Tranungkite
Tonton video ini :
Ada diterangkan pada minit ke "4:23"
Ada 2 makna lirik tu:-
1. Wahai Allah dan Wahai yang jaga diriku serta ruh ku dengan berkat nama Allah, jibril lah(yang jaga). Di kanan ku dengan berkat nama Allah, mikail lah. di kiri ku izrail di depanku izrail dengan berkat nama Allah.
2. Ya Allah Ya penjaga diriku dan ruh ku dengan berkat bismillah jadikan jibril sebagai penjagaku.mikail kananku.izrail kiriku.
Kedua-duanya salah. Sebab para Malaikat takkan patuh kepada kita. Hanya Allah boleh beri arahan kepada malaikat. Nabi saw pun tak boleh beri arahan pada jibrail dan kita tak juga tak boleh mengatur kehendak Allah.
Dan lagi perbuatan doa sebegini adalah bidaah. Nabi saw tak ajar kita doa macam ni. Allah larang kita doa kepadaNya dengan doa yang kita tidak tahu dgn ilmu.
Ini larangan Allah dlm surah hud ayat 46:-
Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.
Seru pada yang ghaib hanya pada Allah sahaja. Seru atau panggil pada yang ghaib sama ada pada jin, malaikat-malaikat dan roh-roh nabi-nabi wali-wali adalah syirik pada Allah.
Orang-orang hindu seru dewa-dewa iaitu malaikat-malaikat untuk sampaikan doa pada Allah yang menciptakan langit dan bumi.
Orang buddha pula seru tok ca mereka yang telah mati.
Persilatan dan ahli-ahli sufi seru malaikat-malaikat seperti yang ada dalam lirik itu dengan tujuan dapat menghindar dari bala bila berjihad atau berperang.
Inilah syirik-syirik yang menular kedalam aqidah dan amalan-amalan zikir umat Islam Malaysia.
Maka jadilah kamu semua satu pasukan yang mengajak manusia kembali mentauhidkan Allah dengan mengikuti Al Quran dan Sunnah Nabi saw.
Dan mencegah manusia dari mungkar iaitu syirik pada Allah dan bidaah pada ajaran rasul serta dosa-dosa besar yang lain.
Dan kamu sendiri mesti beriman pada Allah iaitu kamu sendiri berhenti dari syirik dan bidaah pada Agama.
Jika kamu boleh melakukan demikian maka kamulah orang yang sebenar.
Marilah kita semua belajar tafsir Quran dan hadis-hadis kutubuss sittah. Belajar betul-betul supaya menjadi salah seorang daie iaitu mubaligh yang sebar Agama kita ini. Selamatkan sanak saudara kita, sahabat handai kita dari aqidah syirik kufur dan bidaah ini.
Jadilah kita semua saksi-saksi depan Allah esok bahawa kita orang-orang yang tak pernah jumpa nabi dan juga jumpa sahabat-sahabat nabi atau imam-imam besar mazhab dan hadis. Tapi kita ini orang-orang yang percaya pada aqidah tauhid yang kita sedang belajar dari Al Quran dan hadis.
Inilah tuntutan Agama. Inilah yang perlu kita jaga.
Wallahu'alam
- sharing from FB Tafsir Sunnah
2 ulasan:
pernah dengar doa sebegitu ... lebih di kenali doa sahabat 4 ...
Lagu Malaikat by Hazama pun salah dan bersifat yg sama seperti lagu Mawi dan AC Mizal
Catat Ulasan