"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini satu pendedahan mengejutkan oleh PAS

mustafa
Kuala Terengganu: Pemimpin Pas membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah bersetuju keluar Umno dan menerima cadangan untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13 lepas.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu dipersetujui Tengku Razaleigh melalui satu pertemuan bersama dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelum pilihan raya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku apabila PKR membuat keputusan selepas pertemuan itu untuk mengekalkan keputusan biro politik partinya untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara DAP berpendirian bersetuju dengan keputusan Anwar dan PKR.

“Apabila tiba malam pilihan raya, kita berhimpun di satu hotel, pemimpin Pas termasuk saya pun ada di situ tunggu keputusan dan saya maklum pada Tuan Guru Haji Hadi saya berada di situ dan kalau ditakdirkan kita menang dalam pilihan raya pada malam itu, Anwar lah perdana menteri.

“Tengku Razaleigh bukan sebahagian daripada PR kerana tidak berlaku strategi yang kita rancangkan itu. Jadi, tidak berbangkit Hadi tolak Anwar sebagai perdana menteri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sebagai menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terus menerus menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, jika PR menang dalam PRU13.

Mustafa mendedahkan bahawa perkara itu tidak timbul kerana semua pihak bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun Pas turut mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri.


Jelasnya, DAP juga tiada masalah sama ada Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri asalkan perkara itu dipersetujui Anwar.

“Berhentilah cakap bohong sebab Pas tidak pernah menolak Anwar sebagai perdana menteri dan apa yang disebut Kit Siang itu saya tidak tahu apa tujuan dia,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak idea untuk Pas meletakkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri adalah di pihak Pas tetapi dibuat selepas ketiga-tiga parti bersetuju veteran Umno itu mempunyai pengaruh tersendiri dalam menarik sokongan tiga hingga lima peratus undi orang Melayu kepada PR.

“Saya tidak tahu dia (Tengku Razaleigh) setuju atau tidak setuju saya terang ini, kena tanya dialah tapi saya terpaksa kena cerita untuk beritahu pembohongan Kit Siang,” katanya.

Mengulas pertemuan dengan Tengku Razaleigh, beliau memberitahu Tengku Razaleigh bersetuju dengan cadangan tersebut dalam pertemuan di sebuah hotel melibatkan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mustafa dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala pemimpin PKR disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul dan Abdul Rahim Gaus.

Beliau berkata, perbincangan itu turut menyebut bahawa Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri untuk tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, sebelum jawatan itu diberi kepada Anwar.

“Saya boleh sebut dia sedia tinggalkan Umno (ketika pertemuan itu),” katanya, 
-sinarharian-

1 ulasan:

ROHAYA M NOOR berkata...

Adalah cerita bodoh,apa sumbangan Ku Li.utk.jadi Pm atas tikit PKR