"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dewan himpunan penyokong PAS bakal berkubur dengan kemunculan parti Islam baru untuk semua?

Malaysia tidak lama lagi bakal menyaksikan kelahiran parti Islam baru yang akan membuka pintu kepada semua rakyat tidak mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya.
Ini akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini, kata MP Shah Alam.

Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.
"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'.

Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.

"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Perincian mengenai parti itu masih di peringkat awal, kumpulan pemimpin progresif itu merancang untuk menarik sokongan profesional, aktivis, pemimpin NGO Islam atau bukan Islam.
-malaysiakini-

1 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Salam admin

Ya tepat sekali

Nik batu marmar kata party baru akan terkubur

Tapi tahu tak dlm g18 ada antara mereka pernah bawak masuk hampir 10 000 penyokong ke dalam pas

Jika setiap g18 x 10000 mungkin boleh cuba satu round lagi 2015-2017 untuk dpt semua 180 000 bekas ahli pas dan penyokong ke dalam pasma dan parti islam progresif

Insyallah