Salmiyah Harun
(Orang orang bersorak bersama Husam dan Anwar di Putrajaya)
PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini, Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.
Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'.
Tidak kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk penjawat awam memenuhi ruang parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 bagi menyaksikan deklarasi yang bakal memberi manfaat kepada mereka.
Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus mengisytiharkan deklarasi itu.
Di antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi itu termasuklah:
1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)
2) Pinjaman rumah tanpa faedah,
3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya),
4) Pencen pilihan,
5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.
6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam
7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard)
8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga
9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.
10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar
11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini.
12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah
13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.
2 ulasan:
Baca atas kertas semua nampak baik. Attitude penjawat awam pun kena bantu berubah. Kalau dulu bapaknya musang, anak2 jangan nak ikut berbulu ayam.
Orang2 gomen la dah terlebih cerdik. Bila boss ke surau, kopiah lebai pun jadi laku. Bos main golf. PAR pun main golf. Kalau Bos pompuan, semua pakat turun main net ball.Boss kaki perempuan, kopiah pakat terbang.
Bos terjun gaung, semua pun nak terjun. Macam tulah punya jumudnya otak orang gomen.
Pemimpin baru kena bagi nafas baru. Bagilah kerja lebih sikit kat JPA tu, taklah KSN dok ralit nak mengekoq tett!! menteri.
KSN kena pantau kerja JUSA kerja KSU yang dok pulun balas dengan menteri masing2.
JPA kena semak sapa yang duduk satu2 tempat lama2 tu kira2 tukaqla sama.
Kalau tidak sekali dengan drebar, dengan PA, kerani dan PAR kaya raya dok bolot harta ofis.
Cuba semak balik ikut jawatan. Naik meluat dah tengok muka tu dari mula kerja sampai nak pencen tak tukar-tukar.
Tak percaya??Mulalah dengan KDN. Kroni gila2 punya macam gila babi.
Mana yang dah mampu tu buatlah arahan potong zakat dari gaji cara tetap. Zakat tu kan wajib. Nak buat macamana dah penjawat awam tu pakat jahil belaka. Kalau dak takkan depa gamak makan rasuah.Paling tidak pun zakat dapat cuci harta masa kerja suka curi tulang.
Tarbiah kena lebih baru elok dari pangkal sampai ke pucuk.
Prinsip perkhidmatan awam tu sebenarnya suci. Ahli politiklah yang bawa saka kotor dalam perkhidmatan kerajaan.
Tanggungjawab Pemerintah baru menguatkan teras perkhidmatan awam.
bbapa banyak janji dahhhh sejak 2008?
Catat Ulasan