"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TG Dato' Dr. Haron Din Jalani Pembedahan Jantung

admin_ann
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah berlepas ke California, Amerika Syarikat pada 28hb Ogos kelmarin untuk menjalani pembedahan jantung. Beliau ditemani oleh isteri dan anak-anaknya sepanjang pemergian beliau di sana.

Ini merupakan pembedahan jantung yang kelima baginya. Kali terakhir beliau menjalaninya kira-kira 10 tahun yang lalu.

ustharon-ustnasa
Pembedahan jantung tersebut akan diadakan di Stanford University Hospital, San Francisco, California. Dato’ Dr Haron Din terpaksa menjalankan pembedahan di sana kerana pihak Institut Jantung Negara tidak ada kepakaran khusus untuk melakukannya disebabkan komplikasi permasalahan jantung yang beliau alami.ustharon-klia
Menurut maklumat yang diberikan oleh pihak Dato’, beliau akan menjalani prosedur koronari angiogram yang akan disusuli dengan koronari angioplasti dan berkemungkinan akan menjalani pembedahan jantung pada hari Selasa, 31 Ogos.ustharon-ustnasha
Di KLIA, beliau diiringi oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama isteri dan kira-kira 500 orang yang memberikan sokongan moral dan doa kepada Dato’ Dr Haron Din. -ANN

1 ulasan:

PW CHIANG berkata...

Tg.
Sebagai seorang anak murid Tg pada Tahun 1970 di SM Abdullah Munshi, Pulau Pinang. Hanya seorang pelajar bukan Melayu ketika itu.
Saya doakan sihat selalu. Saya amat menyanjung dan menghormati Tg, dari dulu hingga sekarang.
Nama saya CHIANG PENG WAH. Tidak sangka sudah hampir 40 tahun dah berlalu.