Mohd Sayuti Omar
SEMALAM Abdul Hadi Awang telah turun ke Kota Bharu Kelantan dan telah mengadakan pertemuan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kunjungan itu adalah pertama kali selepas selesainya muktamar Pas ke 57.
Sudah tentu kunjungan itu ada kena mengena dengan penyusunan barisan kepimpinan Pas berhubungan perlantikan beberapa post penting parti seperti Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan. Penjawat jawatan ini juga nanti merupakan Dewan Harian Pas iaini dewan politik yang akan merumus atau menentukan tindakan politik semasa.

Selain itu juga enam orang ahlijawatankuasa tambahan akan dilantik. Kunjungan beliau ke Kota Bharu itu mungkin untuk mencari ilham untuk pengeasan kabinet barunya.
Khabarnya Abdul Hadi akan memanggil mesyuarat Dewan Hariannya yang pertama pada Ahad depan, 12 Jun. Mesyuarat itu akan dihadiri oleh timbalan presiden, naib-naib presiden, ketua dewan-dewan; ulama, muslimat dan pemuda. Dalam mesyuarat inilah nanti akan melantik, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan. Mereka ini akan turut menganggotai Dewan Harian.
Mungkin juga mesyuarat itu akan membuat perlantikan pesuruhjaya-pesuruhjaya Pas negeri dan Wilayah Persekutuan.
Perlantikan anggota tambahan yang bakal menjadi anggota Dewan Harian sangat penting dalam mengukuhkan parti dan sekaligus mengukuhkan kedudukan Abdul Hadi sendiri. Mungkin tokoh-tokoh yang akan dilantik nanti mengambil kira bukan saja mengenai track record perkhidmatan mereka tetapi orang boleh membantu presiden dan membawa perubahan positif kepada parti.
Apa yang jelas sekarang presiden keseorangan kalau dilihat dari segi watak dan budaya berpakaian, apabila Tuan Ibrahim Tuan Man dan Idris Ahmad kalah. Sebelum ini kedua mereka adalah orang yang dilihat banyak membantu dan sehaluan dengan presiden dalam membuat perancangan terhadap parti terutamanya mengukuh dan mempertahankan elemen-elemen Islam dalam Pas.
Apabila kedua mereka kalah ia seolah-olah presiden 'kekesitan'. Timbalan yang baru walaupun seorang pejuang Islam yang vokal tetapi ada perbezaan perwatakan, pemikiran dan budaya dengan presiden. Sebenarnya bukan itu yang kurang menyenangkan Abdul Hadi tetapi kemunculan serangkap, naib-naib presiden yang 'profesional' dan bersongkok hitam itu yang boleh mengekokkan sedikit Abdul Hadi Awang dan ditafsirkan bakal menganggu mindanya.
Keadaan ini lah menyebabkan kelihatan Abdul Hadi sedikit keresahan. Mengapa tidak, suara profesional yang ingin membawa Pas keluar dari serkupan serban dan jubah (konservetif) sudah mendominasi di dalam barisan kepimpinan baru ini. Kalau golongan ingin membuat sesuatu ke atas presiden, boleh saja dengan kedudukan yang ada hari ini. Mereka sudah majoriti.
Sebenarnya Abdul Hadi tidak perlu bimbang. Saya tidak fikir puak profesional itu akan mudah terlajak aksi untuk menekan presiden atau drastik mengubah parti. Mereka juga sedar dengan suasana hari ini di mana pilihan raya umum akan tiba Pas memerlukan kepada pasukan yang mantap. Perkara-perkara yang boleh menimbulkan pergeseran perlu dihindarkan. Di sinilah akan menguji kebijaksanaan Abdul Hadi dan juga sejauh mana ketegasannya sebagai presiden mengekangnya.
Berbalik kepasa perlantikan anggota tambahan nanti, baik Abdul Hadi atau pun pihak satu lagi tidak perlu sangat mementingkan soal puak. Kepuakan di dalam parti boleh meninggalkan kesan buruk. Assobiyah aliran akan memberi kesempatan kepada musuh untuk terus memencil-mecilkan Pas.
Dalam hal ini sebaiknya, presiden boleh memilih di kalangan mereka yang kalah dalam perlawanan lalu. Seperti mana janjinya semasa ucapan penggulungan mereka yang kalah tidak akan dibiarkan, dan akan terus dimanfaatkan tenaga dan pengalaman mereka. Lagipun itulah Pas tidak melupai mereka yang tercicir dalam pemilihan kecuali ada yang sengaja mahu diri mereka dicicirkan.
