"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NGO Melayu bakar buku 'My Balik Pulau'

gabungan bela hak insan president

Sekumpulan NGO Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) bertindak membakar buku kontroversi 'My Balik Pulau' di Pulau Pinang hari ini.

Gabungan tersebut diwakili oleh Persatuan Anak Jati Melayu, Badan 
Anti-Islam Liberal, International Islamic Propagation Society dan Sekretariat Dakwah - kesemuanya dari Pulau Pinang.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor (foto, tengah) berkata, buku tersebut memang mengandung unsur sejarah palsu dan menghina orang Melayu di Pulau Pinang.

Menurutnya, buku itu sengaja diterbitkan untuk memadam sejarah awal orang Melayu di Balik Pulau.

Beliau menganggap penerbitan buku itu merbahaya dan mempunyai motif politik dan rasis.

Mohamed juga menafikan bahawa Gabungan itu sebuah wadah politik, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak pasti siapakah yang bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

"Bagaimanapun, kami mahu kerajaan sekarang mengharam danmenarik balik buku kecil itu," katanya.

Gabungan juga mahu tindakan diambil terhadap penerbitnya, Arts Ed, kerana mereka menggunakan logo negeri.

Jika kerajaan negeri gagal mengambil tindakan, katanya, Gabungan akan mendapatkan bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, termasuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri.

-malaysiakini-

1 ulasan:

Zali Ismail berkata...

ape nak jadi nie... kena jugak mintak tlg pembangkang dalam hal nie,, oohh ye,, lupe,, pembangkang tak kisah kalu bangsa yang kena,, kalu Islam yng kena baru diorg tampil,,, aiseh,, salah tempat mengadu,, kerajaan pusat jugak la nampaknye tempat untuk mengadu,, hmmm,,, nasib2