"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Abduh selar Harakah, SU agung PAS

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

"Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh (kanan).

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan panjing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.
-malaysiakini-

2 ulasan:

hussin berkata...

yang bergelap dengan umno kekanda dia, ha ha ha.

he showing his true colours, Allah is Great!

sudirumusibarat berkata...

Siapapun yang bergelar pemimpin perlu berhikmah!