.

“Lebih kurang 7.30 malam, pengadu pergi ke rumah tersebut dan pengadu menggunakan tandas. Selepas keluar, didapati dua lelaki tempatan termasuk suspek mengarahkan pengadu mengikut arahan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kaki dan tangan mangsa turut diikat.

“Seorang daripada suspek mengambil kayu dan memukul badan pengadu, manakala seorang lagi mengambil telefon bimbit pengadu dan memindahkan wang berjumlah RM67,000 ke dalam akaun suspek lain.”

Susulan penerimaan laporan, polis menangkap lima lelaki termasuk pemilik akaun yang menerima wang mangsa, di mana semua adalah pelajar IPTS, berusia lingkungan 18 hingga 22 tahun.

Empat suspek direman sehingga 21 Mac, manakala seorang lagi diberikan jamin polis.

Anbalagan berkata, siasatan awal dijalankan terkesan tiga kejadian lain melibatkan mangsa berbeza menggunakan modus operandi sama, di mana dua kejadian masih belum dilaporkan.

“Modus operandi digunakan adalah pencarian mangsa (gay) melalui media sosial, bertemu janji untuk berjumpa di tempat ditentukan suspek, kemudian mengikat kaki dan tangan sebelum memindahkan wang mangsa.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan tanpa senjata api dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 atas kesalahan memiliki senjata api tiruan.

Terengganu: Datuk hampir pengsan lihat tangan cucu hancur, pipi terbelah kena letupan mercun

Adie Sufian Zulkefli

KUALA NERANG: Datuk kepada dua beradik yang parah akibat terkena letupan mercun di Kampung Baru dekat Kuala Nerang hampir pengsan sebaik melihat cucu kesayangan dalam keadaan tangan hancur terkulai dan pipi terbelah.

Mohd Noor Abdullah, 60, mengalirkan air mata ketika menceritakan semula kejadian menimpa dua cucunya, Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, dan Muhammad Aiman Naufal, 4, yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam tadi, Muhammad Zharif Daniel mengalami kecederaan parah dengan tangan kiri hancur hingga pergelangan tangan, manakala bawah pipi kanan terkoyak besar.

Katanya, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi letupan kuat.

Dia kemudian berlari keluar dan terkejut melihat Zharif dalam keadaan berlumuran darah kira-kira 10 meter dari rumah.

"Keadaan dia sangat teruk yang mana tangan sebelah kiri hancur hingga pergelangan tangan, manakala bahagian bawah pipi sebelah kanan terkoyak.

"Saya hampir pengsan tetapi saya kuatkan semangat dan mengambil sehelai baju untuk membalut tangan cucu.

"Dia meraung sambil memberitahu sakit dan pedih. Adiknya, Muhammad Aiman turut cedera dan dia juga menangis.

"Kami kemudian segera menghantar mereka ke Hospital Kuala Nerang sebelum dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, pada Rabu.

Ujarnya, dia dan ahli keluarga lain tidak mengetahui jenis sebenar mercun yang mengakibatkan dua beradik itu cedera.

Katanya dia menemui cebisan daging dan kesan darah cucunya pada dinding selain saki-baki mercun dipercayai jenis telur naga.

Dia berkata, turut menemui serpihan botol air mineral yang dipercayai digunakan mangsa untuk memasukkan sejumlah mercun sebelum ia meletup kuat.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki berusia empat dan tujuh tahun cedera parah akibat bermain mercun jenis bola di rumah mereka di Kampung Baru, malam tadi.

Seorang Bapa dipenjara 7 tahun, 4 sebatan lakukan amang seksual, miliki video lucah anak

Sinar Harian

SEREMBAN: Perbuatan terkutuk seorang bapa yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan dan memiliki video serta gambar lucah mangsa terbalas apabila dia dijatuhi penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 43 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lapan bulan ketika kejadian yang mempunyai hubungan amanah dengan tertuduh.

Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 11.30 malam pada Januari 2024 dan kira-kira jam 7.30 malam pada Mac tahun sama di sebuah rumah dekat Gemas.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat manakala bagi Seksyen 16 Akta 792, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan dengan sebat tidak kurang dua sebatan.

