omakkau
Inilah wajah sepasang suami isteri yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas kesalahan mendera anak mereka kerana tidak menunaikan solat!!!!
Heboh baru-baru ini kisah sepasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak. Mereka ditahan sejak pertengahan Disember lalu dan bakal dibicarakan pada 16 Januari ini.
Suami Azizul Raheem Abdullah merupakan seorang pegawai Lembaga Penggalakan Pelancungan Malaysia yang berkhidmat di Stockholm, sementara isterinya Shalwati Nurshal seorang pendidik sekolah menengah pula mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama suami di negara itu.
Pihak Wisma Putra memberitahu bahawa pihaknya akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.
Menurut sumber, kesemua anak-anak dilapor berada di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat Stockholm.
Jumaat lalu, media melaporkan pasangan itu ditahan atas sebab menghukum anak kerana tidak menunaikan solat.
Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.
1 ulasan:
nak didik anak memahami islam dgn betul pun payah sekarang ni, kerana banyak sangat perundangan laknatullah yg di guna pakai.Itu di negara kafir,kt negara islam pun berlaku....
Catat Ulasan