"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dari N25 BukitSelambau

Calon BEBAS Bkt Selambau kebanyakkan datang dari parti BN...

oleh Shukri
Salam.
Sememangnya MIC di Kedah juga sedang mengikuti jejak UMNO...bakal menghadapi kepupusan. Calon yang bakal bersaing dalam DUN N.25 tu yang kebanyakannya adalah bekas ahli MIC dan juga bekas ahli PKR yang sebenarnya bekas ahli MIC juga. Ada di antaranya yang tidak mempunyai keahlian PKR pun sama ada di Merbok atau Sungai Petani.

Yang jelas, penolakan terhadap politik BN dibuktikan menerusi hasrat yang dinyatakan oleh bakal calon bebas (jika kertas pencalonan diterima dan mereka tidak menarik diri) ialah bekas ketua wanita PPP, G Saralah dan seorang bekas ahli Gerakan berketurunan Cina.

Selain itu, calon bebas dikenali sebagai Haji Redwuan dari Zon Mawar, Amanjaya yang mengakui dirinya bekas ahli PAS dan PKR sebenarnya adalah ahli UMNO yang ditaja oleh Zamil Ibrahim, broker UMNO yang dulunya ahli PKR Merbok.

Begitu juga dengan taukeh kuari batu di Singkir, Husaini, juga calon bebas yang sebenarnya ahli UMNO selain Tok Misai, pemilik kedai nasi kandar di Zon Kenanga, seorang ayahanda Pekida dan ahli UMNO totok, yang juga mahu bertanding bebas.

Yang lain-lain calon berketurunan India adalah bekas dan masih ahli MIC. MIC, Gerakan, PPP, UMNO lawan MIC. Yang jelas, calon PKR, S Manikumar adalah seorang anak muda berkelulusan Master dalam Pentadbiran Awam, yang sememangnya ahli biasa PKR.                                                                ------------------------------                                                                                                    

KETUA PEMUDA PPP KEDAH umum keluar parti esok                          KETUA PEMUDA PPP KEDAH saudara P PALANIAPPAN A/L PACHIPAN akan keluar dari parti PPP esok pagi.Pengistiharan tersebut di jadualkan berlaku di TAMAN RIA JAYA jam 11 tghr.Sementara itu ketua cawangan PPP TAMAN RIA JAYA saudara GANDIPAN akan turut serta keluar dari PPP.Ketua cawangan PPP tersebut berkata beliau akan keluar dari PPP bersama ahli PPP yang berada di dalam cawangan tersebut,di anggarkan ahli PPP yang berada di TAMAN RIA JAYA sekitar 100 orang.  
 http://kedahlanie.blogspot.com/

Tiada ulasan: