Subky Latif
GARA-gara Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed menyebut jika Pakatan Rakyat setuju PAS mengetuai kerajaan menunggu Johor menjelang PRU13 nanti, maka calon Menteri Besarnya ialah Salahuddin Ayub, kini Naib Presiden PAS.
Lalu gemparlah orangorang Johor sekalian dengan berita itu terutama kerajaan Johor dan Umno pimpinan Ghani Othman. Masingmasing bermesyuarat untuk menangkis bom yang diletupkan oleh Dr Mahfodz itu.
Saya dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat belum lagi membuat keputusan siapa akan mengetuai kerajaan negeri Johor kiranya rakyat memberi mandat kepadanya. Dan PAS pun belum membuat keputusan.
Cuma PAS adalah parti yang ketara terserlah punya banyak cawangan dan ramai petugas di setiap kawasan Dun dan Parlimen adalah bersedia untuk memikul tanggungjawab kiranya diberi kepercayaan oleh Pakatan Rakyat.
Apabila bercakap tentang PAS Johor sekarang, pemimpin kanannya yang sentiasa berada di Johor ialah Dr Mahfodz kerana beliau adalah Pesuruhjaya dan pemimpin parti di negeri itu.
Jika PAS diberi kepercayaan oleh parti-parti sahabat, maka ketua parti di peringkat negerilah menjadi calon pertama untuk menggantikan Menteri Besar Ghani Othman itu. Sebagai seorang yang tawaduk dan warak, apabila ditanya siapakah calon Menteri Besar, sebelum nama disebut- sebut, maka dia menamakan Salahuddin, seorang tokoh PAS dari negeri itu yang tersohor namanya di kalangan pimpinan PAS Pusat.
Memang Salahuddin ada kelayakan, bahkan kalau Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, dia dipercayai tersenarai sebagai salah seorang calon anggota Kabinet daripada PAS. Dia seorang yang bersih dan berwawasan, dan paling menarik dia adalah Melayu yang beribukan Cina. Kalau masa yang ada belum sesuai bagi Cina menjadi Menteri Besar Johor, maka dengan Salahuddin menjadi Menteri Besar Cina boleh berpuas hati jus teru separuh daripada darah yang mengalir dalam tubuhkan adalah darah Cina.
Dan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Sardon Jubir dan Tun Musa Hitam, tiada lagi tokoh politik dari Johor yang ketara dan berkalilber. Mungkin Salahuddin dapat mengisi kekosongan itu.
Ertinya dia tidak dipertikai untuk menggantikan Ghani Othman.
Cuma namanya itu baru disebut oleh Dr Mahfodz. Ia masih dikira pada ngan peribadi Dr Mahfodz, mungkin tidak bertujuan untuk mendahului keputsan PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi dipercayai mahu mengelakkan namanya diuar- uarkan.
Apa pun jika PAS diberi kepercayaan, maka calon pertamanya dari segi protokol parti, ia mesti Dr Mahfodz. Orang yang warak sepertinya tidak mahu menonjol dan tidak bersikap seperti orang politik Maciavelli mencalonkan diri sendiri.
Kata Ustaz Abdul Hadi Awang, orang yang tidak layak menjadi pemimpin dalam Islam ialah orang yang mencalonkan dirinya sendiri. Orang yang tidak layak ini apabila dicalonkan mustahil menolak.
Dr Mahfodz dipercayai begitu.
Dari segi kelincahan, memanglah Salahuddin lebih daripada Dr Mahfodz.
Bagi pengundi biasanya sebelum membuat keputusan, mereka mahu tahu siapa calon Menteri Besar. Pengundi di Johor bukanlah Melayu Jawa dan Melayu Bugis belaka. Ada Cina dan ada India.
Pada mereka mungkin lebih selesa dengan pergaulan dan kelincahan Salahuddin. Mereka belum bergaul rapat dengan Dr Mahfodz. Ada pun keupa yaan Dr Mahfodz masih tersorok.
Seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu. Beliau bukan sekadar menolak dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan, malah pergaulannya dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam adalah terhad.
Tetapi setelah diberi kepercayaan menjadi Menteri Besar dan pemimpin rakyat, maka penampilan, kaliber dan amanahnya seolaholah mengatasi semua Perdana Menteri yang semasa dengannya.
Masyarakat majmuk Johor tidak perlu bimbang dengan keupayaan Dr Mahfodz. Dia dipercayai telah mempelajari gaya dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz yang boleh memberi keselesaan kepada anggota masyarakat semua kaum.
Ini tidak bererti saya menolak pencalonan Salahuddin.
Tetapi jangan semua melihat kepulangan Salahuddin ke Johor untuk menjadi Menteri Besar. Kalau dia tidak dicalonkan, maka dia akan kekal menjadi ahli Parlimen di Kelantan dan tidak akan balik ke Johor.