Mengikut satu lagi pertuduhan, tertuduh didapati memiliki empat gambar dan empat video bahan penganiayaan seksual kanak-kanak iaitu mangsa sama di dalam telefon bimbitnya yang dirampas.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tampin kira-kira jam 8 malam 6 Mac lalu.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 10 Akta 792 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM10,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dan memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.

Menurutnya, jenayah yang dilakukan tertuduh agak serius kerana mangsa baru berusia 12 tahun ketika kejadian selain kanak-kanak itu juga adalah anak kandung tertuduh sendiri yang sepatutnya dilindungi.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan bekerja sebagai 'wireman' dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan dan menanggung tiga lagi anak.

Tambahnya, isterinya sudah melarikan diri sebelum ini dan kini tiga anaknya tinggal bersama adik dan abang tertuduh di sebuah rumah yang disewanya di Gemas.

Bagi kesalahan amang seksual, Surita menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun yang berjalan dari tangkap iaitu 6 Mac serta empat sebatan.

Bagi pertuduhan memiliki bahan lucah pula, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh tangkap.

Hukuman penjara bagi pertuduhan dihadapi berjalan serentak. - Sinar Harian

Sarjan polis dituduh minta suapan gelang emas

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan meminta suapan seutas gelang emas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita, dua tahun lalu.

Mohd Khairi Aswadi Mohamad, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meminta seutas gelang emas sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita berusia 39 tahun yang juga suspek dalam kes pukul.

Kesalahan dilakukan ketika Khairi bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Temerloh, menurut Harian Metro.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan segera di Taman Chengal, Temerloh, kira-kira 2 petang pada 15 April 2023.

Bagi kesalahan iu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa SPRM Ezuain Farhana Ahmad mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga meminta Khairi melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan, tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Bob Arumugam yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya berkhidmat dengan pasukan polis selama 25 tahun.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan mematuhi semua syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.

Pemimpin DAP lapor polis isu ‘parang terbang’

Malaysiakini 

Pemimpin DAP Syahredzan Johan membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook kerana  memberikan amaran “tragedi parang terbang” terhadapnya.

Anggota parlimen Bangi membuat laporan polis itu hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Langkah ini juga penting sebagai pengajaran kepada orang lain yang membuat komen melampaui batas,” katanya.

Syahredzan yang juga seorang peguam turut memuat naik tangkap layar komen itu yang bertulis:

“Muka-muka pengkhianat bangsa dan agama inilah, bila berlakunya tragedi parang terbang lagi nanti, mereka akan lari hingga ke lubang cacing dengan penuh ketakutan, namun tetap tewas dan akhirnya tumbanglah menyembah bumi dalam keadaan yang hina bersama tuan-tuan mereka.”

Sementara itu, mengumumkan laporan polis itu di media sosial, Syahredzan berkata dia membuat laporan polis kerana tidak dapat mengesahkan sama ada pelaku memohon maaf secara ikhlas.

Pautan ke komen asal yang dipertikai itu kini tidak lagi dapat diakses, kemungkinan telah dipadam.

Walauntit padam komen di Facebook dan minta maaf kepada MP Bangi

Wanita padamkan pos dan minta maaf kepada MP Bangi

K PRAGALATH

Kartini Khalid, wanita yang telah membuat ugutan terhadap Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan telah memadamkan komen ugutannya itu dan memohon maaf kerana berbuat demikian.

“Saya telah deleted komen saya sebelum ini di atas permintaan YB Syahredzan dan saya mohon maaf atas kesilapan saya di atas komen yang begitu,” katanya di laman Facebook Legasi Tok Guru

Semalam Syahredzan telah memberikan amaran kepada Kartini Khalid untuk memohon maaf secara terbuka dan ikhlas dan memadamkan komen yang berbentuk ugutan di laman Facebook Legasi Tok Guru.

Syahredzan telah memberikan waktu sehingga 12 tengah hari untuk berbuat demikian.

Kartini telah menulis seperti berikut di laman FB tersebut:

“Muka-muka pengkhianat bangsa dan agama inilah, bila berlakunya tragedi parang terbang lagi nanti, mereka akan lari hingga ke lubang cacing dengan penuh ketakutan namun tetap tewas dan akhirnya tumbanglah menyembah bumi dalam keadaan yang hina bersama tuan-tuan mereka.”

