PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sekutu Pakatan Rakyat apabila didakwa mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Pandangan itu ternyata merisaukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila PAS secara konsisten mengambil pendirian bertentangan dalam isu krisis kepimpinan di negeri itu.
Nik Nazmi mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan untuk mengekalkan Khalid dinyatakan oleh Hadi ketika mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat baru-baru ini.
"Yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Khalid dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Kebimbangan Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu dilihat mempunyai asas apabila Hadi sebelum ini mengejutkan banyak pihak dengan mempersembahkan tiga calon kepada istana untuk dipilih sebagai menteri besar.
Sehingga kini tiada siapa mengetahui tiga nama yang dikemukakan Hadi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar.
"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
"Meskipun isu perlantikan menteri besar belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai menteri besar peralihan yang telah diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah Adun bebas tidak berparti," katanya.
3 ulasan:
Ni c nazmi pkr ni pun 1 lahabau..ta tahan simpan rahsia ptut ta pyah laa komen dulu dn mngeruhkn suasana...seorang pemimpin yg berwawasan sabaq n pndai simpan rahsia dia..tgok pemuda dap yg turut serta dlm pertemuan tuu ada gopoh na jumpa press cite...truk btui pmuda pkr c nazmi nie..mustajillun
Betullah kata Presiden Pas itu. Kamu tanya bagaimana nak selesaikan kemelut yang kamu mulakan; jawapannya ialah kekalkan Khalid Ibrahim. Kalau Khalid tak dikacau oleh PKR tak jadilah krisis ini.Jawapan Presiden Pas itu sebenarnya adalah sindiran tajam terhadap Nazmi. Takkanlah Hj Hadi tak sedar yang Khalid sudah letak jawatan.Maksudnya ialah, kamu yang berak, kamu basuhlah sendiri najis tu.
Kenyataan Tuan Guru Haji Hadi merupakan sidiran tajam bagi Nazmi.Maksud tersirat Presiden Pas itu adalah " Kalau kamu tak buat kerja bodoh memecat Khalid, krisis ini tidak berlaku; sekarang kamu selesaikan sendiri'. Bila dah kelam kabut sebab rancangan tak menjadi, kenapa nak tanya bagaimana nak selesaikan kat orang lain.Cuma bahlol2 yang kurang arif akan mencemuh Presiden Pas. Takkanlah beliau tak tahu Khalid dah letak jawatan dan tak mungkin boleh dilantik semula. Inilah beza antara orang berilmu dengan mereka yang jahil.....beza langit dengan bumi.
Catat Ulasan