Blog darisungaiderhaka.blogspot.com
Malaysia akan dapat meraih pendapatan tambahan sehingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan dilaksanakan pada tujuh peratus, sama dengan negara jiran Singapura.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata mekanisme cukai yang baru boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion kepada RM27 bilion, pada tempoh matang.
"Pada tempoh matang, apabila, setiap rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia mesti dilaksanakan secepat mungkin apabila rakyat Malaysia bersedia untuk menerima mekanisme tersebut," katanya.
Bercakap dalam forum, "GE13 - Apakah ia bermakna untuk perniagaan?" di sini hari ini, Idris Jala berkata pendidikan atau penerangan mengenai apa itu GST dan bagaimana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara adalah sangat penting, bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk memahami dan menerima mekanisme cukai serta maju kehadapan..
Beliau juga berkata GST akan menyediakan dana tambahan bagi kerajaan untuk berbelanja pada kesejahteraan rakyat Malaysia, menurut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Nampak tak dari mana datangnya dana untuk menjayakan Manifesto Barisan Nasional itu??.. 7% GST..
Apa yang akan dikenakan GST itu?...
Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport.
Walaupun begitu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST.
Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST ~ MOF
Oleh itu bersedialah untuk membayarnya…walaupun kita tidak redha, namun kerana pengkhianatan teman-teman seperjuangan kita yang berfikiran sempit dan mengutamakan kepentingan diri serta beberapa individu hingga tergamak sabotaj teman seperjuangan yang bertanding seterusnya mengagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.. bayar sajalah…
1 ulasan:
Sesiapa pun boleh buat jani dalam menefesto PRU nak buat itu dan ini nak beri itu dan ini beserta dengan wang saku semasa PRU tapi bila sudah menang PRU segala apa kenaikan dan cukai yang ditangguhkan akan dikuat kuasakan apakah itu janji yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang berjanji pada rakyat untuk tidak membebankan kehidupan harian mereka, cukai yang dikenakan itu bukannya melibatkan sangat orang yang berpendapatan tinggi tetapi yang yang bawahan yang merasa kesannya ,contoh apabila merka pergi berbelanja di super market jika belanja sebanyak Rm 100.00 cuba bayangkan 7% cukai GST yang dikenakan tak pasai-pasai kita kena bayar sebanyak Rm7.00 tanpa sebab.
Catat Ulasan