Komentar ugutan ini dibuat sehari selepas Syahredzan menjadi naib presiden DAP setelah berjaya menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Mereka hanya perlu lolos masuk Malaysia saja, dapat masuk aman

15 warga Bangladesh menyamar ‘pemain kriket’ ditahan di KLIA

FMT Reporters

Kumpulan itu turut mengemukakan surat penganjuran kejohanan, yang kemudian didapati palsu.
AKPS menahan sekumpulan warga asing dari Bangladesh, yang menyamar sebagai pemain kriket, di KLIA semalam. (Gambar AKPS)
PETALING JAYA: Sekumpulan 15 lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai pasukan kriket untuk masuk ke negara ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), kumpulan itu cuba mengaburi mata pegawai ketika pemeriksaan dengan berpakaian seragam sukan kriket.

Tambahnya, kumpulan itu turut mengemukakan surat penganjuran kejohanan, kononnya dikeluarkan oleh sebuah persatuan kriket di negara ini, yang kemudian didapati palsu.

“Tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung dari 21 Mac hingga 23 Mac 2025 seperti tercatat,” kata AKPS, lapor Bernama.

Kumpulan itu turut cuba mendapatkan seorang penaja sebagai ‘penjamin’, namun individu yang hadir mengaku tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejohanan kriket tersebut.

“(Individu tersebut) hanya hadir sebagai wakil syarikat,” kata AKPS.

Menurut agensi itu, pemeriksaan lanjut mendapati tiada bukti kukuh mereka pemain kriket dan mereka mungkin sebahagian daripada sindiket yang cuba menyamar sebagai pemain kriket untuk masuk ke Malaysia atas tujuan lain.

Kumpulan tersebut kemudian tidak dibenarkan mendarat dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa, tambahnya.

“AKPS turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu atau sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan untuk tujuan berbeza seperti bekerja secara tidak sah atau pemerdagangan manusia,” katanya.

2 beradik lemas dibawa arus ketika mandi

Erika George
Operasi mencari dua beradik yang hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai batang Mukah, hari ini. - Foto ihsan bomba
Operasi mencari dua beradik yang hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai batang Mukah, hari ini. - Foto ihsan bomba
MUKAH: Dua beradik berusia tujuh dan 10 tahun dikhuatiri lemas selepas masing-masing hilang dibawa arus deras semasa mandi di Sungai Batang Mukah, di sini petang tadi.

Kejadian berlaku di tepi sungai berhampiran Jalan Kampung Bedanga dengan dua mangsa dikenali sebagai Dexper Kiu Kuang Wei, 10 dan adik perempuannya, Susie Kiu berusia tujuh tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 3.50 petang.

Beliau berkata ibu mangsa memaklumkan dia melihat dua anaknya itu sedang mandi di tepi sungai terbabit dan tiba-tiba tenggelam dibawa arus kerana masing-masing tidak pandai berenang.

"Ibu mangsa cuba menyelamatkan mereka, namun gagal berikutan kejadian berlaku terlalu pantas ditambah faktor air sungai deras.

"Pasukan bomba memulakan pencarian secara permukaan ke hilir dan hulu sungai dan sehingga jam 5 petang tadi kedua-dua mangsa berlum ditemukan," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat akan disambung esok.

Umat Islam disaran jangan datang ke Kota Al Ula, Arab Saudi ini

Arab Saudi berhabis USD15 bilion bina semula Kota Al Ula, pemuda ini saran umat Islam jangan datang
Oleh KIM SYAZIE
Pada 2023, Kerajaan Arab saudi dilaporkan berbelanja hampir AS$15 bilion (RM67.125 bilion) untuk membina semula Kota Al Ula.

Buat yang tidak tahu, kawasan ini adalah tempat turunnya azab Allah kepada kaum Nabi Saleh malah dianggap sebagai tempat tinggal roh jahat.

Pengguna Twitter, @addien90s tampil menjelaskan kenapa umat Islam dilarang masuk ke kawasan ini.

Dalam sebuah sejarah diceritakan bahawa semasa hayatnya, Nabi Muhammad sentiasa mempercepatkan langkahnya ketika melalui Kota Al Ula.

Manakala dalam satu kisah, Nabi Muhammad difahamkan tidak akan menoleh ke kanan atau kiri semasa melalui kawasan tersebut.

Selain itu, Ibn Battuta yang telah melalui kota ini dan mencatatkan bahawa kafilah yang bersama dengannya turut keberatan untuk singgah di Al Ula.

