"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita Dari Blog Cina Islam

SU Dewan di gantung tugas

IPOH : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengumumkan mengantung Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha Dewan Negeri Perak dan mengantikannya dengan Setiausaha Politik Kepada YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki bagi melaksanakan kerja SU Dewan dalam Sidang DUN Tergempar pada esok hari.

Kenyataan itu diumumkan dalam sidang akhbar sebentar tadi di sini.                                                  ----------------------------------------------------------------------------------------------- 
Surat dari Speaker DUN.
 Surat panggilan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang saya terima saya siarkan untuk tontonan para pembaca blog cina islam.


------------------------------------------------------------------------------------------------- Gelombang tsunami kuasa Speaker dihalang dengan cara kotor.


Nampaknya Zambry dan kuncu-kuncunya tidak mampu menghadapi gelombang tsunami kuasa speaker. Sejak beberapa hari ini mereka terdampar dengan berbagai pukulan dari keputusan speaker.

Terakhir mereka sedang bersiap menghadapi rempuhan gelombang tsunami dari semua ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk Bangunan SUK. Segala usaha tanpa mengira peraturan dan undang-undang bagi menjayakan niat jahat mereka dan sekaligus mengagalkan niat murni Pakatan Rakyat yang mewakili rakyat Perak yang mahukan keadilan ditegakkan.


Segalanya diperkudakan demi mencapai hasrat itu. Mereka berselindung dengan berbagai fakta yang tidak ada asas dan kebenaranya.

Yakinlah ini lah kubur besar yang sedang digali oleh zambry dan kuncu-kuncunya bagi menguburkan mereka sendiri. Rakyat akan menjadi saksi kepada segala kerja jahat mereka dengan gelombang penolakan kepada BN dan UMNO bukan sahaja di Perak namun untuk seluruh Negara.

------------------------------------------------------------------------------------------ DUN Perak ditutup, halang sidang tergempar                         

Tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.
Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta
undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.

Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.

Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.malaysiakini                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Tempoh 24 jam yang semakin menarik tetapi mencemaskan.

Waktu sidang tergempar DUN Perak yang diumumkan oleh Speaker Perak, V.Sivakumar yang direncanakan pada esok hari, selasa 3 Mac semakin hampir. Saya yakin seluruh mata yang mencintai keadilan dan ingin menyaksikan kezaliman dan penindasan sedang diarahkan ke Negeri Perak Darul Ridzuan.

Segala usaha mematuhi Undang-undang dan peraturan yang sedia ada saya yakin sebagai parti dan pakatan yang diakui oleh lawan dan kawan telah dilakukan demi menyelamatkan Kerajaan Negeri Perak yang menjadi milik kami sejak Mac 2008 yang telah dirampas dengan kejam oleh BN. 


Doakan kami dari semua ADUN Pakatan Rakyat diberikan kekuatan jasmani dan rohani bagi meneruskan perjuangan rakyat ini.                                                                                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------ Lucu dan kartun, Speaker pula dipersalahkan BN.

Exco Kerajaan Kudeta Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan salah laku dan tidak menghormati Sultan Perak.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.


Tindakan lucu dan kartun itu diambil sehari sebelum sidang tergempar DUN dijadualkan berlangsung esok.

BNlah punca kemelut yang berlaku di Perak sekarang, nampak sangat tembelang mereka sekarang ini, mereka yang mula langgar perlembagaan kami pula yang disalahkan.

kalau bercakap mengenai undang-undang san sebagainya, BN lah yang menjeadi pelopor kepada pelanggaran semua itu tanpa batas. amatlah lucu Pakatan Rakyat dan Speaker yang dipersalahkan.

Sangatmalang semuanya hendak dikaitkan kepada menghormati Sultan dalam keadaan yang tersepit dan tidak ada alasan lain.

Zahir berkata, notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak.

"Kita sebagai ADUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

Zahir berkata, mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.

Pada 18 Februari lalu, Zambry digantung oleh Speaker serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan.

Minggu lalu pula Sivakumar memanggil untuk diadakan sidang tergempar DUN, yang dijadualkan esok                                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------  BN semakin pening.

IPOH : Pagi ini rakan media memaklumkan kepada saya satu injuksi di mahkamah akan dilakukan oleh BN bagi menghalang Sidang DUN Tergempar yang akan diadakan esok.

Kalau benar berita ini bererti BN sudah dalam keadaan tersepit dan terdesak. Mereka menyedari segala tindakan yang dilakukan untuk menghalang sidang DUN itu tidak akan berjaya.


Walaupun mereka berjaya mengkambing hitamkan SU Dewan, mereka juga menyedari Speaker boleh melantik SU yang baru bagi menjalankan tugas tersebut.

Mencabar di mahkamah adalah lucu seperti kata Tun Dr. Mahadhir. demikianlah lucunya jika berlaku usaha untuk menghalang Sidang DUN Tergempar Perak.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah
.

http://idhamlim.blogspot.com/ 

Tiada ulasan: