Anwar akan terperangkap dengan mainan kotornya,” Itu reaksi bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di laman sosial yang sedang hangat diperkatakan.
Beliau berkata, kenyataan Mohd Zuhdi itu secara tidak langsung mula menampakkan kebenaran yang selama ini tidak diketahui umum termasuk permainan politik cuba diaplikasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jamaluddin turut mengakui kenyataan berkenaan menceritakan mengenai perkara sebenar yang berlaku khususnya di Perak, lima tahun lalu termasuk berhubung ‘Behrang Move’ yang terkandung dalam kenyataan berkenaan.
“Kenyataan itu sebenarnya menceritakan perkara sebenar, lagipun pada ketika itu saya dan rakan lain tiada pilihan. Sebagai Adun bebas, sudah tentulah kami akan lebih berpihak kepada pihak yang mahukan kami, bukannya pihak yang dah ‘tak nak’ kita, kan?
“Keseluruhannya, betullah, apa yang Zuhdi kata tu dan kalau dia (Zuhdi) nak tahu lebih lanjut, dia boleh datang berjumpa dengan saya selepas ini,” katanya mengulas mengenai status Facebook Mohd Zuhdi yang dimuat naik pada 27 Julai lalu yang turut mengaitkan ‘Kajang Move’ dan ‘Behrang Move.
Jamaluddin berkata, Pas adalah pihak yang merampas kuasa di Perak, biarpun hanya memenangi enam kerusi berbanding PKR yang memenangi tujuh kerusi.
Malah dakwanya, Anwar juga pernah menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepadanya.
“Ramai tak tahu, rampasan kuasa sebenarnya dilaksanakan oleh Pas walaupun mereka (Pas) hanya memenangi enam kerusi berbanding tujuh dimenangi PKR. Oleh itu, bagaimana Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai menteri besar?
“Saya sendiri pernah ditawarkan jawatan berkenaan, tetapi saya tahu saya tidak layak, tambahan pula dalam PKR sendiri wujud macam-macam team. Team atau puak-puak ini memang tidak sukakan saya.
“Sekarang, Anwar cuba nak buat benda sama di Selangor. Bagi saya, dia pencatur yang anggap dirinya bijak. Saya rasa dia akan terperangkap juga nanti,” katanya yang juga bekas Bendahari PKR Perak.
2 ulasan:
Bila munafukun mula berhujah ... bangsa PARIA ... menegakkan benang yang basah.
Munafikun ni ingat orang lain semua macam dia kot. Seorang malaun yang dah muflis integriti dan kebolehpercayaannya, tak kan nak didengar penjelasannya. Cuba tanya Tok Guru.
Kalau pemimpin dilantik jadi MB Perak masa tu, hari kedua kerajaan PR Perak dah tumbang.Pas tak pernah rampas kuasa cuma DAP tak percaya pada PKR. Nizar dari Pas dilantik MB Perak masa tu sebab kebanyakan pemimpin2 PKR adalah keturunan katak; nampak lopak air sedikit mereka akan lompat. Telahan itu benar berlaku, bukan?
Catat Ulasan