Keengganan untuk berhenti ini dikatakan dikaitkan dengan Al Ula digelar sebagai kota hantu atau kota terkutuk.

Dikatakan, masyarakat Arab menggelar Al Ula sebagai markas jin yang mesti dielakkan kerana Nabatean enggan meninggalkan kepercayaan mereka.

Mereka dilaknat kerana tidak menyembah Tuhan, tetapi menyembah para dewa-dewi.

Daripada segi saintifik pula jelas lapisan ozon adalah lebih nipis jika mahu dibandingkan dengan tempat lain.

Selain itu, gempa bumi besar yang berlaku ribuan tahun dahulu juga telah menipiskan lapisan ozon bumi.

Para saintis juga menemukan lubang besar di lapisan ozon atmosfera tepat di atas kawasan ini.

Ozon yang nipis boleh merosakkan UV, mendatangkan pelbagai penyakit kulit, kanser, dan kejadian ribut semula jadi.

Penyelidik juga turut bersetuju bahawa tidak selamat bagi manusia untuk tinggal di kawasan ini dalam tempoh masa yang lama.

Ini sesuai dengan larangan yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang tempat tersebut.

Tempat yang menjadi tanda simbol ini, tidak boleh digunakan sebagai tempat keseronokan dan hiburan.

Dalam tempoh 5 jam 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang

Bernama

Pihak berkuasa Gaza melaporkan bahawa lebih 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel kembali melancarkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah melancarkan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari, lapor Anadolu Ajansi.

"Kekejaman ini sekali lagi membuktikan bahawa tentera penjajah Israel hanya memahami bahasa pembunuhan, kemusnahan dan genosid," menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa serangan berlaku dalam keadaan sekatan masih dikenakan ke atas Gaza serta semua lintasan sempadan ditutup, memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan menyebabkan lebih 2.4 juta penduduk terputus bekalan keperluan asas.

Mereka menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan hak asasi manusia, agar segera bertindak menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas bagi mencapai matlamat perang seperti yang ditetapkan oleh kepimpinan politik.

Sebaliknya, Hamas menuduh kerajaan Israel mengisytiharkan perang ke atas Gaza dengan memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Walaupun gencatan senjata telah dipersetujui, pihak berkuasa Gaza sebelum ini melaporkan bahawa tentera Israel terus melakukan pelanggaran hampir setiap hari.

- Bernama

Lindungi syarikat lori, Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa

Bernama

MELAKA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, selepas dia didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, Che Fadzlie Izwan didakwa memberi rasuah berjumlah RM4,250 kepada anggota JPJ lain sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan.

Kesalahan itu dilakukan dalam lapan perjumpaan berasingan di JPJ dalam daerah Melaka Tengah antara Januari 2019 hingga Disember 2020 dan pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Hakim Elesabet menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula pada hari ini.

Peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang mewakili Che Fadzlie Izwan memohon penangguhan hukuman penjara dan denda bagi membolehkan anak guamnya memfailkan rayuan.

Hakim Elesabet membenarkan permohonan penangguhan hukuman dengan syarat notis rayuan perlu difailkan hari ini dan jaminan terhadap lelaki itu dinaikkan kepada RM22,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Ahli Parlimen Kota Bharu sembang kari kata netizen

Bila MP Kota Bharu nak jadikan MPKB role model, netizen kata sembang kari

K PRAGALATH

Rata-rata netizen mentertawakan rancangan Perikatan Nasional yang mahu menjadikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebagai contoh PBT apabila PN kembali berkuasa di Putrajaya.

Rancangan tersebut diumumkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hasan dan dilaporkan di dalam media Pas, Harakah Daily.

“Kalau kita jadi kerajaan semula kita nak Menteri kerajaan Tempatan ini daripada Kelantan, barulah boleh kerja. Baru ni tak sempat. Insya Allah kita nak benda itu dicapai.

“Kita nak MPKB-BRI betul-betul menjadi satu role model kepada tempat lain

Para netizen dalam kumpulan FB Sahabat Anwar Ibrahim berkongsi gambar kejayaan MPKB BRI dan kerajaan Kelantan setakat ini.

Gambar-gambar menarik menunjukkan bahawa masalah sampah tidak berkesudahan. Terminal Bas Kota Bharu hanya terminal pada papan tanda.

