Zukri Aksah
Lama dulu, ketika hidup aku pun mcm merempat, aku diundang berceramah di rumah Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh Pemuda Keadilan Selangor (masa tu blum ada AMK), alhamdulillah masa tu ada Mendiang Uncle Ong (aktivis tegar parti, pemilik bengkel continental car di Semambu) yg meminjamkan duit utk aku ke Jalan Setiamurni. Sejak itu setiap kali aku ke rumah Kak Wan kalau harinya Khamis malam Jumaat, aku pasti diminta berucap.
Malam itu Kak Wan di barisan hadapan sekali bersama anak-anaknya, Nurul Izzah Anwar, Nurul Nuha Anwar & adik-beradik yg lain. Aku tdk rasa kecil, aku tdk rasa kerdil, di hadapan mereka aku tegas berkata aku bkn pengkagum Anwar, aku bkn memuja Anwar, tetapi org mcm aku bangkit kerana apa yg berlaku pd Anwar, melewati sudah karamah insaniah yg diajar agama.
Aku kagum dgn Kak Wan & anak-anaknya, dari wajah pucat mlm itu, dari wajah anak-anak mentah & penuh keliru serta celaru mlm itu, hari ini mereka bangkit menjadi pemimpin & pejuang. Kak Wan hari ini berdiri gagah bkn sekadar sbg Presiden Keadilan, tetapi juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Sudah pasti Kak Wan berada di posisinya hari ini kerana merit...
Tribulasi, mehnah mana lagi yg dia tdk hadapi? Trauma seorang isteri, trauma seorang ibu... dia lepasi dan atasi ini semua dgn cara org berjuang! Aku yakin tdk ada seorang pun dlm Keadilan hari ini yg pernah hadapi dugaan sehebat apa yg Kak Wan hadapi.
Jgn kpd Kak Wan yg pernah aku lihat wajah pucatnya, yg pernah aku lihat wajah keliru & celaru anak-anaknya, yg dlm trauma itu masih sempat... "zukri, makanlah tapai ni, kak wan buat sendiri," ada org yg mahu memintas kedudukannya, mahu menjatuhkan posisinya semata-mata krn mabuk kuasa, mabuk dgn mimpi menjadi bangsawan baru Malaysia, demi melihat kerosakan dan kemusnahan Umno/BN di tangan Najib.
Aku ingin ingatkan org-org sebegini, biarlah aku membesar diri. Sebelum blogger-blogger hari ini menggelar diri mereka sbg otai blogger, aku sudah lama otai, blog aku satu ketika dulu adalah satu-satunya blog politik Malaysia yg disenarai dlm electronic data system, library of congress, indonesian office. Aku pernah menjadi kolumnis berbayar akhbar siasah, harakahdaily, mstar & merdeka review.
Janji aku, jika ada dari kalangan Keadilan sendiri yang cuba menjatuhkan Kak Wan secara tidak wajar, hanya kerana kuasa, kedudukan & kebangsawanan baru, maka aku akan menyerang golongan ini habis-habisan, tidak kiralah siapa mereka. Khalayak awam masih membaca tulisan aku sampai hari ini! Bahkan di Kuantan ini pun kadang-kadang ada penunggang motosikal menghentikan kereta aku semata-mata mahu bertanya, "dah tak menulis ke?"
Cubalah kalau nak tau!
1 ulasan:
gwa sokong...bro....padat dan tetap tulisan lu....amin...
Catat Ulasan