PAS menyokong keputusan dan tindakkan yang diambil oleh PBT Petaling Jaya, Selayang dan Ampang Jaya yang tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp yang mendapat lesen judi tersebut dari Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Menteri Kewangan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Keputusan dan tindakkan tersebut menunjukkan satu keberanian dan ketegasan PBT yang memahami kesan yang bakal dihadapi negara dari amalan perjudian.
Apa yang boleh dilakukan oleh PBT ialah pertamanya tidak mengeluarkan lesen premis judi bola sepak ini kepada Syarikat Kumpulan Berjaya Corp yang mendapat lesen untuk mengendalikan perjudian ini. Kedua ialah sepertimana kenyataan yang dibuat oleh Berjaya bahawa mereka akan menggunakan premis dan kemudahan Sport Toto yang sedang beroprasi secara sah untuk dijadikan pusat pengoperasian kegiatan judi bola sepak, maka pihak PBT boleh menarik balik lesen premis yang telah dikeluarkan oleh PBT sebelum ini kepada Sport Toto kerana menjalankan penambahan aktiviti judi tanpa kebenaran PBT.
PBT juga hendaklah menolak sebarang permohonan penambahan aktiviti judi yang dikendalaikan dipremis Sport Toto. Dengan ini kita dapat menghalang kegiatan judi yang sangat besar tranksaksinya yang dijangka RM2 bilion dalam sehari. Dengan ini dapat mengelak dari berlakunya peningkatan gejala jenayah seperti curi, rompak, ragut dan kegiatan pinjaman along untuk berjudi yang akan menyebabkan berlakunya keberentakkan rumahtangga dan mengujudkan masalah sosial pada negara.
Tahniah kepada Ahli Majlis PBT Selangor yang menggunakan kuasa yang ada pada mereka menghalang gejala keburukan judi ini. Saya menyeru semua kerajaan negeri khususnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan ini sebagai satu permulaan yang baik kearah menghentikan amalan buruk ini. Saya menyeru semua Ahli Majlis PBT di negeri PR mengambil langkah dan tindakkan yang sama dalam menghalang kegiatan judi bola sepak yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Saya akan menghubungi Pimpinan PR untuk membolehkan satu Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan PR diadakan dalam kadar yang segera untuk mengambil ketetapan supaya semua kerajaaan negeri dan PBT di negeri PR memerintah mengambil keputusan yang sama bagi menghalang pengoperasian judi bola sepak yang dilesenkan oleh Datuk Seri Najib kepada Berjaya corp.
Saya akan menghubungi Pimpinan PR untuk membolehkan satu Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan PR diadakan dalam kadar yang segera untuk mengambil ketetapan supaya semua kerajaaan negeri dan PBT di negeri PR memerintah mengambil keputusan yang sama bagi menghalang pengoperasian judi bola sepak yang dilesenkan oleh Datuk Seri Najib kepada Berjaya corp.
DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS
1 ulasan:
Tahniah diucapkan pada Ahli Majlis yang berani tersebut....
diharap agar SEMUA PBT di negeri yang dikuasai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil tindakkan yang sama.....
Kegagalan berbuat demikian adalah seolah-olah
MEMBERI DANA YANG CUKUP BESAR KEPADA PARTI BENJAMIN NETANYAHU (BN) UNTUK MERASUAH RAKYAT FELDA DI PENDALAMAN PADA KEMPEN PRU 13 AKAN DATANG!!!!!!!!
dalam kata yang mudah kita biarkan pihak musuh mencapai senapang yang terletak 10 meter dihadapannya untuk menembak kepala kita tanpa kita berbuat apa-apa untuk menghalang tindakannya itu.....
Catat Ulasan