Dua calon timbalan presiden yang tewas, Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man hendaklah dibawa masuk ke dalam barisan kepimpinan. Fikirlah sama ada mereka perlu dilantik untuk menganggotai Dewan Harian atau tidak. Kalau mereka perlu diambil saya melihat bukan untuk mengukuhkan kedudukan mana-mana peribadi tetapi demi mengutuhkan Pas itu sendiri dan demi menampakkan Pas lebih dinamik. Pada saya kedua mereka boleh menjadi pemangkin dan denak menarik orang atas pagar ke dalam Pas kerana perwatakan mereka boleh diterima banyak pihak.
Begitu juga dengan Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah dan Nizar Jamaluddin yang kalah untuk jawatan Naib Presiden. Mohd Amar yang diharap Nik Aziz akan menang dalam pemilihan mungkin boleh diangkat menjadi Bendahari Pas. Dalam situasi hari ini rasanya Mohd Amar perlu berada dalam Dewan Harian membantu presiden.
Ketua Penerangan boleh difikirkan untuk melantik Idris Ahmad semula atau diberikan kepada Nizar Jamaluddin. Tetapi perlu diingat jawatan ini penting kerana ia juga turut menjadi alat untuk mempropagandakan Pas, jadi orang yang duduk di kerusi ini perlulah mereka yang boleh menerang, menjelas dan arif erti provokasif, lebih penting yang memahami siasah Islamiyah kerana Pas adalah parti Islam.
Dalam hal ini mungkin tidak salah kalau Pas mengambil Abu Bakar Chik dari Terengganu untuk memikul tanggungjawab ini. Beliau saya lihat seorang yang rajin berkerja untuk parti dan sanggup ke mana-mana saja. Saya melihat bekas Exco Terengganu ini tidak ubah seperti Ibu Batutah yang mengembara ke seluruh negara dari Subuh ke Isyak untuk mempertahankan parti.
Nasarudin pula memandangkan beliau mempunyai hubungan diplomatik yang luas elok kalau dilantik untuk memegang lujnah hubungan antarabangsa. Dengan pengalaman dan rangkaian beliau dengan gerakan Islam dan NGO di seluruh dunia, anak didik Almarum Fadzil Noor itu boleh mengestbelishkan Pas di peringkat antarabangsa.
Sudah sampai masanya gerakan Islam Pas di globalisasikan dan tidak hanya tertumpu untuk mengambil alih kekuasaan di Malaysia saja. Pas perlu menjadi gerakan Islam yang mempedulikan nasib umat Islam dan manusia sejahat. Setelah lebih 50 tahun Pas perlu disejagatkan, menjadi gerakan siasah antarabangsa.
Saya rasa dengan kedudukan ini barulah pantas Pas sebagai sebuah parti Islam, sebab Islam itu bukan saja di Kelantan, Selangor, Kedah atau Terengganu dan lain-lain negeri tetapi di dunia lain juga. Untuk tujuan ini lujnah berkenaan perlu diperbesarkan dan kalau boleh Pas harus ada sekretariat di luar negara seperti mana diwujudkan Palestin dan lain-lain.
Rasanya sesuai kalau diberikan jawatan ini kepada Nasharudin. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa juga boleh menghilangkan kesangsian terhadap beliau yang dimomokkan untuk membawa Pas berkerjasama dengan Umno! Dengan beradanya beliau di arena antarabangsa membawa panji Pas akan lenyaplah cerita Pas nak berkawan dengan Umno.
Mungkin yang agak berat kepada presiden ialah untuk memilih siapa yang layak untuk jadi setiausaha agung bagi menggantikan Mustapa Ali. Mustapa sudah dilihat tidak relevan lagi sebagai setiausaha agung dalam suasana hari ini. Apa lagi beliau dilihat orang yang membayangi presiden. Presiden sendiri dilihat dikokong oleh kuasa dan game politik penyu. Itulah yang orang nampak walaupun hakikatnya tidak begitu.
Untuk menghentikan Mustapa agak susah bagi presiden kerana selama ini, nyawa politiknya berada ditangan Mustapa. Umum sudah melihat mereka adalah kembar siam Pas di Terengganu. Persepsi demikian adalah sangat buruk kepada seseorang politican kerana orang melihat dia tidak berkeupayaan, maka Abdul Hadi kena menghakiskan persepsi itu dari dirinya.
