"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramai lagi “Kickdefella” Dalam PKR / Nizar / PKFZ / Anwar

professor
Sesuatu yang pelik, bagaimana kickdefella Pegawai Perhubungan Awam, bertugas dan bertanggungjawab dan melapor terus kepada EXCO, dan bukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, seperti yang dilaporkan olehnya. Tidak ada kah pihak–pihak yang berkenaan menyedari akan keadaan ini?

Sesuatu yang sangat malang, bilamana meneliti tulisan kickdefella, membuka semua aib, pekong dan rahsia di Kelantan!!!

Tetapi lebih malang lagi, bagaimana beliau seperti ada yang menuduh seorang peminum arak tegar, boleh melepasi saringan ketat TGNA, dapat memperdayakan seorang EXCO!!!!

Sementara itu, peringatan, teguran dan amaran DSAI kepada semua peringkat pimpinan PKR dan MP supaya berundur segera sekiranya tidak dapat berkhidmat dengan baik dan yang menjadi duri dalam daging.

Adakah amaran DSAI ini bermaksud beliau memang mengetahui adanya individu seperti ‘kickdefella’ dalam PKR.

Sebenarnya, salah satu sasaran utama UMNO ialah memasang dan memasukkan seramai mungkin ‘kickdefella’ dalam PKR, sebagaimana Berjaya di dalam PAS Kelantan.

Berbanding DAP, PAS dan PKR, PKR adalah musuh utama UMNO. PKR sebenarnya lahir dari tulang sulbi UMNO.

DAP agak aman dari sebarang skandal hingga kini. PAS, walaupun dihentam bertubi–tubi, kemungkinan ia akan hancur agak sukar. Sejarah sudah menguji ketahanan PAS hingga kini.

Manakala PKR, yang paling bungsu kini berhadapan dengan seribu ‘KICKDEFELLA’ di dalamnya. Hanya menunggu masa saja menjelang PRU 13, ianya akan berlumba-lumba muncul, meletupkannya dari dalam.

Adakah mungkin PKR dan DSAI mampu menghadapi situasi ini?

1 ulasan:

ghostWRITER berkata...

saudara penulis kerengga,
kenapa bila ada masalah dalam PKR dan PAS, UMNO juga yang ditala? sedangkan yang bermasalah adalah parti anda sendiri. Nampak sangat korang ingat korang memang maksum, tak pernah buat salah, semua betul dari PR, salah saja dari BN. Sedangkan segala pembangunan yang kau sedang nikmati sekarang ini hasil BN. Apa hasil PAS dan apa pula hasil PKR? yang aku tahu PKR makin parah. Di Selangor wayang PKR makin menjadi-jadi. Ada MB, tapi macam takdak fungsi, semua keputusan DSAI yang buat. DSAI pun dah tak lama, bukti semua dah ada, tunggu masa nak jatuh hukuman, PRU 13 DSAI duk dalamla... hahahah!!!