"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Lebih 1000 hadir Majlis Hi - Tea Ikatan Anak Perak di Perantauan
Majlis Hi-Tea anjuran Ikatan Anak Perak di Perantauan dihadiri lebih 1000 orang anak-anak Perak di Perantauan. Majlis tersebut diadakan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). YAB Dato' Seri Hj Nizar yang dijadualkan hadir diwakili oleh Setiausaha Politiknya. Beliau tidak hadir berikutan kematian ibu mertuanya. Turut hadir ialah Datuk Paduka Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS dan Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak. Kedua-duanya turut memberi ucapan. Dialog turut diadakan bagi menjelaskan isu-isu terkini di Perak. Ternyata isu krisis politik di Perak yang menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang dengan cara tidak bermoral mendapat simpati sebahagian besar anak-anak Perak di perantauan. Mereka memberi jaminan akan sentiasa memberi sokongan moral kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sah dari sudut Undang-undang Tubuh Negeri Perak. http://misabah.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan