VETERAN PAS
Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Sselangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.
Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan survival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.
Anwar dipaparkan seolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas.
Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu yang datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan.
Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita ingat balik, bagaimana reaksi pemimpin Pas geng ulamak ini.
Tetapi, cuba kita tengok keadaannya hari ini bila Pas sudah putuskan hubungan dengan Dap. Pakatan Rakyat sudah musnah. Betullah, sepanjang berpakat, Pas adalah parti yang paling banyak membawa masalah. Kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan Dap.
Pas nak tunjuk lagak dia juga ada maruah, bukan jadi kuda tunggangan Dap dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno salam BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit.
Untuk menjaga kepentingannya, yang mulai tergugat, terutama di Selangor, Pas mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa. ... Pas mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu.
3 ulasan:
Mcam nk laga kan pkr dgn pas plak ni.
Pasal terserlah brother hanya berjuang anak bininye shj (kronism, nepotism)..buktinya pd langkah kajang dan prk pp.
Pasal terserlah brother hanya berjuang anak bininye shj (kronism, nepotism)..buktinya pd langkah kajang dan prk pp.
Catat Ulasan