"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Patutlah, Ini Sebabnya Amy Search Masuk Umno

laniismaa
Hari ini lagenda rock tersohor, Amy Search menyerta Umno. Tahniah kepada Umno kerana mendapat satu lagi undi dan takziah kerana Umno pilihan Amy.

Amy berkata dia yakin perpaduan orang Melayu mampu dikekalkan kerana Umno.

“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54, atau Suhaimi Abd Rahman kepada pemberita.

Dengan menyertai Umno kerana agama tak begitu dipentingkan sangat oeh Amy.

“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja,” katanya.

Turut sama menyertai parti itu Mus (May) atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim.

Umno menjadi pilihan Amy. Patutlah, sebab Amy menyertai Umno kerana Amy masih lagi ingin menyanyi dan ingin rock lagi walaupun memasuki usia pencen. Dia sayang meninggalkan dunianya.

Masuk Umno tiada membawa apa-apa perubahan kepada artis seperti sebelum ini. Umno tak mampu mentarbiyahkan mereka. Lihat artis yang menyertai Pas, ketara perubahannya kerana Pas berjaya mentarbiyahkan mereka. Sekurang-kurangnya Bob Lokman boleh bercakap tentang agama. Sekurang-kurangnya Syarifah Aini sempurna sunnah pemakaiannya. Mereka mampu meninggalkan dunia 'lagho' mereka sebelum ini.

Jadi kepada Amy Search, selamat berjuang bersama Umno dan semoga 'rock' lagi...

Pssst :Mus (May) masuk Umno kerana ingin menjaga rambutnya!! Kalau masuk Pas tak tergamak pula dia ingin berambut begitu!!

3 ulasan:

kampong lad berkata...

puak2 ni...penyanyi ka pelakon ka (yg aku tau artis2 ada kat pasar seni) nak masok pas ka umno ka dap ka pkr ka tak jadi isu....who the hell are they? i dont give a damn!

Akmal berkata...

mereka memilih UMNO kerana mereka tidak mendapat pendedahan yang sebetulnya...media massa yang berat sebelah...sistem demokrasi Malaysia yang tidak seimbang...Ahli2 Politik sibuk mengumpul harta untuk anak bini mereka...akhirnya rakyat menjadi hamba di bumi merdeka...minda rakyat Malaysia telah terpenjara semenjak BN memerintah...

Nasiruddin Khalid berkata...

LAILA NAMA MU TERATAS.....
AMY SEARCH NAMA MU TERBAWAH....