"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerangkusan Jabatan Agama di majlis forum Ad Deen Beserah

matjejakrasul
Semalam 27hb satu forum ilmiah yang di adakan di Mussola Ar Raudhah Taman Pelindung Beserah Kuantan berjaya juga diadakan walaupun sebelum ini telah menerima pelbagai tekanan dari kerajaan setempat, khusus nya Majlis Agama Pahang sendiri.

Forum Ad Deen itu yang bertajuk "Perlaksanaan Syariah di Malaysia : Cabaran , Halangan dan Kesungguhan" dimulakan lebihkurang jam 9.30 malam agak terlewat sedikit dari jadual yang ditetapkan disebabkan pihak jabatan Agama Pahang dan beberapa anggota keselamatan ‘berjumpa' ahli ahli panel untuk memberi garis panduan nya.

Ahli ahli panel forum tersebut terdiri dari Dr.Asri Zainal Abidin merupakan pensyarah USM dan juga bekas Mufti Kerajaan Perlis, Ust.Nasarudin Tantawi selaku Ketua Pemuda Pas Pusat, Dr.Azhar Yaakob pensyarah dari Universiti Malaya. Pengerusi forum pada malam itu ialah En.Fadli Ramli seorang peguam dari Kuala Rompin yang juga pernah berkhidmat bersama Karpal Singh sebelum ini.

Ahli panel berkurang setelah Dr.Asri Zainal Abidin di tarik keluar.

Sebelum ini Jabatan Agama Pahang sudah menyatakan rasa kurangsenang nya dengan ahli panel undangan pihak penganjur iaitu Dr.Asri dan sudah beberapa kali pihaknya bertemu penganjur forum dari AJK Mussola Ar Raudhah yang diketuai oleh Ust.Nasarudin Tantawi, termasuk penghantaran emel dan pesanan melalui ‘chatt box' blog Episode Perjuangan.

Sehingga tengahari 27hb dan terakhirnya disaat saat akhir sebelum acara majlis forum diadakan lebihkurang jam 9.10 minit malam itu pihak majlis agama masihlagi ‘mengekang' kelancaran majlis itu. Sebelum majlis bermula pihak majlis agama Pahang memberi arahan kepada Dr.Asri supaya tidak menyentuh bab bab agama dalam forum itu nanti.

Inilah kebejatan yang digambarkan oleh ‘orang orang agama' itu sendiri apabila agama yang syumul ini hendak dimertabatkan dinegara kita. Bayangkanlah majlis yang berunsur agama di dokon pula oleh para ilmuan agama tetapi tidak dibenarkan untuk menyentuh bab bab agama oleh majlis agama, apa cerita? adakah ini mungkin agama kita tersibar untuk dikembangkan.

Apakah dengan kedangkalan ini yang dilahirkan oleh Jabatan Agama Pahang, kita selaku penganut agama Islam dapat menobatkan kemuliaan agama Islam itu. Pihak majlis agama ‘mengecop' Dr.Asri ini berfahaman wahabi dan tidak dibenarkan bercakap di negeri Pahang. Apabila seorang dari wakil penganjur bertanya kepada pihak jabatan agama semasa pertemuan untuk berbincang pasal tidak membenarkan Dr.Asri dalam forum itu, ‘apa itu wahabi?' pihak jabatan agama hanya menjawab ‘orang sebut wahabi, saya kata wahabilah' tidak dapat menjelaskan apa itu itu wahabi. Disinilah kemuskilan yang timnbul.

Dr.Asri yang juga dikenali sebagai MAZA tidak dibenarkan bercakap pasal agama dalam forum itu kerana pihak majlis agama bimbang akan penyelewengan akidah yang bakal disampaikan oleh beliau dan didengar oleh para hadirin serta boleh merosakan kefahaman masyarakat Pahang khusus nya.

Seolah olah atau boleh di ibaratkan "saya ditangkap polis dan digari, apabila ditanya oleh orang ramai mengapa beliau ditangkap? Polis menjawab, pihak polis bimbang dia ini melakukan kecurian" sebab itulah kami tangkap dahulu.

Begitulah dengan kes tadi, Dr.Asri belum bercakap lagi, sudah diarahkan turun pentas. Kalau dia sudah berucap dan bercakap agama dan didapati menyeleweng dari ajaran sebenar barulah pergi tangkap dan dakwa. Belum mencuri sudah kena tangkap?

Memandangkan beberapa sebab tertentu, saya akan menyambungkan lagi artikel ini dan perkembangan selanjutnya dalam keluaran akan datang diwaktu terdekat insya Allah.

1 ulasan:

En. Mohd Asri b. Mat Isa berkata...

Tahniah Maza, itulah jalan pendakwah, dihalang untuk berdakwah.. sekarang rakyat tahu siapa pejuang... macam Nabi SAW berdakwah kat Mekah... sejarah berulang... watak2 Abu Jahal sentiasa ada di sepanjang zaman...