ramziredang
"Kita berjuang bukan untuk menang", "kita berlawan di padang yang tidak rata", "mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan" atau "biasalah kita kalah pilihanraya kecil,pilihanraya umum baru kita boleh menang" adalah ungkapan memualkan yang biasa kita dengar dari mereka yang bergelar pemimpin. Yang hairannya pemimpin ini lupa kepada perkataan 'muhasabah'.
Rata rata mereka yang berucap seperti ini juga berumur hampir pencen atau sudah pencen. Pemimpin pemimpin tua ini jugalah yang sentiasa memandang sinis kepada pemimpin muda yang bakal mengganti. Mereka masih dibuai era politik tahun enam puluhan. Revolusi di dalam parti bagi mereka adalah satu keruntuhan kepada institusi wala'.
Taktik dan Strategi
Ramai dari kalangan pemimpin lupa bahawa perjuangan di dalam politik adalah juga satu kesinambungan dan simbolik kepada pertentangan antara yahudi dan Islam. Bila disebut yahudi maka akan muncul berbagai bagai fitnah, adu domba, pujuk dan tikam, berpura pura atau apa sahaja taktik yang boleh melemahkan Islam. Jika pemimpin PAS mengharapkan mereka ini boleh memberi keadilan dalam politik maka jelaslah mereka sendiri tidak mengambil iktibar dari perangai yahudi yang disebutkan dalam al quran.Tambah malang lagi bila setengah pemimpin yang memasuki jerat mereka, menghulur salam pada satu ketika dan menikam pada satu ketika yang lain.
Analisis dan postmortem
Tiap kali selepas pilihanraya agenda rutin adalah bedah siasat dan analisis. Kononnya untuk mencari kelemahan. Namun seringkali analisis yang 'terlalu jujur' akan dibakulsampahkan. Yang hendak didengar dari hasil analisis adalah satu bodek atau pujian. Yang sering ditunggu adalah ulasan pihak lawan yang menggunakan taktik kotor. Kelemahan diri akan cepat cepat ditolak. Sebagai contohnya, pemimpin tua yang berulang ulangkali bertanding dan ditolak rakyat, masih lagi terasa diri sendiri layak untuk ke depan. Pada saat memilih pemimpin seolah olah tidak ada langsung istilah bahawa Islam sentiasa ke depan.
Blog dan media alternatif
Bila tsunami politik melanda negara malaysia dan langskap politik malaysia di lihat berubah, umum mengetahui faktor yang memainkan peranan besar adalah blog blog alternatif dan media baru. Namun amatlah malang baru baru ini ada setengah pemimpin yang menolak peranan blogger dan memandang sinis peranan mereka. Ini menyebabkan ada setengah blogger yang mengambil keputusan bersara ataupun menumpukan kepada isu yang lain berbanding memberi kredit kepada pembangkang. Dalam suasana negara yang tidak pernah adil dalam soal media cetak maupun penyiaran, adalah langkah yang paling merugikan apabila peranan blogger juga dipandang sinis.
Najib Dan Revolusi UMNO
Peranan Najib sendiri amat penting dalam memberi kemenangan kepada BN. Najib dilihat terlalu kontra berbanding PakLah. Peribadi Paklah yang 'lemah dan tua', telah memberi satu kelebihan kepada Najib. Rakyat seolah olah melihat BN dan UMNO telah cuba berubah. Ternyata apa yang Najib lakukan sekarang dilihat satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Perjumpaan rakan rakan facebook dan twitter Najib mungkin dianggap remeh atau kecil kepada setengah pemimpin pembangkang tetapi ianya sebenarnya memberi satu kempen yang sangat meluas tentang 'humble' Najib. Apatah lagi ianya disiarkan meluas di tv dan akhbar. Facebook dan twitter mungkin tidak penting kepada setengah pemimpin tua, tetapi lain pula pandangannya dari sisi anak muda.