Dalam masa sama Abdul Hadi kena melihat orang yang boleh dipercayai atau setia kepadanya sebab jawatan Setiausaha Agung cukup penting. Pada hemat saya di pihak profesional akan menuntut jawatan ini agar diberikan kepada golongan mereka. Tidak menjadi masalah sebenarnya asalkan orang itu berketrampilan dan dapat menggerak parti dengan efeksyen.
Sekiranya Abdul Hadi ingin membuang persepsi umum terhadap hubungan dan kekuasaan Mustapa ke atasnya, mungkin Tuan Ibrahim boleh diangkat menjadi Setiuasaha Agung. Walaupun beliau juga akan menjadi Pesuruhjaya Pahang tetapi ia tidak membebankan kerana Setiausaha Agung boleh melantik tiga penolong setiausaha.
Takyiuddin Hassan yang dilantik memegang jawatan itu sebelum ini bersama dua yang lain nampaknya boleh memikul tanggungjawab itu. Kalau Takiyuddin dilantik ia boleh merengankan kerja-kerja Tuan Ibrahim.
Ditegaskan dalam perlantikan ini jangan dipersoalkan kumpulan mana yang ramai kumpulan mana yang sedikit. Semua pihak perlu menerima bahawa pasukan yang dibentuk dan diperkemas nanti terdiri daripada ahli Pas yang kompitem dan mereka yang berjuang atas dasar ikhlas untuk mendaulatkan Islam. Sekiranya semua berpegang kepada matlamat dan nawaitu itu, sudah pasti barisan kepimpinan Pas 2011 - 2013 yang dibentuk atas aspirasi untuk menghadapi pilihan raya akan berjaya

Golongan berkenaan hendaknya tidak begitu terpengaruh dengan pandangan 'konsultan' politik di luar sana yang melihat Abdul Hadi menjadi liabiliti kepada Pas. Adalah satu kesilapan besar kalau pandangan konsultan yang berkepentingan itu diterima pakai sehingga dilakukan tindakan dan tekanan menyebabkan akhirnya Abdul Hadi akan terpaksa berundur. Kalau pun pandangan itu ada kebenaran, tetapi bukan masa ini untuk bertindak tetapi biarlah sehingga habis periode ini.

http://msomelayu.blogspot.com
1 ulasan:
satu pandangan yang agak menyeluruh tetapi kurang konsisten dengan kehendak perwakilan untuk melestari lanskap politik pas.
mso cuba berlagak dilihat baik dan prihatin dengan pas. namun cadangan2 yang dibuat tetap dibayangi keterujaan beliau dengan tulisan2 berkaitan perpaduan pas-umno.
menyindir aziz bari kerana menganggap hadi sebagai liabiliti kepada pas menggambarkan mso tidak kemas pembacaannya. liabiliti yang dimaksudkan oleh aziz bari ada kena mengena dan berkait rapat dengan penasihat2 hadi. hadi menjadi lialibilti kerana dilihat beliau terlalu dipengaruhi oleh penasihat2 yang berkepentingan. saf pimpinan yang dinobatkan adalah hadiah terbesar kepada hadi oleh perwakilan kerana telah berjaya membebaskan beliau dari cengkaman2 pihak tertentu sehingga timbul persepsi serong terhadap pas dan menjejas imej hadi. sebelum dari ini, hadi tidak pernah dikaitkan dengan jawatan piem. hari ini ia sudah berubah, beliau sudah ditohmah sudah mengintai2 jawatan tersebut!
mso cuba menjauhkan mustafa kerana telah dilihat membayangi presiden tetapi masih mencadangkan nama2 mereka yang telah menyebabkan hadi dilihat sebagai liabiliti!
mereka2 yang bersongkok hitam telah diberi keyakinan oleh perwakilan. mereka lebih arif dengan keadaan dan suasana dan yakin yang mereka yang dinobatkan mampu bertindak menepati cita rasa perwakilan.
bagi memenuhi cita rasa perwakilan, sangatlah perlu bagi saf kepimpinan baru menetukan jawatan2 sokongan diisi oleh mereka2 yang se hati se jiwa dengan mereka agar tidak berlaku senak perut dalam perlaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan. ini bukan masa untuk menjaga hati atau malu alah dengan sesiapa. kepentingan parti mengatasi semua.
wallahu'alam.
Catat Ulasan