"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyidin dan Najib : Kami (Guru) Tidak Mahu 5 Kaedah Kenaikan Pangkat itu.

umnopenipu
16 Mei, 2011, mungkin UMNO APCO rasa perasan kononnya mereka berjaya menyaingi tawaran Pakatan Rakyat kepada guru dalam Buku Jingga. Memang BN akan menyaingi apa sahaja tawaran yang dibuat oleh PR bagi memastikan kelansungan survival politik jijik mereka. Semua atau apa sahaja yang UMNO APCO buat adalah bermotifkan politik. Sambil mempamerkan sikap zindiq mereka secara jelas, UMNO dengan bangganya mengumumkan 5 kaedah kenaikan pangkat kepada guru yang kononnya  merupakan berita gembira kepada semua guru. 

Harap-harap negara 1 Malaysia tidak bangkrap dengan tawaran yang dibuat oleh BN ini kepada guru. Tetapi jangan lupa, minyak RON 97 dan gula sudah dinaikkan harganya sebanyak 20 sen lagi minggu lepas.  Minyak hampas yang bernama RON 95 pula akan dinaikkan dalam masa terdekat. Hasil kenaikan petroleum ini akan digunakan secara optimum oleh UMNO untuk perbelanjaan politik najis mereka dalam PRU 13 nanti.

Dalam ruangan Forum Tranung pada 15hb Mei, saya sudah memberi komen pada thread yang bertajuk “Apa berita baik yang bakal diumumkan kepada Guru”. Ternyata komen saya tepat 110%. Inilah komen saya (Maaf bahasa tidak begitu sopan): “Kalau puak-puak UMNO ni cakap, setitik pun aku tak percaya. Mereka ini penipu dulu kini dan selamnya. Berita gembira kepala lutut dia. Yang pasti berita itu akan menambahkan beban guru, menggalakkan situasi bertelagah antara guru supaya matlamat 'divide and rule' UMNO akan berjaya. Mungkin berita itu menggembirakan segelintir kecil sahaja kategori guru tapi diborongkan kononnya memberi manfaat pada SEMUA guru. Memang perangai UMNO ni suka memperbodohkan orang Melayu.”

Semasa mengumumkan ‘berita baik’ sempena Hari Guru 2011, PM Najib Razak dan Muhyidin secara seiring menyatakan kononnya UMNO prihatin kepada beban tugas para guru. Beliau seterusnya menyatakan bahawa perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang. Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan,katanya.Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan. Najib juga berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan. Jika dicampur kesemua jumlah jawatan yang ditawarkan, kesemuanya berjumlah 7912 jawatan.

Untuk makluman semua  golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir. Oleh itu jawatan yang ditawarkan sebanyak 7912 adalah hanya melibatkan  (satu perpuluhan lima tiga peratus) 1.53% sahaja guru yang akan menikmati ‘berita gembira’ bohong UMNO APCO ini. 98% warga guru yang lain akan terus bersaing dan memijak kepala antara satu dengan lain bagi mengejar kenaikan pangkat yang sekelumit itu. Pada UMNO, dengan cara ini, para guru akan terus meningkatkan prestasi kerja mereka bagi mengejar pangkat tersebut. Sebenarnya system pengurusan sumber manusia dalam sector pendidikan adalah bersifat ‘divide and rule’. Politk sekolah juga mempunyai criteria yang sama dengan politik UMNO di luar sana iaitu kronisme, nepotisme dan  favoritism. Guru-guru kurang bersatu antara mereka. Pancas memancas, mengampu dan memburukkan teman sendiri adalah lumrah dalam kawasan sekolah. Guru UMNO selalunya cepat naik pangkat. Meritokrasi adalah istilah yang tiada dalam kamus pengurusan sumber manusia sector pendidikan melainkan secara kebetulan sahaja. Ini dapat dilihat para guru yang bekerja di PPD, JPN dan lain-lain institusi pendidikan seperti Kolej Matrik IAB dan sebagainya. Para Ketua jabatan akan di ‘scan’ dalaman mereka agar dipastikan mereka adalah penyokong UMNO tegar atau sekurang-kurangnya bukan penokong PR.

Kenapa guru perlu menolak 5 Kaedah Kenaikan Pangkat itu? Hujahnya amat mudah. Guru (atau guru biasa) terpaksa menunggu selama 8 tahun dari DG41 ke DG 44. 10 tahun pula dari DG44 ke DG48. 10 tahun lagi untuk ke DG52 (kalau tidak mati). Bagi jawatan professional lain seperti doctor, peguam, PTD dan akauntan misalnya, mereka hanya memerlukan jangkamasa 15 tahun untuk ke peringkat M52 atau J52 dan sebagainya. Oleh itu, kami menyeru kepada UMNO APCO agar memberi sahaja “ 5 Kaedah Kenaikan Pangkat”  itu kepada profesion lain dan tukarkan kaedah yang dinikmati oleh doctor kepada para guru. Bagaimana  pandangan anda wahai UMNO?APCO dan para guru?

1 ulasan:

c. zul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.