"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis?


Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam terbesar didunia  sehingga menyempurnakan maksud hadis  ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW seperti dalam Video yang dipaparkan.

Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. 
 

 
 
Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.
 
 

/MCPj