Pengaruh besar yang boleh membawa perubahan fikiran yang ketara dikalangan orang melayu ialah ketika berlakunya krisis tunjuk perasaan di mesir. Pada saat saat kritikal tersebut ramai ibu bapa sangat bimbang keselamatan anak anak mereka yang menuntut di Mesir. Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh Najib. Langkah Najib membawa pulang anak malaysia dengan penerbangan yang ditaja kerajaan Malaysia seolah olah memberi gambaran, 'walaupun kita pembangkang, akhirnya hanya kepada kerajaan sahaja tempat kita bergantung harapan'. Bagi yang tidak mempunyai anak belajar di mesir mungkin boleh berdegar degar bercakap kononnya kerajaan bermain politik tetapi 'bahu yang memikul sahaja yang merasa bebannya'. Dalam suasana yanng kritikal ini pembangkang hanya dilihat sebagai tukang komplen dan ingin merosakkan suasana.
Bila berada di dalam arena politik maka apa sahaja yang menarik minat pengundi akan cuba dilakukan. Kesempatan inilah yang berjaya digunakan sebaik mungkin oeh Najib. Samada ianya kotor atau tidak adil itu adalah faktor kedua bagi najib.
UMNO telah dilihat oleh rakyat sebagai 'yang baru' kerana presiden, timbalan, naib atau ketua pemudanya telahpun bertukar kepada yang baru. Sementara PAS masih lagi mengekal setengah yang lain dan bertukar hanya setelah umur tidak layak lagi sebagai ketua pemuda. Adakah ini satu langkah yang boleh dilihat progresif oleh pengundi? Jika sejarah Islam pernah menukilkan kisah pertukaran panglima perang pada saat saat perang sedang hebat berlangsung, apa pula alasan PAS untuk mengekalkan pemimpin yang jelas tidak berjaya menawan hati rakyat?
Suasana Negara Yang Gawat
Minyak naik, barang naik, buang bayi, rogol, bunuh atau bermacam macam tekanan hidup adalah sesuatu yang jelas sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat malaysia umumnya dan melayu khususnya. Namun ternyata ini semua tidak memberi apa apa kesedaran kepada rakyat yang bernama 'melayu'. Mereka tidak berupaya bangun dari ulitan mimpi BN. Mungkin menunggu masa berlaku saat saat parah seperti yang ditanggung oleh rakyat mesir, barulah orang yang bernama melayu boleh sedar. Jadi jika pada saat inipun melayu tidak boleh berubah, bilakah lagi?
Fakta dan Statistik
Ucapan pemimpin PAS yang berkata "kita mampu menang", tanpa disusuli dengan fakta dan statistik bolehlah dilihat sebagai omongan kosong dan langkah yang tidak berstrategi. Tidak ada pertambahan ahli PAS yang ketara, tidak ada pembubaran cawangan UMNO yang merebak luas adalah satu manifestasi bahawa pengundi masih tidak mampu tertarik kepada PAS. Ini akan menyebabkan pengundi boleh berubah bila bila masa. Apa yang kita tahu, jika seseorang telah menjadi ahli PAS maka pegangan mereka tidak mudah berubah. Apa sahaja cubaan yang datang mereka akan tetap kental dan tetap menyokong PAS. Jadi adalah penting PAS menambah ahli seramai mungkin supaya "kita mampu menang" tidak lagi menjadi omongan kosong semata mata.
Ramai Sayangkan PAS
Paling penting, apa sahaja komen atau pandangan bersifat kontra terhadap PAS, janganlah dipandang serong atau sebagai satu pandangan untuk menghancurkan PAS tetapi ini kerana, jauh dilubuk hati merasa cinta kasih dan sayang kepada PAS serta perjuangan menegakkan Islam di Malaysia. Bukalah hati kita maka kita akan dapati sebenarnya ramai yang cintakan PAS
2 ulasan:
aku setuju!
kecoh upu kerdau,pas ganu samseng
http://malaysiandotcom.blogspot.com/2011/03/videokekecohan-upu-kerdau.html
Catat Ulasan