KUALA LUMPUR: Di kesempatan mengimarahkan bulan Ramadan Abby Abadi bersama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah berkesempatan menyantuni golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur, pada 4 Ogos lalu.
Perasaan hiba turut dikongsi oleh Abby Abadi apabila bertemu dengan golongan kurang bernasib baik dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Walaupun berjalan hampir lima kilometer melibatkan laluan Dataran Merdeka – Menara Maybank – Kompleks Wilayah – Kompleks Pertama dan berakhir di pasar Chowkit, semua peserta program termasuklah Abby Abadi begitu bersahaja seolah-olah keinsafan dari aktiviti menyantuni gelandangan kota ini memberi semangat yang luar biasa.
Dalam menyantuni golongan gelandangan sambil mengagihkan makanan, rombongan SMM Wilayah sempat berinteraksi dengan sepasang suami isteri yang terpaksa tidur di kaki lima bersama anaknya yang berusia lima tahun.
Menurut SMM Wilayah, pasangan tersebut datang dari negeri pantai timur dan tidak mempunyai pilihan untuk menginap di tempat lebih selesa apabila dihalau keluar oleh tuan rumah kerana kesempitan hidup.
Mereka turut mendapatkan butiran pasangan terbabit untuk diserahkan kepada badan kebajikan agar nasib pasangan tersebut lebih terbela.
Bagi anak muda seperti SMM Wilayah, walaupun aktiviti hanya berlangsung antara lima hingga enam jam namun ianya cukup menginsafkan.
1 ulasan:
tahniah laa buat anak-anak muda...semoga terus sukses dalam menjadi manusia berguna.
mohon link blog ana ya:www.anakkedah.com
Catat Ulasan