Adalah dipercayai Salahuddin masih popular di Kelantan. Kalau PAS sukar mencari calon untuk menentang Ibrahim Ali di Pasir Mas, Salahuddin adalah calon yang terbaik untuk melawan Ibrahim Ali.
Tetapi kepulangan Salahuddin ke Johor adalah bagi membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Johor. Dia mesti dilepaskan dari Kelantan lebih awal bagi membantu kerja menggembling negeri itu.
Jika PAS Kelantan melepaskannya, bukan kerana rakyat Kelantan mulai menolaknya tetapi perjuangan memenangkan Johor adalah penting. PAS pimpinan Dato’ Asri Muda dalam PRU 1969 melepas Abu Bakar Hamzah, ahli Parlimen Bachok untuk balik ke Perlis bagi memimpin dan membantu perjuangan memenangkan PAS Perlis.
Malang bagi Abu Bakar Hamzah, kalah lima undi kepada Menteri Besar Perlis Dato’ Jaafar.
Orang berjuang memang begitu. Bersedia meninggalkan kerusi yang dijamin menang di Kelantan bagi mengambil tanggungjawab menakluki Johor yang ada potensi kemenangan dan juga ada risiko.
Semua tahu bahawa selama ini Johor adalah negeri simpanan tetap Umno dan Barisan Nasional. Bukanlah mudah bagi Pakatan memecah tembok kukuh Umno itu. Tetapi bukanlah ia tidak boleh ditembusi.
Peluang merobohkan ko ta kuat Umno Johor itu me merlukan pasukan penyerang yang handal dan tersusun. Maka Salahuddin dan sekalian tenaga penting yang berasal dari Johor mesti pulang awal bagi menyusun gerak kerja.
Peluang itu ada dan inilah PRU ini adalah peluang yang terbaik untuk menawan Johor dibandingkan dengan pilihan raya sebelumnya.
Peluang seperti ini mungkin tidak berulang lagi. Maka Pakatan Johor mesti turun padang kali dengan segala persiapan.
Tidak mustahil Johor akan mengulangi kejayaan Pakatan di Selangor tahun 2008. Kerana itulah tenaga seperti Salahuddin dan lain-lain mesti balik bagi membantu cabaran dan seterusnya memastikan kemenangan.
Hari ini Johor ada Dr Mahfodz dan Salahuddin bagi memimpin bersama Chua Jui Meng untuk mengepalai kemenagan itu. Kemenangan itu mesti diutamakan dan siapa bakal menjadi Menteri Besar adalah perkara kedua. Menang dulu dan kemudian baru tentukan siapa Menteri Besar.
Pakatan Johor boleh menjadikan Perak sebagai contoh. Dalam PRU 2008 pembangkang di Perak tidak menamakan sesiapa bagi menjadi Menteri Besar.
Mungkin calonnya penting untuk diperkenalkan semasa kempen piliihan raya. Tetapi pembangkang Perak tidak menamakan sesiapa.
Apabila menang baru mereka memutuskan siapa menjadi Menteri Besar.
Mereka mengambil masa dua tiga hari saja untuk membuat keputusan sebelum Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar.
Mungkin Johor memerlukan calon Menteri Besar dari awal. Ada logik dan munasabahnya. Tetapi kalau tidak dinamakan seperti di Perak tadi, kekuataan jentera dan perpaduan parti tidak menghalang Pakatan mencapai kemenangan.
Jika Pakatan memerlukan juga calon daripada PAS itu, maka kita boleh katakan pada masa ini kita ada Dr Mahfodz dan Salahuddin. Boleh dinamakan siapa saja. Mungkin ada pula nama ketiga dan keempat.
Tetapi yang penting dalam menghadapi pilihan raya itu PAS berdiri di belakang Dr Mahfodz dan dibantu oleh Salahuddin.
Apa pun kedua-duanya boleh berada di barisan exco bersama dengan tokoh-tokoh lain daripada DAP dan KeADILan. Tidak kira siapa Menteri Besar. Apa pun tidak akan ada orang menang daripada PAS, selepas menang hendak berpakat dengan BN membentuk kerajaan bersama dengan harapan menjadi Menteri Besar Johor.
2 ulasan:
HJ HADI KATA ANGAN ANGAN MAT JENIN
harap pas bertenang...kalau ye pon nk mpromosi wakil mereka jd MB, spatutnya tnggu la dlu pilihanraya...tengok parti mana dalam pakatan yang menang banyak kerusi...pas dah diberi peluang di perak walaupn menang sdikit wakil mereka jd MB....sabar ye...jagalah hati rakan2 dalam pakatan...
Catat Ulasan