"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabar polis halang Makan Malam 1 Malaysia


SHAH ALAM: Jika ceramah KEADILAN di Taman Melawati Sabtu lalu bertentangan dengan undang-undang, Majlis Makan Malam 1Malaysia harus dihalang ataudibatal, kata  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Iskandar A Samad, hari ini.
Beliau  menyifatkan tindakan polis Ampang mengamal ‘double-standard’ kerana menganggu ceramah Pakatan Rakyat pada 25 Mac lalu  di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sehingga berlaku kejadian tidak diingini.
“Sekiranya Ketua Polis Daerah Ampang benar-benar adil, Majlis Makan Malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Pandan pada 29 Mac ini mesti diarah untuk dibatalkan.
“Kedua-dua majlis di Kampung Pandan dan Pusat khidmat Ahli Parlimen Ampang itu adalah satu perhimpunan, maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah serupa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kata beliau, sekiranya polis tidak berlaku adil, maka agak susah rakyat untuk menghormati mereka.
“Rakyat sedang menjadi hakim, tindakan itu akan timbul huru-hara di dalam masyarakat kerana mereka yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang gagal mendapat keyakinan rakyat.
“Kalau satu majlis dihalang maka majlis yang satu lagi juga patut dihalang,” kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor itu.

1 ulasan:

PBO™ berkata...

salam tuan rumah.

saya mohon dipautkan blog saya yang tidak seberapa di dalam blog kerengga.

http://penburukonline.blogspot.com

blog lama penburuk telah ditamatkan operasinya.

mohon tuan follow sekali. terima kasih

salam perjuangan

PBO