Air paip pula tidak ubah seperti air Nescafe. Turut disertakan laporan berita berkenaan rancangan memperkenalkan bas elektrik yang hanya indah khabar dari rupa.

Salah seorang ahli kumpulan FB tersebut menyifatkan PN hanya sembang kari.

“Lawak bulan puasa… kahkah,” kata Salah Saleh.

Mrmuraq Ari turut mentertawakan pengumuman oleh Takiyuddin.

9,684 warga asing terbabit jenayah kekerasan, samun, curi, bunuh, rogol dan jenayah lain

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
ANTARA warga asing yang ditahan membabitkan kesalahan tiada dokumen sah di Pelabuhan Klang, tidak lama dulu.
ANTARA warga asing yang ditahan membabitkan kesalahan tiada dokumen sah di Pelabuhan Klang, tidak lama dulu.
Kuala Lumpur: Kebanjiran warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) menimbulkan kebimbangan masyarakat terutama apabila ada yang terbabit dengan pelbagai jenayah, sekali gus mengancam keselamatan.

Sepanjang tempoh empat tahun dari 2021 hingga 2024 (November) seramai 9,684 warga asing dari pelbagai negara ditahan terbabit dengan jenayah kekerasan, samun, curi, bunuh, rogol dan jenayah lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara yang tertinggi melakukan jenayah di negara ini ialah membabitkan warga dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina dan Pakistan.

Menurutnya, berdasarkan rekod kebanyakan warga asing yang ditahan polis antara 2021 hingga November lalu biasanya terdiri daripada dua kategori iaitu yang memasuki negara ini secara sah tetapi tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan mereka yang masuk secara haram (tanpa dokumen atau melalui pintu masuk yang tidak sah).

"Bagi tangkapan membabitkan tiada dokumen dalam tempoh sama seramai 4,222 Pati ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Razarudin berkata, tangkapan warga asing membabitkan kes tinggal lebih masa pula adalah seramai 6,559 bagi tempoh sama.

Sementara itu, jumlah wanted person (orang dikehendaki) warganegara asing dari 2020 sehingga November 2024 adalah seramai 2,141 orang.

"Orang dikehendaki membabitkan kes jenayah dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seramai 1,414; kes jenayah komersial seramai 325 dan narkotik seramai 402 orang.

"Cabaran utama yang dihadapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah membabitkan warga asing terutamanya Pati ialah pengesanan identiti, kesulitan dalam mengesan mereka yang berada di kawasan sukar dikenal pasti dan kerjasama antarabangsa yang terhad," katanya.

Beliau berkata, beberapa faktor lain yang menyumbang kepada cabaran-cabaran ini termasuklah isu penguatkuasaan undang-undang, akses kepada maklumat risikan, kerjasama antarabangsa, serta kekangan sumber.

"Bagaimanapun PDRM terus berusaha untuk memperbaiki penguatkuasaan melalui penggunaan teknologi, kerjasama antarabangsa, dan operasi yang lebih bersepadu untuk mengekang masalah ini demi memastikan keselamatan negara yang lebih terjamin," katanya.

Kemalangan maut: 2 beranak rentung melibatkan nahas dua lori

Nahas lori, 2 beranak rentung
FMT Reporters

Lori dipandu bapa merempuh belakang lori bermuatan kapas lalu tercetus kebakaran.
Bapa dan anaknya rentung dalam nahas melibatkan dua lori di KM331.8 arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan, Tapah, awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Dua beranak rentung dalam nahas dua lori di KM331.8 arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan, Tapah, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira 7.45 pagi berkenaan membabitkan dua lori yang masing-masing membawa muatan pasir dan kapas.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata kebakaran tercetus susulan pelanggaran lori muatan pasir menghentam bahagian belakang lori bermuatan kapas.

“Maklumat dari ketua operasi terdapat seorang mangsa ditemui mati terbakar iaitu pemandu lori muatan pasir.

“Manakala, seorang lagi mangsa iaitu anak pemandu ditemui tersepit di bawah kepala lori dan didapati mati terbakar dan telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat,” katanya menurut Kosmo.

Menurut laporan itu, si bapa berusia lingkungan 40-an, manakala anaknya sekitar 20-an.

Pemandu lori muatan kapas pula tidak mengalami sebarang kecederaan.